Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PETIKAN 1 (BERITA)

165 DITAHAN DALAM OPS PINTAS


GEORGE TOWN: Sebanyak 165 individu termasuk anggota sindiket penyeludupan dan
pemerdagangan orang ditahan dalam Ops Pintas selama seminggu yang dijalankan di Perlis, Kedah,
dan Pulau Pinang, bermula 21 Ogos lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata dari
jumlah itu, 158 tahanan terdiri daripada rakyat Myanmar, Indonesia, Bangladesh, Kemboja dan
Thailand.
Tujuh merupakan rakyat tempatan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat
Jawatankuasa Penguatkuasa Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom)
2014, di sini kelmarin.
Operasi membanteras aktiviti penyeledupan dan pemerdagangan orang di wilayah utara
dijalankan di atas maklumat awam dan risikan dengan kerjasama Jabatan Imigresen, Agensi
Penguatkuasa Maritim Malaysia, Kastam dan Jabatan Tenaga Kerja.
Mohmad berkata dalam operasi di Kedah pada 22 Ogos lepas, pasukan keselamatan menahan
24 orang terdiri daripada 16 Rakyat Myanmar dan Kemboja yang cuba diseludup menerusi sempadan
Negara jiran dan merampas wang tunai lebih RM9,000 Bernama

You might also like