Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

TINJAUAN LITERATUR

Istilah pliometrik adalah berasal daripada Greek iaitu pleythein yang bermaksud
menambah atau meningkatkan, manakala metric bermaksud ukuran (Chu,1983).
Pliometrik juga dikenali sebagai pergerakan hopping, jumping dan leaping yang
boleh menghasilkan kuasa eksplosif (Micheal Mullin dalam Janet Lee, 1998). Latihan
pliometrik adalah satu bentuk latihan yang diterima dalam dunia sukan selaras dengan
perkembangan sukan dan mendapat pengiktirafan, ia diterima melalui kajian saintifik
(Bosco dan Komi,1981). Pliometrik sebenarnya adalah satu kaedah latihan yang
menekankan kepada pergerakan pantas yang akan terhasil kesan daripada program
latihan yang diberi. Manakala aspek biomekanik, pliometrik banyak diterangkan dalam
buku Jumping Into Plyometric yang boleh di dapati melalui Human Kinetik. Perkara
yang penting perlu difahami bahawa pliometrik melatih atlit untuk mengaplikasikan
kepantasan dalam kekuatan
Objektif utama latihan pliometrik adalah bagi meningkatkan kuasa dan kekuatan
eksplosif. Latihan ini boleh dilakukan dengan menggunakan berat badan sendiri atau
menggunakan alatan seperti bola segar dan kotak pelbagai ketinggian.
Latihan pliometrik boleh dibahagikan kepada dua iaitu latihan pliometrik
bahagian bawah badan termasuk beberapa jenis aktiviti lompatan dan latihan pliometrik
bahagian atas badan adalah latihan menggunakan medicine ball

(Sport Fitness

Advisor, 2007). Antara contoh latihan asas untuk membina kekuatan eksplosif anggota
bahagian atas ialah

medicine ball chest pass,

ballistic push-up dan

tire throw

(Starzynski, Sozanski & Kurz, 1999). Antara otot bahagian atas yang terlibat semasa
melakukan latihan pliometrik ialah otot pectoral, deltoid, triceps dan latissimus dorsi.
Menurut Glashan (2004) menyatakan bahawa latihan
pliometrik bahagian atas badan bermula dengan medicine ball yang
ringan diperlukan (biasanya 2-4 pounds) dan peningkatan secara

berperingkat kepada medicine ball yang lebih berat.

Sekiranya

tidak mempunyai pasangan semasa latihan, boleh menggunakan


dinding atau lantai untuk membalingkan medicine ball tersebut.
Menurut Mcglynn dan Moran (1997) pembinaan otot bukan
sahaja penting untuk atlit yang ingin meningkatkan prestasi tetapi
juga pada orang yang inginkan gaya hidup yang sihat ataupun
yang memerlukan senaman yang bertenaga. Menurut Mcglynn dan
Moran (1997) lagi, latihan pembinaan otot amat penting. Seseorang
individu hanya perlukan rasa keinginan dan semangat yang jitu
untuk melakukannya.
Menurut

suatu

kajian

dalam

Journal

The

Applied

Physiology(1990), latihan kekuatan otot juga dapat membantu


meningkatkan jumlah serta mengaktifkan lagi hormon tumbesaran
badan. Kajian itu juga menyatakan bahawa latihan kekuatan otot
dapat

meningkatkan

produktiviti

hormon

tumbesaran

badan

sehingga 50 peratus. Daripada kajian ini didapati bahawa latihan


kekuatan otot dapat meningkatkan saiz badan menjadikan badan
lagi besar dan segak.
Menurut Mcglynn dan Moran (1997), phrasa kekuatan,
dayatahan otot dan tenaga otot merupakan istilah yang berlainan
maksudnya. Kekuatan otot bermaksud jumlah daya yang boleh
dikeluarkan oleh otot tersebut untuk sesuatu pergerakan atau
pergerakan yang berulang. Manakala daya tahan otot pula ialah
keupayaan otot itu melakukan sesuatu aktiviti pada penggunaan
kuasa yang sama selama satu jangka masa yang ditetapkan.
Tenaga pula adalah hasil gabungan kekuatan dan masa.
Menurut Charel B. Corbin, Linus J. Dowell, Ruth Lindsay dan
Homer Tolson (1981), kecergasan fizikal terbahagi kepada dua

komponen yang penting iaitu ketahanan otot dan kekuatan otot.


Kedua-dua perkara ini amat berbeza bagi jenis aktiviti, sukan atau
kerja yang hendak dilakukan.
Latihan bebanan pula adalah latihan yang digunakan untuk meningkatkan
kecergasan otot samada bagi meningkatkan kekuatan, kuasa atau daya tahan. Latihan
ini juga diaplikasikan bagi meningkatkan saiz otot atau hipertropi otot. Bebanan dan
ulangan yang dikenakan bergantung kepada objektif latihan.
Exco Kecergasan Yayasan Kecergasan Sukan dan Wanita Malaysia (WSFFM),
Datin Noor Sheena Maideen berkata bagi yang pertama kali melakukan latihan
bebanan dinasihatkan mendapat bimbingan jurulatih terutama jika membabitkan
peralatan yang berat seperti pengangkat besi (barbell) dan trap bar. Untuk pembinaan
otot tangan, kaedah dan ulangan latihan berbeza dengan kaki dan perut (Rohaniza,
2007). Bagi menjalani latihan bebanan, konsep Ulangan Maksimum (Repetation
Maximum) atau ringkasnya RM perlu diketahui. RM adalah bilangan ulangan
maksimum yang boleh diangkat oleh pelaku bagi satu beban yang dikenakan sehingga
otot atau kumpulan otot yang bekerja mencapai tahap kegagalan otot sementara
(temporary muscular failure). Latihan bebanan untuk pembentukkan otot sesuai bagi
mendapatkan bentuk tubuh yang sempurna dan seimbang (Rohaniza, 2007).
1RM adalah bebanan yang boleh diangkat sekali sahaja oleh pelaku sementara
2RM adalah bebanan yang boleh diangkat dua kali sahaja oleh pelaku. Oleh itu,
bebanan untuk 1RM adalah lebih berat berbanding 2RM, bebanan untuk 2RM adalah
lebih berat berbanding 3RM dan seterusnya (Sumber Sains Sukan Tingkatan 4, Julai
2002).

Menurut

Chad

Tackett

(2001),

faktor-faktor

yang

mempengaruhi kekuatan otot seseorang ialah tempat perlekatan


otot, umur, jantina, kepanjangan otot, latihan yang sistematik serta
jenis fiber otot.
Terdapat 2 jenis fiber otot dalam badan seseorang manusia
iaitu Slow Twitch Muscles dan Fast Twitch Muscles. Jikalau
seseorang individu itu mempunyai jumlah atau kuantiti Fast Twitch
Muscles yang banyak, maka badan individu tersebut lebih sesuai
untuk latihan anaerobik seperti larian pecut, angkat berat yang
memerlukan penghasilan tenaga dalam dalam jangka masa yang
singkat. Bagi individu yang mempunyai jumlah atau kuantiti Slow
Twitch Muscles yang banyak, maka badan individu itu lebih sesuai
untuk aktiviti aerobik seperti larian jarak jauh, bolasepak serta
sesuai unutk aktiviti yang memerlukan daya tahan kardiovaskular.
Dari segi faktor jantina pula, sebenarnya faktor ini tidak
mempunyai kaitan dengan kualiti otot tetapi berkadar terus dengan
kuantiti ataupun jumlah tisu otot. Lelaki mempunyai kuantiti tisu otot
yang lebih banyak daripada wanita. Faktor hormon memainkan
peranan disini iaitu hormon testosteron yang dihasilkan oleh lelaki
mempengaruhi kuantiti atau jumlah tisu otot.
Dari segi umur pula, didapati bahawa umur yang paling
sesuai untuk pembinaan otot yang sempurna adalah daripada umur
10 tahun sehingga 20 tahun. Latihan yang sistematik perlu
diberikan pada peringkat ini agar saiz dan kekuatan otot
berkembang dengan seimbang. Jika seseorang individu terlalu tua,
otot- otot yang diberikan latihan ini akan berkembang dengan
lambat.

Faktor tempat perlekatan otot juga memainkan peranan


dalam

menentukan

kekuatan

otot

seseorang.

seseorang individu yang otot bisepnya yang melekat

Contohnya

lebih jauh dari sendi siku dapat megangkat lebih banyak beban daripada individu yang
otot bisepnya melekat dekat dengan sendi siku.
Otot yang panjang juga memberikan kelebihan kepada
individu yang memilikinya untuk membina saiz dan kekuatan otot
yang lebih berbanding inidividu yang mempunyai otot yang pendek.
Otot yang panjang mempunyai potensi yang tinggi untuk meningkat
dari segi saiz dan kuasa berbanding dengan otot yang pendek.
Latihan yang sistematik dan yang mengikut protokol yang
ditetapkan adalah penting dalam menentukan kekuatan otot
seseorang. Menurut Charles Tackett (2001), salah satu cara untuk
meningkatkan serta menghasilkan kekuatan otot yang sempurna
ialah melalui latihan bebanan yang sistematik dan teratur. Latihanlatihan yang diberikan kepada atlit perlulah mengambil kira intensiti,
set serta ulangan.
Menurut Brian J.Sharkey (1990) perkara- perkara seperti
isokinetik, latihan bebanan, kalistenik, frekuensi, set dan ulangan
merupakan enam perkara yang dapat meningkatkan kekuatan otot
seseorang individu. Teori ini telah dikukuhkan lagi oleh Mcglynn
(1997) dengan menyataan bahawa apabila seseorang individu
menjalani latihan yang sistematik dan teratur maka secara tidak
langsung kekuatan otot individu tersebut akan meningkat.
Menurut Mcglynn dan Moran (1997) juga menyatakan akan
kebaikan melakukan aktiviti membina daya tahan otot serta
kekuatan otot. Di antara kelebihan yang dinyatakan adalah
meningkatkan

ketebalan

rawan,

meningkatkan

kelembutan,

meningkatkan skil, meningkatkan stamina, meningkatkan jisim otot,


menguatkan ligament dan tulang, meningkatkan kepadatan kapilari

dalam otot, mengurangkan kecederaan, mengurangkan lemak,


mengurangkan tekanan dan mempercepatkan kadar penyembuhan
badan.
Kajian Mohd Anizu Mohd Noor dan rakan (2008) dalam tajuk kajian mereka
Keberkesanan Latihan Bebanan Terhadap Kekuatan Otot Tangan Bagi Atlet Renang
SUKMA Johor mendapati latihan bebanan merupakan latihan rintangan yang progresif
dalam mempertimbangkan tiga prinsip utama iaitu halangan progresif, penumpuan
latihan dan pengkhususan latihan. Kajian ini bertujuan untuk mengukur kesan program
latihan bebanan ke atas kekuatan maksimum otot tangan setelah mengikuti sesi latihan
selama empat minggu dengan kekerapan tiga kali seminggu di kalangan atlet atlet
renang SUKMA Johor. Seramai empat orang atlet dalam lingkungan umur 15 tahun
hingga 18 tahun dipilih untuk menjadi subjek dalam kajian ini. Ujian 25 meter speed
swimm digunakan sebagai alat pengukur ujian. Hasil dari penganalisaan data dikenal
pasti terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kekuatan maksimum otot tangan
dalam ujian pra dan ujian pos. Ini menunjukkan bahawa latihan bebanan yang
disediakan adalah memberi kesan kepada kekuatan maksimum otot tangan. Prosedur
latihan yang sesuai adalah sangat penting dalam memastikan keberkesanan sesuatu
latihan.
Hafizah Harun dan rakan (2008) dalam kajian mereka bertajuk Keberkesanan
Latihan Pliometrik Dalam Kemahiran Lonjakan Untuk Atlit Lompat Jauh yang dijalankan
ke atas seramai 15 orang subjek lelaki yang terdiri daripada atlit lompat jauh Sukan
Malaysia (SUKMA) Johor (N=3) dan Universiti Teknologi Malaysia (N=6) dan pelajar
sains sukan (N=6). Subjek berusia antara 17 dan 23 tahun (M=20.32.16 tahun).
Subjek dibahagikan kepada 3 kumpulan yang mana 2 kumpulan diberikan latihan
pliometrik Death Drop Jumps (DDJ, N=5) dan Lunge Jumps (LJ, N=5) dan 1 kumpulan
sebagai kumpulan kawalan (K, N=5). Subjek menjalani latihan sebanyak 2 kali
seminggu selama 4 minggu. Ujian Standing Long Jump (SLJ) dan Vertical Jump (VJ)
digunakan untuk menguji keberkesanan latihan pliometrik yang diberi. Hasil keputusan
menunjukkan keputusan ujian pra bagi SLJ (MSD), 202.564.01cm dan keputusan

ujian pos, 205.694.32cm menunjukkan peningkatan sebanyak 3.13cm atau 1.5%


dengan nilai p=0.00. Keputusan ujian VJ, pula menunjukkan ujian pra, 44.350.88cm
dan ujian pos 46.41.73cm juga meningkat sebanyak 2.05cm atau 4.6% dengan nilai
p=0.018. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap
tahap ujian SLJ dan VJ bagi kesemua kumpulan latihan pliometrik (p0.05).
Berdasarkan keputusan ini, latihan pliometrik yang diberikan dapat membantu
meningkatkan kuasa eksplosif otot kaki dalam lompat jauh berdiri (standing long
jump) dan lompatan menegak (vertical jump).
Menurut Rohana Hashim (2008) telah menjalankan kajian ke atas 19 orang
pemain hoki wanita SUKMA Johor dan 14 orang pemain hoki wanita UTM . Kajian ini
bertujuan untuk melihat kesan latihan pliometrik dan latihan bebanan terhadap
kekuatan otot bahagian atas badan.

dibahagikan secara rawak. Sampel kajian

dibahagikan kepada 3 kumpulan latihan iaitu latihan pliometrik (LP), latihan bebanan
(LB) dan kawalan (K). Pengujian 1RM arm-curl menggunakan S3.45 Strength MultiStation dan 1RM biceps-curl menggunakan free weight dijadikan alat pengukur
keberkesanan latihan. Keputusan ujian-t menunjukkan terdapat peningkatan (signifikan
pada aras p<0.05) bagi skor kekuatan 1RM, 25%, 18.1%, 28%, 34.3% bagi kumpulan
LP dan LB subjek UTM dan Sukma Johor secara berturutan. Peningkatan dalam keduadua kumpulan kajian menunjukkan bahawa latihan pliometrik dan latihan bebanan
berkesan dalam meningkatkan kekuatan otot bahagian atas badan. Oleh itu, pemain
hoki boleh mendapat faedah sekiranya menggunakan latihan tambahan iaitu gabungan
latihan pliomerik dan latihan bebanan.
Ng Teng Ong (2004) telah menjalankan satu kajian yang

bertujuan untuk

menyelidiki keberkesanan program pliometrik berkhususkan kemahiran bola tampar


untuk meningkatkan lompatan menegak dan mengurangkan masa sentuhan masa.
Empat puluh orang (min=15.4 * 1.2 tahun, tinggi = 168.1 k 7.9 sm, berat = 57.4 k 9.1
kg) pemain bola tampar lelaki remaja telah menyertai kajian ini. Sebelurn mereka
dirawak ke dalam kumpulan eksperimen (n=20) atau kumpulan kawalan (n=20); terlebih
dahulu mereka perlu berjaya mengangkat bebanan (60% daripada berat badan)
sebanyak lima ulangan dalam lima saat dengan menggunakan cara 'cangkung

separuh'. Rekabentuk kajian ini adalah bentuk praujian dan posujian bersertakan
kurnpulan kawalan. Intervensi yang diberi antara dua fasa pengujian adalah program
yang menggabungjalinkan aktiviti pliometrik dan kemahiran merejam dan menghadang.
Peserta kumpulan sksperimen menjalankan program ini dengan kekerapan dua kali
seminggu dan krlangsung untuk selama enam minggu. Manakala peserta kumpulan
kawalan 3anya meneruskan aktiviti bola tampar seperti biasa. Pembolehubah
bersandar dah.rn kajian ini adalah ujian lompatan menegak CMJ, DJ dan perolehan
masa sentuhan bumi ketika DJ dijalankan. Perlakuan DJ bagi semua peserta telah
dirakarnkan melalui video. Ini adalah membolehkan analisis gerakan dijalankan dengan
menggunakan perisian DIGIMAN untuk memperoleh masa sentuhan bumi.
Kesemua lompatan adalah diukur dengan VERTEC. Perbandingan min dalam
CMJ, DJ dan masa sentuhan bumi dianalisis dengan Ujian-t tak bersandar, paras
signifikan ditetapkan pada 0.05. Keputusan menunjukkan terdapat perbezaan signifikan
dalam min lompatan CMJ dan DJ (P<0.05) di kalangan peserta eksperimen selepas
mengikuti program pliometrik. Di mana CMJ telah meningkat sebanyak 4.3 cm (7.1 %);
manakala DJ meningkat sebanyak 5.3 cm (8.6%.). Masa sentuhan burni pula
dikurangkan sebanyak -1 8.2% selepas mengikuti intervensi program. Dapatan kajian
ini menunjukkan bahawa peningkatan prestasi peserta eksperimen adalah akibat
daripada adaptasi dan penyelarasan neuro-otot. Ini membuktikan modaliti suaian fizikal
ini adalah berkesan untuk meningkatkan ketinggian lompatan serta mengurangkan
masa sentuhan bumi di kalangan atlet bola tampar.
Meninjau pula kajian yang dijalankan oleh Avery D. Faigenbaum et al.(2007)
dengan tujuan kajian mereka untuk membandingkan keberkesanan latihan pliometrik 6
minggu dengan gabungan latihan pliometrik dan latihan rintangan (PRT, n = 13) atau
latihan rintangan itu sendiri (RT, n = 14) ke atas prestasi kecergasan budak lelaki
berumur 12-15 tahun. Kumpulan RT melaksanakan senaman regangan statik diikuti
latihan rintangan manakala kumpulan PRT melaksanakan latihan pliometrik diikuti
latihan rintangan yang sama. Tempoh masa latihan bagi kedua-dua kumpulan ialah 90
minit. Pada hujung latihan dan selepas latihan semua subjek diuji dengan ujian
lompatan menegak, lompat jauh, lontaran bola segar, pecut 9.1m, pro agility shuttle run
dan fleksibiliti. Kumpulan PRT menunjukkan signifikan (p < 0.05) peningkatan besar

daripada kumpulan RT dalam in lompat jauh (10.8 cm vs. 2.2 cm), lontaran bola segar
(39.1 cm vs. 17.7 cm) pro agility shuttle run time (-0.23 sec vs. -0.02 sec) mengikuti
latihan. Dapatan mencadangkan bahawa tambahan latihan pliometrik ke atas latihan
rintangan mungkin lebih memberi manfaat berbanding latihan rintangan dan regangan
statik untuk meningkatkan ukuran terpilih

kuasa bahagian atas dan bawah badan

budak lelaki.
Raj Kumar et. Al (2005) menguji keberkesanan 2 latihan pliometrik selama 6
minggu ke atas presatsi lompatan dengan membuat perbandingan ke atas pemain kolej
perempuan dengan atlet. Dua jenis latihan pliometrik yang digunakan ialah program
latihan pliometrik program latihan litar-1 menggunakan Depth Jump digabungkan
dengan hop (lompatan) dan lompat pagar serta pliometrik program latihan litar-II yang
hanya menggunakan Depth Jump dari kotak dengan ketinggian 15-45 cm. Keputusan
kajian mendapati keputusan keupayaan melompat bagi CTP-II telah m lebih tinggi
daripada keputusan CTP-1. Jumlah perolehan keupayaan tidak seragam. Perolehan
berbeza daripada keupayaan ke keupayaan. CTP-II telah dibuktikan lebih berkesan di
dalam meningkatkan keupayaan melompat subjek disebabkan ianya lebih tepu dengan
latihan Depth Jump.
Four A et al. (2010) dengan tajuk kajian Latihan Pliometrik berkesan ke atas
tendon archiless telah melakukan kajian ke atas 19 orang subjek yang dipilih secara
rawak dan dibahagikan kepada kumpulan yang dilatih dan kumpulan kawalan. Kawasan
lintasan seksonal (CSA), kekerasan, dan pekali penguraian tendon arkiles diukur
sebelumdan selepas tempoh latihan. Dalam kumpulan yang dilatih, pengurangan dalam
pekali penguraian (_35.0%; P _ 0.05) dan trend menaik kekerasan (_24.1%) tendon
arkiles telah diperolehi, tanpa sebarang perubahan dalam CSA tendon Arkiles (P _
0.05). Latihan pliometrik meluaskan pemindahan ketegangan otot terutamanya melalui
pengurangan penguraian tenaga oleh tendon. Sedikitnya

perubahan yang berlaku

dalam CSA tendon menunjukkan bahawa perubahan dalam sifat mekanikal yang besar
kemungkinannya terjadi daripada satu perubahan kualitatif dalam tisu tendon
berbanding daripada perubahan dalam geometri tendon arkiles.

Hubert

Makaruk

at.el.

(2010)

dalam

kajian

bertajuk

EFFECTS

OF

PLYOMETRIC TRAINING ON MAXIMAL POWER OUTPUT AND JUMPING ABILITY


menguji 44 orang pelajar yang tidak dilatih dalam pendidikan fizikal. Secara rawak,
kumpulan eksperimen melaksanakan Latihan Pliometrik selama 6 minggu mana kala
kumpulan kawalan hanya terlibat dengan kuliah. Subjek melaksanankan gerakbalas
gerakan lompatan (CMJ), depth jump (DP) dan 5 ujian hop. Dapatan utama kajian
mendapati peningkatan dalam pengeluaran kuasa maksimal relatif

(p _ 0.001) dalam

CMJ dan DJ dipantau, di mana titik tengah aras ketinggian jisim dan jarak panjang 5
ujian hop tidak berubah secara signifikan (p > 0.05). tambahan pula, masa pantulan
dalam DJ

signifikan rendah dan lingkungan gerakbalas

pergerakan pada lutut

berkurangan. Ini menunjukkan latihan pliometrik 6 minggu tersebut telah membuktikan


bahawa ianya memberi kesan ke atas pengeluaran kuasa maksima dan keupayaan
lompatan.

You might also like