Professional Documents
Culture Documents
miniVIVA-en Alam
miniVIVA-en Alam
PERNYATAAN MASALAH
Murid- murid mengalami kesukaran untuk menjawab
soalan atau menyelesaikan masalah yang melibatkan
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum
Meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi murid
melalui pendekatan pembelajaran menggunakan
bahan 3D sebagai bahan bantu mengajar bagi
subjek Kajian Tempatan dalam kalangan muridmurid tahun 5 Smart.
Objektif Khusus
Murid- murid dapat meningkatkan kemahiran berfikir aras
tinggi pada aras aplikasi, analisis, penilaian dan inovasi
melalui pendekatan pembelajaran menggunakan bahan 3D.
Murid- murid dapat menjawab soalan- soalan beraras tinggi
iaitu pada aras aplikasi, analisis, penilaian dan reka cipta
dalam ujian pasca.
Murid dapat memanipulasikan bahan 3D secara
bekerjasama di dalam kumpulan.
PERSOALAN KAJIAN
Adakah pendekatan pembelajaran menggunakan bahan 3D
dapat meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam
kalangan murid- murid?
Adakah murid- murid akan berjaya menjawab semua soalan
beraras tinggi dalam ujian pasca?
Adakah murid boleh bekerjasama memanipulasikan bahan 3D
sewaktu di dalam kumpulannya?
KUMPULAN SASARAN
30 orang murid kelas tahun 5 Smart
13 orang lelaki dan 17 orang perempuan
Rasional pemilihan: kumpulan yang dikatakan mempunyai
prestasi akademik yang baik dan tinggi, namun sebenarnya
masih kurang mahir dalam menyelesaikan masalah pada aras
tinggi
TINDAKAN CADANGAN
Pendekatan pembelajaran menggunakan bahan 3D untuk
menjalankan intervensi bagi menangani masalah
penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi.
- Model bentuk muka bumi berasaskan tanah liat
(plastisin) dan kadbod