Pengenalan Kaedah Abjad

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Pengenalan Kaedah Abjad

Kaedah asas membaca yang paling tua digunakan sehingga


sekarang untuk mengajar kanak-kanak membaca. ( disokong
oleh Zulkifley Hamid, 1994)- berpendapat bahawa kaedah ini
merupakan kaedah klasik dan digemari oleh ramai guru yang

mengajar kanak-kanak membaca pada peringkat permulaan.


Mula pada kerajaan Greek dan Rom
Juga dikenali sebagai kaedah huruf atau mengeja
Memberi tumpuan kepada penghafalan abjad, pembentukan

suku kata dan aktiviti mengeja


Kaedah ini sangat mementingkan kanak-kanak mengenal

nama-nama huruf dari a-z.


Kegagalan murid-murid dalam mengenal huruf-huruf yang ada

akan mengakibatkan kesukaran menjalankan aktiviti


-

membaca kerana faktor asas masih tidak dapat dikuasai.


Menghafal abjad a hingga z ( mengikut susunan)- membentuk

suku kata- mengeja perkataan ( Kaedah mengeja)


- Kaedah mengeja:
Kebaikannya;
- Murid mahir mengeja.
- Memudahkan guru, tidak memerlukan ABM yang banyak.
Kelemahan:
- Murid tidak lancar membaca kerana perlu mengeja perkataan
terlebih dahulu.
- Tahap kefahaman murid rendah kerana murid lebih
mementingkan ejaan dan sebutan.

- Murid membaca secara berlagu, tidak mempedulikan rangkai


kata dan jeda.
- Bertentangan dengan psikologi pendidikan yang
mementingkan pengajaran dari keseluruhan kepada bahagianbahagian.

Pengajaran bacaan ini dimulaikan dengan pengenalan huruf

atau abjad yang diikuti dengan membunyikan huruf-huruf.


Murid murid akan diperkenalkan dengan bunyi-bunyi atau
suku kata yang digabung menjadi perkataan daripada
cantuman huruf-huruf dan akan dimulakna dengan
pengajaran membaca wacana setelah mereka menguasai

bunyi perkataan dalam ayat.


Kaedah ini membolehkan mereka membaca semua perkataan
kerana asas membaca ialah bunyi setiap huruf yang
membentuk perkataan tersebut.

Konsep Kaedah Abjad


1) memperkenalkan 26 huruf abjad, iaitu a hingga z.
2) memperkenalkan huruf-huruf vokal, iaitu a,e,i,o,u dan 21
huruf-huruf konsonan.
3) menghafal setiap lambang abjad ( membolehkan muridmurid membaca sesuatu perkataan)
4) bunyi disambung dan menjadi suku kata, kemudian
mengenal rangkai kata, ayat dan seterusnya diajar membaca
5) guru boleh mengaitkan gambar dengan sesuatu huruf,
seperti a untuk api, b untuk bola( kerana ini dapat
membantu mengenal huruf dengan lebih mudah dan cepat,

menghafal huruf dengan mudah dan boleh membantu


mengekal ingatan murid.
6)menurut Zulkifley Hamid (1994), murid-murid harus
menghafal nama-nama huruf sebelum didedahkan kepada
peringkat membaca perkataan-perkataan mudah ( supaya
mereka dapat membaca perkataan )
Prosedur pelaksanaan:
1) memperkenalkan semua huruf yang terdapat
2) menghafal dan mengenal nama semua huruf yang
diperkenalkan ( terdapat tiga pandangan tentang pengajaran
ABC sama ada huruf kecil diajar terlebih dahulu atau huruf
besar diajar terlebih dahulu)
- menurut Abdul Aziz Abdul Talib ( 2000), biasanya, huruf
besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil
diajarkan
- menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985),
kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf besar harus
didedahkan serentak
- menurut Hj Daud Md Saman dan Muhaiyuddin Mohamed
Azizi (2010) dalam buku Literasi, mereka berpendapat
bahawa murid haruslah diajar huruf kecil dan diikuti dengan
huruf besar.
3) pengajaran difokuskan pada nama dan bunyi huruf vokal
a,e,I,o,u
4) pembentukan suku kata secara berturutan, murid dilatih
tubi membaca suku kata itu
5) daripada suku kata dibentuk perkataan seperti baba, baca
an sebagainya . latih tubi mengeja perkataan diadakan.

6) ejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf pada


sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku kata itu.
Kelebihan Kaedah Abjad
1) penggunaan kaedah ini amat sesuai denagn sistem ejaan
bahasa melayu dan sesuai digunakan oleh guru
2) membolehkan murid-murid membaca perkataan-perkataan
baharu
3) kemahiran asas dan binaan yang kukuh dalam aktiviti asas
membaca
4) memberi keyakinan kepada murid-murid
5) murid dapat mencapai kecekapan yang tinggi dalam
kemahiran membaca : dapat membaca apa-apa sahaja bahan
6) cara mengeja suku katanya tetap
Kelemahan Kaedah Abjad
1) dibaca dengan lancar tetapi tidak memahami maksud
perkataan/ ayat yang dibacanya ( hanya mementingkan
sebutan dan kelancaran berdasarkan perkataan yang
diperolehi)
2) mengamalkan cara membaca sambil mengeja. ( mereka
membaca dan tidak faham apa yag diucapkan serta in telah
menjejaskan pemahaman mereka.)
3) membosankan murid-murid apabila memberi latih tubi.
Lebih kepada aktiviti hafalan dan kurang penghayatan.
4) melambatkan proses pemahaman kerana menggunakan
masa yang panjang dan berlebihan dalam mengeja perkataan.
5) mengambil masa yang panjang untuk mengenal nama huruf
6) terdorong untuk membaca satu suku kata demi satu suku
kata sehingga menyebabkan bacaan kurang lancar

7) tidak sesuai denga kehendak dan psikologi murid kerana


pengajaran tidak secara keseluruhan yang bermakna. ( murid
akan lupa terhadap pembelajaran lepas jika tidak diulang.
8) penghafalan huruf-huruf yang abstrak bercanggah dengan
prinsip pendidikan sedangkan murid-murid haruslah
mempelajari sesuatu yang konkrit terlebih dahulu

You might also like