Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN RAMBAI TUJUH,

33000 KUALA KANGSAR,


PERAK DARUL RIDZUAN

KOD SEKOLAH : ABA 4010


TEL : 05-7762310

1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN


" SKRT : P & P GURU DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN MURID DIUTAMAKAN"

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI - 1 2012


Tarikh
Hari
Masa
Tempat
Kehadiran

: 16 Januari 2012
: Isnin
: 1.05 Tengahari
: Pusat Sumber Sek Keb Rambai Tujuh
: 14 Orang

1. En.Zainal b.Abd.Rahman
2. En. Ahmad Nazran b. Ahmad Zakaria
3. Pn.Hawa bt.Abdul Raman
4. En. Mior Khir Amir b. Abd Rasid
5. En. Syahriman Irwan b. Md Yusof
6. En. Fakrumizi b. Ya
7. En. Farizan b. Ayob
8. Pn. Norazlina bt. Abd Aziz
9. Pn. Norhayatti bt. Md Johor
10. Pn. Zalina bt. Jamaludin
11. Pn. Azaisheila bt. Nor Jamalu azmal
12. Pn. Ayu bt Baharuddin
13. Cik. Nurul Syaznie bt. Md Salleh
14. Pn. Siti Zalina bt. Mat Nawi
Mesyuarat dimulakan dengan :
Lagu Negaraku
Bacaan Doa
Ikrar Perkhidmatan Awam
Agenda 1
Ucapan Guru Besar
1.1 Mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru-guru di dalam mesyuarat ini.
1.2 Meminta Cik Nurul Syaznie Md.Salleh membentangkan minit mesyuarat pengurusan
sekolah bagi tahun 2012. (Rujuk Lampiran)
Tindakan : Cik Nurul Syaznie

jkksskrt

Agenda 2
Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat Kurikulum kali 4/2011.
Pn. Ayu bt Baharuddin membentangkan minit mesyuarat Kurikulum Keempat.
Pencadang
: En Mohd Fakhrumizi b. Ya
Penyokong
: En Farizan b. Ayob
Agenda 3
Perkara berbangkit
3.1 En Ahmad Nazran Ahmad Zakaria menyatakan post mortem bagi ujian akhir tahun 2011
telah berjaya dilaksanakan.
Tindakan : Semua Guru
3.2 Pengerusi juga meminta guru-guru yang telah menyiapkan Rancangan Peningkatan
Akademik bagi tahun 2012 menyerahkan kepada beliau untuk disimpan di dalam fail.
Tindakan : Semua Guru
Agenda 4
Ucapan Pengerusi
4.1 En Ahmad Nazran Ahmad Zakaria mempengerusikan mesyuarat Kurikulum.
4.2 Jadual Waktu
4.2.1 Jadual waktu individu dan juga kelas bagi sesi pembelajaran 2012 telah diedarkan
kepada semua guru.
--`
4.2.2 Diminta guru-guru kelas menampal jadual kelas masing-masing secepat
mungkinbagi memudahkan murid-murid membuat rujukan.
Tindakan : Guru Kelas
4.3. Takwim
4.3.1 Takwim sekolah telah siap dan telah dibuat 3 salinan.
Tindakan : Guru Kanan Pentadbiran
4.3.2 3 salinan tersebut adalah untuk Guru Besar, Guru Kanan Pentadbiran dan Pejabat.
Guru-guru boleh merujuk perjalanan aktiviti bagi tahun 2012 ini di pejabat
sekolah.
Tindakan : Semua Guru
4.4. LINUS

jkksskrt

4.4.1 Terdapat 2 orang murid linus iaitu Mohd Habib b.Sopian dari tahun 2 dan Mohd
Zaid Hakimi Che Zad dari tahun 3.
Tindakan : Guru LINUS & Guru Pemulihan
4.4.2 En Ahmad Nazran meminta Penyelaras LINUS Sekolah (Encik Farizan b Ayob)
untuk menerangkan tentang pemasalahan 2 orang murid tersebut.
Tindakan : Encik Farizan b Ayob
4.4.3 En Farizan menyatakan beliau bersama guru-guru Bahasa Melayu dan guru
Pemulihan telah mengadakan mesyuarat pada 11 Januari 2012.
Tindakan : Guru LINUS & Guru Pemulihan
4.4.4 Bahagian Literasi, Mohd Habib b Sopian tidak berjaya melepasi konstruk 6-12.
Walaubagaimanapun, bahagian Numerasi dia berjaya melepasi semua konstruk 15.
Tindakan : Guru LINUS & Guru Pemulihan
4.4.5 Bagi Mohd Zaid Hakimi, bahagian Literasi dia juga tidak berjaya melepasi
konstruk 6-12. Bahagian Numerasi dia berjaya melepasi semua konstruk kecuali
konstruk 6 sahaja.
Tindakan : Guru LINUS & Guru Pemulihan
4.4.6 Pn Hawa menyatakan Numerasi konstruk 6 ialah berkaitan dengan nama-nama
bulan. Didapati Mohd Zaid Hakimi mempunyai minat untuk belajar tetapi di
dalam masa yang sama dia mempunyai masalah lemah ingatan.
Tindakan : Pn Hawa
4.4.7 En Farizan menyatakan pelbagai kaedah telah dijalankan bagi kedua-dua orang
murid tersebut.
Tindakan : Guru LINUS & Guru Pemulihan
4.4.8 Hasil mesyuarat tersebut, Mohd Zaid Hakimi akan menjalani saringan 7 yang
akan diadakan pada tarikh akan ditetapkan oleh pihak atasan. Jika masih tidak
dapat melepasi saringan tersebut, dia akan dibawa ke hospital untuk menjalani
pemeriksaan.
Tindakan : Guru Pemulihan
4.4.9

Pn Norazlina Abdul Aziz menyatakan bahawa Mohd Zaid Hakimi layak


dikategorikan sebagai slow learner dan kaedah pembelajaran bagi murid seperti
itu hanya terdapat di kelas Pendidikan Khas sahaja.
Tindakan : Guru Pemulihan

4.4.10 En Mohd Fakrumizi mencadangkan agar 2 @ 3 orang guru lain berada bersama
guru yang menjalankan saringan bagi membuktikan bahawa murid tersebut
mempunyai masalah.
jkksskrt

Tindakan : Semua Guru


4.4.11 Guru Besar menyatakan sekiranya murid tersebut masih tidak berjaya melepasi
saringan 7 beliau bersetuju murid itu dibawa ke hospital untuk menjalani
pemeriksaan.
Tindakan : Guru Besar
4.5. MBMMBI
4.5.1 Melibatkan 2 panitia iaitu panitia Bahasa Melayu dan panitia Bahasa Inggeris.
Tindakan : Guru Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
4.5.2 Perlu diwujudkan segera jawatankuasa MBMMBI yang terdiri daripada seorang
pengerusi dan 2 oarng setiausaha.
Tindakan : Guru Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
4.5.3 Perlu diwujudkan segera fail MBMMBI.
Tindakan : Guru Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
4.5.4 En Syahriman Irwan menyatakan beliau akan mengambil maklumat berkenaan
MBMMBI dari Sekolah Kebangsaan Syeikh Idris Al-Marbawi sebagai rujukan.
Tindakan : En Md Syahriman Irwan
4.5.5 Perbincangan mengenai MBMMBI akan diadakan tidak lama lagi oleh panitia
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Tindakan : Guru Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
4.6. KSSR
4.6.1 Sebahagian fail KSSR telah disiapkan.
Tindakan : Guru Tahun 1 & 2
4.6.2 Pn Zalina meminta guru-guru yang terlibat mengajar di tahun 1 memasukkan
instrument didalam fail yang telah disediakan.
Tindakan : Guru Tahun 1
4.6.3 Bahan instrument boleh didapati di dalam desktop Pn Zalina Jamalludin.
Tindakan : Guru Tahun 1 & 2
4.6.4 En Ahmad Nazran meminta guru-guru memasukkan maklumat SAPS dengan betul
supaya tidak menjejaskan GPS sekolah.
Tindakan : Semua Guru
jkksskrt

4.7 Pembentangan minit mesyuarat panitia


4.7.1 Pembentangan minit mesyuarat dan nota minta (Rujuk Lampiran)
Tindakan : Ketua-ketua Panitia
4.7.2 En Nazran meminta semua ketua panitia menyerahkan minit mesyuarat dan nota
pinta kepadanya dengan segera supaya boleh diambil tindakan dengan segera.
Tindakan : Ketua-ketua Panitia
4.8. UPSR
4.8.1 Murid yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini adalah seramai 11 orang.
Tindakan : Semua Guru
4.8.2 Peratus lulus bagi seorang murid ialah 9.1%.
Tindakan : Semua Guru
4.8.3 Hanya seorang sahaja murid yang gagal berdasarkan peperiksaan akhir tahun 2011
iaitu Zahiah bt Yuzi Saberon .
Tindakan : Semua Guru
4.8.4 Murid tahun 6 ini telah mempunyai study group masing-masing dan kumpulan ini
adalah berdasarkan keselesaan mereka.
Tindakan : Semua Guru
4.8.4 En Syahriman Irwan menyatakan beliau akan mendaftarkan murid-murid ini pada
30 Januari 2012.
Tindakan : En Md Syahriman Irwan
4.8.5 Sekiranya terdapat calon yang hendak berpindah selepas 15 Mei 2012, murid
tersebut mestilah berurusan terus dengan PPD.
Tindakan : Guru Kelas Tahun 6 & Guru Kanan HEM
Agenda 5
Hal-hal Lain
5.1 En Nazran menyatakan mana-mana fail yang masih belum dikemaskini, perlu
dilakukan dengan segera.
Tindakan : Semua Guru
5.2 Diminta guru-guru kelas menceriakan dan memurnikan kelas masing-masing.
Tindakan : Guru Kelas
5.3 Pn Ayu Baharudin menyatakan kelas Tasmik bagi tahun 4 akan diadakan pada hari
Isnin, Selasa dan Rabu.
jkksskrt

Tindakan : Pn Ayu
5.4 En Nazran menyatakan kelas tambahan bagi murid tahun 4 hanya akan diadakan
pada hari Khamis dan Sabtu.
Tindakan : Semua Guru
5.5 En Farizan menyatakan Datin Seri Syarifah iaitu isteri Menteri Besar Perak meminta
beliau yang menentukan tarikh untuk merasmikan mesyuarat agung PIBG bagi
menyesuaikannya dengan jadual kerja beliau.
Tindakan : En Farizan
5.6 Pn Norhayatti meminta kelas tambahan bagi murid tahun 5 dan 6 diasingkan
mengikut kemampuan murid.
Tindakan : Pn Norhayatti
5.7 Guru Besar meyatakan persetujuan dengan cadangan tersebut dan memberi peluang
kepada guru-guru mengajar mengikut keselesaan masing-masing.
Tindakan : Semua Guru
5.8 Pn Ayu meminta guru-guru yang mengajar di tahun 1 dan 2 memberinya rancangan
pelajaran tahunan masing-masing untuk dimasukkan ke dalam fail KSSR.
Tindakan : Guru Tahun 1 & 2
5.9 En Mohd Fakrumizi menyatakan pihak PPD meminta diwujudkan Persatuan Bahasa
Arab dan Kelab Tulisan Jawi memandangkan murid j-QAF telah berada ditahap 2.
Tindakan : GK Kurikulum & GK Ko-Kurikulum
5.10 Beliau juga menyatakan sekiranya sekolah mempunyai bilangan murid yang sedikit,
persatuan tersebut boleh digabungkan didalam Persatuan Pendidikan Islam.
5.11 Pn Hawa menyatakan data bagi kesalahan disiplin harus dimasukkan serta merta
pada hari berlakunya kesalahan tersebut.
Tindakan : Semua Guru

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.55 petang.

jkksskrt

Disediakan Oleh:

Disemak Oleh :

Disahkan Oleh :

(PN AYU BT BAHARUDDIN)


Setiausaha Kurikulum,
Sek Keb Rambai Tujuh.

(EN A.NAZRAN B A.ZAKARIA)


Guru Kanan Kurikulum,
Sek Keb Rambai Tujuh

(EN ZAINAL B ABD RAHMAN)


Guru Besar,
Sek Keb Rambai Tujuh.

jkksskrt

You might also like