Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

PSM Projek Sarjana Muda

i
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CARA MENULIS ABSTRAK (PSM)


Di dalam abstrak mesti ada :
Pengenalan
Pernyataan Masalah
Objektif
Metodologi
Hasil dan Pencapaian
Kemudian abstrak tersebut perlu diterjemahkan di dalam bahasa Inggeris.
Contohnya;

ABSTRAK

Penjadualan waktu universiti adalah satu contoh masalah penjadualan


Pengenalan

yang digunakan untuk menempatkan satu set pertemuan di antara pensyarah


dengan pelajar kepada sumber-sumber tertentu seperti slot masa, bilik kuliah
dan pensyarah dengan memenuhi kekangan-kekangan yang telah diberikan.
Pada setiap semester, jadual waktu disediakan untuk memenuhi keperluan
kursus-kursus yang ditawarkan oleh sesebuah fakulti. Perubahan slot masa,

Pernyataan
Masalah

bilik kuliah dan pensyarah sering berlaku di sepanjang semester dan didapati
teknik Algoritma Hibrid yang telah digunakan untuk menyediakan jadual
waktu tidak berkeupayaan untuk menangani masalah perubahan ini. Oleh itu,
untuk menyelesaikan masalah ini pendekatan taakulan berasaskan kes (CBR)

Objektif

yang disokong oleh teknik pemprosesan kekangan digunakan untuk


memproses perubahan pada jadual waktu. Melalui pendekatan ini,
penyelesaian lepas yang disimpan di dalam pangkalan kes akan diguna

Metodologi

semula untuk menyelesaikan masalah baru melalui kitaran capai-baikigunasemula. Enjin CBR telah dibangunkan dengan menggunakan bahasa
pengaturcaraan LISP. Pendekatan ini telah berjaya diuji dan dilaksanakan
dengan menggunakan data sebenar penjadualan waktu di Fakulti Sains

Hasil dan
Pencapaian

Komputer dan Sistem Maklumat, Universiti Teknologi Malaysia. Hasil


perlaksanaan ini menunjukkan CBR telah berjaya menyelesaikan perubahan
dalam masa yang singkat tanpa memberi kesan kepada jadual semasa.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Disediakan oleh: Zalmiyah Zakaria, FSKSM, UTM

You might also like