Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

SEJARAH KONGSI

GELAP DI TANAH
MELAYU
SHAMLA DEVI A/P MURUGAN
VINITHA A/P MEROIVIRAN
VIJAYA A/P BOOMINATHAN

TAKRIFAN KONGSI
GELAP
Satu

pertubuhan yang kewujudannya dirahsiakan daripada orang awam.

Adalah satu kumpulan kewujudannya ialah terbuka tetapi tujuan , upacara


amal ( ritual ) dan struktur kumpulan dirahsiakan kepada orang ramai
( G . Simmel )

Satu kumpulan kewujudannya adalah terbuka , tetapi kegiatan


kegiatan ,
Pengenalan ketua dan ahli ahli kumpulan adalah rahsia dan tidak
diketahui oleh orang ramai
( W.L.Blythe )

SEJARAH KONGSI GELAP


Kongsi-kongsi gelap Cina di Negeri-negeri Selat berasal dari kumpulan
Triad. Kumpulan Triad merupakan satu kongsi gelap yang ditubuhkan di negeri
China pada tahun 1674.
*

* Tujuan kumpulan Triad ialah untuk menggulingkan Kerajaan Manchu dan


menggantikannya dengan Dinasti Ming.
* Kumpulan Triad juga dikenali sebagai nama-nama seperti Liga Hung dan Thian
Ti Hui (Liga Syurga dan
Bumi). Orang Cina telah menubuhkan kongsi-kongsi gelap tidak lama selepas
British menduduki Pulau Pinang (1786) dan Singapura (1819).
* Sejak tahun 1799 lagi kongsi-kongsi gelap Cina mula menentang pentadbiran
British di Pulau Pinang.

SEBAB SEBAB PENUBUHAN


GELAP

KONGSI

1. Kewujudan kongsi-kongsi gelap di


China Selatan
Kebanyakan orang Cina yang berhijrah
secara ramai-ramai ke Negeri-negeri
Selat dalam abad ke-19 merupakan bekas
ahli kongsi-kongsi gelap di negara
China. Tradisi kongsi-kongsi gelap ini
telah diteruskan oleh orang Cina di
Negeri-negeri Selat.

2. Keperluan organisasi bagi perlindungan dan bantuan


bersama
Orang Cina yang berhijrah ke Negeri-negeri Selat berasal
dari kawasan-kawasan yang berlainan di negara China dan
terdiri daripada berbagai-bagai suku. Mereka juga
mempunyai bahasa pertuturan dan adat yang berlainan.
Faktor-faktor ini dan keadaan sekeliling yang baru telah
menyebabkan orang Cina memasuki kongsi gelap yang
seketurunan bagi tujuan perlindungan diri dan bantuan
bersama. Selain daripada menjalankan kegiatan-kegiatan
jenayah, kongsi-kongsi gelap ini merupakan persatuan
kebajikan dan sosial. Mereka membantu ahli-ahli yang
berada dalam kesusahan, menguruskan pengebumian ahliahli yang meninggal dunia dan membantu ahli-ahli mencari
pekerjaan.

3. Kewujudan peluang-peluang
kekayaan dan kuasa
Kongsi-kongsi gelap juga
ditubuhkan dengan tujuan
menguasai lombong-lombong bijih
timah, perdagangan kuli,
perjudian dan pelacuran.

4. Sikap tidak peduli Kerajaan Negeri-negeri Selat


Sikap tidak peduli Kerajaan Negeri-negeri Selat telah
menggalakkan penubuhan kongsi-kongsi gelap Cina. Pegawai-pegawai
awam dan pasukan polis tidak mencukupi untuk mengawal kegiatan
kongsi-kongsi gelap. Pada tahun 1831, hanya terdapat 18 orang
polis sahaja bagi penduduk seramai kira-kira 16000 orang di
Singapura. Malahan, tiada terdapat seorang pegawai pun sebelum
tahun 1867 yang boleh bertutur dalam bahasa Cina atau memahami
adat orang Cina. Tiada terdapat jentera kerajaan sebelum tahun
1877 bagi menguruskan hal-hal berkaitan dengan kaum Cina di
Negeri-negeri Selat. Malahan tiada terdapat kakitangan kehakiman
yang mencukupi untuk menyelesaikan kes-kes jenayah. Sehingga
tahun 1856 hanya terdapat seorang hakim di Negeri-negeri Selat.
Keadaan ini telah menggalakkan perkembangan kongsi-kongsi gelap
Cina.

Langkah-langkah mengawal kegiatan


kongsi-kongsi gelap Cina
1. SEBELUM TAHUN 1867
SEHINGGA TAHUN 1867, TIADA LANGKAH-LANGKAH
POSITIF YANG DIAMBIL UNTUK MENGAWAL KONGSIKONGSI GELAP. PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT
SEHINGGA TAHUN TERSEBUT ADALAH DI BAWAH KAWALAN
KERAJAAN INDIA YANG TELAH MENGAMALKAN SIKAP
TIDAK PEDULI DALAM HAL EHWAL TEMPATAN. LANGKAH
YANG DIAMBIL OLEH KERAJAAN SEBELUM TAHUN 1867
ADALAH HANYA MEMANGGIL PEMIMPIN-PEMIMPIN
PELBAGAI PUAK CINA APABILA BERLAKU KEKACAUAN
DAN MEMINTA MEREKA MENJAGA KETENTERAMAN.

2. Selepas tahun 1867


a. Akta Pemeliharaan Keamanan 1867
Pada tahun 1867, Sir Harry Ord, iaitu Gabenor
pertama tanah jajahan Negeri-negeri Selat telah
meluluskan Akta Pemeliharaan Keamanan. Melalui
akta ini, Gabenor mempunyai kuasa untuk membuang
negeri orang-orang salah yang mengancam
ketenteraman awam tanpa sebarang perbicaraan
atau hak kerakyatan. Hukuman dera (Corporal
Punishment) dan menembak perusuh-perusuh
dibenarkan.

b. Akta Pendaftaran Pertubuhan-pertubuhan 1869


Pada tahun 1869, kerajaan meluluskan Akta Pendaftaran
Pertubuhan-pertubuhan yang mewajibkan pendaftaran semua
pertubuhan yang terdiri daripada 10 atau lebih orang ahli.
Semua pertubuhan dikehendaki memberi nama ahli-ahli yang
memegang jawatan dan menyatakan tujuan-tujuan penubuhan
mereka.
c. Penubuhan Protektorat Orang Cina 1877
Pada tahun 1877, kerajaan menubuhkan Protektorat Orang
Cina yang diketuai oleh W.A. Pickering. W.A. Pickering
yang boleh bertutur dalam bahasa Cina teklah mendapat
keyakinan kaum Cina.
d. Kelulusan Undang-undang
Dua undang-undang untuk mencegah kuli-kuli serta
melindungi pendatang-pendatang Cina telah diluluskan

e. Ordinan Pertubuhan-pertubuhan 1889


Pada tahun 1889, kerajaan meluluskan Ordinan Pertubuhan-pertubuhan yang
mengharamkan kongsi-kongsi gelap Cina. Kongsi-kongsi gelap diberi
tempoh 6 bulan untuk menghentikan kegiatan mereka. Ordinan tersebut
memaksa kongsi-kongsi gelap bergerak secara rahsia atau disusun semula
dengan menggunakan nama lain.
Walau bagaimanapun, langkah-langkah yang diambil oleh Kerjaan Negerinegeri Selat untuk menghapuskan sama sekali kongsi-kongsi gelap Cina
tidak berjaya. Kongsi-kongsi gelap Cina meneruskan kegiatan mereka
secara rahsia dan masih wujud hingga hari ini.
Jika seseorang terlibat didalam aktiviti kongsi gelap atau jenayah,
maka mereka boleh dikenakan tindakan seperti berikut:
DIBAWAH ORDINAN DARURAT 5/69
Mengikut sek. 3 Ordinan Darurat anda boleh ditangkap dan ditahan selama
60 hari. Berikutnya dibawah sek. 4 (1) pula boleh dihukum oleh
Kementerian Dalam Negeri supaya ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak,
Pulau Jerejak, Pulau Pinang selama 2 tahun

Terima
Kasih

You might also like