Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

ANALISIS PROGRAM PENERANGAN BERKAITAN PENYALAHGUNAAN DADAH.

1.0 PENGENALAN
Bagi memenuhi tugasan kerja kursus bagi subjek Bimbingan Dan Kaunseling KanakKanak (EDU 3107), para guru pelatih dikehendaki melaksanakan satu satu program
bimbingan dan kaunseling di sekolah semasa program praktikum. Oleh yang demikian saya
telah melaksanakan program Penerangan Berkaitan Dengan Penyalahgunaan Dadah di
sekolah Kebangsaan Tun Hussien Onn, Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Kumpulan
sasaran bagi program ini ialah murid-murid tahun 5 Cemerlang iaitu seramai 23 orang
murid. Program ini telah dilaksanakan pada 12 Februari 2014, pada pukul 9.30 hingga 10.30
pagi dan telah dibantu oleh 2 orang guru praktikum yang lain. Program ini juga telah
mendapat kerjasama dari guru bimbingan dan kaunseling sekolah ini iaitu, Cik Hawati binti
Hassan
Saya telah memilih program berkaitan dadah kerana kerana aktiviti penyalahgunaan
dadah merupakan satu gejala negatif yang yang semakin berleluasa dalam kalangan murid
sekolah rendah. Oleh yang demikian matlamat utama program ini adalah untuk memberi
pendedahan kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Tun Hussien Onn mengenai bahaya
penyalahgunaan dadah dan kesan akibat daripada ketagihan dadah. Objektif utama dalam
perlaksanaan program ini adalah untuk memberi pengetahuan tentang jenis-jenis dadah
kepada murid-murid. Seterusnya saya ingin menerangkan tentang bahaya penyalahgunaan
dadah serta menerapkan budaya gaya hidup sihat dalam kalangan murid-murid.
2.0 ANALISIS DAPATAN PENILAIAN MURID.
Bagi mendapatkan maklumat penilaian secara terperinci, saya telah menjalankan 2
ujian iaitu Ujian Pra dan Ujian Pos. Ujian Pra dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat
awal adakah murid-murid berkenaan telah mempunyai pengetahuan berkaitan dengan
dadah. Manakala Ujian Pos adalah untuk menilai keberkesanan penyampaian maklumat
yang telah saya sampaikan. Berikut merupakan hasil dapatan dan analisis bagi kedud-dua
ujian yang telah saya laksanakan.
2.1 ANALISIS UJIAN PRA :
BIL

SOALAN

SKALA
Sangat
tidak
setuju

Tidak
setuju

Tidak
pasti

setuju Sangat
setuju

Saya tahu tentang keburukan penagihan dadah.

26%

74%

Saya mengetahui tentang jenis-jenis dadah yang


merbahaya.

87%

13%

Saya menyedari pengambilan dadah adalah tidak


baik terhadap kesihatan.

17%

83%

Saya mengetahui bahawa pengambilan dadah


boleh membahayakan orang lain.

4%

96%

Saya mengetahui cara yang berkesan untuk tidak


terlibat dalam pengambilan dadah.

87%

15%

Saya dapat membantu rakan-rakan menjauhi


dadah melalui pengetahuan yang saya ada.

65%

30%

Saya mengetahui pentingnya mengamalkan gaya


hidup sihat tanpa dadah.

9%

91%

Saya mempunyai keazaman untuk tidak terlibat


langsung dengan dadah.

4%

96%

Saya menyedari pengambilan dadah boleh


menyebabkan ketagihan.

70%

30%

10

Saya tahu bahawa dadah memberi kesan yang


buruk kepada diri, keluarga, masyarakat dan
negara.

4%

96%

5%

Jadual 1 : Keputusan Ujian Pra Murid tahun 5 Cemerlang

Keputusan Ujian Pra Murid 5 Cemerlang


25
20
15
10
5
0

sangat tidak setuju

tidak setuju

setuju

sangat setuju

tidak pasti

Graf 1 : Keputusan Ujian Pra Murid tahun 5 Cemerlang


Berdasarkan jadual 1 dan graf 1 di atas (rujuk lampiran 1), bagi soalan pertama,
seramai 6 orang murid (26 %) tidak pasti dengan keburukan dadah manakala selebihnya 17
orang murid (74%) telah mengtahui tentang keburukan penagihan dadah. Seterusnya bagi

soalan kedua, 20 orang murid (87%) tidak pasti bahawa mereka mengetahui tentang jenisjenis dadah yang merbahaya manakala 3 orang murid sahaja (13%) yang mengetahui
tentang jenis dadah yang merbahaya. Untuk soalan yang ketiga, 4 orang murid (17%) tidak
pasti bahawa pengambilan dadah yang berlebihan adalah tidak baik untuk kesihatan.
Manakala 19 orang murid (83%) mengetahui bahawa pengambilan dadah yang berlebihan
boleh membawa kesan terhadap kesihatan. Seterusnya untuk soalan keempat pula,
seramai seorang murid (4%) tidak pasti sama ada pengambilan dadah boleh
membahayakan orang lain manakala selebihnya iaitu 22 orang (96%) mengetahui bahawa
pengambilan dadah boleh membahayakan orang lain. Untuk soalan kelima, seramai 20
orang murid (87%) tidak pasti mengenai cara yang berkesan untuk tidak melibatkan diri
dengan dadah. Manakala selebihnya iaitu 3 orang murid (13%) tahu cara untuk tidak
melibatkan diri dengan dadah.
Bagi soalan keenam pula, seorang murid (5%) sangat tidak bersetuju dengan soalan
Saya mengetahui cara yang berkesan untuk tidak terlibat dalam pengambilan dadah.
Manalaka 15 orang (65%) tidak pasti dan 7 orang murid (30%) bersetuju dengansoalan
tersebut. Seterusnya untuk soalan ketujuh, seramai 2 orang (9%) tidak pasti bahawa
pentingnya hidup sihat tanpa dadah. Manakala selebihnya iaitu 21 orang (91%) mengetahui
kepentingan hidup sihat tanpa dadah. Untuk solan kelapan, seramai seorang sahaja murid
(4%) yang tidak pasti sama ada dia mempunyai keazaman untuk tidak terlibat langsung
dengan dadah. Manakala selebihnya iaitu 22 orang (96%) mempunyai keazaman untuk
tidak terlibat langsung dengan dadah. Soalan kesembilan pula, seramai 16 orang murid
(70%) tidak pasti sama ada mengambil dadah menyebabkan ketagihan manakala
selebihnya iaitu 7 orang (30%) menyedari pengambilan dadah menyebabkan ketagihan.
Bagi soalan terakhir, seorang murid sahaja (4%) tidak pasti dadah memberikan kesan buruk
kepada diri dan keluarga. Manakala selebihnya iaitu 22 orang murid lain (96%) mengetahui
bahawa dadah mendatangkan kesan buruk kepada diri dan keluarga, masyarakat dan
negara.
2.2 ANALISIS UJIAN POS:
BIL

SOALAN

SKALA
Sangat
tidak
setuju

Saya tahu tentang keburukan penagihan dadah.

Saya mengetahui tentang jenis-jenis dadah yang


merbahaya.

4%

Tidak
setuju

Tidak
pasti

setuju Sangat
setuju

4%

96%

26%

70%

Saya menyedari pengambilan dadah adalah tidak


baik terhadap kesihatan.

100%

Saya mengetahui bahawa pengambilan dadah


boleh membahayakan orang lain.

4%

96%

Saya mengetahui cara yang berkesan untuk tidak 4%


terlibat dalam pengambilan dadah.

13%

83%

Saya dapat membantu rakan-rakan menjauhi


dadah melalui pengetahuan yang saya ada.

35%

57%

Saya mengetahui pentingnya mengamalkan gaya


hidup sihat tanpa dadah.

17%

83%

Saya mempunyai keazaman untuk tidak terlibat


langsung dengan dadah.

13%

87%

Saya menyedari pengambilan dadah boleh


menyebabkan ketagihan.

9%

91%

10

Saya tahu bahawa dadah memberi kesan yang


buruk kepada diri, keluarga, masyarakat dan
negara.

4%

96%

8%

Jadual 2 : Keputusan Ujian Pos Murid 5 Cemerlang

Keputusan Ujian Pos Murid 5 Cemerlang


25
20
15
10
5
0

sangat tidak setuju

tidak setuju

setuju

sangat setuju

tidak pasti

Gra
f 2 : Keputusan Ujian Pos Murid tahun 5 Cemerlang
Berdasarkan jadual 2 dan graf 2 di atas (rujuk lampiran 1), bagi soalan pertama,
seramai seorang murid (4%) tidak pasti dengan keburukan dadah manakala selebihnya 22
orang murid (96%) telah mengetahui tentang keburukan penagihan dadah. Seterusnya bagi
soalan kedua, seorang murid (4%) sangat tidak bersetuju dan tidak mengetahu jenis-jenis
dadah yang merbahaya. 6 orang murid pula (26%) tidak pasti bahawa mereka mengetahui

tentang jenis-jenis dadah yang merbahaya manakala 16 orang murid (70%) yang
mengetahui tentang jenis dadah yang merbahaya. Untuk soalan yang ketiga, kesemua 23
orang murid (100%) mengetahui bahawa pengambilan dadah yang berlebihan boleh
membawa kesan terhadap kesihatan. Seterusnya untuk soalan keempat pula, seramai
seorang murid (4%) tidak pasti sama ada pengambilan dadah boleh membahayakan orang
lain manakala selebihnya iaitu 22 orang (96%) mengetahui bahawa pengambilan dadah
boleh membahayakan orang lain. Untuk soalan kelima, sorang murid (4%) sangat tidak
setuju atau tidak mengetahui mengenai cara yang berkesan untuk tidak melibatkan diri
dengan dadah. Manakala 3 orang murid (13%) tidak pasti cara untuk tidak melibatkan diri
dengan dadah dan 19 orang murid (83%) tahu cara untuk tidak melibatkan diri dengan
dadah.
Bagi soalan keenam pula, 2 orang murid (8%) sangat tidak bersetuju dengan soalan
Saya mengetahui cara yang berkesan untuk tidak terlibat dalam pengambilan dadah.
Manalaka 8 orang (35%) tidak pasti dan 13 orang murid (57%) bersetuju dengan soalan
tersebut. Seterusnya untuk soalan ketujuh, seramai 4 orang (17%) tidak pasti bahawa
pentingnya hidup sihat tanpa dadah. Manakala selebihnya iaitu 19 orang (83%) mengetahui
kepentingan hidup sihat tanpa dadah. Untuk solan kelapan, seramai 3 orang murid (13%)
yang tidak pasti sama ada dia mempunyai keazaman untuk tidak terlibat langsung dengan
dadah. Manakala selebihnya iaitu 20 orang (87%) mempunyai keazaman untuk tidak terlibat
langsung dengan dadah. Soalan kesembilan pula, seramai 2 orang murid (9%) tidak pasti
sama ada mengambil dadah menyebabkan ketagihan manakala selebihnya iaitu 21 orang
(91%) menyedari pengambilan dadah menyebabkan ketagihan. Bagi soalan terakhir,
seorang murid sahaja (4%) tidak pasti dadah memberikan kesan buruk kepada diri dan
keluarga. Manakala selebihnya iaitu 22 orang murid lain (96%) mengetahui bahawa dadah
mendatangkan kesan buruk kepada diri dan keluarga, masyarakat dan negara.
3.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN.
Semasa menjalankan program ini banyak kekuatan dan kelemahan yang dapat
dilihat. Antara kekuatan saya semasa menjalankan program ini ialah saya mendapat
bantuan dan kerjasama yang amat baik sekali dari pihak sekolah. Pihak sekolah khususnya
para pentadbir sangat menyokong saya untuk menjalankan program ini. Pihak sekolah
merasakan bahawa program yang saya lakukan ini amat baik sekali dan bersesuai dengan
latar belakang kehidupan masyarakat di kawasan sekitar. Seterusnya saya juga mendapat
kerjasama yang baik dari guru bimbingan dan kaunseling sekolah ini iaitu Cik Hawati binti.
Yang telah banyak memberi bimbingan dan membantu saya memilih kumpulan sasaran
untuk melaksanakan program ini. Beliau juga telah memberikan maklumat tambahan

berkaitan dengan aktiviti yang saya laksanakan ini. Selain itu, kekuatan yang saya dapat
lihat adalah dari segi bahan yang saya gunakan. Semasa melaksanakan penerangan saya
telah menggunakan bahan multimedia seperti persembahan powerpoint dan tayangan
video. Dengan menggunakan alat-alat multimedia ia dapat menarik minat serta memberi
kesan mendalam kepada murid tersebut. Tambahan pula saya juga telah menggunakan
bahan berbentuk kad imbasan bergambar supaya ia dapat meneguhkan lagi pemahaman
murid tentang bahaya penyalahgunaan dadah dalam kalangan murid sekolah rendah. Akhir
sekali sebagai tanda penghargaan terhadap penglibatan mereka, saya telah memberikan
sedikit cenderamata sebagai tanda terima kasih kepada mereka.
Walaubagaimanapun terdapat juga beberapa kelemahan yang dapat dikesan
semasa saya menjalankan aktiviti tersebut. Antaranya ialah dari segi kekangan waktu. Masa
yang diperuntukkan kepada saya hanyalah selama satu jam sahaja. Dalam perancangan
awal, saya ingin melaksanakan program ini semasa waktu kokurikulum namun tidak
mendapat keizinan dari pihak sekolah kerana pada hari tersebut merupakan aktiviti
kokurikulum yang pertama untuk tahun 2014. Oleh sebab itu saya terpaksa menggunakan
waktu pengajaran dan pembelajaran untuk melaksanakan program ini. Kelemahan
seterusnya yang dapat saya kesan ialah penggunaan laras bahasa yang agak tinggi dalam
penyediaan borang penilaian. Hal ini menyebabkan kebanyakkan murid agak keliru dan
banyak murid yang bertanya tentang maksud soalan tersebut semasa menjawabnya.akhir
sekali kekurangan yang saya dapat lihat semasa perlaksanaan program ini ialah dari segi
lokasi perlaksanaan. Lokasi perlaksanaan aktiviti ini adalah di dalam bilik SAL (Self Acess
Room). Bilik ini tidak begitu kondusif kerana ia agak kecil untuk menampung jumlah murid.
Saya terpaksa meggunakan bilik ini kerana saya tidak dibenarkan menggunakan bilik media
kerana terdapat aktiviti lain yang dijalankan pada saat-saat akhir.
4.0 PENAMBAHBAIKAN
Antara penambahbaikan yang boleh saya lakukan ialah pertama sekali saya perlu
merancang waktu perlaksanaan program ini dengan baik. Saya seharusnya berbincang dan
mendapatkan pandangan khususnya daripada guru bimbingan kaunseling mengenai
perancangan masa bagi mengendalikan sesuatu program. Selain itu, saya perlu lebih peka
mengenai penggunaan laras bahasa yang sesuai dengan tahap murid di sekolah
berkenaan. Penggunaan laras bahasa yang sesuai sudah pasti dapat meningkatkan
pemahaman murid semasa menjawab soalan di dalam borang penilaian tersebut. Akhir
sekali saya perlulah membuat satu pelan altenatif sekiranya terdapat masalah yang saya
akan hadapi pada saat-saat akhir. Sebagai contoh saya perlu memikirkan tentang beberapa
tempat yang saya boleh gunakan untuk melaksanakan program ini. Sekiranya saya tidak

dapat menggunakan bilik yang saya tetapkan, saya sudah pun mempunyai beberapa bilik
lain yang boleh saya gunakan.

5.0 RUMUSAN

Saya bersyukur kerana program ini dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar.
Pada peringkat awal saya merasakan bahawa tugasan ini adalah sesuatu yang agak sukar,
namun hasil daripada tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah dan guru bimbingan dan
kaunseling Sekolah Kebangsaan Tun Hussien Onn, saya dapat melaksanakan program ini
dengan baik sekali. Saya amat berterima kasih kepada pihak sekolah yang telah menerima
kertas cadangan yang telah saya kemukakan untuk program ini. Pihak sekolah juga telah
memberikan kerjasama yang baik dan memberikan sokongan penuh kepada saya untuk
menjalankan program ini. Walaupun terdapat beberapa kekurangan dalam perlaksanaan
program ini, namun objektif bagi program ini telah berjaya dicapai. Saya telah memberikan
penerangan

berkaitan

dadah

dan

telah

menyedarkan

murid

mengenai

bahaya

penyalahgunaan dadah.
Dengan kawasan persekitaran yang dikelilingi oleh kawasan perumahan kos rendah
dan kawasan rumah setinggan, maka amat mudah bagi murid-murid di kawasan ini
terpengaruh dengan gejala tidak sihat terutamanya penyalahgunaan dadah yang sering
berlaku di kawasan ini. Oleh itu, saya yakin dengan penerangan yang telah diberikan melalui
persembahan powerpoint dan juga video akan memberi kesedaran kepada murid Sekolah
Kebangsaan Tun Hussien Onn mengenai bahaya dadah. Dengan usia yang sebegini muda,
mereka mudah untuk terpengaruh dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk mencuba
sesuatu perkara yang baru. Oleh sebab itu penerangan berkaitan dadah ini perlu diberikan
kepada mereka kerana kita tidak mahu dalam usia yang begini mereka telah mencuba
sesuatu bahan yang bakal merosakkan masa depan mereka dan keluarga mereka.
Oleh sebab itu,menjadi tanggungjawab semua guru agar dapat menerangkan
kepada murid-murid ini berkaitan dengan bahan yang boleh membahayakan diri mereka
khususnya dadah. Kita tidak mahu melihat generasi pemimpin masa hadapan ini hancur
akibat daripada bahaya najis dadah.

You might also like