Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

AMALI 2

Bila di katakan satu spesies?


Taksonomi dan Pengekalan Aliran Kepelbagaian Biologi
Tajuk

: Apa itu spesies

Tujuan: Untuk mengenal pasti sesuatu spesies


Pengenalan :
Biokepelbagaian merujuk kepada organisma hidup di bumi.

Biokepelbagaian biasanya

dipertimbangkan pada 3 peringkat pengelasan iaitu kepelbagaian ekosistem, ia merujuk


kepada variasi habitat, komuniti biosis dan kepelbagaian proses ekologi di dalam ekosistem.
Kepelbagaian spesies pula merujuk kepada variasi dan kelimpahan pelbagai jenis organism.
Kepelbagaian genetik merujuk kepada kombinasi gen-gen berlainan dalam populasi
berbeza spesies yang sama. Telah dianggarkan bahawa jumlah bilangan spesies berlainan
di Bumi adalah dalam lingkungan 7 hingga 20 juta. Maka adalah penting bagi ahli sains
mereka satu skema dimana organism hidup boleh dikenalpasti dan dikelaskan ke dalam
kumpulan-kumpulan utama.
hidup.

Taksonomi merupakan bidang sains pengelasan organism

Skema pengelasan adalah penting kerana membolehkan komunikasi maklumat

antara ahli sains mengenai sesuatu organism tertentu. Pengelasan ini membolehkan ahli
sains mencadangkan perhubungan yang mungkin di antara pelbagai organism. Peranan
organism di dalam ekosistem dan kepentingan organism kepada manusia.
Bagi kepelbagaian spesies juga ia merujuk kepada pelbagai organisma hidup di
dunia. Manakala kepelbagaian ekosistem pula adalah merujuk kepada pelbagai habitat,
komuniti biosis dan proses ekologi dalam persekitaran daratan, laut dan persekitaran akuatik
yang lain. Sesuatu spesies boleh di definasikan melalui dua kaedah atau pendekatan yang
berbeza iaitu Spesis biologi dimana individu-individu berupaya membiak bersama dengan
jayanya dan kaedah yang kedua ialah Spesis Morphologi di mana individu-individu pada
kelihatannya sama pada morphologinya atau binaan biokimianya.

Kaedah kedua inilah

yang sering digunakan untuk menentukan spesies individu apabila kita tidak ada sebarang
maklumat tentang perlakuan pembiakan individu. Kebanyakan tumbuhan dan invertebrata
termasuk dalam kategori ini. Taksonomi sangat penting dalam pemuliharaan biodiversiti,
tetapi tidak cukup berupaya untuk membezakan antara sepsis atau keliru dalam memberi
nama-nama spesis. Ini menyebabkan usaha-usaha perlindungan dan pencegahan menjadi
lambat. Spesies adalah konsep taksonomi yang digunakan dalam biologi untuk menunjuk
pada populasi organisma yang sejenis atau serupa dalam beberapa hal yang penting.
Biasanya, organisma-organisma tersebut boleh membiak bersama.

Dalam pengelasan

saintifik, satu spesies diberikan tatanama binomial dalam bentuk nama genus dan diikuti
satu nama unik, dan ditulis dalam keadaan condong.

Pengelasan ialah pembahagian

kepelbagaian ini kepada kumpulan yang lebih kecil dan lebih mudah diuruskan. Suatu ciri
yang penting ialah nama yang diberikan kepada kumpulan tumbuhan dan haiwan dalam
pengelasan prasaintifik.

Pengkelompokan tidak di dasarkan secara menyeluruh pada

morfologi, walaupun rupa tumbuhan telah digunakan dalam pengenalan, tetapi didasarkan
juga pada bau, rasa dan nilai pemakanan.
Hipotesis

: Spesies yang berbeza mempunyai ciri-ciri yang berbeza

Pembolehubah
1. Dimanipulasi

: Ciri-ciri Moonmorphs.

2. Bergerakbalas

: spesies yang berlainan.

3. Dimalarkan

: Tempat, Bulan

Prosedur

1) Moonmorphs dalam lampiran modul dikenalpasti ciri-ciri mereka dan dikumpulkan


kepada beberapa kumpulan berdasarkan kesamaan-kesamaan ciri yang terdapat
2)
3)
4)
5)

pada mereka.
MoonMorphs di kkumpulkan dalam 4 bahagian.
Ciri-ciri yang ditekankan di perhatikan.
Spesis yang telah di kenalpasti dikelaskan kepada beberapa kumpulan.
Spesies ini dikumpulkan mengikut cirri-ciri yang boleh kita lihat.

Keputusan

Kumpulan

Ciri-ciri sepunya

MoonMorphs

Spesis
A

berbintik di bahagian abdomen


mempunyai abdomen yang besar
mempunyai tangan yang panjang

mempunyai sepasang kaki dan

tangan.
Mempunyai

bintik-bintik

yang

bercorak.
Kuku yang tajam.

mempunyai

berbintik.
Ekor yang berbentuk.
Mempunyai abdomen yang leper
dan panjang.

tangan

yang

Mempunyai kepala yang berlipat.


Ekor yang pendek
Mempunyai
kepala,
mata,
abdomen dan ekor.

Pengelasan secara berkumpulan

Kesimpulan:
Carta Pengelasan MoonMorphs

MOONMORPHS

Kumpulan A

Kumpulan B

Abdomen Berbintik

Kaki Berkuku

Bintik Lapan

Bintik
Sepuluh

Kuku tajam

Kuku tumpul

MOONMORPHS

Kumpulan C

Kumpulan D

Bentuk Badan

Bentuk Kepala

Pendek

Perbincangan

Panjang

Berlipat

Tidak berlipat

.
PERBINCANGAN
1.

Apakah ciri-ciri yang dikenalpasti sewaktu pengelasan haiwan dibuat? Mengapa


ciri itu dipilih? Mengapa bukan ciri yang lain?
Semasa saya membuat pengelasan haiwan MoonMorphs, faktor luaran dan ciri-ciri
sepunya di ambil kira. Saya melihat kepada bentuk kepala, abdomen, sesungut,
tangan, kaki dan ekor moonmorphs tersebut. Faktor luaran yang paling di ambil kira
dan mudah dilihat adalah bentuk abdomen kerana faktor itu lebih dominan
berbanding dengan faktor luaran yang lain. Berlainan spesis mempunyai bentuk
abdomen yang berlainan seperti ada di antara haiwan ini mempunyai perut yang
buncit, berbadan panjang dan juga berbintik-bintik di bahagian abdomen mereka
yang boleh di lihat dengan lebih ketara. Saya ada merujuk buku biologi tingkatan 4,
yang memberi penekanan kepada kita apabila membuat pengelasan haiwan atau
benda-benda hidup perlulah kita melihat kepada ciri-ciri sepunya yang ada pada
benda hidup tersebut, ini bagi memudahkan kita mengenali akan spesis yang sama.
Saya tidak memilih ciri-ciri yang lain kerana bentuk badan memberikan perbezaan
yang agak ketara berbanding dengan mata, tangan, sesungut, ekor dan juga kepala.
Kesemua haiwan tersebut dibahagikan kepada EMPAT kumpulan spesis iaitu Spesis
A, Spesis B, Spesis C, Spesis D.

2.

Adakah kesemua individu di dalam spesis itu serupa antara satu sama lain?
Berapakah variasi yang diterima di antara individu di dalam spesis tersebut?

Tidak semua individu dalam satu spesis mesti serupa keseluruhannya.

Spesies

adalah konsep taksonomi yang digunakan dalam biologi untuk menunjuk pada
populasi organisma yang sejenis atau serupa dalam beberapa hal yang penting.
Biasanya, organisma-organisma tersebut boleh membiak bersama. Sesuatu spesis
itu hanya sama pada sebahagian bentuk luaran sahaja, contohnya moonmorphs
yang mempunyai bintik-bintik di bahagian abdomen, walaupun sepsis berbintik tetapi
setiap individu itu mempunyai bintik yang berbeza-beza bilangan bintiknya.
Sebenarnya, sebahagian variasi ini adalah bersifat keturunan, dalam satu spesis
variasi antara individu yang boleh diterima mungkin 2 atau lebih bergantung kepada
ciri-ciri sepunya sesuatu spesis itu.

3.

Apakah yang akan terjadi kepada spesis jika menerima variasi individu yang
sangat tinggi? Apakah pula yang akan terjadi jika menerima variasi individu
yang sangat rendah?

Variasi

ini

wujud

hasil

daripada

interaksi

sesuatu

organisma

terhadap

persekitaran.Hal ini,menjelaskan fenotip sesuatu organisma yang disebabkan oleh


interaksi antara faktor persekitaran dengan faktor genetik. Punca ini dipengaruhi oleh
faktor genetik, faktor persekitaran dan faktor genetik berinteraksi antara faktor
persekitaran. Jika sesuatu spesis itu menerima tahap variasi individu yang tertinggi
maka untuk satu spesis itu hanya seekor akan mewakilinya tetapi sekiranya spesis
itu menerima variasi yang terlalu rendah maka satu spesis itu akan mempunyai
bilangan haiwan yang banyak mewakilinya. Ini mungkin berkaitan dengan sifat
variasi itu sendiri yang di perolehi daripada keturunannya.

4.

Jelaskan bagaimana seorang taksonimis dapat membahagikan sesuatu spesis


kepada dua atau lebih spesis yang baru?
Saintis yang pakar dalam menentukan dan menggolongkan spesis dalam sesuatu
kumpulan dikenali sebagai taksonomis.

Taksonomis sangat penting dalam

pemuliharaan biodiversity, tetapi tidak cukup berupaya untuk membezakan antara


spesis atau keliru dalam memberi nama-nama spesis. Taksonomis ini sebenarnya
hanyalah pemudahcara, yang membolehkan kita mengelaskan semua spesis yang
berbeza. Taksonomis dapat membahagikan sesuatu spesis kepada dua atau lebih
spesis baru adalah berdasarkan kepada sifat biologi dan sifat morphologi. Kaedahkaedah ini sering digunakan untuk menentukan spesis individu apabila tidak ada
sebarang maklumat tentang pembiakan individu tersebut.

5. Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya variasi di dalam individu?

Variasi ialah perbezaan yang terdapat di kalangan individu daripada satu spesies
yang sama. Variasi di kalangan individu ini disebabkan oleh saling tindakan antara
faktor genetik dan faktor persekitaran. Variasi yang disebabkan oleh persekitaran
tidak boleh diperturunkan. Variasi akibat faktor genetik melibatkan proses-proses
pindah silang dan penggabungan semula semasa meiosis, penggabungan rawak
gamet dalam pembiakan seks dan mutasi. Variasi juga terbahagi kepada dua iaitu
variasi selanjar dan tak selanjar. Jika terdapat keperluan dan peluang yang wujud,
variasi membolehkan sesetengah individu mengeksploitasikan sumber yang ada di
habitat yang baru. Variasi yang dipengaruhi oleh faktor genetik boleh diwarisi dari
satu generasi ke generasi yang lain manakala variasi yang dipengaruhi oleh faktor
persekitaran pula tidak boleh di kawal.

Mengapakaah spesis MoonMorphs ini dipanggil morphospecies?


Spesis MoonMorphs ini dipanggil morphospecies

adalah di mana individu-

individu pada kelihatannya sama pada morfologinya atau binaan biokimianya.


Morfologi merupakan cabang biosains yang berkenaan kajian bentuk dan struktur
badan organisma dan ciri-ciri binaan tertentunya. Ini termasuk aspek-aspek rupa
luaran seperti bentuk, struktur, warna, corak dan juga bentuk dan struktur anggotaanggota dalaman seperti tulang dan organ. Ini berbeza dengan fisiologi yang
menekankan fungsi anggota.

Moonmorphs juga dikenali sebagai morphospesis

disebabkan spesis tersebut boleh dikelaskan berdasarkan kepada ciri-ciri sepunya


yang boleh diperhatikan dalam sesuatu spesis. Kaedah morfologi sebenarnya agak
terbatas kerana maklumat yang digunakan untuk mengelaskan spesis adalah terhad
dan perlu kepada perbezaan yang jelas daripada spesis-spesis lain.

7.

Jelaskan mengapa spesis tersebut bukan spesis biologikal.

Spesis biologi adalah spesis dimana individu-individu berupaya membiak bersama


dengan jayanya. Pengelasan biologi merupakan kaedah taksonomi saintifik yang
digunakan untuk pengumpulan dan pengelasan organisma dalam

kategori

organisma seperti genus atau spesis. Pengelompokan ini telah disemak kembali
untuk diselaraskan dengan prinsip keturunan yang sama (common descent) yang
dikemukakan oleh Charles Darwin. Sistem molekular, yang menggunakan urutan
DNA atau analisis bioinformatik telah mendorong kepada penilaian semula
taksonomi. Walau bagaimanapun, maklumat molekular cuma merupakan pelengkap
atau tambahan kepada sistem yang diasaskan kepada morfologi yang telah sedia
digunakan dalam pengelasan saintifik. Spesis tersebut merupakan bukan spesis
biologikal kerana tidak ada sebarang maklumat yang berkaitan pembiakan seperti
jantina, DNA, genetik juga habitat spesis tersebut.

Spesis MoonMorphs ini

dikelaskan secara morfologi adalah kerana ciri-ciri yang hanya boleh dilihat secara
luaran dan sepunya sahaja. Spesis ini di kelaskan secara melihat kepada sifat-sifat
fizikalnya seperti bentuk abdomen, bentuk kepala, mata, sesungut dan ekor spesis
itu sendiri.

You might also like