Minit Mesyuarat Unit Badan Pengawas Kali Pertama Tahun 2010

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG

TUN RAZAK,
75450 BUKIT KATIL , MELAKA
Minit Mesyuarat Badan Disiplin dan Pengawas Kali Pertama Tahun 2012
Tarikh : 05 Januari 2012 (Khamis)
Masa : 1:20 Petang Hingga 2:50 Petang.
Tempat : Bilik Mesyuarat Tun Razak
Pengerusi : Puan Maznah Bt.Yusop ( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid )
Kehadiran :
1. En.Syahrom Bin Abd.Kadir
2. Pn.Lis Rasita Bt. Tambi
3. Pn.Azlina Bt.Abd.Aziz
4. En.Zafri B.Zakaria
5. Pn.Fazliana Bt.Mustaffa
6. Ustaz Shahbani B.Sakan
Perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat adalah seperti berikut:
Perkara 1
1.0
Ucapan Pengerusi Majlis, bacaan Al-Fatihah. Syukur dapat mengadakan
mesyuarat jawatankuasa Badan Disiplin dan Pengawas 2012.
Tindakan : Semua Guru.
Perkara 2
2.0 Ucapan Yang Berusaha Puan Guru Besar.
2.1
Bersyukur keranan diberi kesihatan yang baik dan dapat meneruskan
tanggungjawab dengan baik.
2.2
Tahniah kerana tiada masalah-masalah kritikal yang berlaku di sekolah atau
tersiar di dalam akhbar. Oleh itu, segala kerja buat seharian kerana Allah S.W.T
Sekiranya guru hendak menghukum pelajar, jelaskan kepada pelajar, apakah kesalahan
yang dilakukannya.
2.3
Guru juga hendaklah bertanggungjawab di atas apa saja kemalangan yang
berlaku. Bawa murid ke klinik dan jangan bertindak sebarangan. Kemudian, guru
hendaklah memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga.
Tindakan : Semua Guru.
Perkara 3
3.0
Pengesahan Perlantikan Jawatankuasa Tahun 2012.
Pengerusi : Puan Aminah Bt. Umar(Guru Besar)
Naib Pengerusi : Puan Maznah Bt.Yusop (PK Hem)
Ketua Unit : Encik Syahrom B.Abd.Kadir
Setiausaha : Puan Lis Rasita Bt.Tambi
Ahli Jawatankuasa :
1. Pn.Azlina Bt.Abd.Aziz
2. En.Zafri B.Zakaria
3. Pn.Fazliana Bt.Mustaffa

4. Ustaz Shahbani B.Sakan


Cadangan Encik Zafri B.Zakaria
Sokongan Encik Ustaz Shahbani B.Sakan.
Perkara 4
4.0 Perancangan Aktiviti Tahunan sessi 2012
4.1
Majlis Penyampaian Watikah akan diadakan 30 Februari 2012 (Isnin) sewaktu
perhimpunan pagi.
4.2
Pn.Lis Rasita diminta menghubungi Yang Setia Pegawai Polis Seranta untuk
penetapan tarikh dan akan disusuli dengan surat jemputan.
Tindakan : Puan Lis Rasita
4.3
4.3.1
4.3.2

Kursus Kepimpinan Pengawas/Pustakawan.


Akan diadakan pada tahun ini.
Pengisian aktiviti akan dibincang dalam mesyuarat kepimpinan.

Tindakan : PK Hem
Perkara 5
5.0 Hal-hal lain dan ucapan Penangguhan.
5.1
Encik Syahrom, mencadangkan agar pihak pentadbir dapat menyediakan 2 helai
kot untuk ketua pelajar dan ketua pengawas. Kot ini juga akan diguna pakai oleh
pengacara majlis sewaktu perhimpunan rasmi setiap pagi Ahad.
Tindakan : PK Hem
5.2 Encik Syahrom, meminta penjelasan mengenai pungutan yuran, khas untuk tabung
pengawas. Jawatankuasa bercadang untuk memungut sebanyak RINGGIT : Lima
ringgit ( RM5.00 ) sebulan dalam jangkamasa selama 10 bulan. Wang digunakan
untuk aktiviti lawatan dan jamuan perpisahan akhir tahun.
5.3 Encik SYAHROM, meminta penjelasan daripada pentadbir mengenai lokasi atau
kawasan bertugas mengikut blok. Ini bertujuan untuk mengemaskini tugas-tugas
seharian pengawas bagi sessi 2012.
5.4 Encik Syahrom, meminta mandat daripada pentadbir untuk menguruskan pelantikan
ketua pelajar dan ketua pengawas.
5.5 Encik Syahrom, mencadangkan agar pengawas yang melanggar disiplin ditetapkan
hukuman.Dikhuatiri kesalahan akan berulang jika tidak diatasi.Mencadangkan agar
dihantar kepada GB dan lawatan ke rumah juga perlu jika terlalu serius
kesalahannya.Perlu perjumpaan dengan GB untuk menginggatkan tentang peranan
dan tanggungjawab pengawas.Maka pengawas pengawas boleh mencetuskan
percapahan fikiran dan motivasi dalam perlaksanaan dan penguatkuasaan peraturan
dan disiplin.
5.6 PK HEM, mencadangkan agar pemeriksaan secara rambang dilakukan selepas
perhimpunan. Fokus kepada pakaian seragam dan kebersihan diri.
5.7 En.Syahrom- Masalah disiplin bermula dirumah.Sokongan dan kerjasama guru masih
perlu dipertingkatkan tentang peranan dalam penguatkuasaan disiplin terutama dalam
mesyuarat dan perjumpaan guru-guru.Pengawas bermasalah perlu direkodkan
kesalahannya untuk tindakan tindakan perlu.Spotchek juga perlu sentiasa dibuat.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2:50 petang.


Minit Mesyuarat disediakan oleh:
..
( SYAHROM BIN ABD.KADIR )
Ketua unit Badan Disiplin dan Pengawas.
Tarikh : 5 JANUARI 2012
Minit Mesyurat disahkan oleh :

( PUAN MAZNAH BTE YUSOP )


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Tarikh : ..

You might also like