Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Sudut PPDa Sekolah

Pengenalan konsep
Penubuhan Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah ( PPDa ) di sekolah
adalah satu strategi baru Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha mencapai
visi Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012. Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan
Dadah adalah merupakan pusat sehenti yang menyediakan sebuah ruang
lengkap bertujuan menyalurkan maklumat berkaitan pendidikan pencegahan
dadah kepada pelajar,guru, ibu bapa serta masyarakat sekitarnya. Maklumat
dan bahan-bahan berkaitan dalam pelbagai medium boleh meningkatkan lagi
pengetahuan mereka tentang bahaya penggunaan bahan terlarang terutama
dadah. Selain itu, semua jenis maklumat yang boleh membantu melahirkan
kumpulan sasaran yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam
pendidikan pencegahan dadah juga boleh dimuatkan bagi menambah nilai
kepada bahan sedia ada.

Strategi KPM menggalakkan penubuhan bilik sumber di sekolah-sekolah ialah


bagi memenuhi keperluan maklumat pendidikan pencegahan dadah dalam
kalangan masyarakat sekolah. Sebelum ini, sekolah terpaksa bergantung kepada
maklumat dan bahan pameran yang disediakan oleh pelbagai agensi berkaitan.
Namun isunya ialah ia agak terbatas kerana tidak mampu menjangkau semua
populasi yang ada di sesebuah sekolah. Ini disebabkan maklumat yang
dipamerkan tersebut dibatasi limitasi masa, bahan maklumat yang dipamerkan
dan sumber tenaga yang terhad. Seringkali berlaku agensi terlibat tidak dapat
menampung permintaan sekolah disebabkan kekangan tersebut. Sekolah yang
mempunyai bilik atau sudut khas yang disusun dengan maklumat-maklumat
pendidikan pencegahan dadah akan lebih memberi kesan dalam penyampaian
mesej kepada warga sekolah dan masyarakat sekitarnya. Warga sekolah
terutamanya pelajar mudah mengakses maklumat yang disediakan sepanjang
masa. Langkah ini diyakini mampu memberikan impak dan keuntungan jangka
panjang kepada semua pihak.

Semua sekolah disarankan supaya mewujudkan pusat akses ini


memandangkan banyak manfaat yang boleh diperolehi daripadanya. Ia bukan
sahaja menjadi ruang pelajar mendapatkan maklumat tetapi juga sebagai
tempat mereka berinteraksi dan mengasah bakat dan kepimpinan dalam
kalangan mereka. Tanggungjawab pihak pengurusan sekolah bagi memastikan
ianya direalisasikan adalah sangat penting. Pengetua atau Guru Besar mesti
menggerakkan pasukannya bagi menjayakan misi ini, jika tidak ia tidak mampu
untuk dilaksanakan dengan berkesan.

Matlamat dan objektif penubuhan


Bilik Sumber PPDa Sekolah diwujudkan untuk menyediakan satu pusat akses
pendidikan pencegahan dadah yang lengkap bagi kemudahan semua pihak
khususnya pelajar dalam usaha menyalurkan maklumat dan membimbing secara
sistematik ke arah mewujudkan persekitaran sekolah yang bebas daripada
pengaruh dan ancaman dadah. Ia memenuhi hasrat kerajaan yang meletakkan
visi melahirkan Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012 dan Negara Bebas Dadah
Tahun 2015. Visi tersebut boleh dicapai sekiranya setiap warganegara diberikan
pendidikan pencegahan berhubung dengan kesan dan pengaruh dadah. Sebagai
mendokong cita-cita tersebut, pencegahan awalan melalui strategi pewujudan
pusat akses ini boleh dihuraikan melalui beberapa objektif penubuhannya iaitu :
Menyediakan satu pusat akses maklumat lengkap berkaitan Pendidikan
Pencegahan Dadah di sekolah-sekolah.
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pendidikan pencegahan dadah di
kalangan murid secara lebih sistematik dan berkesan.
Menjadi bilik gerakan kepada perancangan dan pelaksanaan program Pendidikan
Pencegahan Dadah di sekolah.
Menjadi tempat interaksi murid-murid dalam usaha membangunkan karekter
murid cemerlang.

Fungsi dan peranan

Kewujudan Bilik Sumber PPDa Sekolah jika dilihat dalam konteks yang lebih luas
mempunyai fungsi dan peranan seperti berikut :
1. Ia merupakan pusat operasi pendidikan pencegahan dadah di sesebuah
sekolah.
2. Ia merupakan pusat sumber maklumat berkaitan kesan dan bahaya dadah,
inhalan, rokok, alkohol dan juga HIV/Aids.
3. Ia merupakan ruang pameran antidadah dan karya pelajar yang kekal dan
boleh diakses dengan mudah oleh semua warga sekolah tanpa limitasi masa.

4. Ia merupakan pusat aktiviti yang menyokong keberkesanan unit-unit lain di


sekolah seperti Unit Kaunseling, Unit Disiplin, Unit Bina Insan, Unit Kokurikulum,
Asrama dan sebagainya.
5. Ia merupakan ruang pelajar berinteraksi dan meningkatkan kemahiran
pelbagai sesama mereka.
6. Ia merupakan ruang alternatif bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran
bagi mata pelajaran tertentu seperti pendidikan seni, kemahiran bahasa,
kesihatan, pendidikan moral dan sebagainya.
7.

Ia merupakan ruang untuk aktiviti kokurikulum pelajar.

8. Ia merupakan ruang pameran kekal untuk dilawati semasa Hari Kualiti, Hari
Graduasi, Hari Terbuka dan sebagainya

Kepelbagaian fungsi dan peranan Bilik Sumber PPDa Sekolah seperti yang
dinyatakan di atas bukan bermakna ia tidak berfokus kepada matlamat asalnya
sebagaimana yang digariskan. Namun ia adalah satu ruang yang bersifat anjal
dan boleh disepadukan dengan pelbagai elemen yang sedia ada di sekolah.
Dengan itu, secara tidak langsung ia akan membantu ke arah mewujudkan
sekolah sebagai intitusi ilmu yang kondusif kepada warganya.

You might also like