Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Ringkasan Artikel :

Masalah Pembelajaran Matematik

Psikologi Pendidikan ialah penggabungan bidang psikologi dan pendidikan,


iaitu kajian saintifik terhadap tingkah laku murid dalam situasi pendidikan. Atan Long
(1976) menghuraikan psikologi pendidikan sebagai sains yang mengkaji tingkah laku
pelajar dalam suasana pembelajaran dalam bilik darjah .Smith ( 1978)menjelaskan
psikologi pendidikan sebagai kajian saintifik terhadap tingkah laku dalam pendidikan,
termasuk prinsip-prinsip dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan
untuk menyelesaikan masalah pendidikan. Slavin (1991) menyatakan psikologi
pendidikan

ialah

kajian

tentang

murid,pengajaran

dan

pembelajaran

yang

mengfokuskan proses -proses pengetahuan kemahiran nilai dan sikap dialihkan


daripada guru kepada murid dalam bilik darjah termasuk aplikasi prinsip- prinsip
psikologi dalam pengajaran .
Hipotesis merupakan andaian-andaian yang belum dapat dibuktikan,
manakala

teori

merupakan

definisi

yang

di

bentuk

daripada

kajian

saintifik.Pengetahuan matematik boleh dikategorikan dalam lima jenis iaitu fakta,


algoritma,

konsep,

hubungan

antara

konsep

dan

penyelesaian

masalah.Penyelesaian masalah merupakan satu aspek yang sangat penting dan


merupakan objektif utama dalam pembelajaran matematik.

Pelajar diharapkan dapat membina pengetahuan dan kemahiran baru melalui proses
penyelesaian masalah.Masalah matematik berayat sememangnya merupakan
komponen penting dalam kurikulum matematik KBSR.
Menurut Lim (1982, dalam Lim Beng Tin, 2000) dalam kajiannya mendapati pelajar
menghadapi kesukaran dalam masalah matematik yang dinyatakan dengan
perkataan berbanding masalah yang melibatkan simbol dan angka.
Kelemahan daya berfikir menjadi punca kelemahan pelajar bumiputera dalam
matematik. Tidak dapat di nafikan bahawa mata pelajaran matematik memerlukan
kuasa pemikiran kognitif yang tinggi dan perlu dimiliki oleh pelajar. Bahasa

matematik berbeza dengan bahasa biasa kerana ia mempunyai makna yang


tersendiri dan di gunakan dalam konteks matematik yang tertentu.
Sikap negatif ini sering menjadi penghalang kepada pelajar untuk mencapai
kejayaan dalam matematik. Menurut Polya (1957) penyelesaian masalah lazimnya
dikaitkan dengan penggunaan matematik dalam situasi di mana prosedur
penyelesaian tidak begitu nyata atau ketara. Pengajaran matematik di sekolah lebih
menekankan kepada kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran.
Montague (1993) melaporkan bahawa murid yang berpencapaian rendha
menghadapi kesukaran untuk memberi perhatian kepada langkah yang terlibat
dalam pencapaian masalah. Kesukaran ini boleh membawa kepada ketidakupayaan
murid

untuk

menyelesaiakan

masalah

yang

melibatkan

banyak

langkah

penyelesaian (multi step).


Kesukaran mengingat menghalang murid daripada menyimpan fakta dengan
lama. Murid yang mempunyai masalah pembelajaran juga menunjukkan kesukaran
dalam keupayaan visual-ruang. Mereka menghadapi masalah menulis dalam garis
lurus, menggunakan garis nombor dan menentukan arah (Miller dan Mercer, 1997).
Mereka juga menghadapi masalah menguruskan maklumat, membuat
perancangan, membuat pengesanan terhadap proses penyelesaian masalah dan
membuat generalisasi kepada situasi yang serupa.
Guru-guru matematik di sekolah sering mengatakan bahawa pelajar
menghadapi kesulitan apabila mereka dikehendaki menyelesaikan masalah
matematik berayat berbanding soalan matematik berbentuk mekanikal.
Jika guru dapat mengenal pasti dan mendiagnos kelemahan pelajar di
peringkat awal maka pemulihan dapat diberikan untuk memperbaiki kelemahan dan
seterusnya dapat membantu pelajar menguasai kelemahan dan membina keyakinan
serta minat mereka terhadap matematik khususnya.
Cara

penyelesaian

masalah

tidak

dapat

dihafal

seperti

sifir

atau

menyelesaikan soalan-soalan bentuk mekanis. Ia perlu dilaksanakan secara


sistematik dan berperingkat dengan melibatkan kefahaman konsep asas matematik
yang dikuasai di tahap satu. Salah satu objektif pendidikan matematik sekolah

rendah

yang

dinyatakan

dalam

KBSR

ialah

untuk

membolehkan

pelajar

menyelesaikan masalah bercerita atau penyelesaian masalah dan penekanan diberi


secara menyeluruh bagi semua tajuk kerana ia merupakan komponen penting dalam
Kurikulum Matematik KBSR. Pelajar-pelajar telah mula didedahkan dengan unsurunsur penyelesaian masalah atau masalah matematik berayat pada tahap satu.
Pelajar dikehendaki memilih operasi tambah, tolak, darab dan bahagi
bergantung kepada arahan soalan yang melibatkan satu langkah penyelesaian
sahaja. Kebanyakan dapat diperhatikan pelajar cukup berminat dalam mengikuti
kelas matematik dan prestasi pencapaian pada tahap satu amat membanggakan
dan ia mengambarkan bahawa mata pelajaran matematik pada saat itu amat
menyeronokkan
Miller dan Mercer (1997) mengatakan murid yang menghadapi kesukaran
mengingat akan memberi kesan kepada keupayaannya menyelesaikan masalah
berayat dengan cara berikut:
i)

Murid tidak berupaya menyimpan fakta-fakta matematik atau maklumat baru

ii) Murid tidak ingat langkah-langkah algoritma


iii) Murid-murid menunjukkan kelemahan dalam ulang kaji pelajaran
iv) Murid-murid menghadapi kesukaran menyatakan masa
v)

Murid-murid menghadapi masalah menyelesaikan masalah yang melibatkan


lebih dari satu langkah.

Program Matematik KBSR bertujuan untuk membimbing pelajar menguasai


kemahiran asas mengira empat operasi iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.Maka
kandungan sukatan matematik KBSR adalah asas untuk pelajar menangani masalah
kehidupan harian di samping persediaan mengikuti program matematik KBSM,
(Mohd Khairuddin Mohd Taib, 1992). masalah matematik berperkataan ini
sebenarnya tidak terhad dalam mata pelajaran matematik sahaja namun ia terdapat
dalam matapelajaran lain contohnya kimia, fizik dan sebagainya
Kesulitan ini mungkin merupakan sebab mengapa mereka kurang berjaya
dalam

matematik. Sebagai

satu

kajian

sosial,

Matematik

bukan

sahaja

membincangkan alat-alat dan tatacara yang berkaitan dengan sistem-sistem nombor


tetapi Matematik itu juga membicarakan masalah-masalah yang dialami oleh orang

semasa cuba memahami dan membuat penyelarasan yang sesuai dengan semua
jenis pengalaman yang bersabit dengan kuantiti. (Frank J. Swetz, Liew Su Tim,
1983).
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia , Datuk Abdul Rafie Mahat, mengatakan
bahawa pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah memerlukan kaedah
yang sesuai supaya tidak menimbulkan rasa takut di dalam diri pelajar.
(Hairulazim,2002)
.Guru

perlu

bijak

menggunakan

kreativitinya

serta

inovatif

dalam

menyampaikan isi pengajaran terutamanya tentang penyelesaian masalah agar


dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang efektif dan kondusif.
Matematik adalah mata pelajaran yang abstrak, maka pembentukan sesuatu
konsep matematik tidak akan berjaya dengan kaedah penghafalan sahaja.
(Mohd Salahuddin Salleh, 2006). Stanic dan Kilpatrick, (1989), NCTM, (1989)
mengatakan bahawa mendekati matematik melalui penyelesaian masalah dapat
mencipta konteks yang mensimulasikan kehidupan nyata dan kerana matematik
daripada memperlakukannya
Kajian menunjukkan murid sekolah rendah belum berupaya menyelesaikan
masalah matematik berayat walaupun mereka menguasai kemahiran menjalankan
operasi secara prosedural (Mokhtar et al., 2001 :Third International Mathematics and
Science Study [TIMSS],
Mayer (1985, 1987) mengusulkan empat peringkat yang harus dilalui oleh
seseorang individu semasa penyelesaian masalah iaitu (1) menterjemahkan
masalah, (2) mengintegrasi masalah, (3) merancang dan mencari strategi, dan (4)
melaksanakan penyelesaian.
Menurut faham konstruktivis, pengetahuan merupakan konstruksi (bentuk)
dari orang yang mengenal sesuatu (skemata). Pengetahuan tidak boleh dipindahkan
dari guru kepada orang lain, kerana setiap orang mempunyai skema sendiri tentang
apa yang diketahuinya. Pembentukan pengetahuan merupakan proses kognitif di
mana terjadi proses asimilasi dan akomodasi untuk mencapai suatu keseimbangan
sehingga terbentuk suatu skema yang baru.

Konstruktivisme adalah suatu upaya

membangun tata susunan hidup yang berbudaya moden

Scaffolding merupakan pemberian sejumlah bantuan kepada pelajar pada


tahap awal pembelajaran, kemudian mengurangi bantuan dan memberikan
kesempatan untuk mengambil alih tanggung jawab yang semakin besar setelah ia
dapat melakukannya (Slavin, 1997). Ini merupakan teknik yang digunakan oleh
seseorang yang memiliki kemahiran yang lebih untuk membantu seseorang yang
kurang berpengetahuan.
Pembelajaran dengan bantuan scaffolding memberi manfaat kepada pelajar
yang lemah. Pendekatan melalui scaffolding memberi dua sumbangan, iaitu
menjadikan pelajar berminat untuk melibatkan diri dalam tugasan dengan efektif
sehingga berjaya. Pelajar dapat mengembangkan aktiviti-aktiviti dan pengalamanpengalaman pembelajaran serta meningkatkan kadar keupayaan pembelajaran yang
perlu di capai. Sumbangan kedua ialah ia dapat mengembangkan prestasi dan zon
perkembangan proksimal pelajar. Zon perkembangan proksimal yang disarankan
oleh Vygotsky menghubungkan perbezaan antara apa yang boleh dipelajari oleh
pelajar tanpa bantuan dengan apa yang boleh dipelajari dengan bantuan guru atau
rakan sebaya yang berkebolehan.
Menurut Hartman (2002), tujuan guru mengajar berpandukan scaffolding
adalah untuk pelajar menjadi seorang penyelesai masalah dan individu pembelajar
yang bebas.
Menurut Roslina Radzali (2007) kepercayaan pelajar yang naive tentang ciri
penyelesaian masalah perlu diperbetulkan.Pelajar perlu diberi kesedaran, bimbingan
dan pengalaman bahawa memahami konsep yang mendasari masalah adalah
penting untuk berjaya dalam penyelesaian masalah matematik.
Kesedaran mesti diberikan kepada pelajar bahawa tidak ada satu prosedur
khusus tertentu, langkah demi langkah yang boleh menyelesaikan semua masalah
matematik. Pendedahan kepada pelajar bahawa penyelesaian masalah matematik
adalah melalui kefahaman yang jelas terhadap situasi masalah yang hendak
diselesaikan, membuat gambaran mental dan kemudiannya membina perwakilan
bagi masalah tersebut, mesti diamalkan.

Kerja dalam kumpulan adalah sesuai bagi murid yang mempunyai masalah
pembelajaran seperti ini iaitu seperti tutor rakan sebaya dan pembelajaran koperatif.
Ahli dalam kumpulan berkongsi maklumat dan bertanggungjawab dengan membantu
satu sama lain (Meese, 2001;Rivera,1996 masalah dengan pelbagai cara (Effandi,
2003).. ). Pembelajaran koperatif memberi peluang kepada murid untuk mendekati
sesuatud begitu sahaja. Pembelajaran kooperatif telah menjadi salah satu
pembaharuan dalam pergerakan refomasi pendidikan. Pembelajaran kooperatif
sebenarnya merangkumi banyak jenis bentuk pengajaran dan pembelajaran.
Asasnya ia menggalakkan pelajar belajar bersama-sama dengan berkesan melalui
pembentukan kumpulan yang homogen seperti dalam pendidikan inklutif. Ianya
boleh digunakan oleh pelbagai kumpulan umur dan dalam pelbagai mata pelajaran.
Pembelajaran jenis ini juga merujuk kepada kaedah pengajaran yang
memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil
untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982).
Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah (1) saling bergantung
antara satu sama lain secara positif (2) saling berinteraksi secara bersemuka (3)
akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri (4) kemahiran koperatif, dan
(5)pemprosesan kumpulan.
Terdapat beberapa kaedah pembelajaran koperatif seperti (1) Kaedah Jigsaw
II, (2) Kaedah STAD, (3) TAI (Team Assisted Individualization). Untuk menyelesaikan
masalah pembelajaran ini, ketiga-tiga kaedah ini boleh di gunakan.
STAD merupakan akronim bagi Student Teams Achievement Divisions.
Pembelajaran dalam kumpulan kecil dilakukan bagi sesuatu topik. Kaedah
perbincangan ini boleh menggunakan kaedah Jigsaw II atau pendekatan lain.
Selepas itu kuiz bertulis secara individu akan diberikan untuk menguji pemahaman
pelajar. Setiap pelajar akan mendapat markah individu, peningkatan kemajuan yang
ditunjukkan oleh setiap pelajar akan dikira dengan mengambil markah terbaru dan
ditolak dengan purata markah pelajar itu sendiri. Perbezaan markah individu akan
dikumpulkan untuk menjadi markah kumpulan. Di sebabkan markah kumpulan
diperolehi berdasarkan peningkatan ahli kumpulan, ahli kumpulan akan saling
bekerjasama supaya mendapat markah yang maksimum. Kaedah ini juga sesuai

dalam mengatasi masalah ini kerana ia akan menimbulkan minat kepada para
pelajar untuk menyelesaikan masalah.

TAI( Team Assisted Individualization) dibentuk dengan menggabungkan


antara motivasi dan insentif kepada kumpulan. Program yang diberikan mestilah
bersesuaian dengan kemahiran yang dipunyai oleh setiap pelajar. Pelajar dalam
setiap kumpulan mestilah terdiri daripada pelajar yang mempunyai keupayaan yang
berbeza-beza. Ahli kumpulan yang bekerja secara berpasangan akan bertukar-tukar
helaian jawapan kerja yang telah dibuat. Ahli kumpulan bertanggungjawab
memastikan rakan-rakan dalam kumpulan bersedia untuk menduduki ujian akhir
setiap unit. Skor mingguan yang diperolehi oleh kumpulan akan di jumlahkan ,
kumpulan yang melebihi skor yang ditetapkan akan diberikan sijil. Kaedah ini
sekaligus akan meningkatkan nilai motivasi dalam diri murid dalam mempelajari
subjek ini.
Secara kesimpulannya, dengan sistem pembelajaran matematik yang
menekankan penghafalan dan dengan bebanan latihan yang tidak difahami oleh
pelajar

membuatkan

mereka

tercicir

dalam

pembelajaran.

Justeru

ianya

membuatkan minat mereka untuk terus belajar semakin kabur. Pelajar seringkali
membuat berbagai andaian apabila mereka cuba memahami sesuatu pelajaran yang
cuba di sampaikan oleh guru mereka dan adakalanya andaian mereka salah. Ia
bermaksud pembentukan konsep yang berlaku di dalam fikiran mereka adalah
berbeza dengan hasrat yang ingin dicapai oleh pendidik.
Menurut Mohd Salleh Abu (1991), seseorang pelajar yang tidak menunjukkan
penguasaan konsep dan kemahiran matematik akan menghadapi masalah
pemahaman dalam matematik. Menurut Wong Khoon Yoong (1987), kebolehan
matematik yang lebih tinggi adalah bergantung kepada kebolehan yang lebih
rendah, iaitu dalam bentuk hiraki. Ramai pelajar tidak dapat menyelesaikan masalah
atas sebab-sebab tiada penguasaan konsep yang sebenar atau berlakunya
kesalahfahaman konsep. Laporan Cockroft (1982), sesuatu pelajaran matematik
yang baik lagi efektif harus mengandungi unsur - unsur seperti eksposisi atau
penyampaian isi pelajaran oleh guru, perbincangan antara pelajar dan guru serta

perbincangan antara pelajar itu sendiri. Di samping itu pelajaran itu juga seharusnya
mempunyai kerja praktik yang sesuai, latih tubi bagi kemahiran asas, aktiviti
penyelesaian masalah dan aktiviti menyelidiki pelbagai cara penyelesaian masalah
matematik.
Dewey (1859) melalui bukunya The School and Society (1899) dan The
Child and The Curriculum (1902) telah menyatakan bahawa asas pengajaran
berbentuk pembentukan kefahaman yang banyak mempengaruhi pendidikan masa
kini baik dari segi teori mahupun dari segi praktiknya. Oleh yang demikian, pedagogi
yang betul ialah dengan menyedari pelbagai pemasalahan yang mungkin timbul dan
bagaimana menggunakan daya kreatif untuk menyediakan pelbagai peluang
pembelajaran

untuk

menangani

cabaran

yang

mendatang. Menurut

Webb

(1989 dalam Tengku Shariffah bt Tuan Yusof 2004), pengaruh guru terhadap
pembelajaran adalah besar maknanya, oleh itu pengetahuan guru dalam merancang
strategi pengajaran dengan baik amat perlu.
Mengikut kajian yang telah dibuat ke atas pelajar rata-rata menunjukkan
bahawa mereka tidak mampu fahami soalan, tidak tahu merancang strategi dan
sudah tentu tidak tahu melaksana strategi. Pembelajaran adalah suatu proses yang
aktif. Pelajar perlu membina skim-skim matematik berasaskan penggunaan
kalkulator atau pengalaman sendiri. Selain itu pelajar juga perlu di beri peluang
berbincang dan bertukar-tukar fikiran semasa menyelesaikan masalah.

Analisa Artikel :
Permasalah Dalam Pembelajaran Matematik

You might also like