Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PELAKSANAAN AKTIVITI MENGGUNAKAN UNIT BUKAN PIAWAI DALAM

MEMBANTU MURID MEMBINA KONSEP UKURAN.

PENGERTIAN KONSEP UKURAN, UNIT BUKAN PIAWAI DAN UNIT PIAWAI


Terdapat dua jenis ukuran iaitu :
i.

Ukuran yang melibatkan penggunaan pembolehubah diskrit (objek yang dihitung,


contohnya bilangan murid di dalam kelas)

ii.

Ukuran yang melibatkan penggunaan pembolehubah selanjar, seperti panjang,


tinggi, berat, masa dan isipadu.

Ukuran dan sukatan adalah proses memberi nilai kepada satu ciri istimewa sesuatu
objek, misalnya kuantiti fizikal seperti panjang, berat, luas, isipadu cecair dan masa.
Membanding, membilang dan membuat anggaran merupakan asas bagi nombor bulat
dan nombor nisbah yang boleh dikembangkan melalui pengalaman dalam ukuran dan
sukatan.
Penganggaran menggunakan unit ukuran adalah proses penting untuk dilalui kerana
penganggaran dapat

menggalakkan murid berfikir dan dapat membantu murid

memperolehi kesedaran ukuran.

Proses penganggaran inilah yang membolehkan

murid menggunakan unit bukan piawai untuk membuat sukatan.


Isiipadu cecair adalah merujuk kepada kandungan sesuatu yang berbentuk cecair

yang terdapat dalam sesuatu bekas atau alat penyukat cecair yang digunakan dalam
bentuk piawai yang sebenar ataupun tidak. Kandungan cecair boleh disukat dengan
menggunakan alat bukan piawai sebenar dan alat piawai sebenar. Cecair yang disukat

dalam alat penyukat iaitu mengikut unit piawai adalah menggunakan tabung uji, silinder
penyukat, bikar penyukat ,kelalang kon dan sebagainya.. Alat bukan piawai biasanya
hanya boleh dibandingkan seperti isipadu yang lebih atau kurang .Alat piawai sebenar
pula ialah penggunaan sistem metrik iaitu menggunakan sukatan mililiter ( ml) ataupun
liter (l).Contoh cecair ialah seperti air,minyak,raksa dan sebagainya.
KEKUATAN DAN KELEMAHAN PENGGUNAAN UNIT BUKAN PIAWAI SERTA
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Dalam tajuk isipadu cecair,terdapat beberapa Kekeliruan atau kesalahan konsep
dikalangan murid. Antaranya ialah apabila murid-murid menyukat dan membanding
isipadu cecair di mana bila murid membanding dengan menggunakan bekas yang
berlainan daripada segi saiz dan bentuk bekas yang digunakan.Ini kerana murid-murid
tidak memahami keluasan atau bentuk sesuatu bekas akan mempengaruhi kandungan
isipadu sesuatu cecair, Guru perlu menggalakkan murid menyenaraikan bekas dan
alat yang digunakan dalam kehidupan seharian.Pengalaman murid juga boleh di
aplikasikan dalam membantu murid untuk memahami isipadu cecair.
Sedkit kekeliruan juga timbul apabila kandungan terakhir air tidak mencukupi
kapasiti bekas yang digunakan. Oleh itu murid keliru untuk membilang kandungan
terakhir . Untuk mengatasi masalah ini, guru sepatutnya membuat persediaan awal
menyukat terlebih dahulu kandungan air di dalam jag agar berpadanan dengan bahan
yang akan digunakan sebagai sukatan. Ini untuk mengelak murid terpesong dari
intipati pengajaran. Walaubagaimanapun, melalui kaedah penganggaran
menggunakan unit bukan piawai ini memberi pengalaman kepada murid untuk
memahami konsep pengukuran bagi isipadu cecair. Sedikit sebanyak murid telah
mendapat pendedahan awal untuk mengambil bacaan atau bilangan bahan yang

digunakan untuk mengetahui kandungan sesuatu bahan. Secara tidak langsung ini
memberi pengalaman awal bagi mereka mengenai isipadu cecair. Belajar melalui
pengalaman dan menggunakan bahan konkrit pada peringkat umur 8 tahun adalah
sesuatu yang disarankan dalam teori-teori pembelajaran seperti Jean Piaget. Aktiviti
ini akan dapat membantu murid membangunkan idea unit sebagai titik rujukan dalam
membandingkan dua kuantiti. Adalah perlu mengenalpasti kekuatan dan kelemahan
murid dahulu sebelum memberikan aktiviti kepada mereka supaya dapat mencapai
hasil pembelajaran yang ditetapkan serta memanfaatkan murid selepas sesi pengajaran
dan pembelajaran dijalankan
Perancangan yang lebih teliti akan dapat memberi satu peluang pembelajaran yang
lebih bermakna bagi setiap pelajar. Pengukuran adalah satu cabang ilmu yang telah
ada dalam diri pelajar cuma ia perlukan bimbingan dan panduan guru yang padu untuk
lebih mematapkannya.
( 546 Patah Perkataan )

You might also like