Kesan Merokok

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Kesan Daripada Kegiatan Merokok

Pelbagai pendapat membuktikan bahawa rokok itu membahayakan kesihatan manusia. Setiap
batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang
membahayakan dan boleh membawa maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan
radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai
(ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas
beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di kamar gas maut bagi pesalah yang menjalani
hukuman mati, dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, racun paling penting atau yang paling
merbahaya adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.

Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser
(karsinogen). Nikotin pula seperti dadah heroin, amfetamin dan kokain yang bertindak balas di
dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama
penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan
tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding dadah. Seseorang yang kehabisan rokok
kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan
sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang ketagihan dengan merokok meninggalkan tabiat
itu untuk selamanya kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua. Selain memberi
sifat ketagihan bahan nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung, strok,
urat saraf, mengecutkan saluran darah yang menyebabkan tekanan tinggi darah, simptom kebas
kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati dan kekejangan otot.

Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas
ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ia menjadi terencat dan akhirnya boleh
menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%. Apabila
racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ia akan membawa kerosakkan pada
setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan,
paru-paru, saluran penghadaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke
saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari
badan. Oleh itu, karbon monoksida boleh mengakibatkan sakit jantung, barah paru-paru, sakit
tenggorok dan kembang paru-paru.

Racun rokok akan disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing.
Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut
merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.
Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan yang ditelan.
Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan
ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu. Merokok juga
membolehkan seseorang lelaki itu mati pucuk.

Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya juga
membahayakan kerana ia akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paruparu. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang
ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap
akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus,
menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara
dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima. Asap rokok yang dihidu juga akan
melalui saluran penghadaman dan pencernaan dan ini boleh menyebabkan pelbagai penyakit di
bahagian esofagus, perut dan pankreas.

Kesan asap rokok terhadap ibu mengandung pula ialah seperti melahirkan bayi yang kurang berat
badan, melahirkan bayi yang tidak cukup bulan, ibu itu lebih terdedah kepada kanser,
mengurangkan kesuburan dan putus haid awal. Manakala kesannya terhadap anak yang masih
kecil ialah anak itu lebih mudah mendapat lelah, mendapat jangkitan paru-paru, pertumbuhan
paru-paru kanak-kanak terganggu dan mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak.

Harga rokok sekarang semakin mahal dan seseorang itu sanggup mengeluarkan wang yang
banyak hanya untuk membeli rokok yang tidak mendatangkan nilai. Ini bermakna seseorang itu
akan membazirkan wangnya seperti pelajar membelanjakan wang perbelanjaan sekolah yang
diberikan oleh ibu bapanya untuk membeli rokok, sedangkan wang itu untuk perbelanjaannya
membeli makanan di sekolah.

Merokok dikalangan wanita sebenarnya memberikan kesan yang teramat buruk dikalangan wanita.
Perokok wanita mempunyai kadar lebih tinggi untuk dijangkiti kanser paru-paru, payu dara, barah
rahim, servik dan kolon serta kadar kesuburan 30 peratus lebih rendah berbanding wanita yang
tidak merokok. Bagi wanita yang merokok pula rook itu akan merosakkan kulit mereka yang halus
bukan seperti yang mereka harapkan iaitu mengurangkan berat badan mereka.

Bagi ibu mengandung yang merokok akan menyebabkan berat bayi kemungkinannya tiga kali lebih
rendah daripada bayi normal dan lebih tinggi risiko mendapat penyakit serta kematian pada tahun
pertama kehidupan. Kualiti susu badan juga berkurangan jika bakal-bakal ibu itu mula merokok
semasa bayi dalam kandungan. Selain itu, juga boleh menyebabkan mereka keguguran.

Ukuran sebatang rokok yang dihisap ialah 0.5 cm dan jika 20 batang yang dihisap sehari akan
bersamaan panjang satu meter. Jika seorang perokok itu merokok lebih banyak dan terlalu berat,
semakin panjang batang rokok yang mereka ambil, maka semakin pendek umur mereka akibat
penyakit yang diundang. Berbanding dengan mereka yang tidak merokok akan lebih panjang umur
mereka.

Oleh itu, dari bahaya rokok atau bahan-bahan dalam rokok itu dapat meninggalkan kesan yang
buruk kepada pengamal tabiat merokok itu seperti yang dinyatakan di atas pelbagai jenis penyakit

yang boleh dihidapi oleh perokok. Antara jenis penyakit itu ialah janutng, barah paru-paru, barah
rahim, mati pucuk dan sebagainya. selain itu, rokok itu juga membahayakan kepada ibu
mengandung kerana bayi yang dilahirkan akan mendapat lelah, berat badannya lebih rendah dari
bayi yang normal dan berkemungkinan mendapat penyakit, mati pada tahun pertama
kehidupannya dan sebagainya.

You might also like