Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 119

KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DI KALANGAN

PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN, UTM DAN HUBUNGANNYA


DENGAN SIKAP TERHADAP E-PEMBELAJARAN

SU LIH TENG

UNVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ii

Saya mengakui karya yang bertajuk Kemahiran Teknologi Maklumat di Kalangan


Pelajar Fakulti Pendidikan, UTM dan Hubungannya dengan Sikap Terhadap
E-pembelajaran adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

iii

Untuk ayah dan ibu tersayang

iv

PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada dua orang penyelia projek,
Prof. Madya Dr. Baharuddin Aris dan En. Noraffandy Yahaya serta pensyarahpensyarah lain atas bimbingan dan dorongan yang telah diberikan sepanjang tempoh
penyeliaan tesis ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada pihak Fakulti Pendidikan yang


membekalkan maklumat yang diperlukan dalam penyelidikan ini. Tidak lupa juga
rakan-rakan seperjuangan saya yang telah menghulurkan bantuan kepada saya.

Penghargaan diberikan kepada ibu bapa dan ahli keluarga yang tersayang
yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada saya.

Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara
langsung atau secara tidak langsung yang membantu menjayakan penyelidikan ini.

ABSTRAK

E-pembelajaran telah menjadi satu kaedah pembelajaran yang popular


dilaksanakan di dalam bidang pendidikan. UTM mula melaksanakan e-pembelajaran
yang menggunakan Sistem Pengurusan Pembelajaran Moodle pada tahun 2004.
Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau pengaruh kemahiran teknologi maklumat,
jantina, jenis aliran kursus dan kekerapan penggunaan e-pembelajaran pada sikap
terhadap e-pembelajaran di UTM. Soal selidik telah diedarkan kepada 327 orang
pelajar Fakulti Pendidikan UTM, Skudai. Data latar belakang pelajar dari segi jantina,
aliran kursus yang diikuti, kekerapan penggunaan e-pembelajaran UTM, tahap
kemahiran teknologi maklumat pelajar dan tahap sikap pelajar terhadap epembelajaran telah dikutip. Soal selidik sikap terhadap e-pembelajaran dibahagi
kepada empat bahagian iaitu kegusaran terhadap e-pembelajaran, keyakinan terhadap
e-pembelajaran, kesukaan terhadap e-pembelajaran dan persepsi terhadap faedah epembelajaran. Satu soalan sumbangan terbuka telah ditanya untuk mendapatkan
faktor sebenar keseronokan pelajar menggunakan e-pembelajaran. Dapatan kajian ini
menunjukkan terhadap korelasi sederhana antara kemahiran teknologi maklumat
dengan sikap terhadap e-pembelajaran.Tiada perbezaan signifikan sikap terhadap epembelajaran antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan pada . Tiada perbezaan
signifikan kegusaran terhadap e-pembelajaran (p=0.378) dan kesukaan terhadap epembelajaran (0.489) di antara aliran kursus yang berlainan. Didapati pelajar aliran
sastera mempunyai keyakinan (p=0.046) dan persepsi faedah (p=0.029) yang lebih
positif daripada pelajar aliran kejuruteraan. Selain itu, terdapat hubungan positif
antara kekerapan penggunaan e-pembelajaran dengan sikap terhadap e-pembelajaran.
Secara umumnya, kajian ini menunjukkan pelajar perlu menguasai kemahiran
teknologi maklumat dalam menceburi e-pembelajaran supaya menghasilkan suasana
pembelajaran yang positif.

vi

ABSTRACT

E-learning has become a popular method of learning used in the field of


education. UTM started its e-learning through Moodle Learning Management System
in 2004. The aim of this study is to investigate the influence of information
technology skill, gender, type of course stream and the frequency of using e-learning
in the attitude towards e-learning at UTM. Questionnaires were distributed to 327
students of the UTM Education Faculty, Skudai. Data regarding the background of
students that are their gender, course pursued, frequency of using e-learning at UTM,
the level of students information technology skill and students attitude towards elearning was collected. The questionnaire on students attitude towards e-learning
was divided into four parts, that are their anxiety towards e-learning, confidence
towards e-learning, liking towards e-learning and their perception towards the
benefits of e-learning. An open question to find out the actual factor behind the
excitement of using e-learning among students was also asked. There was no
significant difference in the attitude towards e-learning between male and female
students. There was no significant difference in the anxiety towards e-learning
(p=0.378) and the liking towards e-learning among the difference streams of courses
(p=0.489). The study shows that art stream students had confidence (p=0.046) and a
more positive perception (p=0.029) in contrast to the students in the engineering
stream. Besides that, there was a positive correlation between the frequency of using
e-learning with the attitude towards e-learning. In general, this research shows that
students need to master the skill of information technology when participating in elearning in order to produce a positive learning.

vii

KANDUNGAN

BAB

BAB 1

BAB 2

PEKARA

MUKA SURAT

PENGAKUAN

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

ABSTRACT

vi

KANDUNGAN

vii

SENARAI JADUAL

xii

SENARAI RAJAH

xiv

SENARAI LAMPIRAN

xvi

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

1.2

Latar Belakang Masalah

1.3

Pernyataan Masalah

1.4

Objektif Kajian

1.5

Persoalan Kajian

1.6

Kerangka Kajian

1.7

Rasional Kajian

1.8

Batasan Kajian

1.9

Definisi Istilah

1.10

Penutup

10

SOROTAN KAJIAN

11

2.1

11

Pengenalan

viii
2.2

Apa itu E-pembelajaran

11

2.3

Perkembangan E-pembelajaran dalam Sistem

12

Pendidikan di Malaysia
2.3.1

E-pembelajaran di peringkat sekolah

13

2.3.2

E-pembelajaran di peringkat universiti

15

2.3.3

Perkembangan e-pembelajaran di UTM

16

2.3.4.1 Projek e-learning di UTM

17

Kelebihan E-pembelajaran dan Kesannya

19

2.4

Terhadap Pelajar
2.5

Sikap Pelajar Terhadap E-pembelajaran dan

21

Faktornya
2.6

Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP)

24

2.6.1

25

Kelebihan sistem pengurusan


pembelajaran (SPP)

2.6.2 Jenis sistem pengurusan pembelajaran

25

2.6.2.1 Blackboard

26

2.6.2.2 WebCT

26

2.6.2.3 Moodle

27

2.6.3

Pandangan pengguna terhadap Moodle

27

2.6.4

Mengapa memilih Moodle/ kelebihan

29

Moodle
2.7

Sikap Pelajar Terhadap SPP

30

2.8

Kemahiran Teknologi Maklumat Terhadap Sikap

30

Menggunakan E-pembelajaran
2.9

Jantina dengan Sikap Pelajar Terhadap E-

31

pembelajaran
2. 10

Jenis Kursus dengan Sikap Terhadap E-pembelajaran

32

2.11

Kekerapan Menggunakan E-pembelajaran dengan

33

Sikap Terhadap E-pembelajaran


2.12

Penutup

33

ix
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

34

3.1

Pengenalan

34

3.2

Reka Bentuk Kajian

34

3.3

Populasi dan Persampelan

35

3.4

Instrumen

36

3.5

Kajian Rintis

38

3.6

Pengumpulan dan Analisis Data

39

3.6.1

Data demografik pelajar

39

3.6.2

Kemahiran teknologi maklumat

40

3.6.3

Sikap terhadap e-pembelajaran

40

3.6.4 Kemahiran teknologi dengan sikap

40

terhadap e-pembelajaran
3.6.5

Sikap terhadap e-pembelajaran antara

41

Sikap pelajar aliran kursus berlainan

41

jantina
3.6.6

terhadap e-pembelajaran
3.6.7

Kekerapan penggunaan e-pembelajaran

42

dengan sikap terhadap e-pembelajaran


3.7

BAB 4

Penutup

42

ANALISIS DATA
4.1

Pengenalan

43

4.2

Latar Belakang Responden

44

4.3

Frekuensi dan Peratus Kekerapan Penggunaan E-

45

pembelajaran dalam Seminggu


4.4

Peratusan Kemahiran Teknologi Maklumat Pelajar

47

4.5

Sikap Pelajar Terhadap E-pembelajaran

49

4.5.1

49

Peratus kegusaran terhadap epembelajaran

4.5.2

Peratusan keyakinan terhadap e-

51

pembelajaran
4.5.3 Peratus kesukaan terhadap e-

52

x
pembelajaran
4.5.4

Peratusan persepsi terhadap faedah e-

53

pembelajaran
4.6

Korelasi Antara Kemahiran Teknologi Maklumat

54

dengan Sikap Terhadap E-pembelajaran


4.7

Perbezaan Sikap Pelajar Terhadap E- pembelajaran

57

di Antara Lelaki dan Perempuan


4.8

Perbezaan Sikap Pelajar Terhadap E- pembelajaran

58

di Antara Jenis Aliran Kursus yang Berlainan


4.9

Korelasi Antara Kekerapan Penggunaan E-

60

pembelajaran Seminggu dengan Sikap Terhadap


E-pembelajaran

BAB 5

4.10

Analisis Soalan Terbuka

63

4.11

Penutup

68

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN

70

CADANGAN
5.1

Pengenalan

70

5.2

Perbincangan

71

5.2.1

Latar belakang pelajar

71

5.2.2

Kekerapan penggunaan e-pembelajaran

72

5.2.3

Tahap kemahiran teknologi maklumat

72

5.2.4

Sikap pelajar terhadap e-pembelajaran

73

5.2.4.1 Kegusaran terhadap e-

73

pembelajaran
5.2.4.2 Keyakinan terhadap e-

74

pembelajaran
5.2.4.3 Kesukaan terhadap e-

74

pembelajaran
5.2.4.4 Persepsi terhadap faedah e-

74

pembelajaran
5.2.4.5 Kesimpulan

75

xi
5.2.5 Korelasi antara kemahiran teknologi

75

maklumat dengan sikap terhadap epembelajaran


5.2.6

Sikap pelajar terhadap e-pembelajaran

76

di antara lelaki dan perempuan


5.2.7

Jenis aliran kursus dengan sikap

77

terhadap e-pembelajaran
5.2.8 Korelasi antara kekerapan penggunaan

77

e-pembelajaran seminggu dengan sikap


terhadap e-pembelajaran
5.2.9 Perbincangan soalan terbuka

78

5.3

Kesimpulan

79

5.4

Implikasi Kajian

80

5.5

Cadangan

81

5.6

Cadangan Kajian Lanjutan

81

5.7

Penutup

82

RUJUKAN
Lampiran

83
95 - 103

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

2.1

TAJUK

Perkembangan penggunaan sistem

MUKA SURAT

19

e-pembelajaran di UTM
2.2

Kelebihan SPP

25

3.1

Bilangan dan peratusan pengambilan pelajar

37

mengikut aliran berlainan


3.2

Pembahagian item soal selidik mengikut

38

bahagian
3.3

Jadual perbandingan nilai pekali korelasi

41

4.1

Latar belakang responden

44

4.2

Frekuensi dan peratusan kekerapan

45

penggunaan e-pembelajaran dalam


seminggu
4.3

Frekuensi dan peratusan kekerapan

45

penggunaan e-pembelajaran dalam


seminggu berdasarkan aliran
4.4

Peratusan kemahiran teknologi maklumat

47

pelajar
4.5

Peratusan kegusaran terhadap

49

e-pembelajaran
4.6

Peratusan keyakinan terhadap

51

e-pembelajaran
4.7

Peratusan kesukaan terhadap

52

e-pembelajaran
4.8

Peratusan persepsi terhadap faedah

53

xiii
e-pembelajaran
4.9

Korelasi antara kemahiran teknologi

54

maklumat dengan sikap terhadap


e-pembelajaran
4.10

Hasil ujian-t perbezaan sikap terhadap

57

e-pembelajaran di antara lelaki dan


perempuan
4.11

Hasil ujian ANOVA sikap pelajar terhadap

58

e-pembelajaran di antara jenis aliran kursus


yang berlainan
4.12

Hasil ujian Turkey keyakinan terhadap

59

e-pembelajaran dan persepsi terhadap


e-pembelajaran di antara aliran kursus
4.13

Korelasi antara kekerapan penggunaan e-

60

pembelajaran dengan sikap terhadap


e-pembelajaran
4.14

Frekuensi responden yang menjawab soalan

63

terbuka mengikut jenis jawapan


4.15

Penjelasan positif responden terhadap

64

keseronokan menggunakan e-pembelajaran


UTM
4.16

Penjelasan negatif responden terhadap


keseronokan menggunakan e-pembelajaran
UTM

66

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

1.1

TAJUK

Kerangka kajian pengaruh kemahiran

MUKA SURAT

teknologi maklumat, jantina, jenis aliran


kursus dan kekerapan penggunaan terhadap
sikap menggunakan e-pembelajaran di
UTM
4.1

Perbezaan peratusan penggunaan

46

e-pembelajaran dalam seminggu mengikut


empat jenis aliran kursus
4.2

Plot serakan kemahiran teknologi maklumat

55

dengan kegusaran terhadap e-pembelajaran


4.3

Plot serakan kemahiran teknologi maklumat

55

dengan keyakinan terhadap e-pembelajaran


4.4

Plot serakan kemahiran teknologi maklumat

56

dengan kesukaan terhadap e-pembelajaran


4.5

Plot serakan kemahiran teknologi maklumat

56

dengan persepsi terhadap faedah


e-pembelajaran
4.6

Plot serakan kekerapan penggunaan

61

e-pembelajaran dengan kegusaran terhadap


e-pembelajaran
4.7

Plot serakan kekerapan penggunaan


e-pembelajaran seminggu dengan keyakinan
terhadap e-pembelajaran

62

xv
4.8

Plot serakan kekerapan penggunaan

62

e-pembelajaran dengan kesukaan terhadap


e-pembelajaran
4.9

Plot serakan kekerapan penggunaan


e-pembelajaran seminggu dengan persepsi
terhadap faedah e-pembelajaran

63

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

MUKA SURAT

Soal Selidik

95

Borang kesahan soal selidik daripada guru

103

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Sejak abad 20-an, dunia ini telah memasuki arena informasi. Peralihan ini
menyebabkan pasaran memerlukan tenaga pekerja yang celik literasi teknologi dan
yang berupaya bekerja di bawah persekitaran intensif teknologi maklumat di depan
pentas dunia. Menurut Timbalan Perdana Menteri, jika rakyat terus tidak mengambil
peduli perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat (TKM) atau
meningkatkan minat untuk belajar serta menguasai ilmu itu, mereka akan ketinggalan
zaman ( Utusan Malaysia, 2005).

Sebenarnya, Malaysia telah mengambil inisiatif dalam sistem pendidikan


sebagai penyelesaian untuk menyesuaikan diri dalam era teknologi maklumat.
Sebagai contohnya, Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1992 telah mula
memperkenal penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (Rozlan
Abdul Hamid, 2000). Kementerian Pelajaran Malaysia dengan syarikat swasta juga
bekerjasama menyediakan perpustakaan elektronik, dan baru-baru ini projek terbaru
iaitu projek Sekolah Bestari ( Gan, 2000). Dalam projek Sekolah Bestari, konsep
teknologi merentasi kurikulum diperkenal, dan e-pembelajaran telah ditekankan
dalam konsep tersebut.

Kini, kaedah e-pembelajaran semakin popular di peringkat universiti.


Sehingga tahun 2002, kesemua 14 buah institusi pendidikan tinggi awam dan 10 buah
institusi pengajian swasta telah disambung dengan kemudahan Internet (Minges dan

2
Gray, 2002) dan di antaranya, tiga buah universiti atau kolej di Malaysia telah
menyampaikan semua atau sebahagian kursus melalui talian (online) (Hanis, 2004).

Di Malaysia, e-pembelajaran semakin memainkan peranan dalam sistem


pendidikan di institusi pengajian tinggi. Menurut Asirvatham et al. (2005), Universiti
Malaya menjadi pelopor universiti tempatan di Malaysia yang mula menggunakan
sistem pengurusan pembelajaran dalam kursus dalam talian (Course On-Line) pada
tahun 1998. Universiti tempatan lain seperti Universiti Sains Malaysia (USM) telah
menyampaikan kuliah melalui Internet pada tahun 1999, Universiti Putra Malaysia
(UPM) pula menyampaikan kursus jarak jauh sejak tahun 1999. Manakala
Multimedia University (MMU), International Medical University (IMU) dan
University Tun Abdul Razak (UNITAR) dan juga Open University Malaysia (OUM)
pula merupakan contoh-contoh institusi pengajian tinggi swasta yang melibatkan diri
dalam e-pembelajaran (Asirvatham et al., 2005; Suraya, 2005).

Selain itu, kebanyakan universiti tempatan atau swasta juga banyak


melibatkan diri mengajar pembelajaran melalui teknologi maklumat termasuk
Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Penggunaan portal e-pembelajaran di Fakulti
Pendidikan UTM dalam menyampaikan pengajaran bermula pada awal tahun 1997
(Baharuddin et al., 2006). Teknologi Komunikasi dan Maklumat digunakan untuk
menghasilkan pengalaman pembelajaran yang mendekati hidaup sebenar (Baharuddin
et al., 2006).

1.2

Latar Belakang Masalah

Satu perbezaan e-pembelajaran dengan pembelajaran tradisional ialah epembelajaran memerlukan teknologi komunikasi dan maklumat sebagai media
pembelajaran. Pencapaian sumber maklumat dalam e-pembelajaran lebih luas
berbanding dengan pembelajaran tradisonal. Beberapa kajian menunjukkan epembelajaran telah membawa kebaikan terhadap pelajar seperti peluang pembelajaran
telah ditingkatkan (HELIOS, 2005; Pirani, 2004; Jain & Lee, 2003), dan sikap pelajar

3
yang positif terhadap disiplin tertentu melalui e-pembelajaran telah bertambah
(Suanpang, Petocz dan Kalceff , 2004; Razmah Mahmod et al., 2005). E-pembelajaran
juga dipilih oleh pelajar kerana bentuk pembelajaran ini dapat menyesuaikan diri
dengan pelbagai bentuk maklumat dan ia dapat diselaras oleh pelajar dengan
maklumat disampaikan di mana-mana tempat dan bila-bila masa (Jain & Lee, 2003).
Jadi, e-pembelajaran telah diambilkira sebagai pembelajaran yang lebih fleksibel,
berkesan dan agak murah (Ertl, Winkler dan Mandi, 2007).

Malah terdapat pandangan bahawa bukan semua pelajar mendapat kebaikan


daripada e-pembelajaran. Kajian HELIOS (2005) menunjukkan bahawa jika kita kaji
dari segi latar belakang pelajar yang melibatkan diri dalam e-pembelajaran, epembelajaran hanya menarik perhatian dan memberikan faedah kepada pelajar
tertentu dalam kategori latar belakang tertentu. Latar belakang pelajar itu rujuk
kepada kawasan tempat, pendapatan, umur, jantina, kemampuan (termasuk
kemahiran dalam pembelajaran) dan juga kerelaan yang berbeza.

Selain itu, Alexander ( 2005 ) berpendapat bahawa pelajar lebih banyak


meninggalkan kursus online daripada kursus dalam kelas. Hasil dapatan Alexander
menunjukkan sebab pelajar meninggalkan kursus online ialah kursus online agak
panjang dan membosankan (Alexander, 2005).

Terdapat juga pelajar yang tidak memilih menggunakan atau kurang


menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat dalam universiti. Selwyn (2003)
dalam kajiannya telah menunjukkan beberapa halangan pelaksanaan teknologi
komunikasi dan maklumat yang menyebabkan mahasiswa menolak diri daripada
TKM. Salah satu sebab ialah faktor individu iaitu mahasiswa tersebut kurang
berkemahiran dan pengetahuan menggunakan sesuatu teknologi. Pelajar juga tidak
memanfaatkan e-pembelajaran seperti yang diinginkan. Contohnya sesetengah pelajar
di universiti hanya menggunakan e-pembelajaran untuk mencetak bahan rujukan
daripada web lalu membacanya seperti dalam bentuk buku (Rashid Mohammed
Salim Alhajri, 2006).

4
Sifat individu seseorang pelajar dapat mempengaruhi tindak balas pelajar
tersebut terhadap e-pembelajaran (Orvis, Fisher dan Wasserman, 2003). Concannon
et al. (2005) dalam kajiannya pula menyatakan bahawa, kita tidak akan menemui
faktor yang luas mengenai penggunaan teknologi oleh pelajar jika kita memandang
dari segi kesan positif atau negatif sesuatu teknologi sahaja terhadap pelajar kerana
pelajar melihat teknologi sebagai mekanisma sokongan dalam pembelajaran. Dia
menambahkan bahawa kita perlu mengambil kira strategi pembelajaran pelajar
memandangkan hal ini sama penting dalam proses pembelajaran yang menyalurkan
teknologi.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan salah satu universiti


tempatan yang melaksanakan e-pembelajaran sejak tahun 1997. Pada tahun tersebut,
Fakulti Pendidikan UTM telah mula membangunkan portal e-pembelajaran dalam
kursus literasi komputer (Baharuddin et al., 2006). Pada semester kedua sesi
2001/2002, UTM mula menggunakan Web-CT sebagai sistem pengurusan
pembelajaran (SPP). Seterusnya WebCT digantikan dengan Moodle, satu SPP
sumber terbuka pada semester kedua sesi 2004/2005 atas sebab kesenangan
penggunaan, kewangan pengurusan dan penyelarasan sistem SPP.

1.3

Pernyataan Masalah

Universiti Teknologi Malaysia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi


tempatan yang mula melaksanakan e-pembelajaran dengan menggunakan SPP
Moodle, pada awal tahun 2004. Beberapa kajian yang menyelidik tahap penerima
pelajar Fakulti Pendidikan terhadap e-pembelajaran serta faktornya telah
menunjukkan bahawa masih terdapat pelajar yang menghadapi masalah semasa
berhadapan dengan e-pembelajaran termasuk kekurangan kemahiran e-pembelajaran
walaupun pandangan mereka terhadap e-pembelajaran agak positif (sila lihat Wong
(2006), Tan (2006), Mazlan (2007), Janarthini (2007)). Disebabkan sistem ini agak
baru dalam pengajaran dan pembelajaran di UTM, kajian ini cuba menganalisis faktor
yang mempengaruhi sikap terhadap penggunaan e-pembelajaran dari segi sifat

5
pelajar. Sifat-sifat pelajar itu termasuk kemahiran teknologi maklumat, jantina, jenis
kursus yang dipilih dan kekerapan menggunakan e-pembelajaran.

1.4

Objektif Kajian

1. Mengenalpasti kekerapan penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar


UTM.
2. Mengenalpasti kemahiran teknologi maklumat di kalangan pelajar UTM.
3. Mengenalpasti sejauhmanakah sikap pelajar terhadap e-pembelajaran dari segi
kegusaran, keyakinan, kesukaan dan persepsi terhadap faedah e-pembelajaran.
4. Mengenalpasti hubungan kemahiran teknologi maklumat dengan sikap pelajar
terhadap e-pembelajaran.
5. Mengenalpasti perbezaan sikap terhadap e-pembelajaran di antara pelajar
lelaki dengan pelajar perempuan.
6. Mengenalpasti perbezaan sikap pelajar terhadap e-pembelajaran di antara
jenis aliran kursus yang berlainan.
7. Mengenalpasti hubungan kekerapan menggunakan e-pembelajaran dengan
sikap pelajar terhadap e-pembelajaran.

1.5

Persoalan Kajian

1. Apakah kekerapan penggunaan e-pembelajaran oleh pelajar UTM?


2. Sejauhmanakah kemahiran teknologi maklumat pelajar UTM?
3. Sejauhmanakah sikap pelajar terhadap e-pembelajaran dari segi kegusaran,
keyakinan, kesukaan dan persepsi terhadap faedah e-pembelajaran.
4. Adakah terdapat hubungan di antara kemahiran teknologi maklumat dengan
sikap pelajar terhadap e-pembelajaran?
5. Adakah terdapat perbezaan signifikan di antara sikap pelajar terhadap epembelajaran berdasarkan jantina?

6
6. Adakah terdapat perbezaan sidnifikan di antara sikap pelajar terhadap epembelajaran di UTM berdasarkan aliran kursus yang berlainan?
7. Adakah terdapat hubungan signifikan antara kekerapan menggunakan epembelajaran dengan sikap pelajar terhadap e-pembelajaran?

1.6

Kerangka Kajian

Kajian ini direkabentuk berdasarkan kerangka kajian seperti yang ditunjukkan


dalam Rajah 1.1 berikut:

Sikap pelajar terhadap epembelajaran, (kajian


Hanafi, Zuraidah, Rozhan
(2004), Paris (2004),
Drennan, Kennedy dan
Pisarki (2005), Vuorela dan
Nummenmaa (2004),
Baharuddin (1999))

Kemahiran teknologi
maklumat berdasarkan
FITness (NRC, 1999)

Jantina
Jenis Kursus

kegusaran

kesukaan

keyakinan

persepsi

Kekerapan
penggunaan
e-pembelajaran

Rajah 1.1 Kerangka kajian pengaruh kemahiran teknologi maklumat, jantina, jenis
aliran kursus dan kekerapan pengguanan terhadap sikap menggunakan epembelajaran di UTM

Kajian ini secara amnya mengkaji faktor apakah yang akan mempengaruhi
sikap pelajar terhadap e-pembelajaran. Aspek-aspek sikap yang dipilih untuk diuji
adalah berdasarkan kajian-kajian Hanafi, Zuraidah dan Rozhan (2004), Paris (2004),
Drennan, Kennedy dan Pisarki (2005), Vuorela dan Nummenmaa (2004) dan
Baharuddin (1999). Aspek-aspek ini termasuk kegusaran terhadap e-pembelajaran,
keyakinan terhadap e-pembelajaran, kesukaan terhadap e-pembelajaran dan persepsi
terhadap faedah e-pembelajaran. Empat pengaruh yang akan dikaji hubungannya

7
dengan sikap menggunakan e-pembelajaran iaitu kemahiran teknologi maklumat,
jantina, jenis aliran kursus dan kekerapan menggunakan e-pembelajaran. Aspekaspek kemahiran teknologi maklumat dilihat berdasarkan FITness yang akan
dijelaskan dalam bahagian definisi.

1.7

Rasional Kajian

Didapati bahawa tidak banyak penyelidikan yang berkait dengan


pembelajaran pelajar mengenai teknologi maklumat dan komunikasi dan juga
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (Bahruddin, 2001). Jarang juga
kajian yang mengkaji pelajar jenis manakah yang rela menggunakan pembelajaran
berasakan web (Hoskins dan Hooff, 2005). Jadi kajian ini cuba menentukan keadaan
sebenar masalah penggunaan e-pembelajaran dari segi aspek pelajar.

Selain itu, pelaksanaan e-pembelajaran terutamanya pembelajaran berasaskan


SPP masih pada tahap permulaan di Malaysia, kurang adanya kajian yang mengkaji
e-pembelajaran berasaskan SPP di peringkat universiti. Kebanyakan kajian yang
berkenaan pula tertumpu pada kursus mengenai teknologi, komunikasi dan maklumat
(TKM)(Koskela et al., 2005). Oleh itu, perlu adanya kajian yang mengkaji sikap
pelajar terhadap e-pembelajaran dan faktornya dalam kursus bukan TKM.

Dengan mencari faktor yang mempengaruhi sikap pelajar terhadap epembelajaran, diharapkan pelajar dapat menggunakan e-pembelajaran secara
berkesan lalu menghasilkan pembelajaran pada peringkat tinggi.

1.8

Batasan Kajian

Kajian ini hanya mencari hubungan faktor kemahiran teknologi maklumat,


jantina, jenis kursus dan kekerapan menggunakan e-pembelajaran terdapat sikap
menggunakan e-pembelajaran. Faktor lain seperti kelancaran kursus e-pembelajaran,

8
masalah teknikal pelaksanaan e-pembelajaran tidak diambilkira. Hanya empat aspek
sikap terhadap e-pembelajaran diuji dalam kajian ini iaitu kegusaran, keyakinan,
kesukaan dan persepsi terhadap faedah e-pembelajaran.

Kajian ini juga telah mengehadkan takrifan e-pembelajaran kepada


pembelajaran menerusi web yang menggunakan SPP Moodle di UTM sahaja. Selain
itu, kajian ini hanya memilih populasi responden dari Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia.

1.9

Definisi Istilah

1.9.1

Kemahiran teknologi maklumat

Kemahiran teknologi maklumat merupakan kemahiran yang diperlukan dalam


penggunaan teknologi maklumat. Dalam kajian ini, kemahiran ini merangkumi
sembilan kriteria yang telah diambil daripada FITness (Fluency with Information
Technology) (National Research Council, 1999), satu perkataan yang diperkenalkan
oleh NRC dari America Syarikat, iaitu:
a. dapat memasang sebuah komputer peribadi
b. dapat menggunakan asas antaramuka sistem pengendalian
c. dapat menggunakan sesuatu pemproses kata untuk mencipta satu dokumen
teks
d. dapat menggunakan pakej grafik atau artword untuk menghasilkan
illustrasi, slaid, atau dapat menyampaikan idea berasakan imej.
e. dapat menghubungkan komputer dengan rangkaian net.
f. dapat menggunakan Internet untuk mencari maklumat
g. dapat menggunakan komputer untuk berkomunikasi dengan orang lain.
h. dapat menggunakan sistem database untuk membentukkan dan
menyapaikan maklumat yang berguna.
i. dapat menggunakan bahan pendidikan untuk belajar bagaimana
menggunakan aplikasi atau permukaan baru.

9
1.9.2

E-pembelajaran

Terdapat pelbagai definisi mengenai e-pembelajaran. Asia-e-Learning


Network (AEN) (2002) dalam laman webnya telah menakrif e-pembelajaran sebagai
setiap kategori kursus latihan yang melibatkan alat teknologi seperti Internet, Intranet,
CD-ROM, sistem persidangan video dan sebagainya. Hanis (2004) menjelaskan epembelajaran sebagai satu bentuk pembelajaran yang dapat disampaikan sama ada
dalam talian (online) atau bukan dalam talian (offline). Ia dapat disampaikan melalui
pelbagai alat, dapat disalurkan secara synchronous (bergantung pada masa,
penyampaian dan interaksi berlaku dalam masa benar) atau asynchronous (masa
pembelajaran dapat dilaraskan mengikut kehendak diri, bukan berlaku dalam masa
benar, maklumat disampaikan pada bila-bila masa dan mana-mana tempat).

E-pembelajaran juga dikenali sebagai penggunaan teknologi dalam


pembelajaran untuk menyampaikan maklumat (Dublin, 2003; Clark dan Mayer,
2003). Di samping itu, e-pembelajaran juga merupakan pembelajaran yang
melibatkan rangkaian komputer atau web sebagai mekanik saluran (Piskurich, 2003;
Jochems et al., 2004). Jochems et al. (2004) berpendapat Internet adalah alat utama
dalam e-pembelajaran dan ia merupakan kaedah pembelajaran yang menyepadukan
pengajaran face-to-face, pendidikan jarak jauh dan latihan dalam pekerjaan.

Untuk penyelidikan ini, definisi e-pembelajaran telah diubah suai sebagai


pembelajaran melalui komputer yang dihubungkan ke rangkaian komputer (Internet)
atau Intranet. Dalam penyelidikan ini, e-pembelajaran terhad kepada pembelajaran
yang menggunakan satu SPP sumber terbuka (Learning Manangement System Open
Source) iaitu Moodle.

1.9.3

Sikap terhadap penggunaan e-pembelajaran

Sikap merupakan satu perasaan atau pandangan terhadap sesuatu objek atau
situasi, yang akan mempengaruhi perbuatan seseorang terhadap objek atau situasi

10
tersebut. Berdasarkan Azjen (2005), sikap dapat dinilai daripada tindak balas dan
salah satu sistem klasifikasi tindak balas yang popular ialah tindak balas dapat
dibahagikan kepada cognition (kepercayaan terhadap objek tertentu), affect ( perasaan
terhadap objek tertentu) dan conation (tindakan terhadap objek tertentu) (lihat juga
Bohner dan Wnke, 2002). Sikap terhadap penggunaan e-pembelajaran dalam kajian
ini rujuk kepada perasaan positif atau negatif pelajar terhadap pelaksanaan epembelajaran di UTM spesifik kepada penggunaan SPP Moodle dari aspek
kegusaran, keyakinan dan kesukaan terhadap e-pembelajaran serta persepsi pelajar
terhadap faedah e-pembelajaran.

1.9.4 UTM

UTM merupakan singkatan Universiti Teknologi Malaysia, sebuah institusi


pengajian tinggi awam di Skudai, Malaysia.

1.10

Penutup

Dalam bab ini, pengkaji telah menerangkan mengenai pengenalan, latar


belakang masalah, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kerangka
kajian, rasional kajian, kekangan dan definisi istilah yang berkaitan dengan kajian ini.

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1

Pengenalan

Pendidikan merupakan satu proses yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran.


Pelajar pula mempunyai perbezaan individu dalam proses pembelajaran. Oleh itu, ahli
pendidikan sentiasa memperbaiki proses pengajaran supaya dapat menghasilkan satu
persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang menyesuaikan setiap pelajar. Teknologi
dikatakan dapat memenuhi keperluan tersebut (Johari, 2000). Dengan adanya kemudahan
teknologi dalam kelas, pelajar berpeluang mengalami satu pengalaman yang tidak dapat
disediakan oleh kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional. Kelas bukan satu bilik
yang statik tetapi lebih dinamik, dan dapat berada di mana-mana tempat dalam dunia ini.

2.2

Apa itu E-pembelajaran

E-pembelajaran membawa maksud yang berbeza terhadap orang yang


berlainan. Secara amnya, e-pembelajaran boleh dikenali sebagai penggunaan
teknologi dalam pembelajaran untuk menyampaikan maklumat. Konsep epembelajaran juga berubah apabila masa berlalu. Dublin (2003) dapati bahawa
perkataan tersebut pada tahun 2000 adalah rujuk kepada pembelajaran berasaskan
komputer khususnya dalam intranet dan internet. Clark dan Mayer (2003) bersetuju
dengan definisi tersebut dengan menambah lagi bahawa isi kandungan epembelajaran harus mengambilkira objektif pembelajaran, kaedah pembelajaran
untuk membantu pembelajaran, elemen media yang berlainan untuk menyampaikan

12
isi kandungan dan mencuba membina pengetahuan baru dan kemahiran yang
berhubung dengan matlamat pembelajaran secara individu.

Dublin (2003) juga menunjukkan bahawa pada hujung tahun 2002, pakar
industri telah menggunakan definisi bahawa e-pembelajaran merupakan satu
teknologi untuk mencipta, menyebar dan menghantar sesuatu termasuk data bernilai,
maklumat, isi pembelajaran dan pengetahuan yang dapat menunjukkan persembahan
dalam kerja serta perkembangan diri. Skop e-pembelajaran seterusnya telah diperluas
lagi oleh mereka yang membekalkan pembelajaran dengan memperkenal alat
pengurusan dalam bentuk sistem pengurusan isi kadungan ( content management
system ), bilik darjah maya, perisian PowerPointTM , kursus dalam talian, portal dan
sistem penyokong persembahan (performance support system) (Dublin, 2003).

Eklund, Kay dan Lynch (2003) pula dalam kertasnya yang membincangkan
isu dan perkembangan e-pembelajaran menyatakan e-pembelajaran merupakan
komponen pembelajaran fleksibel (satu pembelajaran yang berpusat kepada pelajar)
yang menyampaikan latihan dan pendidikan melalui media elektronik yang
merangkumi pembelajaran berasaskan komputer, pembelajaran berasaskan web, kelas
maya dan aktiviti kerjasama melalui bahan digital. Davis dan Harden (2001) pula
mengenal pasti empat komponen e-pembelajaran iaitu perisian pengajaran, perisian
authoring, pembelajaran maya (virtual learning environment) dan sistem pengurusan
pembelajaran (learning management systems).

2.3

Perkembangan E-pembelajaran dalam Sistem Pendidikan di Malaysia

Dalam Rancangan Malaysia ke-9 (2006-2010) yang telah diumumkan,


kerajaan Malaysia telah mensasarkan pembangunan modal insan sebagai teras utama
pembangunan negara dalam mencapai impian Wawasan 2020. Dengan ini, epembelajaran ditekankan untuk memainkan peranan yang penting supaya mencapai
matlamat tersebut (Asirvatham dan Abtar Kaur, 2006).

13
Malaysia telah melaksanakan e-pembelajaran melalui dua peringkat iaitu di
peringkat pendidikan dan peringkat kebangsaan. Sebagai persediaan pelaksanaan epembelajaran, kerajaan telah melancarkan penggunaan radio dan televisyen di sekolah
pada tahun 1972 (Asirvatham dan Abtar Kaur, 2006). Langkah-langkah lain yang
penting termasuk penggunaan teknologi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran,
pelaksanaan projek Sekolah Bestari dan pembukaan universiti maya.

Di peringkat kebangsaan pula, banyak bengkel dan seminar mengenai epembelajaran telah diorganisasi (Asirvatham et al., 2004; Asirvatham dan Abtar Kaur,
2006). Kerajaan juga melancarkan projek untuk mempromosikan pelaksanaan epembelajaran di kalangan masyarakat seperti projek Malaysian Grid for Learning
(MyGfL), National E-learning Steering Committee, National Information Technology
Council, National e-Learning Centre dan ASEN E-Learning Seminar (lihat Asirvatham
et al., 2004; Suraya, 2005; Zailan dan Azmi, 2006; Asirvatham dan Abtar Kaur, 2006).
Projek E-pembelajaran Untuk Sepanjang Hayat, suatu projek yang diasaskan oleh
United Nations Development Information Programme (UNDP), Coca-Cola Corp dan
Kementerian Pelajaran, bertujuan menggunakan TMK untuk menyebarkan maklumat
dalam bentuk digital supaya mengurangkan jurang dari segi pendidikan dalam
masyarakat (Suraya, 2005). Bahagian ini seterusnya hanya membincangkan
perkembangan e-pembelajaran di peringkat pendidikan.

2.3.1

E-pembelajaran di peringkat sekolah

Pelaksanaan e-pembelajaran dalam sistem pendidikan di Malaysia boleh


dikatakan bermula sejak pengenalan komputer dalam sekolah pada 1980-an.
Perbincangan berikutnya merupakan ringkasan daripada Gan (2001).

Menurut Gan, sekolah terutamanya sekolah menengah mula mendirikan kelab


komputer sebagai salah satu aktiviti ko-kurikulum untuk mengajar pelajar tentang
kemahiran komputer pada tahun 1981. Perbelajaaan kelab komputer ini disokong oleh
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ataupun yuran daripada ahli kelab. Pada tahun

14
yang sama, pendidikan Malaysia juga berusaha mengahasilkan kurikulum literasi
kumputer dalam sekolah untuk mengejar perkembangan literasi komputer dunia.
Pada tahun 1986, Projek Perintis Literasi Komputer diperkenalkan. Di bawah projek
ini, pelajar tingkatan 4 mula belajar mata pelajaran Literasi Komputer. Akan tetapi,
projek ini terbengkalai pada tahun berikutnya.

Pada tahun 1982, Kementerian Pendidikan pada masa itu telah menubuhkan satu
persatuan dengan Malaysia Institute of Microelectronics System (MIMOS) untuk
menggubal cadangan tentang pelaksanakan teknologi maklumat dalam sekolah. Satu
laporan Polisi Komputer dalam Pendidikan disediakan dan dibentangkan pada tahun
1989. Laporan itu menunjukkan isu literasi komputer dalam pendidikan telah digantikan
dengan penggunaan komputer merentasi kurikulum. Dengan ini, komputer literasi
dikatakan dapat diperoleh secara natural. Bersama dengan laporan ini, satu Projek Perintis
Belajar Dengan Komputer juga dilancarkan.

Beberapa projek atau program bersama antara Kementerian Pendidikan dan


MIMOS telah dijalankan. Setelah pelaksanaan projek Atom-1 PC di sekolah, satu projek
perintis yang dikenalkan Komputer Dalam Pendidikan telah dilancarkan pada tahun 1992.
Kementerian Pendidikan dengan MIMOS juga bekerjasama merekabentuk sistem perisian
untuk penggunaan sekolah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pada tahun 1990 juga, satu sistem yang bernama Computer Integrated Learning
System (ComIL) yang menggunakan alat asas bagi menghasilkan bahan pengajaran seperti
perisian mengajar ciptaan tempatan untuk pengajaran dan pembelajaran telah dilaksanakan.
Berhubung dengan projek ini, projek JARING (Joint Advanced Research Integrated
NetworkinG) telah dijalankan untuk membentuk jaringan pengajaran melalui laman web.
Projek seterusnya termasuk pelaksanaan Pusat Sumber Pengetahuan (PSi), satu projek
yang membina sistem perpustakaan elektronik (1993). Pelaksanaan projek ini akhirnya
gagal. Pada tahun 1994, projek Pengajaran Bantuan Komputer dijalankan.

Pada tahun 1996, satu projek Sekolah Bestari dilancarkan. Di bawah projek ini,
teknologi maklumat digunakan secara luas dalam sekolah sebagai alat bantu pengajaran

15
dan pembelajaran. Sekolah Bestari dilengkapkan dengan sumber yang sesuai seperti
bahan media pengajaraan (komputer dan Internet), yang dapat digunakan oleh guru,
supaya dapat meningkatkan perkembangan pemikiran pelajaran secara maksimum.
Perkembangan pemikiran ini termasuk tahap pemikiran tinggi, kecerdasan pelbagai dan
sebagainya (Gan, 2001). Satu pengumuman telah disarankan oleh Kementerian
Pendidikan bahawa semua sekolah akan dinaiktaraf ke Sekolah Bestari menjelang tahun
2010.

2.3.2

E-pembelajaran di peringkat universiti

Di peringkat universiti pula, institusi-insitusi tinggi masing-masing


melaksanakan e-pembelajaran dengan inisiatif bersendirian. Berdasarkan satu kajian
yang bertajuk Survey Research on E-Learning in Asia Countries (2002), Universiti
tempatan mula menggunakan teknologi maklumat melalui pendidikan jarak jauh
seperti Universiti Sains Malaysia (USM) (tahun 1999) dan Universiti Putra Malaysia
(UPM) (tahun 1999). Aktiviti-aktiviti yang melibatkan teknologi termasuk
penggunakan e-mel, perbincangan dalam talian, pencapaian kursus dalam talian dan
sebagainya. Universiti Malaya pula merupakan universiti tempatan pertama yang
menggunakan sistem pengurusan pembelajaran untuk menyampaikan kursus dalam
talian pada tahun 1998 (Asirvatham dan Abtar Kaur, 2006). Pada tahun 1999,
Universiti Multimedia (MMU) didirikan dan ia merupakan universiti pertama yang
menggunakan teknologi maklumt sepenuhnya dalam sistem P&P dan pengurusan.
Universiti lain seperti International Medical University (IMU) dan Universiti Tun
Abdul Razak (UNITAR) juga mengikut jejak membentukkan SSP tersendiri pada
tahun 1999. Pada tahun 2001, Open University Malaysia (OUM) memulakan sistem
e-pembelajaran.

16
2.3.3

Perkembangan e-pembelajaran di UTM

Penyelidikan dan pembangunan e-pembelajaran di UTM telah bermula sejak lewat


tahun 1980an. Tujuan transfomasi ini berlaku adalah bagi melahirkan siswazah dan sumber
manusia yang berkecemerlangan akademik serta meningkatkan taraf UTM ke universiti
peringkat dunia (Mohd Koharuddin et al., 2003).
Menurut satu kertas kerja yang dibentangkan oleh Mohamed Noor Hassan et al.
(2000), penyelidikan dan pembangunan serta pelaksanaan (PPP) e-pembelajaran di UTM
dapat dibahagikan kepada dua era yang penting iaitu era permulaan (1988 - 1995), dan era
pertumbuhan (1996 - 2000). Perenggan seterusnya merupakan ringkasan daripada
Mohamed Noor Hassan et al. (2000) tentang pelaksanaan PPP di UTM:

Pada era permulaan (1988-1995), PPP e-pembelajaran lebih kepada bentuk


pembangunan bahan pengajaran multimedia dan pembinaan perisian untuk komputer.
Contohnya seperti pembangunan bahan pengajaran multimedia berasaskan video
(tahun1988 ), pembangunan perisian kursus dengan menggunakan Authorware dan IBM
Linkway (tahun 1989), pembangunan Pengajaran Bantuan Komputer Pintar (Intelligent
CAP), pakej pembelajaran elektronik berasaskan slaid (tahun 1991) dan rekabentuk serta
penghasilan pakej pembelajarn multimedia berasakan teknik karaoke.

Era pertumbuhan (1996 - 2000) pula merupakan tahap pelaksanaan projek-projek


penyelidikan berkait dengan pembelajaran eletronik di UTM. Sebanyak 25 projek
penyelidikan berkaitan pembelajaran elektronik yang telah disokong dengan geran
penyelidikan jangka pendek (UPP) dan geran jangka pangjang (IRPA) telah dijalankan
antara tahun 1996 hingga 2000. Antara projek-projek tersebut, 14 projek tertumpu pada
pembangunan perisian kursus, 8 projek merupakan pembangunan sistem dan teknologi
komputer untuk pembelajaran elektronik, dan hanya 3 projek yang tertumpu pada kajian
keberkesanan pembelajaran pembelajarn elektronik. Selain itu, UTM juga telah
menjalankan kegiatan pembangunan infrastruktur, sistem maklumat dan perisian kursus
untuk pembelajaran eletronik tanpa sebarang sokongan geran penyelidikan.

17
2.3.4.1 Projek e-learning di UTM

Projek e-learning merupakan salah satu aplikasi yang dibangunkan di bawah


projek Kampus Siber UTM yang telah dilancarkan oleh YB Menteri Pelajaran pada tahun
1997. Pada masa tersebut, sistem e-learning tersebut dipanggil sebagai Pembelajaran
Maya (Mohd Nihra Haruzuan et al., 2005). Tujuan pelaksanaan projek ini adalah untuk
memudahkan pelajar mencapai maklumat mengenai sesuatu mata pelajaran yang diambil
oleh mereka, meningkatkan minat serta kefahaman pelajar, menyediakan kemudahan
untuk pelajar belajar mengikut kemampuan sendiri dan mendedahkan pelajar dengan
konsep pendidikan tanpa batas. Bagi menjayakan tujuan-tujuan tersebut, beberapa
prototaip modul aplikasi telah dibungunkan. Antaranya ialah perpustakaan elektronik,
sistem graduan, sistem peperikasaan, kuliah elektronik, kafe siber dan asrama elektronik.

Menurut Mohamed Noor Hassan et al. (2000), secara ringkas, pembangunan elearning dapat dibahagikan kepada empat tahap utama seperti berikut:
Tahap Pertama
Dalam tahap ini, maklumat am mengenai sesuatu mata pelajaraan disediakan dan
dapat dicapai oleh pelajar pada bila-bila masa melalui Internet. Antara maklumat yang
boleh diperoleh ialah maklumat mengenai pensyarah yang mengajar (termasuk nombor
bilik, sambungan telefon dan alamat e-mail), jam pertemuan, prasyarat, objektif mata
pelajaran, sinopsis mata pelajaran, perancangan mingguan yang lengkap sepanjang sesi
persekolahan, polisi, pembahagian markah untuk penilaian, senarai buku teks dan rujukan.

Tahap Kedua
Maklumat am di tahap satu diperhiaskan mengikut topik-topik yang akan
dibincangkan dalam kelas. Isi kandungan setiap topik diberikan dengan lebih terperinci
serta senarai tugasan atau aktiviti bagi mencapai objektif-objektif yang disasarkan.

Tahap Ketiga
Nota kuliah yang lengkap berserta soalan-soalan latihan dan tugasan disediakan
dalam laman web bagi mata pelajaran tersebut. Nota kuliah ini bercirikan multimedia.
Terdapat pautan kepada sumber maklumat dari seluruh dunia juga disediakan bagi

18
membolehkan pelajar mencari maklumat dan menambah bahan yang diberikan semasa
kuliah. Dari sini, satu kemudahan perbincangan disediakan. Pelajar dapat mengemukakan
soalan secara elektronik kepada pensyarah atau membincangkan pendapat mereka
mengenai topik dengan pelajar lain.

Tahap Keempat
Semua bahan pengajaran boleh diperoleh secara talian. Tiada kuliah secara formal
dan pelajar menggunakan komputer sepenuhnya untuk mengikuti bahan yang hendak
disampaikan, mengambil kuiz, ujian dan sebagainya. Peringkat ini khasnya dituju kepada
program jarak jauh bagi pelajar luar kampus yang tidak mengikuti kuliah secara formal.

Pada tahun 2001, dalam semester 2001/2002, sesi II, mahasiswa yang menuntut
program Ijazah UTM telah mula diperkenal dengan e-pembelajaran. SPP yang digunakan
pada masa itu ialah WebCT. Pelaksanaannya bermula dengan persediaan bahan kursus
oleh pensyarah dan jawatankuasa peringkat falkuti (Mohamed Noor Hassan et al., 2003).
Pensyarah-pensyarah UTM digalakkan mempaparkan nota dalam portal e-pembelajaran
untuk rujukan pelajar dalam kampus (Baharuddin, 2001). Antaranya, beberapa portal
yang berkaitan dengan pembelajaran mengenai Teknologi Komunikasi dan Maklumat
telah dibangunakan oleh Fakulti Pendidikan UTM, di Jabatan Multimedia Pendidikan.
Kesemua portal tersebut adalah dibawah satu akronim CELIk IT (Computer-based
Electronic Learning hi Information Technology). Untuk menjayakan kursus dalam talian,
satu penyelidikan dan pembangunan telah diusahakan oleh Noraffandy Yahaya untuk
menguji keberkesanan alat pembangunannya yang bernama Web-based Intergrated
Learning (WILL). Tujuan utama WILL adalah untuk menghasilkan aplikasi yang dapat
menyokong pensyarah menguruskan bahan pembelajaran dan mempersembahkan bahan
tersebut dengan berkesan dalam persekitaran pembelajaran. Kemudian, bahan-bahan
kursus dimuatkan di rangkaian net melalui Pusat Komputer. Pusat Komputer juga
membekalkan sokongan teknikal Pengurusan Teknologi Maklumat di fakulti.

Pada tahun 2004, Fakulti Pendidikan mula melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran melalui internet atau dikenali e-pembelajaran (Yusof Boon, 2005). Sebagai
langkah permulaan, bengkel-bengkel e-pembelajaran telah diberikan kepada semua

19
pensyarah dari Jabatan Pendidikan Sains dan Jabatan Asas Pendidikan. Tujuan bengkel
tersebut adalah untuk memberi pendedahan dan kemahiran kepada peserta untuk
melakasanakan P&P melalui internet dan seterusnya membina dan mengendalikan laman
web mata pelajaran serta profil peribadi menggunakan perisian Moodle, satu sistem
pengurusan pembelajaran.

Secara ringkas, perkembangan e-pembelajaran di UTM adalah seperti berikut:

Jadual 2.1: Perkembangan penggunaan sistem e-pembelajaran di UTM


Tahun
1997
1998
2001
2004

Sistem e-pembelajaran
IIS
IIS
Web CT & Harvest
Road
Moodle

Penggunaan e-pembelajaran UTM telah diterima sebagai langkah yang sangat


penting di UTM (Mohamed Noor Hassan et al., 2003). Akan tetapi masih terdapat masalah
penggunaan yang tidak menggalakkan. Faktor yang dikenalpasti termasuk kurang
kemudahan teknologi maklumat di UTM, ketidakgalakkan pensyarah dan isi kandungan epembelajaran yang tidak kemaskini (Mohd Koharuddin et al., 2003; Mohamed Noor
Hassan et al., 2000). Masalah-masalah tersebut sebenarnya merupakan masalah luaran
daripada pelajar. Di sini wujud satu persoalan : Adakah selepas masalah faktor luaran
diselesaikan, pelajar akan rela menerimanya? Apakah faktor sebenarnya daripada pelajar
sendiri terhadap penggunaan e-pembelajaran?

2.4

Kelebihan E-pembelajaran dan Kesannya Terhadap Pelajar

E-pembelajaran mempunyai sifat yang unik yang menyebabkan sekolah atau


universiti memilih e-pembelajaran untuk menyampaikan P&P. E-pembelajaran dapat
menjimatkan kos pengajaran yang berkait dengan pensyarah, ruang bilik darjah,
bahan bercetak, kos perjalanan dan sebagainya (Hartley, 2003). Contohnya, suatu
kursus dapat disampaikan kepada bilangan pelajar secara maksimum sekaligus pada

20
satu masa tanpa kekangan saiz ruang bilik darjah. Dengan bantuan teknologi seperti
komputer dan Internet, masalah bilangan pensyarah yang tidak mencukupi dapat
diselesaikan kerana pensyarah dapat dikongsi (Hasani, 2004 ).

E-pembelajaran dapat membekalkan pembelajaran masa nyata (real-time


learning) atau membekalkan maklumat terbaru pada bila-bila masa (Eklund, Kay dan
Lynch, 2003). E-pembelajaran melalui internet terutamanya dapat membenarkan
pelajar mengikut pembelajaran di mana-mana tempat, berdasarkan keupayaan
masing-masing serta mengikut kesesuaian masa sendiri. Hal ini bermaksud seseorang
dapat belajar secara fleksibel (Ertl, Winkler dan Mandi, 2007). Sifat sedemikian akan
membantu masyarakat menjayakan program pembelajaran sepanjang hayat.

Selain itu, pelajar menjimatkan masa untuk belajar. Kebanyakan epembelajaran mengandungi latihan yang membenarkan pelajar mencabar subjek
tersebut dan memintas bahagian maklumat yang telah diketahui (Ertl, Winkler dan
Mandi, 2007). Hal ini menunjukkan bahawa pelajar tetap mencapai objektif
pengajaran melalui proses pembelajaran yang berlainan. Kelebihan ini tidak dapat
ditanding oleh pembelajaran tradisional. Dalam pembelajaran tradisional, pelajar
yang mempunyai tahap pengetahuan yang berbeza terpaksa menerima pengajaran
yang sama.

Seseorang pelajar juga dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran


melalui e-pembelajaran. Pelajar dapat mencapai maklumat yang meluas apabila perlu.
Maklumat dapat dikongsi antara individu dengan pakar dalam bidang tertentu yang
dikenali melalui e-mail, chat-room atau papan buletin (Aldrich, 2003). Masa untuk
proses pembelajaran secara langsung disingkatkan.

Sifat e-pembelajaran yang tumpu pada kesesuaian pelajar menyebabkan pusat


pembelajaran berubah dari guru ke pelajar (Eklund, Kay dan Lynch, 2003). Pelajar
diberi kebebasan untuk belajar secara berdikari dan perlu bertanggungjawab dalam
pembelajaran. Pelajar perlu rancang masa untuk belajar dan bersedia mencari
maklumat berdasarkan daya inisiatif sendiri (Mohd Koharuddin et al., 2003). Dengan

21
perkataan lain, motivasi seseorang pelajar amat penting untuk mengekalkan inisiatif
supaya terus mengikuti e-pembelajaran.

Didapati e-pembelajaran dapat meningkatkan motivasi pelajar. Hazura


Mohamed et al. (2005) dalam kertas kerjanya yang mengkaji kesan e-pembelajaran
mendapati semua responden mempunyai motivasi untuk belajar yang sederhana atau
ke atas apabila berhadapan dengan e-pembelajaran.

2.5

Sikap Pelajar Terhadap E-pembelajaran dan Faktornya

Pelajar mempunyai sikap yang berbeza terhadap e-pembelajaran. Kajian


Hanafi (2004) dan kajian Paris (2004) menyatakan pelajar mempunyai sikap yang positif
terhadap pembelajaran web dalam talian. Menurut Paris (2004), keyakinan terhadap web,
kesukaan menggunakan web dan pandangan kenggunaan web didapati memberikan kesan
yang signifikan positif terhadap keinginan untuk menggunakan web. Drennean, Kennedy
dan Pisarski (2005) berpendapat pelajar bertindak berlainan antara satu sama lain apabila
menghadapi persekitaran pembelajaran dalam talian, bergantung pada tahap kemahiran epembelajaran dan sikap mereka terhadap e-pembelajaran.

Namun demikian, Vuorela dan Nummenmaa (2004) pula menyatakan bahawa


komputer masih dipandang secara ancaman dan dapat menghasilkan kegusaran pada tahap
tertentu. Mereka juga berpendapat manusia tidak rela bertindak jika mereka berasa tidak
mampu untuk bertindak walaupun pandangan mereka terhadap tindakan tersebut adalah
positif. Kajian Drennean, Kennedy dan Pisarski (2005) menyokong bahawa semakin tinggi
pandangan positif, semakin tinggi kepuasan seseorang pelajar dalam pembelajaran dalam
talian yang fleksibel. Oleh itu, keyakinan, kesukaan, kegusaran dan pandangan terhadap
sesuatu teknologi akan mempengaruhi keinginan seseorang dalam penerimaan teknologi
tersebut.

Jadi, walaupun e-pembelajaran mempunyai potensi menjadi satu kaedah


pembelajaran yang dapat memuatkan khalayak ramai, kita mesti memahami faktor apakah

22
yang akan mempengaruhi keinginan pelajar menerima teknologi yang baru ini (Razmah
Mahmod et al., 2005).

Di negara Thai, satu kajian kes mengenai penerimaan e-pembelajaran oleh


pelajar dari Bangkok University telah dijalankan (Research Institute of Bangkok
University, 2002). Kajian ini menggunakan model Technology Acceptance Model
atau TAM yang dibentukkan oleh Davis,F.D. untuk mencari faktor pelajar terhadap
penerimaan e-pembelajaran. Didapati faktor yang menyebabkan pelajar menerima epembelajaran termasuk kemahiran komputer, kemahiran Internet, pandangan
kegunaan, kesenangan menggunakan dan sikap terhadap e-pembelajaran, manakala
masa penggunaan seminggu tiada kaitan dengan penerima e-pembelajaran.

Di negara kita pula, Ndubisi (2004) juga telah menjalankan kajian yang lebih
kurang sama dengan kajian di Bangkok Universiti di sebuah universiti tempatan.
Sistem e-pembelajaran yang digunakan dalam kajian ialah Blackboard. Model
Decomposed version of Theory of Planned Behaviour (DTPB) pula digunakan untuk
mengkaji faktor penerimaan e-pembelajaran. Hasilnya, didapati sikap merupakan
pengaruh secara langsung terhadap penerimaan e-pembelajaran dan sikap dapat
melihat kegunaan serta kesenangan mengguna e-pembelajaran (Ndubisi, 2004).

Jun (2005) telah membuat sorotan kajian mengenai faktor seseorang pelajar
meningkalkan e-pembelajaran. Jun (2005) membuat kesimpulan bahawa faktor
pelajar meninggalkan e-pembelajaran dapat dikategori sebanyak lima bahagian iaitu
latar belakang individu (termasuk kekurangan pengalaman dengan kominikasi
berasaskan komputer), motivasi (termasuk keyakinan terhadap komputer), integrasi
akademik, integrasi sosial dan persekitaran teknologi (termasuk masalah dengan
teknologi). Kajian Ndubisi (2004) menunjukkan bahawa pengalaman komputer
mempunyai kaitan secara tidak langsung dengan keinginan seseorang menerima epembelajaran.

Selwyn (2003) telah membuat satu laporan mengenai faktor pelajar menerima
atau menolak teknologi komunikasi dan maklumat (TKM) di universiti. Menurut beliau,

23
walaupun teknologi komunikasi dan maklumat telah ditentukan keberkesanannya dalam
aktiviti akademik kebanyakan fakulti di universiti, namun integrasinya dalam aktiviti
akademik setiap hari terhadap pelajar universiti secara keseluruhan kurang ditekankan.
Beliau juga memberi pandangan bahawa tahap penggunaan teknologi komunikasi dan
maklumat dalam pengajian tinggi sebenarnya tidak rata dan selalu berada pada tahap yang
rendah.

Faktor-faktor pelajar yang tidak menggunakan teknologi komunikasi dan


maklumat di universiti, hasil daripada kutipan maklumat Selwyn (2003), adalah seperti
berikut:
1. tidak mendapat sokongan bahan dan sokongan kewangan
2. kekurangan pengetahuan dan kemahiran tentang teknologi komunikasi dan
maklumat
3. 'technophobia' atau perasaan benci terhadap teknologi
4. enggan menggunakan teknologi kerana salah tanggapan terhadap teknologi
komunikasi dan maklumat

Satu kajian mengenai pandangan pelajar universiti terhadap penggunaan epembelajaran oleh Keller dan Cernerud (2002). Hasil dapatan amat mengesahkan orang.
50% respoden berpendat bahawa e-pembelajaran tidak membantu mereka dalam
pemeblajaran. Oleh sebab itu, mereka tidak rela menggunakan e-pembelajaran yang
dilaksanakan di universiti.

Cheng-Chang, Sivo dan Brophy (2003) dalam kajian menguji pandangan pelajar
mengenai penggunaan WebCT, satu persekitaran pembelajaran maya, berdasarkan Model
Penerimaan Teknologi pula menyatakan bahawa faktor pandangan terhadap kesenangan
penggunaan , pandangan kebergunaan dan sikap pengguna terhadap WebCT kononnya
tidak menentukan antara satu sama lain. Hal ini bermaksud pandangan terhadap
kesenangan penggunaan WebCT tidak akan mempengaruhi pandangan kebergunaan
WebCT dan sikap pengguna terhadap WebCT; pandangan kebergunaan WebCT tidak akan
mempengaruhi pandangan terhadap kesenangan penggunaan WebCT dan sikap
pengguana terhadap WebCT; sikap pengguna terhadap WebCT juga tidak akan

24
mempengaruhi pandangan terhadap kesenangan penggunaan WebCT dan pandangan
kebergunaan WebCT.

2.6

Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP)

Sistem Pengurusan Pembelajaran, atau Learning Management Systems (LMS)


dalam bahasa Inggeris, juga dikenal sebagai Sistem Pengurusan Kursus (Course
Management Systems (CMS)) atau Persekitaran Pembelajaran Maya (Virtual
Learning Environments (VLE)).

Satu ensiklopedia di laman web, Wikipedia, mendefinisikan Sistem


Pengurusan Pembelajaran (SPP) sebagai satu pakej perisian yang membenarkan
pengurusan isi pembelajaran dijalankan dan dapat menyalurkan isi pembelajaran serta
maklumat kepada pelajar. Kebanyakan SPP telah dilaksanakan melalui rangkaian
web supaya pengurusan dan pembelajaran dapat dicapai di mana-mana tempat pada
mana-mana masa.

Lewis dan Whitlock (2003) telah menunjukkan 4 jenis ciri Sistem Pengurusan
Pembelajaran yang dijelaskan dalam laporan DfEE (Department for Education and
Employment). Pertama, Laporan DfEE menujukkan bahawa setiap SPP sebenarnya
mempunyai beberapa ciri yang lazimnya wujud. Ciri-ciri tersebut termasuk data
pendaftaran pelajar (maklumat persedirian, username, password), data pendaftaran
program dan data kemajuan pelajar dalam subjek tertentu. Kedua, SPP mempunyai
ciri memperuntuk sumber seperti ruang dan kelengkapan. Contoh fungsi-fungsi yang
ada termasuk jadual waktu untuk setiap kelas, pembahagian pensyarah kursus
tertentu, sokongan atau keperluan yang digunakan (seperti projector video, komputer
dan sebagainya), jadual waktu setiap pelajar dan laporan seperti penglibatan setiap
pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Ketiga, SPP dapat menyokong
pembelajaran jarak jauh bukan dalam talian (off-line distance learning). Bahan-bahan
yang diperlukan untuk ciri tersebut melibatkan multimedia dari bahan cetakan hingga
CD-ROM. Ciri keempat sesuatu SPP ialah ia menyokong pembelajaran dalam talian.

25
Kini, SPP secara sumber terbuka semakin berkembang pesat dalam pendidikan dan
perniagaan (Wikipedia, 2006).

2.6.1

Kelebihan sistem pengurusan pembelajaran (SPP)

Sistem pengurusan pembelajaran memperoleh beberapa kelebihan terhadap


mereka yang terlibat. Berikut merupakan jadual kelebihan SPP.

Jadual 2.2: Kelebihan SPP


Penggunaan
- mendaftarkan pelajar mengikut
kursus
- catatan pembayaran yuran
- menyenaraikan sumber
Pereka kursus
- disediakan templat mereka kursus
- soalan dan ujian dapat dijalankan
Tutor
- dapat mengawasi proses
pembelajaran seseorang pelajar
- dapat berkomunikasi dengan
pelajar
Pengurus pusat pembelajaran
- mengawasi penggunaan suatu
perisian kursus
- dapat menyalur bahan dari
perbagai sumber
Pelajar
- merancang pembelajaran
- ambil ujian
- pentauliahan
- dapat berkomunikasi dengan
rakan sekelas
- dapat maklum balas dari tutor
Pengguna
Pengurus kursus

2.6.2

Jenis sistem pengurusan pembelajaran

SPP dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu SPP komersil dan SPP sumber
terbuka. SPP komersil merupakan perisian berlesen yang perlu dibayar manakala SPP
sumber terbuka membenarkan pengguna mendapatkan kod perisiannya secara
percuma. Kini, terdapat sebilangan besar SPP komersil dan SPP sistem terbuka siap

26
sedia dipilih oleh pengguna. Antara contoh SPP komersil termasuk Blackboard,
CyberLearning Labs, eCollege, Intralearn, dan WebCT. Contoh SPP sumber terbuka
pula merangkumi Bodington Open Source Project, Dokeos, .LRN, Moodle, dan The
Sakai Project.

Dalam bahagian ini, dua jenis SPP komersil, Blackboard dan WebCT, akan
dibincangkan kerana kedua-dua SPP komersil merupakan SPP paling popular di
pasaran (The Observatory on Borderless Higher Education, 2004). Manakala
perbincangan SPP sumber terbuka tertumpu pada Moodle. Berikut merupakan
perbincangan ringkas daripada Observatory on Borederless Higher Education
(OBHE) (2004) mengenai ketiga-tiga SPP.

2.6.2.1 Blackboard

Syarikat Blackboard Inc. terbentuk pada 1997 di Washington D.C., Amerika


Syarikat. Sejak tahun 1998 hingga 2002, syarikat ini telah menjadi penjual SPP utama
dengan peningkatan pendapatan sebanyak 11.047%. Syarikat ini terdiri daripada dua
orang pakar runding dengan kerjasama pihak pembangunan perisian untuk pelajar
dan fakulti di Cornell University. Kini, Blackboard Inc. telah menawar produk
perisian dan perkhidmatan untuk program e-pendidikan dari sekolah rendah hingga
institusi pendidikan tinggi, dan juga dari perkhidmatan swasta hingga perkhidmatan
awam. Produknya termasuk SPP, pengurusan isi (content management), sistem portal
middlewave yang mempromosikan e-perdagangan.

2.6.2.2 WebCT

WebCT merupakan satu hasil University of British Columbia, Canada pada


tahun 1995. Pasaran utama WebCT adalah pada pendidikan tinggi. Setakat tahun ini,
WebCT telah digunakan melalui 14 bahasa yang berlainan. WebCT merupakan SPP

27
yang mengandungi alat untuk persediaan kursus, penyampaian kursus serta
pengurusan kursus yang senang digunakan.

2.6.2.3 Moodle

Moodle (Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment) ialah


hasil ciptaan seorang pendidik yang bernama Martin Dougiamas dari Australia pada
tahun 2002. Menurut McDonald (2004), Martin Dougiamas berusaha membina
perisian Moodle yang dapat berjaya menyokong Epistemologi Konstruktivi secara
Sosial (social constructionist epistemologies) dalam pelajaran dan pembelajaran.

Moodle merupakan perisian percuma untuk kursus berasaskan Internet pada


platform utama seperti Linux, Unix, Windows dan Mac OS X. Kursus mengandungi
modul-modul termasuk Forum, chat, jurnal, kuiz, kajian, kerja kursus, bengkel,
sumber maklumat, pilihan dan lain-lain. Setakat ini, Moodle telah diterjemahkan
dalam 34 bahasa. Moodle direka bentuk berdasarkan pendagogi konstruktiviti dan
tertumpu pada pembinaan persekitaran yang menyokong sifat kerjasama untuk
pertukaran idea pembelajaran.

2.6.3

Pandangan pengguna terhadap Moodle

McDonald (2004), seorang pendidik yang mengajar sejarah dengan


menggunakan Moodle di sebuah komuniti pendidikan, memberikan penilaian positif
bahawa Moodle banyak menolong guru dan pelajar dalam proses P&P seperti
berikut:

The constructivist pedagogy that informs activities in Moodle software has


created space for students to think more deeply by freeing them from the
pressures of the classroom moment.

28
History teachers at Cranbrook have discovered too that using Moodle has
created a more egalitarian environment in terms of student access to
teachers.

With Moodle, a student can return to ideas that are introduced in a class
and add upon them at a more reflective moment. McDonald (2004).

Stevens et al. (2004) dalam kertas kerjanya telah menguji kebolehan Moodle
sebagai satu sistem pengurusan pembelajaran sumber terbuka yang dapat menyokong
reka bentuk pendidikan yang menggunakan pendekatan Culturally DynamicTM.
Menurut Steven, Culturally DynamicTM merupakan sifat amalan seperti berikut:

dapat melihat keadaan keseluruhan apabila menilai setiap bahagian kecil

dapat mencari kelebihan atau kekuatan tetapi bukan kelemahan daripada


sesuatu perbezaan.

mengenali bahawa perbezaan akan mencipta peluang bukan ancaman atau


penghalang

bekerjasama bekerja daripada mengawal

mencapai kejayaan yang adil daripada dominasi.

Hasil dapatan Stevens, Gatling dan Murdock (2004) menujukkan Moodle


memenuhi syarat persekitaran pembelajaran Culturally DynamicTM dalam talian yang
dinamik, fleksibel dan dapat menghubungkait semua gaya pembelajaran, kecerdasan
pelbagai, personaliti serta membentuk komuniti kebudayaan merentasi persekitaran
pembelajaran mikro dan makro. Hal ini kerana Moodle memerlukan kos pembiayaan
yang rendah, berasaskan web, dapat menghubungkan pelajar yang berbeza dalam
bilik darjah sedunia. Berikut merupakan bahagian fakta yang diutarakan oleh Stevens,
Gatling dan Murdock (2004) mengenai kebaikan Moodle:

Moodles development and continuous improvement is a testimony to


the nature and process of creative collaboration. The World Wide Web will
continue to provide the vehicle for proselytizing the Moodle movement

29
throughout geographically and demographically disparate global learning
communities.

Moodle is fast developing into a bridge that leverages the collective


resources of the education and training industry, connecting public and
private primary, secondary, higher education, and continuing education
sectors. Moodle allows diverse stakeholders in remote locations that
represent distinct sectors to collaborate in inquiry-based learner centric
projects. These online Moodle project implementations build culturally
dynamicTM learning communities that create innovation and solve real world
problems along the lifelong learning continuum (Stevens, Gatling dan
Murdock, 2004).

2.6.4

Mengapa memilih Moodle/ Kelebihan Moodle

Pengguna Moodle adalah bercuma berbanding dengan perisian SPP WebCT


dan Blackboard yang fungsinya lebih kurang sama tetapi perlu dibayar. Menurut
pengalaman penetapan SPP di Humboldt State University di Amerika Syarikat (HSU,
2003), apabila SPP Blackboard dipilih, ia dianggar mengambil kos sebanyak $60000
setahun, malah kecanggihan antara muka yang ada pada Blackboard pula tidak dapat
bertanding dengan antara muka pada Moodle yang percuma. Humboldt State
University juga menyedari bahawa Moodle sesuai digunakan oleh institusi pengajian
tinggi yang bersaiz medium dan ke atas yang ingin memaksimumkan perkhidmatan
mereka dalam kos yang minimum (HSU, 2005). Kajian pensyarah HSU menunjukkan
pelajar lebih suka menggunakan Moodle daripada Blackboard (Munoz & Duzer,
2005).

30
2.7

Sikap Pelajar Terhadap SPP

Setakat ini, kurang kajian yang mengkaji sikap pelajar terhadap SPP secara
spesifik. Haywood et al. (2004) mendapati pelajar mempunyai perolehan yang tinggi
untuk menggunakan SPP dalam kursus pembelajaran. Ashby dan Broughan (2002) telah
melaksanakan satu kajian bertujuan menentukan faktor pelajar tidak suka menggunakan
SPP. Didapati pengalaman pelajar terhadap pembelajaran maya dapat meramalkan tahap
perhubungan antara pelajar dengan pembelajaran maya. Kajian beliau menunjukkan
bahawa bilangan pelajar yang berasa malu apabila menggunakan fasiliti interatif seperti
aktiviti dalam talian, forum perbincangan dan e-mel kurang daripada mereka yang berasa
sedikit atau tiada rasa malu. Cadangan telah dibuat bahawa saiz kumpulan perbincangan
yang kecil dapat mengurangkan rasa malu peserta perbincangan.

2.8

Kemahiran Teknologi Maklumat Terhadap Sikap Menggunakan Epembelajaran

Terdapat percanggahan hasil kajian mengenai kemahiran dan pengetahuan


teknologi maklumat sebagai faktor yang mempengaruhi pandangan pelajar terhadap
ICT. Kajian Selim (2003) menunjukkan terdapat empat faktor kritikal yang
menentukan keberkesanan e-pembelajaran. Antaranya, faktor sifat pelajar merupakan
faktor yang kurang kritikal sekali daripada empat faktor yang diuji. Faktor sifat pelajar
yang diuji termasuk keupayaan pelajar menggunakan komputer dan motivasi pelajar
terhadap penggunaan e-pembelajaran. Kesimpulan daripada analisisnya, didapati pelajar
perlu menguasai keupayaan menggunakan komputer yang tinggi untuk menjayakan epembelajaran. Keupayaan ini termasuk penggunaan aplikasi e-mel, pembentangan dan
komunikasi, pemikiran kreatif dan semua penggunaan perisian yang diperlukan untuk
pembelajaran.

Menurut Baharuddin (1999, 2005), seseorang yang berpengetahuan dan


berkemahiran menggunakan ICT secara langsung akan bersikap positif terhadap ICT.
Kajian Goodyear et al. (2004) juga menyokong bahawa pelajar yang lebih

31
berkemahiran menggunakan komputer lebih berkeyakinan dalam pembelajaran
berasaskan web berbanding dengan pelajar yang kurang berkemahiran menggunakan
komputer. Pelajar yang berkemahiran komputer yang lemah akan berasa gusar lalu
takut berinteraksi dengan Internet (Gomez, 2002; Selwyn, 2003).

Namun, hasil dapatan Suhaimi (2004) pula menunjukkan kemahiran dan


pengetahuan ICT seseorang pelajar bukan faktor yang mempengaruhi pelajar
terhadap penggunaan e-pembelajaran. Berdasarkan kajiannya, minat menggunakan
ICT, ingin mencuba sesuatu yang baru, sentiasa mengambil peluang dalam
pembelajaran elektornik, berasa selesa belajar dengan menggunakan ICT dan tidak
mahu ketinggalan dalam penggunaan pembelajaran elektornik merupakan faktorfaktor mempengaruhi pelajar untuk menggunakan e-pembelajaran. Chen dan Lin
(2002) telah mengendalikan satu kajian yang melihat kejayaan e-pembelajaran dengan
faktornya. Kejayaan tersebut adalah rujuk kepada peningkatan penguasaan pengetahuan
dan kemahiran dalam rangkaian komputer dan juga internet melalui SPP. Hasil analisis
menunjukkan sikap terhadap e-pembelajaran tiada hubungan pada peningkatan kemahiran
tersebut. Hasil Keller dan Cernerud (2002) juga telah membuktikan keadaan tersebut.
Mereka mendapati pelajar yang berpengalaman menggunakan teknologi komputer kurang
menerima e-learning. Dengan kata lain, pengalaman menggunakan teknologi maklumat
seperti komputer tidak boleh digunakan untuk menjangka penghasilan sikap yang lebih
positif terhadap e-pembelajaran (Keller dan Cernerud, 2002).

2.9

Jantina dengan Sikap Pelajar Terhadap E-pembelajaran

Jantina merupakan satu faktor yang dapat menentukan penggunaan pembelajaran


berasaskan web seseorang pelajar. Kajian Horkins dan Hooff (2005) membuktikan
bahawa lelaki lebih suka berbual dengan rakan dan tutor daripada perempuan melalui
papan buletin. Kajian Paris (2004) and Haywood et at. (2004) menunjukkan bahawa tiada
perbezaan signifikan sikap pelajar terhadap e-pembelajaran antara pelajar lelaki dan
pelajar perempuan. Namun demikian, kajian Paris (2004) menunjukkan bahawa lebih
ramai pelajar perempuan menggunakan Internet dan e-mel untuk berbual dan
membincangkan kerja rumah daripada pelajar lelaki. Kajian Ladyshewsky (2004)

32
menunjukkan jantina sebenamya tidak mempengaruhi tindakan pelajar dalam epembelajaran.

Perempuan juga kurang memilih teknologi maklumat sebagai kerjaya


daripada lelaki. Didapati pelajar perempuan cuba mengelakkan penggunaan teknologi
disebabkan beberapa halangan termasuk kekurangan keyakinan, ketakutan belajar
berseorangan dan kurang mencapai teknologi dalam rumah (Gunn, 2003).

Melis dan Ullrich (2004) telah membuat satu kajian semula mengenai
kecenderungan jantina menyesuaikan diri dalam pendidikan yang disesuaikan dengan
hipermedia. Mereka mendapati apabila dikaitkan dengan kerja berkomputer,
perempuan mempunyai kecenderungan
-

lebih menyalahkan diri dalam kes ketidakjayaan dengan komputer daripada


lelaki. Lelaki lebih menyalahkan perisian dan jurutera program perisian.

mempunyai penilaian kebolehan diri sendiri dalam mengurus teknologi yang


rendah

menyangka mereka akan menghadapi kegagalan

kurang menggunakan komputer

Gunn (2003) dalam kajian tahun 1999 juga memperlihat pelajar perempuan
universiti lebih berasa gelisah daripada pelajar lelaki universiti apabila berhubung
dengan bahan dalam talian. Akan tetapi, terdapat peningkatan tahap keyakinan oleh
pelajar perempuan yang agak tinggi daripada pelajar lelaki dari tahun 1997 hingga
1999 dalam penggunaan e-mel dan web.

2. 10

Jenis Kursus dengan Sikap Terhadap E-pembelajaran

Sebenarnya, jarang terdapat kajian yang mengkaji atau mengkaji hubungan antara
sikap pelajar terhadap e-pembelajaran dengan jenis kursus pelajar tersebut. Kajian Vuorela
dan Nummenmaa (2004) menyatakan pelajar sosiologi memberikan pandangan yang lebih
positif terhadap persekitaran pembelajaran berasaskan web daripada pelajar perubatan.

33
Kajian Link and Marz (2006) dalam kajian terhadap pelajar perubatan pula menunjukkan
pelajar perubatan sebenarnya memberi penilaian positif terhadap e-pembelajaran. Pelajarpelajar tersebut mencadangkan e-pembelajaran melalui SPP patut dilaksanakan di kampus.

2.11

Kekerapan Menggunakan E-pembelajaran dengan Sikap Terhadap Epembelajaran

Kurang juga kajian yang mengkaji kekerapan menggunakan e-pembejaran.


Terdapat kajian menunjukkan bilangan penyertaan kursus melalui SPP dapat menentukan
peningkatan pembelajaran Dalam kajian Haywood et al. (2004) yang mengkaji pandangan
pelajar universiti terhadap e-pembelajaran, didapati 65% pelajar log masuk persekitaran
pembelajaran WenCT sekurang-kurang dua kali seminggu. Kajian ini juga menunjukkan
lebih daripada 60% pelajar yang menggunakan sistem Web CT bersetuju teknologi
maklumat membawa faedah kepada mereka. Jadi, hal ini mungkin membawa makna
bahawa kekerapan menggunakan e-pembelajaran mempunyai hubungan dengan sikap
terhadap e-pembelajaran.

2.12

Penutup

Dalam bab ini, penyelidik ingin menghuraikan beberapa tajuk yang berkaitan
dengan kajian ini. Tajuk-tajuk ini termasuk definisi e-pembelajaran, perkembangan epembelajaran di Malaysia dan di UTM, sikap pelajar terhadap e-pembelajaran. Selain itu
bab ini juga menjelaskan faktor kemahiran teknologi maklumat, jantina, jenis kursus dan
kekerapan penggunaan e-pembelajaran terhadap sikap menggunakan e-pembelajaran.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

Perbincangan dalam bab ini ialah untuk menerangkan aspek-aspek dan kaedah
yang dijalankan dalam kajian. Secara terperincinya bahagian ini menjelaskan tentang
reka bentuk kajian, populasi dan persampelan, instrumen, kajian rintis, pengumpulan
dan analisis data.

3.2

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini adalah berbentuk tinjauan yang dirancang menggunakan kaedah


soal selidik. Kaedah soal selidik digunakan untuk mendapat latar belakang pelajar
dari segi jantina, jenis aliran kursus dan kekerapan menggunakan e-pembelajaran
dalam seminggu. Selain itu, kaedah soal selidik juga digunakan untuk mengenalpasti
kemahiran teknologi maklumat pelajar dan juga sikap pelajar terhadap epembelajaran di UTM.

Pada tahun 2004, UTM telah mendedahkan e-pembelajaran yang


menggunakan SPP Moodle kepada pelajar termasuk pelajar dari Fakulti Pendidikan.
Dalam kajian ini, pelajar-pelajar sarjana muda Fakulti Pendidikan telah dipilih
sebagai responden. Pelajar Fakulti Pendidikan merangkumi pelajar yang memilih
pelbagai jenis kursus dari aliran sains dan komputer, aliran sains, aliran sastera dan
aliran kejuruteraan.

35
Satu tinjauan rambang telah dibuat oleh penyelidik dengan pelajar-pelajar dari
Fakulti Pendidikan untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi mereka
menggunakan e-pembelajaran di UTM. Kebanyakan pelajar memberikan pandangan
positif terhadap penggunaan e-pembelajaran. Mereka memberi pandangan positif
bahawa sistem e-pembelajaran membenarkan mereka memperoleh maklumat dan
berkomunikasi dengan rakan sekelas atau pensyarah pada bila-bila masa. Namun juga
terdapat pandangan bahawa mereka menggunakan sistem e-pemebalajaran
disebabkan paksaan pensyarah. Hal ini menunjukkan terdapat jurang perbezaan
antara sikap pelajar terhadap penggunaan e-pembelajaran.

Kajian ini secara keseluruhan berbentuk kuantitatif dan data akan diukur
secara statistik diskriptif seperti frekuensi dan peratusan sesuatu kumpulan data.
Pengiraan min juga digunakan untuk menerangkan taburan data. Selain itu, ujian-t
bagi dua sampel bebas, ujian ANOVA satu hala untuk mencari perbandingan antara
dua min kumpulan data. Ujian statistik korelasi Pearson dan korelasi Spearman telah
digunakan untuk mencari perkaitan antara dua kumpulan data.

3.3

Populasi dan Persampelan

Populasi kajian ini melibatkan pelajar yang menggunakan e-pembelajaran


Moodle di UTM. Pelajar sarjana muda dari Fakulti Pendidikan UTM telah dipilih
sebagai sampel kajian. Fakulti ini mengandungi pelajar yang terdiri daripada aliran
yang berbeza ( aliran sains dan komputer, aliran sains aliran sastera dan aliran
kejuruteraan). Pelajar sarjana muda Fakulti Pendidikan ini dipilih kerana mereka
adalah bakal guru. Mereka perlu celik teknologi maklumat dan perlu berkemahiran
mengendalikan pelbagai jenis kaedah pembelajaran termasuk e-pembelajaran
memandangkan pelaksanaan e-pembelajaran dalam bidang pendidikan adalah satu
keperluan negara.

Sampel dipilih berdasarkan rawak kelompok. Sampel-sampel ini terdiri


daripada pelajar tahun 1, 2, 3 dan 4 yang mengikuti 14 jenis kursus yang ditawarkan

36
di Fakulti Pendidikan UTM. Pelajar daripada 14 kursus di Fakulti Pendidikan adalah
sebanyak 2234 orang. 30% pelajar pada semester II, sesi 2006/2007 adalah lelaki dan
70% pelajar adalah perempuan. Mengikut Krejcie dan Morgan (1970), bilangan
sampel yang minimum untuk bilangan populasi ini adalah sebanyak 327 orang.
Sebanyak 327 orang pelajar telah menjadai responden kajian ini. Bilangan sampel
yang diambil daripada setiap aliran dikira mengikut nisbah pelajar yang ada dalam
setiap aliran seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.1 pada muka surat 37.

3.4

Instrumen

Tinjauan ini menggunakan kaedah soal selidik yang mempunyai dua bahagian
iaitu bahagian A dan bahagian B.

Bahagian A merangkumi 3 item untuk mendapat demografik pelajar iaitu


jantina pelajar , aliran kursus yang diikuti di bawah Fakulti Pendidikan dan bilangan
kali menggunakan e-pembelajaran UTM dalam seminggu.

Bahagian B pula merupakan soalan kajian utama yang merangkumi dua set
soalan kajian untuk mengumpul data kemahiran tentang teknologi maklumat dan data
sikap pelajar terhadap e-pembelajaran. Item-item kemahiran tentang teknologi
maklumat dibina daripada konsep kemahiran ICT (National Research Council, 2003)
dan item-item sikap pelajar terhadap e-pembelajaran diubahsuai daripada senarai
semak soal selidik sikap terhadap teknologi maklumat (IT) (Baharuddin, 1999).

Soal selidik kemahiran tentang teknologi maklumat mengandungi 15 item


yang ditanya berdasarkan 9 kriteria dalam FITness (sila rujuk Bab 1). Skala Likert
telah digunakan dengan 0 = tiada pengalaman, 1 = ada sedikit pengalaman dengan
bantuan, 2 = ada pengalaman dan dapat mengurusnya kebanyakkan masa, dan 3 =
sangat berpengalaman dan dapat mengawal perkakasan serta perisian.

37
Jadual 3.1: Bilangan dan peratusan pengambilan pelajar mengikut aliran berlainan
Jenis kursus
Sarjana Muda Sains dan
Komputer Serta Pendidikan
(Fizik)
Sarjana Muda Sains dan
Komputer Serta Pendidikan
(Kimia)
Sarjana Muda Sains dan
Komputer Serta Pendidikan
(Matematik)
Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan (Fizik)

Jumlah
sebenar
pelajar

Jumlah
yang
diambil

Peratusan
(%)

Sains dan
komputer

416

61

18.62

Sains

643

95

28.78

Sastera

340

50

15.22

826

121

36.97

2234

327

100

Jenis Aliran
kursus

Sarjana Muda Sains Serta


Pendidikan (Kimia)
Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan (Matematik)
Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan (Sains)
Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan (Sains Sukan)
Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan (TESL)

Sarjana Muda Sains Serta


Pendidikan (Pengajian Islam)
Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)
Kejuruteraan
Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)
Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Mekanikal)
Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan (Kemahiran
Hidup)
Jumlah

38
Soal selidik sikap terhadap e-pembelajaran pula menguji 4 jenis aspek iaitu
aspek kegusaran terhadap e-pembelajaran (10 item), keyakinan terhadap epembelajaran (8 item), kesukaan terhadap e-pembelajaran (10 item) dan persepsi
terhadap faedah e-pembelajaran (6 item). Soal selidik ini dibina dan diubahsuai
berdasarkan kajian Baharuddin Aris (1999). Nilai pekali kebolehpercayaan untuk
keempat-empat aspek yang diperoleh dalam kajian Baharuddin Aris masing-masing
ialah 0.77 (kegusaran), 0.96 (keyakinan), 0.88 (kesukaan) dan 0.86 (persepsi terhadap
faedah). Aspek-aspek ini menggunakan soalan aneka pilihan Likert iaitu 1 = paling
rendah, 2 = rendah, 3 = sederhana, 4 = tinggi dan 5 = paling tinggi. Satu soalan
sumbangan jenis terbuka telah ditanya untuk mendapatkan pandangan pelajar sebenar
terhadap sebab mereka seronok atau tidak apabila menggunakan e-pembelajaran
UTM. Jadual berikut merupakan pembahagian item soal selidik mengikut bahagian.

Jadual 3.2 Pembahagian item soal selidik mengikut bahagian


Bahagian Komponen

3.5

Jumlah Item

Data demografik pelajar

B (I)

Kemahiran teknologi maklumat

15

B (II)

Sikap terhadap e-pembelajaran


a Kegusaran terhadap e-pembelajaran

10

b Keyakinan terhadap e-pembelajaran

c Kesukaan terhadap e-pembelajaran

10

d Persepsi terhadap faedah e-pembelajaran

Kajian Rintis

Untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik yang digunakan


dalam kajian ini, suatu kajian rintis telah dijalankan. Mengikut Mohd. Najib (2003),
jumlah responden seramai 15 hingga 20 orang sudah mencukupi untuk analisis
kesahan dan kebolehpercayaan. Jadi sebanyak 15 orang responden telah mengambil
bahagian dalam kajian rintis. Ujian statistik Alpha-Cronbach telah dijalankan atas
data soal selidik kemahiran teknologi maklumat dan soal selidik sikap terhadap epembelajaran dengan menggunakan perisian analisis SPSS versi 12.

39
Untuk soal selidik kemahiran teknologi maklumat, item-item tersebut telah
disemak oleh seorang guru yang menguruskan IT di sekolah menengah untuk
menentukan kesesuaian isi item yang berkaitan dengan kemahiran teknologi. Setelah
menjalankan kajian rintis, nilai pekali Alpha-Cronbach bagi soal selidik kemahiran
teknologi maklumat adalah 0.923. Hal ini menunjukkan tahap kebolehpercayaan
item-item adalah tinggi.

Nilai pekali Alpha-Cronbach keempat-empat bahagian soal selidik sikap


terhadap e-pembelajaran juga menujukkan tahap kebolehpercayaan item-item yang
tinggi iaitu 0.898 (kegusaran), 0.914 (keyakinan), 0.826 (kesukaan) dan 0.961
(persepsi terhadap faedah).

3.6

Pengumpulan dan Analisis Data

Selepas kajian rintis dijalankan, pengedaran soal selidik dilaksanakan kepada


pelajar mengikut bilangan yang dikira dalam Jadual 3.1. Data yang dikumpulkan
daripada respoden pelajar akan dianalisis melalui perisian SPSS.

3.6.1

Data demografik pelajar

Dalam bahagian ini, item pertama adalah maklumat mengenai jantina pelajar.
Item kedua adalah aliran kursus yang diikuti oleh pelajar tersebut. Item ketiga pula
mengumpul kekerapan menggunakan e-pembelajaran UTM dalam seminggu. Untuk
item 3, skala ordinal telah digunakan iaitu kurang daripada 1 kali, 1 hingga 2 kali,
3 hingga 4 kali, 5 hingga 6 kali dan 7 atau lebih kali. Peratus untuk setiap skala
diukur untuk melihat tahap penggunaan e-pembelajaran. Seterusnya frekuensi dan
peratusan kekerapan penggunaan e-pembelajaran seminggu berdasarkan aliran kursus
juga dikira.

40
3.6.2 Kemahiran teknologi maklumat

Terdapat 15 item diuji dalam soal selidik ini. Setiap item mempunyai nilai
tahap dengan 0 = tiada pengalaman dalam kemahiran tersebut, 1 = ada sedikit
pengalaman dalam kemahiran tersebut, 2 = ada pengalaman dan dapat menguruskan
kemahiran tersebut kebanyakan masa, 3 = sangat berpengalaman dalam kemahiran
tersebut dan dapat mengawalnya kebanyakan masa. Peratus setiap tahap untuk setiap
item dikira dan dianalisis. Min setiap item dan purata min untuk soal selidik
kemahiran teknologi maklumat dikira untuk menentukan tahap kemahiran teknologi
maklumat. Bahagian ini mengukur sembilan kriteria yang diperkenalkan oleh NRC
(sila rujuk Bab 1, bahagian definisi istilah).

3.6.3

Sikap terhadap e-pembelajaran

Sikap terhadap e-pembelajaran diuji mengikut aspek kegusaran, keyakinan,


kesukaan dan persepsi faedah e-pembelajaran. Data setiap item dianalisis berdasarkan
skala Likert dengan 1= paling rendah, 2= rendah, 3= sederhana, 4= tinggi dan 5=
paling tinggi. Peratusan setiap tahap untuk setiap item dari setiap aspek telah dikira.
Dalam setiap aspek sikap e-pembelajaran, min setiap item dan purata min juga dikira.

Ujian analisis seterusnya dilaksanakan untuk menguji perhubungan kemahiran


teknologi maklumat dengan sikap pelajar terhadap e-pembelajaran, mengenalpasti
perbezaan sikap terhadap e-pembelajaran berdasarkan jantina dan juga berdasarkan
aliran kursus yang berlainan serta mengenalpasti perbezaan kekerapan penggunaan epembelajaran dengan sikap terhadap e-pembelajaran.

3.6.4

Kemahiran teknologi dengan sikap terhadap e-pembelajaran

Ujian korelasi telah dibuat untuk mencari hubungan antara tahap kemahiran
teknologi maklumat pelajar dengan sikap mereka terhadap e-pembelajaran. Jenis

41
ujian korelasi Pearson dipilih kerana data kedua-dua pembolehubah adalah data
interval. Nilai pekali korelasi akan dibandingkan dengan jadual pekali korelasi yang
diinterpretasi oleh Guilford (1956) seperti berikut:

Jadual 3.3: Jadual perbandingan nilai pekali korelasi

3.6.5

Nilai Pekali Korelasi

Interpretasi

Kurang daripada 0.20

Hubungan yang sangat lemah

0.20 0.40

Korelasi rendah

0.40 0.70

Korelasi sederhana

0.70 0.90

Korelasi tinggi

0.90 1.00

Korelasi yang sangat tinggi

Sikap terhadap e-pembelajaran antara jantina

Ujian-t digunakan untuk membanding perbezaan min data sikap antara pelajar
lelaki dan pelajar perempuan. Oleh sebab dua kumpulan sampel pembolehubah
jantina adalah tidak berkait, ujian-t jenis dua sampel bebas (Independent-Samples TTest) dalam SPSS telah dipilih. Nilai kiraan seterusnya dibanding dengan nilai dalam
jadual sifir ujian-t.

3.6.6

Sikap pelajar aliran kursus berlainan terhadap e-pembelajaran

Data sikap terhadap e-pembelajaran dikutip daripada pelajar dari 4 jenis aliran
kursus. Jadi analisis ANOVA satu hala dijalankan untuk menguji perbezaan min.
Ujian lanjutan dengan menggunakan kaedah Tukey dijalankan jika terdapat perbezaan
signifikan sikap terhadap e-pembelajaran antara aliran kursus.

42
3.6.7

Kekerapan penggunaan e-pembelajaran dengan sikap terhadap epembelajaran

Ujian korelasi Spearman digunakan untuk menguji hubungan antara


kekerapan penggunaan e-pembelajaran dengan sikap terhadap e-pembelajaran. Hal
ini kerana data pembolehubah kekerapan penggunaan bukan data interval. Nilai
pekali juga dibandingkan dengan nilai pekali korelasi dalam Jadual 3.3.

3.7

Penutup

Bab ini telah menerangkan reka bentuk kajian, populasi dan persampelan,
instrumen, pengumpulan dan cara analisis data. Bab 4 seterusnya ialah penjelasan
mengenai analisis data.

BAB 4

ANALISIS DATA

4.1

Pengenalan

Bab ini memberi tumpuan terhadap analisis data-data bagi kajian yang telah
dijalankan. Data-data untuk kajian ini telah diperoleh melalui soal-selidik yang terdiri
daripada dua bahagian. Bahagian A adalah mengenai data demografik pelajar
termasuk jantina dan aliran kursus yang diikuti, serta bilangan kali menggunakan epembelajaran UTM dalam seminggu. Bahagian B mengandungi soal selidik
mengenai kemahiran tentang teknologi maklumat, sikap terhadap e-pembelajaran dan
satu soalan terbuka. Maklum balas yang dikumpul dianalisis untuk meninjau
kemahiran pelajar UTM terhadap teknologi maklumat, sikap pelajar terhadap epembelajaran dari segi kegusaran, keyakinan, kesukaan dan persepsi terhadap faedah
e-pembelajaran, hubungan kemahiran teknologi maklumat dengan sikap pelajar
terhadap e-pembelajaran, perbezaan sikap terhadap e-pembelajaran di antara pelajar
lelaki dan pelajar perempuan, perbezaan sikap pelajar terhadap e-pembelajaran di
antara jenis aliran kursus yang berlainan, kekerapan penggunaan e-pembelajaran di
kalangan pelajar UTM dan hubungan kekerapan penggunaan e-pembelajaran dengan
sikap pelajar terhadap e-pembelajaran.

Analisis ini dibahagi kepada 7 bahagian. Bahagian 4.2 ialah latar belakang
pelajar dari segi jantina dan aliran kursus yang diikuti. Bahagian 4.3 ialah frekuensi
dan peratus tentang bilangan kali penggunaa e-pembelajaran UTM dalam seminggu.
Bahagian 4.4 ialah peratusan tahap kemahiran teknologi maklumat pelajar. Bahagian
4.5 ialah peratus tahap sikap terhadap e-pembelajaran dari segi kegusaran, keyakinan,

44
kesukaan dan persepsi terhadap faedah e-pembelajaran. Bahagian 4.6 ialah korelasi
antara kemahiran teknologi maklumat dengan sikap terhadap e-pembelajaran.
Bahagian 4.7 ialah perbezaan sikap pelajar terhadap e-pembelajaran di antara lelaki
dan perempuan. Bahagian 4.8 ialah perbezaan sikap pelajar terhadap e-pembelajaran
di antara jenis aliran kursus yang berlainan. Bahagian 4.9 ialah korelasi antara
bilangan kali penggunaan e-pembelajaran seminggu dengan sikap terhadap epembelajaran. Bahagian 4.10 akan menganalisis keseronokan responden
menggunakan e-pembelajaran berdasarkan penjelasan mereka.

4.2

Latar Belakang Responden

Terdapat 2 maklumat latar belakang responden yang dikaji iaitu jantina dan
aliran kursus yang diikuti. Maklumat latar belakang responden yang terlibat dalam
kajian ini adalah tercatat dalam Jadual 4.1. Dari 327 orang responden, 30% adalah
pelajar lelaki dan 70% adalah pelajar perempuan. Dari segi aliran kursus, pelajar
aliran Sains dan Komputer terdiri daripada 18.7% , pelajar aliran Sains terdiri
daripada 29.1%, pelajar aliran Sastera terdiri daripada 15.3% dan pelajar aliran
Kejuruteraan terdiri daripada 37.0%.

Jadual 4.1: Latar belakang responden


Jumlah
(peratus)
Perempuan
61
43
(18.7%)

Frekuensi Jantina
Lelaki
Aliran

Sains dan
Komputer
Sains
Sastera
Kejuruteraan

18
29

66

95
(29.1%)

15

35

50
(15.3%)

36

85

121
(37.0%)

229
(70.0%)

327
(100.0%)

Jumlah
98
(peratus) (30.0%)

45
4.3

Frekuensi dan Peratus Kekerapan Penggunaan E-pembelajaran dalam


Seminggu

Jadual 4.2 berikut menunjukkan bilangan kali responden mengguna epembelajaran dalam seminggu. Jadual 4.3 pula menunjukkan penggunaan epembelajaran dalam seminggu berdasarkan aliran kursus responden.

Jadual 4.2: Frekuensi dan peratusan kekerapan penggunaan e-pembelajaran dalam


seminggu
Bilang kali
Kurang daripada 1 kali
1-2 kali
3-4 kali
5-6 kali
7 kali atau lebih
Jumlah

Frekuensi
6
87
130
48
56
327

Peratus (%)
1.8
26.6
39.8
14.7
17.1
100.0

Jadual 4.3 Frekuensi dan peratusan kekerapan penggunaan e-pembembelajaran


seminggu berdasarkan aliran
Frekuensi kekerapan penggunaan
(peratus)

Aliran
Sains dan
Komputer
Sains
Sastera
Kejuruteraan

Kurang
daripada
1 kali

1-2 kali

3-4 kali

5-6 kali

7 atau
lebih

Jumlah
(peratus)

2
(3.3%)

8
(13.1%)

31
(50.8%)

11
(18.0%)

9
(14.8%)

61
(100.0%)

2
(2.1%)
0
(0%)

30
(31.6%)
14
(28.0%)

33
(34.7%)
22
(44.0%)

13
(13.7%)
8
(16.0%)

17
(17.9%)
6
(12.0%)

95
(100.0%)
50
(100.0%)

2
(1.7%)

35
(28.9%)

44
(36.4%)

16
(13.2%)

24
(19.8%)

121
(100.0%)

Berdasarkan Jadual 4.2, didapati paling ramai responden (39.8%)


menggunakan e-pembelajaran UTM sebanyak tiga hingga empat kali dalam
seminggu. Penggunaan e-pembelajaran sebanyak tiga hingga empat kali seminggu

46
juga merupakan tahap penggunaan e-pembelajaran kebanyakan responden untuk
setiap aliran iaitu 50.8% untuk aliran Sains dan Komputer, 34.7% untuk aliran Sains,
44.0% untuk aliran Sastera dan 36.4% untuk aliran Kejuruteraan (rujuk Jadual 4.3).
Terdapat segelintir pelajar selain aliran sastera menggunakan e-pembelajaran kurang
daripada sekali dalam seminggu. Graf 4.1 menunjukkan perbezaan peratusan
penggunaan e-pembelajaran dalam seminggu mengikut empat jenis aliran.

60

Peratus

50
40
30
20
10
0
kurang drpd 1
1-2 kali
3-4 kali
5-6 kali
7 atau lebih
kali
Penggunaan e-pembelajaran seminggu

Aliran
Sains & Komputer
Sains

Sastera
Kejuruteraan

Graf 4.1: Perbezaan peratusan e-pembelajaran dalam seminggu mengikut empat jenis
aliran kursus

47
4.4

Peratusan Kemahiran Teknologi Maklumat Pelajar

Jadual 4.4 di bawah menunjukkan peratusan kemahiran teknologi maklumat


pelajar semasa menggunakan e-pembelajaran UTM.

Jadual 4.4: Peratusan kemahiran teknologi maklumat pelajar

Item Perkara
1 Memasang komputer dengan perkakasan
seperti sistem paparan (monitor),
pencetak (printer), pengimbas grafik
(scanner), pembesar suara (speaker) dan
lain-lain.

Tahap
(%)
1
2

Min
3

3.7

17.4

35.5

43.4 2.19

6.7

15.9

32.7

44.6 2.15

11.3

43.4

33.6

11.6 1.46

0.0

3.1

15.3

81.7 2.79

5 Menambah clipart ke dalam sesuatu


dokumen.

3.4

6.7

30.0

59.9 2.46

6 Menggunakan pakej grafik dalam


pembentangan persembahan elektronik.

3.1

14.1

38.8

44.0 2.24

0.3

6.1

35.2

58.4 2.52

11.0

37.9

28.4

22.6 1.63

2 Memasang perisian (install software) dan


menanggalkan perisian (uninstall
software).
3 Mencipta laman web.
4 Mempunyai kemahiran memilih jenis
perkataan (font), menetapkan saiz
perkataan (font size), membuat nombor
muka surat dan mengedit dokumen
seperti menggunting (cut), menampal
(paste), menyalin (copy),penjajaran
(alignment) dan lain-lain.

7 Menggunakan perisian persembahan


seperti PowerPoint, Authorware dan
lain-lain untuk membuat persembahan
atau pembentangan.
8 Memasang komputer dengan peralatan
yang diperlukan (seperti Moderm, wayar
yang menyambungkan Moderm dengan
komputer) untuk kemudahan Internet.

48

Item Perkara
9 Mencari maklumat di World Wide Web
dengan menggunakan pelayar web
seperti Netscape atau Internet Explorer.

10 Mengorganisasikan engin pencarian


seperti mendirikan penanda buku
(bookmark).
11 Piawaikan penggunaan e-mail seperti
Hantar (send), Terima (received),
Penghantaran Hadapan (forword), Balas
(reply) dan Bahan Tambahan
(attachment).
12 Menggunakan ruangan seperti Chatroom
untuk bertukar fikiran dengan orang lain.
13 Menyertai forum di Internet.
14 Menggunakan pangkalan data (database)
untuk mencari maklumat seperti
pangkalan data jurnal.
15 Menggunakan kemudahan seperti Help
untuk menyelesaikan masalah dan
Tutotrial untuk mendapat model atau
idea keseluruhan sesuatu sistem.
Purata min

Tahap
(%)
1
2

Min
3

1.2

5.2

26.3

67.3 2.60

9.5

23.9

35.2

31.5 1.89

2.1

8.3

28.4

61.2 2.49

8.3

17.1

32.7

41.9 2.08

5.8

17.4

32.1

44.6 2.16

7.0

20.8

36.4

35.8 2.01

8.3

27.2

36.1

28.4 1.85

2.17

Catatan:
0 = Saya tiada pengalaman dalam kemahiran ini.
1 = Saya ada sedikit pengalaman dalam kemahiran ini dengan bantuan.
2 = Saya ada pengalaman dalam kemahiran ini dan dapat menguruskannya
kebanyakan masa.
3 = Saya sangat berpengalaman dalam kemahiran ini dan dapat mengawal perkakasan
dan perisian.

Daripada Jadual 4.4, didapati purata min kemahiran responden terhadap


teknologi maklumat adalah 2.17. Hal ini bermaksud responden secara puratanya
mempunyai kemahiran dalam semua item kemahiran teknologi maklumat yang dikaji
dan dapat menguruskannya kebanyakan masa. Lebih daripada separuh bilangan
responden sangat berpengalaman dalam kemahiran mengedit perkataan dan dokumen

49
(81.7%), kemahiran menggunakan Pelayar Web untuk mencari maklumat (67.3%),
kemahiran mempiawaikan penggunaan e-mail (61.2%), kemahiran menambah clipart
dalam dokumen (59.9%) dan kemahiran menggunakan perisian persembahan (58.4%).
Responden kurang berpengalaman dalam membina laman web (min = 1.46). Selain
kemahiran mengedit perkataan dan dokumen, masih terdapat kurang daripada 12.0%
responden yang tidak ada pengalaman dalam sebelas kemahiran teknologi maklumat
yang dikaji.

4.5

Sikap Pelajar Terhadap E-pembelajaran

Empat faktor sikap pelajar terhadap e-pembelajaran telah dikaji dalam kajian
ini iaitu kegusaran terhadap e-pembelajaran, keyakinan terhadap e-pembelajaran,
kesukaan terhadap e-pembelajaran dan persepsi terhadap faedah e-pembelajaran.
Bahagian 4.5.1, bahagian 4.5.2, bahagian 4.5.3 dan bahagian 4.5.4 masing-masing
merupakan dapatan keempat-empat faktor.

4.5.1

Peratusan kegusaran terhadap e-pembelajaran

Jadual 4.5: Peratusan kegusaran terhadap e-pembelajaran

Item

Perkara

1.*

Saya berani menggunakan epembelajaran.

2.

Saya berasa gelisah jika


terpaksa menggunakan
e-Pembelajaran.

3.

Saya berasa takut apabila


terbayang hendak menyertai
e-pembelajaran.

53.2

32.1

58.7

64.5

Tahap
(%)
3

Min
4

13.5

1.2

0.0

1.63

23.9

15.6

0.9

0.9

1.61

23.2

10.7

0.9

0.6

1.50

50
Item

4.

5.

Perkara

Perkara yang berkait dengan epembelajaran mengelirukan


saya.
Saya tidak dapat memahami isi
pelajaran dalam kursus yang
menggunakan e-pembelajaran.

6.*

Mengikut kursus melalui epembelajaran tidak merisaukan


saya.

7.*

Saya berasa selesa apabila


melibatkan diri dalam epembelajaran.

8.

Saya berasa gentar apabila


rakan saya bercerita tentang
e-Pembelajaran.

9.

Saya berasa gelisah apabila


hendak menyertai
e-pembelajaran

10.

E-pembelajaran membuatkan
saya berasa tidak selesa.
Purata min

53.5

26.3

54.4

Tahap
(%)
3

Min
4

18.3

1.2

0.6

1.69

30.0

14.4

0.9

0.3

1.63

47.1

33.0

16.5

2.8

0.6

1.77

39.4

37.9

20.2

1.5

0.9

1.87

63.9

25.4

9.8

0.6

0.3

1.48

64.5

23.9

10.4

0.9

0.3

1.49

66.1

22.9

10.4

0.3

0.3

1.46

1.61

Catatan:
* pernyataan negatif
Tahap
1= paling rendah, 2= rendah, 3= sederhana, 4= tinggi, 5= paling tinggi

Daripada Jadual 4.5, didapati pelajar mempunyai kegusaran di antara tahap


paling rendah dengan tahap rendah terhadap e-pembelajaran (purata min = 1.61).
Daripada 10 item yang dikaji, terdapat 8 item memperolehi lebih daripada 50%
pelajar berada pada tahap paling rendah, iaitu paling tidak gusar terhadap epembelajaran.

51
4.5.2 Peratusan keyakinan terhadap e-pembelajaran

Jadual 4.6 Peratusan keyakinan terhadap e-pembelajaran


Item

Tahap
(%)
3

0.3

3.1

23.9

42.2

30.6

4.00

Perkara

Min
4

1.

Saya mahir menguasai


kemudahan dalam epembelajaran.

2.

Saya yakin mengendalikan epembelajaran.

0.3

2.8

21.1

43.1

32.7

4.05

3.

Saya pasti saya boleh


menguruskan e-pembelajaran.

0.3

2.4

22.3

41.9

33.0

4.05

4.

Saya yakin saya boleh buat


dengan baik dalam
e-pembelajaran.

0.3

3.1

20.8

42.5

33.3

4.06

5.*

Saya bukan seorang yang


mahir menggunakan
e-pembelajaran.

0.9

4.6

20.8

29.1

44.6

4.12

6.

Melibatkan diri dalam epembelajaran tidak sukar bagi


saya.

0.0

3.7

19.9

41.6

34.9

4.08

7.

Saya mempunyai keyakinan


diri apabila menyempurnakan
tugasan melalui epembelajaran.

0.3

3.1

26.3

35.8

34.6

4.01

0.6

1.8

18.0

30.6

48.9

4.25

8.*

Saya berasa sukar melibatkan


diri dalam e-pembelajaran.
Purata Min

4.08

Catatan:
* pernyataan negatif
Tahap
1= paling rendah, 2= rendah, 3= sederhana, 4= tinggi, 5= paling tinggi

Kanyakinan responden terhadap e-pembelajaran juga tinggi iaitu pada purata


4.08. Lebih daripada 50% responden mempunyai tahap kenyakinan yang tinggi pada
semua item yang diuji.

52
4.5.3

Peratus kesukaan terhadap e-pembelajaran

Jadual 4.7: Peratusan kesukaan terhadap e-pembelajaran

Item

1.

Tahap
(%)
3

1.2

3.4

27.8

40.1

27.5

3.89

Perkara
Saya suka belajar melalui epembelajaran.

Min
4

2.*

Belajar melalui e-pembelajaran


membuang masa saya sahaja.

1.5

1.8

12.2

30.3

54.1

4.34

3.

Belajar melalui e-pembelajaran


memang menyeronokan.

0.9

2.4

24.8

41.3

30.6

3.98

4.*

Saya berasa benci terhadap epembelajaran.

0.9

1.5

10.1

21.7

65.7

4.50

5.

Jika saya ada masalah dalam


pengendalian e-pembelajaran,
saya akan cuba sehingga dapat
menyelesaikan masalah
tersebut.

1.5

4.0

32.1

37.0

25.4

3.81

2.4

7.0

25.4

26.9

38.2

3.91

5.8

18.0

39.8

20.5

15.9

3.23

4.0

11.9

37.9

22.0

24.2

3.50

1.5

5.5

33.0

33.0

26.0

3.77

2.1

5.2

32.7

35.5

24.5

3.75

6.*

Saya tidak faham mengapakah


sesetengah orang dapat
menghabiskan masa yang
panjang untuk mengikuti
e-pembelajaran dengan
seronoknya.

7.

Apabila mula menyertai epembelajaran, sukar baga saya


untuk berhenti.

8.

Saya suka berbincang tentang


e-pembelajaran dengan sesiapa
pun.

9.*

Saya rela memilih persekitaran


pembelajaran selain
e-pembelajaran.

10.

Saya akan menggalakkan


orang persekitaran saya
menggunakan e-pembelajaran
Purata Min

3.87

53
Catatan:
* pernyataan negatif
Tahap
1= paling rendah, 2= rendah, 3= sederhana, 4= tinggi, 5= paling tinggi

Daripada Jadual 4.7, tahap kesukaan secara puratanya adalah di antara tahap
sederhana dengan tahap tinggi iaitu 3.87. Didapati hanya item 2 dan item 4
memperoleh 50% ke atas pelajar yang mempunyai kesukaan pada tahap paling tinggi.

4.5.4

Peratusan persepsi terhadap faedah e-pembelajaran

Jadual 4.8: Peratusan persepsi terhadap faedah e-pembelajaran

Item

Tahap
(%)
3

1.5

8.3

25.7

39.4

25.1

3.78

1.8

8.0

28.1

36.7

25.4

3.76

1.8

6.4

28.4

37.9

25.4

3.79

2.4

6.4

26.0

38.5

26.6

3.80

2.8

7.3

26.9

36.7

26.3

3.86

0.9

4.3

23.2

37.9

33.6

3.99

Perkara

1.

E-pembelajaran membantu
saya menyempurnakan tugasan
saya dengan cepat.

2.

E-pembelajaran dapat
memajukan persembahan
tugasan saya.

3.

E-pembelajaran dapat
meningkatkan produktiviti
tugasan saya.

4.

E-pembelajaran dapat
meningkatkan kecekapan saya
dalam penyiapan kerja kursus.

5.

E-pembelajaran dapat
menyenangkan saya dalam
penyiapan kerja kursus.

6.

Saya dapati e-pembelajaran


berfaedah dalam kursus saya.
Purata min

Min
4

3.81
Catatan:
Tahap
1= paling rendah, 2= rendah, 3= sederhana, 4= tinggi, 5= paling tinggi

54
Secara amnya, persepsi responden adalah di antara tahap sederhana dengan
tahap tinggi ( Purata min = 3.81). Hampir 40% orang responden mempunyai persepsi
yang tinggi terhadap semua item faedah penggunaan e-pembelajaran yang diuji.

4.6

Korelasi Antara Kemahiran Teknologi Maklumat dengan Sikap


Terhadap E-pembelajaran

Jadual berikut merupakan hasil dapatan kiraan untuk korelasi antara


kemahiran teknologi dengan sikap terhadap e-pembelajaran.

Jadual 4.9: Korelasi antara kemahiran teknologi maklumat dengan sikap terhadap
e-pembelajaran
Sikap terhadap
e-pembelajaran
GUSAR
YAKIN
SUKA
PERSEPSI

Pekali korelasi
Pearson
-0.447*
0.601*
0.498*
0.467*

Catatan :
* menunjukkan signifikan pada aras keertian =0.01.
KTM
GUSAR
YAKIN
SUKA
PERSIPSI

= Kemahiran teknologi maklumat


= Kegusaran terhadap e-pembelajaran
= Keyakinan terhadap e-pembelajaran
= Kesukaan terhadap e-pembelajaran
= Persepsi terhadap faedah e-pembelajaran

Keputusan analisis korelasi ini menunjukkan bahawa pelajar berkemahiran


teknologi maklumat yang tinggi juga mempunyai sikap yang baik terhadap epembelajaran dan sebaliknya. Korelasi antara kemahiran teknologi maklumat dengan
kegusaran responden terhadap e-pembelajaran, keyakinan responden terhadap epembelajaran, kesukaan responden terhadap e-pembelajaran dan persepsi responden
terhadap faedah e-pembelajaran adalah sederhana dengan nilai korelasi masingmasing ialah -0.447, 0.601, 0.498 dan 0.467. Graf 4.2, Graf 4.3, Graf 4.4 dan Graf 4.5

55
merupakan plot serakan antara kemahiran teknologi maklumat dengan kegusaran,
keyakinan, kesukaan dan persepsi terhadap faedah e-pembelajaran.

5.00

GUSAR

4.00

3.00

2.00

1.00
0.00

0.50

1.00

1.50

2.00

2.50

3.00

KTM

Graf 4.2 Plot serakan kemahiran teknologi maklumat dengan kegusaran terhadap
e-pembelajaran
5.00

YAKIN

4.00

3.00

2.00

0.00

0.50

1.00

1.50

2.00

2.50

3.00

KTM

Graf 4.3 Plot serakan kemahiran teknologi maklumat dengan keyakinan terhadap
e-pembelajaran

56

5.00

SUKA

4.00

3.00

2.00

1.00
0.00

0.50

1.00

1.50

2.00

2.50

3.00

KTM

Graf 4.4 Plot serakan kemahiran teknologi maklumat dengan kesukaan terhadap
e-pembelajaran

5.00

PERSEPSI

4.00

3.00

2.00

1.00
0.00

0.50

1.00

1.50

2.00

2.50

3.00

KTM

Graf 4.5 Plot serakan kemahiran teknologi maklumat dengan persepsi terhadap
faedah e-pembelajaran

57
4.7

Perbezaan Sikap Pelajar Terhadap E-pembelajaran di Antara Lelaki dan


Perempuan

Jadual 4.10: Hasil ujian-t perbezaan sikap terhadap e-pembelajaran di antara lelaki
dan perempuan

GUSAR
YAKIN
SUKA
PERSEPSI

t
-0.165
0.732
0.143
0.433

Ujian-t tentang kesamaan antara min purata


Perbezaan
Ralat piawai bagi
df Sig. (2-hujung) antara min perbezaan antara min
325
0.869
-0.01222
0.07386
325
0.464
0.06331
0.08646
325
0.887
0.01147
0.08029
325
0.666
0.04636
0.10713

Catatan:
df = darjah kebebasan, aras keertian = 0.05
GUSAR
YAKIN
SUKA
PERSIPSI

= Kegusaran terhadap e-pembelajaran


= Keyakinan terhadap e-pembelajaran
= Kesukaan terhadap e-pembelajaran
= Persepsi terhadap faedah e-pembelajaran

Ujian-t telah digunakan untuk membuat perbandingan sikap menggunakan epembelajaran di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan berdasarkan faktor
kegusaran terhadap e-pembelajaran, keyakinan terhadap e-pembelajaran, kesukaan
terhadap e-pembelajaran dan persepsi terhadap faedah e-pembelajaran. Dalam ujian
ini, ujian dua hujung telah dipilih, aras keertian ditetapkan pada 0.05 dan darjah
kebebasan ialah 325. Didapati nilai t yang diperoleh daripada SPSS untuk keempatempat faktor sikap masing-masing ialah 0.165, 0.732, 0.143 dan 0.433. Oleh kerana
nilai-nilai kiraan ini adalah lebih kecil daripada nilai 1.960, iaitu nilai t berdasarkan
jadual taburan t, maka min populasi bagi kedua-dua kumpulan adalah sama. Dengan
kata lain, tidak terdapat perbezaan yang signifikan sikap terhadap e-pembelajaran
antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan.

58
4.8

Perbezaan Sikap Pelajar Terhadap E-pembelajaran di Antara Jenis


Aliran Kursus yang Berlainan

Jadual 4.11: Hasil ujian ANOVA sikap pelajar terhadap e-pembelajaran di antara
jenis aliran kursus yang berlainan.

GUSAR

YAKIN

SUKA

antara
kumpulan
dalam
kumpulan
jumlah
antara
kumpulan
dalam
kumpulan
jumlah
antara
kumpulan
dalam
kumpulan
Jumlah

PERSEPSI

antara
kumpulan
dalam
kumpulan
jumlah

jumlah kuasa
dua

df

purata
kuasa dua

1.156

0.385

120.54
121.696

323
326

0.373

4.317

1.439

162.675
166.991

323
326

0.504

1.075

0.358

142.731

323

0.442

143.806

326

6.94

2.313

249.193
256.134

323
326

0.771

Sig.

1.033

0.378

2.857

0.037

0.811

0.489

2.999

0.031

Catatan:
Aras keertian =0.05
GUSAR
YAKIN
SUKA
PERSIPSI

= Kegusaran terhadap e-pembelajaran


= Keyakinan terhadap e-pembelajaran
= Kesukaan terhadap e-pembelajaran
= Persepsi terhadap faedah e-pembelajaran

Daripada jadual 4.11, didapati nilai signifikan untuk faktor kegusaran


terhadap e-pembelajaran (0.378) dan faktor kesukaan terhadap e-pembelajaran (0.489)
adalah melebihi 0.05 (aras keertian yang ditetapkan). Jadi, tiada perbezaan signifikan
pada kedua-dua faktor di antara jenis aliran kursus. Seterusnya, didapati nilai
signifikan untuk faktor keyakinan terhadap e-pembelajaran (0.037) dan faktor

59
persepsi terhadap faedah e-pembelajaran (0.031) pula adalah kurang daripada 0.05.
Jadi, kita membuat keputusan bahawa terdapat perbezaan signifikan dari segi faktor
keyakinan terhadap e-pembelajaran dan persepsi terhadap faedah e-pembelajaran di
antara aliran. Untuk menentukan aliran mana satu yang paling signifikan, ujian Tukey
telah dijalankan. Berikut merupakan hasilnya.

Jadual 4.12: Hasil ujian Turkey keyakinan terhadap e-pembelajaran dan persepsi
terhadap faedah e-pembelajaran di antara aliran kursus.
Pembolehubah
bersandar

(I) Aliran
Sains dan
Komputer

YAKIN
Sains

Sastera

Kejuruteraan

Sains dan
Komputer
PERSEPSI
Sains

(J) Aliran
Sains
Sastera
Kejuruteraan
Sains dan
Komputer
Sastera
Kejuruteraan
Sains dan
Komputer
Sains
Kejuruteraan
Sains dan
Komputer
Sains
Sastera
Sains
Sastera
Kejuruteraan

Perbezaan min
(I-J)
-0.08764
-0.18988

Nilai
signifikan
0.875
0.499

0.12238

0.691

0.08764

0.875

-0.10224

0.843

0.21002

0.137

0.18988

0.499

0.10224
0.31225*

0.843
0.046

-0.12238

0.691

-0.21002
-0.31225*
-0.02350
-0.41350

0.137
0.046
0.998
0.067

-0.00339

1.000

Sains dan
0.02350
Komputer
Sastera
-0.39000
Kejuruteraan
0.02011
Sastera
Sains dan
0.41350
Komputer
Sains
0.39000
Kejuruteraan
0.41011*
Kejuruteraan
Sains dan
0.00339
Komputer
Sains
-0.02011
Sastera
-0.41011*
* perbezaan min adalah signifikan pada aras keertian = 0.05

0.998
0.056
0.998
0.067
0.056
0.029
1.000
0.998
0.029

60
Untuk faktor keyakinan terhadap e-pembelajaran, jelas didapati perbezaan
min adalah signifikan antara aliran sastera dengan aliran kejuruteraan (ditanda dengan
*). Min keyakinan pelajar aliran sastera lebih tinggi daripada pelajar aliran
kejuruteraan. Manakala untuk faktor persepsi terhadap faedah e-pembelajaran,
perbezaan min secara signifikan wajud di antara aliran kejuruteraan dan aliran sastera.
Pelajar aliran sastera juga mempunyai pandangan yang lebih positif daripada pelajar
aliran kejuruteraan dari segi persepsi terhadap faedah e-pembelajaran.

4.9

Korelasi Antara Kekerapan Penggunaan E-pembelajaran Seminggu


dengan Sikap Terhadap E-pembelajaran

Jadual 4.13: Korelasi antara kekerapan penggunaan e-pembelajaran dengan sikap


terhadap e-pembelajaran
Sikap terhadap
e-pembelajaran
GUSAR
YAKIN
SUKA
PERSEPSI

Pekali korelasi
Spearman
-0.231*
0.238*
0.309*
0.264*

Catatan :
* menunjukkan signifikan pada aras keertian =0.01.
GUSAR
YAKIN
SUKA
PERSIPSI

= Kegusaran terhadap e-pembelajaran


= Keyakinan terhadap e-pembelajaran
= Kesukaan terhadap e-pembelajaran
= Persepsi terhadap faedah e-pembelajaran

Daripada Jadual 4.13, pekali korelasi antara penggunaan e-pembelajaran


seminggu dengan setiap faktor sikap terhadap e-pembelajaran adalah bernilai positif.
Hal ini menunjukkan terdapat hubungan positif yang rendah secara signifikan antara
penggunaan e-pembelajaran seminggu dengan kegusaran, keyakinan, kesukaan dan
persepsi faedah terhadap e-pembelajaran pada aras keertian, = 0.01. Graf 4.6, Graf

61
4.7, Graf 4.8 dan Graf 4.9 berikut menujukkan plot serakan penggunaan epembelajaran seminggu dengan keempat-empat faktor sikap terhadap e-pembelajaran.

5.00

GUSAR

4.00

3.00

2.00

1.00
1

Penggunaan e-pembelajaran seminggu

Graf 4.6: Plot serakan kekerapan penggunaan e-pembelajaran seminggu dengan


kegusaran terhadap e-pembelajaran

Catatan: 1 = kurang daripada 1 kali,


2 = 1 hingga 2 kali,
3 = 3 hingga 4 kali,
4 = 5 hingga 6 kali,
5 = 7 kali atau lebih

62
5.00

YAKIN

4.00

3.00

2.00

Penggunaan e-pembelajaran seminggu

Graf 4.7: Plot serakan kekerapan penggunaan e-pembelajaran seminggu dengan


keyakinan terhadap e-pembelajaran

5.00

SUKA

4.00

3.00

2.00

1.00
1

Penggunaan e-pembelajaran seminggu

Graf 4.8: Plot serakan kekerapan penggunaan e-pembelajaran seminggu dengan


kesukaan terhadap e-pembelajaran
Catatan: 1 = kurang daripada 1 kali,
2 = 1 hingga 2 kali,
3 = 3 hingga 4 kali,
4 = 5 hingga 6 kali,
5 = 7 kali atau lebih

63
5.00

PERSEPSI

4.00

3.00

2.00

1.00
1

Penggunaan e-pembelajaran seminggu

Graf 4.9: Plot serakan kekerapan penggunaan e-pembelajaran seminggu dengan


persepsi terhadap faedah e-pembelajaran
Catatan: 1 = kurang daripada 1 kali,
2 = 1 hingga 2 kali,
3 = 3 hingga 4 kali,
4 = 5 hingga 6 kali,
5 = 7 kali atau lebih

4.10

Analisis Soalan Terbuka

Satu soalan sumbangan terbuka telah ditanya untuk menentukan faktor


sebenar keseronokan pelajar menggunakan e-pembelajaran UTM. Daripada 327
orang responden, seramai 265 orang responden telah memberikan pandangan mereka
tentang keseronokan menggunakan e-pembelajaran UTM. Berikut merupakan
frekuensi responden yang menjawab soalan ini mengikut jenis jawapan.

Jadual 4.14: Frekuensi responden yang menjawab soalan terbuka mengikut jenis
jawapan
Jenis jawapan
Frekuensi
Peratus (%)
Tidak menjawab
62
19.0
Seronok
220
67.3
Tidak seronok
26
8.0
Jawapan yang memberikan
19
5.8
pandangan sahaja
Jumlah
327
100.0

64
Daripada Jadual 4.14, didapati majoriti responden (67.3%) seronok
menggunakan e-pembelajaran di UTM. Walau bagaimanapun masih terdapat 8.0%
responden yang berpendapat sebaliknya iaitu tidak seronok menggunakan epembelajaran UTM. Terdapat 5.8% responden tidak menjawab setuju atau tidak
tetapi memberikan jawapan berdasarkan pandangan mereka tentang kebaikan dan
kelemahan e-pembelajaran UTM. Begitu juga terdapat sesetengah responden yang
seronok dengan e-pembelajaran UTM juga menunjukkan beberapa kelemahan epembelajaran. Penjelasan-penjelasan responden yang telah menjawab soalan ini
dikumpulkan dan dikategorikan dalam dua kumpulan iaitu penjelasan positif dalam
Jadual 4.12 dan penjelasan negatif dalam jadual 4.13 mengikut beberapa tema.

Jadual 4.15: Penjelasan positif responden terhadap keseronokan menggunakan


e-pembelajaran UTM
Bil Tema

Ada aktiviti
perbincangan

Contoh penjelasan

Frekuensi
responden
yang
menjawab

Peratus
(%)

suka menukar fikiran dengan kawan


selain daripada rakan sekelas

62

23.4

53

20.0

dapat berbincang dengan pensyarah


yang susah dijumpai
Boleh kongsi maklumat melalui
aplikasi Forum dan Chat

Fleksibel

dapat melibatkan aktiviti epembelajaran pada bila-bila masa


dan mana-mana tempat
dapat menanya soalan dan
mendapat jawapan daripada
pensyarah pada bila-bila masa
Jimat masa, mudah, cepat
Interaktif

65
Bil Tema

Contoh penjelasan

Frekuensi
responden
yang
menjawab

Peratus
(%)

45

17.0

10

3.8

1.5

nota lengkap
3

Membantu
pembelajaran

dapat menerima nota terkini


walaupun pensyarah telah
membatalkan kelas
maklumat yang diterima
memudahkan tugasan

Dapat belajar
kemahiran
teknologi
maklumat

dapat menambah ilmu


perkomputeran
meningkatkan kemahiran epembelajaran
ada aplikasi Internet

Suka
menggunakan suka menggunakan komputer
teknologi
maklumat
dapat menggendali komputer

Jumlah frekuensi responden yang menjawab = 265 orang

Jadual 4.12 menunjukkan responden seronok menggunakan e-pembelajaran


berdasarkan 5 tema iaitu terdapat aplikasi untuk pelajar menjalankan perbincangan
(23.4%), e-pembelajaran agak fleksibel (20.0%), e-pembelajaran dapat membantu
pembelajaran (17.0%), e-pembelajaran memberikan peluang untuk mempelajari
kemahiran teknologi maklumat (3.8%) dan pelajar dapat menggunakan teknologi
maklumat dalam e-pembelajaran (1.5%).

66
Jadual 4.16: Penjelasan negatif responden terhadap keseronokan menggunakan
e-pembelajaran UTM
Bil Tema

Contoh penjelasan

frekuensi
responden
yang
menjawab

Peratus
(%)

35

13.2

11

4.2

11

4.2

1.9

server down
1

Masalah
teknikal

gangguan jaringan net


penghantaran dan penerimaan
maklumat perlahan

Tempat
mengguna epembelajaran
terhad

hanya menggunakannya di
perpustakaan UTM, PSZ
perlu pergi Pusat Teknologi
Maklumat dan Komunikasi, CICT,
UTM
terhad pada kolej tertentu sahaja
kolej tiada kemudahan sistem
Wireless
bilangan komputer untuk setiap
pelajar dalam kelas tidak
mengcukupi

Ketidakgalakan
pensyarah atau
tidak
diperlukan
dalam kursus
tertentu

pensyarah jarang mengemaskini


maklumat
maklum balas pensyarah agak
lambat
hanya digunakan dalam subjek
yang mengenai teknologi
maklumat
kursus tidak perlu menggunakan
e-pembelajaran, contohnya sains
sukan
paksaan pensyarah

Terpaksa
mengguna

menghantar tugasan melalui epembelajaran


perlu menjawab quiz, markah quiz
diambil kira

67
Bil Tema

Tidak nampak
kebaikan

frekuensi
responden
yang
menjawab

Peratus
(%)

1.9

1.5

Tiada masa untuk menjawab kuiz


kerana sibuk

1.1

tidak biasa dengan susunan


aplikasi dalam e-pembelajaran

0.8

0.4

Contoh penjelasan

hanya digunakan untuk memuat


turun nota pensyarah
forum digunakan untuk bercakap
kosong
satu media untuk memuat turun
maklumat sahaja

Kurang
kemahiran
teknologi
maklumat

Kekangan
masa

Tidak biasa
dengan antara
muka

tidak pandai menggunakan


computer
tiada kemahiran menggunakan
sistem dalam talian (online)

semasa menggunakan Forum,


agak mengelirukan siapa yang
memberikan pandangan
Lebih suka membuat
perbincangan dalam kelas sebenar

Gaya
pembelajaran
Frekuensi responden yang menjawab = 265 orang

Daripada jadual 4.2, didapati 13.2% responden tidak seronok menggunakan epembelajaran kerana wujudnya masalah teknikal seperti server down, kelajuan
menerima dan menghantar maklumat perlahan dan talian net terganggu. Responden
juga berasa tempat untuk mencapai e-pembelajaran adalah terhad (4.2%).
Ketidakaktifan pensyarah menggunakan e-pembelajaran juga menyebabkan 4.2%
responden tidak seronok menggunakan e-pembelajaran. 1.9% responden berasa
mereka dipaksa oleh pensyarah untuk menyertai aktiviti seperti kuiz yang dikira
markah dalam e-pembelajaran. 1.9% repsonden juga memberikan pandangan bahawa
e-pembelajaran merupakan satu alat untuk memuat turun maklumat seperti nota
sahaja dan aplikasi forum digunakan untuk bercakap kosong dengan rakan sahaja.

68
1.5% responden memberikan penjelasan kemahiran teknologi maklumat mereka
lemah dan mereka tidak seronok melibatkan diri dalam e-pembelajaran. Penjelasan
lain responden tidak seronok dengan e-pembelajaran termasuk responden kekurangan
masa untuk guna (1.1%), responden tidak biasa dengan antara muka e-pembelajaran
UTM (0.8%) dan responden lebih suka berbincangan bersemuka dengan rakan dalam
kelas sebenar (0.4%).

4.11

Penutup

Bab ini telah membincangkan hasil analisis kajian yang merangkumi tahap
kemahiran teknologi maklumat pelajar, sikap pelajar terhadap e-pembelajaran,
hubungan di antara kemahiran teknologi maklumat dengan sikap terhadap epembelajaran, perbezaan di antara sikap pelajar terhadap e-pembelajaran berdasarkan
jantina, perbezaan di antara sikap pelajar terhadap e-pembelajaran berdasarkan aliran
kursus yang berlainan, kekerapan mengguna e-pembelajaran dalam seminggu dan
perkaitan antara kekerapan menggunakan e-pembelajaran dengan sikap pelajar
terhadap e-pembelajaran.

Hasil analisis menunjukkan penggunaan e-pembalajaran oleh pelajar adalah


pada tahap sederhana. Kebanyakan pelajar mempunyai kemahiran dalam teknologi
maklumat dan dapat menguruskannya dalam kebanyakan masa. Kekerapan pelajar
menggunakan e-pembelajaran adalah pada tahap sederhana. Sikap pelajar terhadap epembelajaran secara keseluruhan adalah positif. Terdapat hubungan positif antara
kemahiran teknologi maklumat dengan sikap terhadap e-pembelajaran. Tiada
perbezaan sikap terhadap e-pembelajaran antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.
Didapati terdapat perbezaan signifikan dari segi sikap terhadap e-pembelajaran antara
jenis aliran kursus yang berlainan. Terdapat hubungan positif antara kekerapan
menggunakan e-pembelajaran dengan sikap terhadap e-pembelajaran.

Daripada hasil dapatan soalan terbuka, pelajar seronok menggunakan epembelajaran dengan penjelasan e-pembelajaran membenarkan mereka bertukar

69
fikiran, e-pembelajaran adalah fleksibel, e-pembelajaran membantu pembelajaran, epembelajaran meningkatkan kemahiran teknologi maklumat dan mereka suka
menggunakan bahan teknologi maklumat. Penjelasan negatif daripada responden pula
menunjukkan mereka menghadapi masalah teknikal semasa di e-pembelajaran,
tempat untuk menggunakan e-pembelajaran adalah terhad dan pensyarah juga tidak
menunjukkan komitmen dalam penggunaan e-pembelaran. Selain itu, sesetengah
responden tidak melihat kebaikan e-pembelajaran, berkekangan masa untuk
mengguna, kurang kemahiran teknologi makluamat, tidak biasa dengan antara muka
sistem dan lebih suka bersemuka dengan pensyarah dan rakan sekelas. Bab 5
seterusnya akan membincangkan dengan lebih teliti mengenai dapatan-dapatan kajian
ini.

BAB 5

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1

Pengenalan

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti kemahiran teknologi


maklumat di kalangan pelajar UTM, sikap pelajar UTM terhadap e-pembelajaran dari
segi 4 faktor iaitu kegusaran terhadap e-pembelajaran, keyakinan terhadap epembelajaran, kesukaan terhadap e-pembelajaran dan persepsi terhadap faedah epembelajaran, hubungan kemahiran kemahiran teknologi maklumat dengan sikap
pelajar terhadap e-pembelajaran, perbezaan sikap terhadap e-pembelajaran di antara
pelajar lelaki dan pelajar perempuan, perbezaan sikap pelajar terhadap epembelajaran di antara jenis aliaran kursus yang berlainan, kekerapan penggunaan epembelajaran di kalangan pelajar UTM, dan hubungan kekerapan penggunaan epembelajaran dengan sikap pelajar terhadap e-pembelajaran. Kajian ini melibatkan
327 orang pelajar mahasiswa mahasiswi sarjana muda dari Fakulti Pendidikan, UTM,
Sesi II, Semester 2006/2007.

Kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian A merupakan data


demografik pelajar mengenai jantina, aliran kursus yang diikuti dan bilangan kali
pelajar menggunakan e-pembelajaran dalam seminggu. Bahagian B pula terdiri
daripada soal selidik mengenai kemahiran tentang teknologi maklumat, sikap
terhadap e-pembelajaran, dan juga satu soalan terbuka. 15 item mengenai kemahiran
tentang teknologi maklumat telah dikaji. Dalam soal selidik sikap terhadap epembelajaran, 10 item kegusaran terhadap e-pembelajaran, 8 item keyakinan terhadap
e-pembelajaran, 10 item kesukaan terhadap e-pembelajaran dan 6 item persepsi

71
terhadap faedah e-pembelajaran telah dianalisis menggunakan sistem perisian SPSS
versi 12.0. Data-data yang diperolehi dihurai dan dibincang mengikut lapan bahagian
utama.

Bahagian 5.2 membincangkan dapatan kajian yang diperoleh bagi menjawab


kepada objektif dan persoalan kajian, bahagian 5.3 ialah kesimpulan, bahagian 5.4
merupakan implikasi kajian dalam pengajaran menggunakan e-pembelajaran,
bahagian 5.5 membincangkan cadangan untuk meningkatkan sikap pelajar terhadap
e-pembelajaran dan bahagian 5.6 mencadangkan kajian lanjutan yang boleh
dilakukan. Bab ini diakhiri dengan penutup pada bahagian 5.7.

5.2

Perbincangan

Perbincangan keseluruhannya dibuat berdasarkan dapatan kajian . Ia


dibahagikan kepada sembilan bahagian, iaitu latar belakang pelajar, kekerapan
menggunakan e-pembelajaran, tahap kemahiran teknologi maklumat, sikap tehadap epembelajaran, korelasi antara kemahiran teknologi maklumat dengan sikap terhadap
e-pembelajaran, perbezaan sikap terhadap e-pembelajaran berdasarkan jantina dan
perbezaan sikap terhadap e-pembelajaran berdasarkan jenis aliran kursus, kolerasi
antara kekerapan menggunakan e-pembelajaran seminggu dan sikap terhadap epembelajaran serta perbincangan pandangan keseronokan pelajar terhadap epembelajaran.

5.2.1

Latar belakang pelajar

Dapatan kajian menunjukkan pelajar perempuan adalah melebihi pelajar lelaki


iaitu sejumlah 70% adalah pelajar perempuan dan 30% adalah pelajar lelaki. Nisbah
peratusan ini dipilih berdasarkan nisbah jantina kemasukan pelajar di Fakulti
Pendidikan pada tahun kajian ini dijalankan. Dari segi aliran kursus pelajar, pelajar
dari aliran kejuruteraan adalah majoriti iaitu 37% dan diikuti oleh pelajar aliran sains

72
yang terdiri daripada 29.1%. Sejumlah 18.7% pelajar adalah pelajar aliran sains dan
komputer dan 15.3% daripada keseluruhannya merupakan pelajar aliran sastera.

5.2.2

Kekerapan penggunaan e-pembelajaran

Daripada dapatan kajian, majoriti pelajar menggunakan e-pembelajaran UTM


sebanyak 3 hingga 4 kali seminggu. Kekerapan penggunaan ini adalah pada tahap
sederhana. Setelah kita menyemak penggunaan e-pembelajaran berdasarkan aliran
kursus yang berbeza, didapati tahap penggunaan sederhana ini merupakan tahap
penggunaan bagi setiap aliran juga. Keadaan sedemikian boleh dianggap tidak jauh
berbeza dengan kekerapan penggunaan e-pembelajaran oleh responden kajian
Haywood et al.(2004) iaitu majoriti daripada mereka menggunakan e-pembelajaran
lebih daripada 2 kali.

Masih terdapat 1.7% pelajar menggunakan e-pembelajaran kurang daripada 1


kali dalam seminggu. Dengan kata lain, mereka pernah tidak menggunakan epembelajaran dalam seminggu. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat faktor tertentu
yang menyebabkan mereka tidak menggunakan e-pembelajaran. Jun (2005) memberi
pandangan bahawa walaupun e-pembelajaran mempunyai kelebihannya dalam
penyampaian maklumat, masalah terbesar dalam isu e-pembelajaran ialah keciciran
penglibatan.

5.2.3

Tahap kemahiran teknologi maklumat

Secara keseluruhan, pelajar berpengalaman dalam 15 item yang diuji dan


dapat menguruskan kemahiran tersebut kebanyakan masa (min= 2.17). Antara itemitem yang diuji, didapati pelajar paling berkemahiran menyelaras jenis dan saiz
perkataan serta mengedit dokumen (min= 2.79). Item-item lain yang memperoleh min
lebih daripada 2.50 ialah item 9 dan item 7. Hal ini bermaksud pelajar agak mahir
mencari maklumat di World Wide Web dengan menggunakan pelayar web (min= 2.60)

73
dan membuat pembentangan dengan menggunakan perisian persembahan (min=
2.52). Item 11 memperoleh min= 2.49 juga menunjukkan pelajar pandai
mempiawaikan e-mail untuk dihantar. Pelajar kurang berkemahiran dan perlu bantuan
untuk mencipta laman web (min < 1.5). Selain daripada item 4, item-item lain
memperoleh pelajar yang tiada pengalaman dalam kemahiran tersebut. Antaranya,
item 3 (mencipta laman web ) dan item 8 (memasang komputer untuk kemudahan
internet) merupakan dua item yang memperoleh peratusan 11.0 pada tahap tiada
pengalaman.

Pelajar patut mempunyai kemahiran komputer yang tinggi dalam


mengendalikan e-pembelajaran untuk menjayakan e-pembelajaran (Selim, 2003).
Mengikut Selim (2003), kemahiran-kemahiran tersebut termasuk penghantaran e-mel,
membuat perbentangan dan kemahiran yang berkaitan dengan perisian. Daripada
perbincangan hasil dapatan item kajian ini, jelas dilihat kebanyakan pelajar telah
menguasai kemahiran tersebut.

5.2.4

Sikap pelajar terhadap e-pembelajaran

Sikap pelajar terhadap e-pembelajaran diuji berdasarkan empat bahagian iaitu


kegusaran terhadap e-pembelajaran, keyakinan terhadap e-pembelajaran, kesukaan
terhadap e-pembelajaran dan persepsi terhadap faedah e-pembelajaran. Perbincangan
kempat-empat bahagian sikap ditunjukkan dalam bahagian 5.2.4.1, bahagian 5.2.4.2,
bahagian 5.2.4.3 dan bahagian 5.2.4.4.

5.2.4.1 Kegusaran terhadap e-pembelajaran

Kegusaran pelajar terhadap e-pembelajaran UTM agak rendah. Purata min=


1.61 menunjukkan pelajar tidak gusar menggunakan e-pembelajaran. Semua item
yang diuji di bawah bahagian ini mencapai min yang kurang daripada 1.80.

74
Keputusan ini menunjukkan pelajar selesa melibatkan diri dalam aktiviti epembelajaran.

5.2.4.2 Keyakinan terhadap e-pembelajaran

Menurut Paris (2004), pelajar secara umum mempunyai keyakinan terhadap epembelajaran. Hal ini telah dibukti dalam kajian ini. Keyakinan pelajar terhadap epembelajaran adalah tinggi (purata min= 4.08 ). Setiap item bahagian ini juga
memperoleh min yang melebihi tahap 4. Jadi pelajar mempunyai keyakinan tinggi
apabila menguruskan kerja dalam e-pembelajaran.

5.2.4.3 Kesukaan terhadap e-pembelajaran

Purata min kesukaan pelajar terhadap e-pembelajaran ialah 3.87. Nilai ini
adalah di antara tahap sederhana dan tahap tinggi. Hanya item 2 dan item 4 yang
memperoleh min melebihi 4. Untuk item 1, item 2, item 3, item 4, item 5, item 6 dan
item 10, majoriti pelajar mempunyai tahap kesukaan yang tinggi atau sangat tinggi.
Hal ini menujukkan mereka suka menggunakan e-pembelajaran. Merujuk kepada
item 7, item 8, didapati majoriti tahap kesukaran pelajar terhadap e-pembelajaran
adalah pada tahap sederhana. 18% pelajar dan 11.9% pelajar memilih tahap rendah
untuk item 7 dan item 8 masing-masing.

5.2.4.4 Persepsi terhadap faedah e-pembelajaran

Semua item yang diuji di bawah bahagian ini menunjukkan pelajar


mempunyai persepsi yang tinggi mengenai faedah e-pembelajaran. Hal ini dapat
dilihat dengan purata minnya sama dengan 3.81. Keputusan ini juga disokong dengan
fakta hampir 40% pelajar telah memilih tahap tinggi dalam semua item. Dapatan
lajian ini juga disokong oleh dapatan kajian Haywood et al. (2004) dimana 78.9%

75
pelajar universiti yang diuji memberi pandangan e-pembelajaran memperoleh banyak
faedah. Dapatan ini tidak sama dengan dapatan kajian yang dibuat pada pelajar
universiti di Sweden oleh Keller dan Cernerud (2002) di mana pelajar di situ
memandangkan e-pembelajaran tidak membantu mereka dalam pembelajaran.

5.2.4.5 Kesimpulan

Daripada keputusan purata min keempat-empat bahagian sikap pelajar


terhadap e-pembelajaran dalam lingkungan 3.81 hingga 4.39, kita boleh membuat
kesimpulan bahawa sikap pelajar terhadap e-pembelajaran UTM adalah
menggalakkan. Keputusan ini telah menyokong hasil kajian Hanafi (2004) dan kajian
Paris (2004) yang mendapat keputusan bahawa pelajar sebenarnya mempunyai sikap
yang positif terhadap pembelajaran dalam talian.

5.2.5

Korelasi antara kemahiran teknologi maklumat dengan sikap terhadap


e-pembelajaran

Nilai pekali korelasi antara kemahiran teknologi maklumat dengan empat


bahagian sikap terhadap e-pembelajaran masing-masing ialah 0.447 (kegusaran
terhadap e-pembelajaran), 0.601 (keyakinan terhadap e-pembelajaran), 0.498
(kesukaan terhadap e-pembelajaran) dan 0.467 (persepsi terhadap faedah epembelajaran). Nilai-nilai positif pekali korelasi ini bermakna terdapat hubungan
sederhana antara kemahiran teknologi maklumat dengan sikap terhadap epembelajaran. Dapatan ini menyokong hasil kajian Baharuddin (1999, 2005) yang
mengutarakan mereka yang berkemahiran menggunakan ICT akan bersikap positif
terhadap e-pembelajaran. Drennean, Kennedy dan Pisarski (2005) berpendapat pelajar
akan bertindak berlainan apabila menghadapi e-pembelajaran, bergantung kepada
tahap kemahiran e-pembelajaran. Gomez (2002) dan Selwyn (2003) pula menyatakan
kegusaran pelajar terhadap internet akan wujud apabila pelajar kurang berkemahiran
komputer.

76
Akan tetapi keputusan ini tidak sama dengan keputusan Ndubisi (2004) di
mana kemahiran teknologi maklumat tiada kaitan dengan sikap. Tandy dan Cousin
(2005) menerima pandangan daripada pelajar dalam kursus teknologi komputer
bahawa walaupun dia dapat memperoleh banyak kemahiran komputer daripada
kursus, keyakinnya terhadap komputer sebenarnya tidak ditingkatkan. Hal ini
menunjukkan penguasaan kemahiran teknologi maklumat tidak dapat meramalkan
keyakinan kerana pelajar berasa kebolehan mereka tidak mewakili kebolehan sebenar
mereka (Tandy dan Cousin, 2005).

5.2.6

Sikap pelajar terhadap e-pembelajaran di antara lelaki dan perempuan

Hasil analisis keputusan kajian ini telah menunjukkan tidak terdapat


perbezaan signifikan antara sikap pelajar lelaki terhadap e-pembelajaran dengan sikap
pelajar perempuan pada paras signifikan 0.05. Dapatan ini selari dengan hasil kajian
Paris (2004), Ladyshewsky (2004) dan Haywood et al. (2004). Dapatan kajian ini
bertentangan dengan dapatan kajian Gunn (2003) yang menyatakan pelajar
perempuan lebih berasa gelisah daripada pelajar lelaki dalam persekitaran
pembelajaran alam talian. Palloff dan Pratt (2003) dalam bukunya membuat
penjelasan bahawa walaupun kajian-kajian berkaitan perbezaan sikap terhadap
teknologi mengikut jatina yang sebelumnya telah menunjukkan perempuan lebih
gusar daripada lelaki, kajian-kajian pada abad 21-an telah menunjukkan kegusaran
perempuan semakin berkurang berbanding dengan zaman dahulu. Holmes dan
Gardner (2007) memberikan pandangan bahawa memang terdapat perbezaan
signifikan sikap pelajar terhadap e-pembelajaran di antara pelajar lelaki dan
perempuan, tetapi jika e-pembelajaran dijalankan di tempat selain bilik kelas,
keyakinan mereka tidak kira lelaki atau perempuan akan menjadi lebih tinggi.

77
5.2.7

Jenis aliran kursus dengan sikap terhadap e-pembelajaran

Hasil ujian Anova menunjukkan tiada perbezaan kegusaran dan kesukaan


secara signifikan pada paras signifikan 0.05 di antara pelajar dari 4 jenis aliran kursus.
Setelah menjalankan ujian Tukey, didapati pelajar sastera mempunyai keyakinan
yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar kejuruteraan (p<0.05). Begitu juga dalam
aspek persepsi, didapati pelajar sastera juga mempunyai persepsi terhadap faedah epembelajaran yang lebih tinggi daripada pelajar kejuruteraan. Keadaan ini dapat
dibanding dengan kajian Li dan Lindner. Dalam kajian Li dan Lindner (2007) yang
membuat kajian pada pengajar universiti terhadap pandangan e-pembelajaran di
negeri China, didapati pengajar dari aliran sains sosial dan kemanusiaan mempunyai
pandangan yang lebih tinggi terhadap potensi e-pembelajaran. Mereka mengakui
faedah e-pembelajaran dalam pendidikan jarak jauh dan ingin mencuba
menggunakannya dalam pengajaran sendiri manakala pengajar kejuruteraan juga
melihat faedah e-pembelajaran tetapi tidak sampai tahap untuk mencuba.

5.2.8

Korelasi antara kekerapan penggunaan e-pembelajaran seminggu


dengan sikap terhadap e-pembelajaran

Nilai pekali korelasi -0.231 menunjukkan hubungan negatif yang rendah


secara signifikan wujud antara kekerapan penggunaan e-pembelajaran UTM
seminggu dengan kegusaran. Hal ini bermaksud pelajar yang tidak menggunakan epembelajaran mempunyai sedikit perasaan kegusaran. Selain itu, nilai pekali korelasi
bagi aspek keyakinan (0.253), kesukaan (0.299) dan persepsi terhadap faedah epembelajaran (0.237) menunjukkan hubungan signifikan yang rendah dengan
kekerapan penggunaan. Pelajar yang yakin, suka dan mempunyai persepsi positif
terhadap e-pembelajaran akan menggunakan e-pembelajaran UTM. PIVI
TYNJL (1997) telah membuat kesimpulan daripada sorotan kajiannya. Beliau
dapati kajian-kajian pada pembelajaran pelajar sebelum ini telah menunjukkan
bahawa pandangan pelajar terhadap persekitaran pembelajaran mempunyai pengaruh
yang kuat terhadap keinginan melibatkan diri dalam pembelajaran. Akan tetapi

78
dapatan kajian ini tidak menyokong hasil kajian oleh Research Institute of Bangkok
University pada tahun 2002 yang menjelaskan tiada kaitan antara masa penggunaan
seminggu dengan penerimaan e-pembelajaran.

5.2.9

Perbincangan soalan terbuka

Daripada analisis dapatan soalan terbuka, terdapat 5 faktor yang menjelaskan


mengapa pelajar Fakulti Pendidikan UTM seronok menggunakan e-pembelajaran
iaitu e-pemebelajaran membenarkan aktiviti perbincangan dijalankan , epembelajaran agak fleksibel, e-pembelajaran membantu pembelajaran, kemahiran
teknologi maklumat dapat dibelajari melalui e-pembelajaran dan pelajar memang
suka menggunakan teknologi maklumat. Hasil dapatan daripada kajian yang terkini
juga menyokong bahawa pelajar memang seronok menggunakan e-pembelajaran
disebabkan 3 faktor pertama (sila lihat Arbean (2006), Wong (2006), Janarthini
(2007), Mohd Yusri (2007), Mazlan (2007)). Selain itu, 2 faktor terakhir
menunjukkan bahawa kemahiran teknologi maklumat ada kaitan dengan keseronokan
penggunaan e-pembelajaran. Pelajar yang mempunyai kemahiran teknologi maklumat
seronok menggunakan e-pembelajaran dan ini menyokong hasil dapatan kajian ini.

Dari segi penjelasan negatif pelajar pula, faktor masalah teknikal, tempat
penggunaan e-pembelajaran terhad, ketidakgalakan pensyarah atau tidak diperlukan
dalam kursus tertentu merupakan faktor luaran pelajar. Faktor- faktor tersebut
sebenarnya telah dikenalpasti dalam kajian Arbean (2006), Wong (2006), Janarthini
(2007), Mohd Yusri (2007) dan Mazlan (2007). Jamalludin (2006) dalam buletin ePembelajaran @ UTM telah menerangkan bahawa pensyarah perlu mengambil
inisiatif dan berusaha mendekatkan cara pengajaran mereka dengan cara
pembelajaran seorang pelajar yang sudah biasa dengan penggunaan teknologi
maklumat. Beliau juga menyatakan bahawa pihak universiti dan pihak CICT akan
terus berusaha memastikan perkhidmatan Internet bersesuaian dengan keperluan
UTM. Baharuddin Aris selaku Ketua Jabatan Multimedia Pendidikan Fakulti
Pendidikan UTM dalam temu bual dengan Tan (2006) telah menyatakan bahawa
masalah penggunaan e-pembelajaran UTM adalah terletak pada pengguna. Daripada

79
dapatan soalan terbuka ini, beberapa faktor dalaman pelajar dapat dikenalpasti
termasuk kurang kemahiran teknologi makluamat, kekangan masa, tidak biasa
dengan antara muka dan lebih suka berbincang dengan berhadapan orang. Kita perlu
membuat kajian mengenai faktor dalaman pelajar terhadap e-pembelajaran supaya
semua pelajar mendapat manfaat daripada e-pembelajaran.

5.3

Kesimpulan

Secara keseluruhan, terdapat beberapa kesimpulan mengenai sikap pelajar


terhadap e-pembelajaran dan juga pengaruhnya daripada dapatan kajian. Kesimpulan
tersebut adalah seperti berikut:

(i)

Kekerapan penggunaan pelajar dalam e-pembelajaran UTM adalah pada


tahap sederhana iaitu sebanyak 3 4 kali dalam seminggu. Masih terdapat
pelajar yang memberi sambutan dingin kepada e-pembelajaran iaitu
penggunaan kurang daripada sekali dalam seminggu. Peratusan
penggunaan e-pembelajaran menunjukkan majoriti pelajar dari setiap
aliran kursus menggunakan e-pembelajaran pada tahap sederhana.

(ii)

Tahap kemahiran teknologi maklumat pelajar secara amnya memuaskan.


Didapati pelajar perlu bantuan dalam mengendalikan kemahiran mencipta
laman web dan juga memasang komputer dengan peralatan yang
diperlukan untuk mencapai kemudahan internet.

(iii)

Sikap pelajar terhadap e-pembelajaran UTM agak menggalakkan. Tiga


aspek sikap iaitu keyakinan, kesukaan dan persepsi faedah mencapai
purata min yang lebih kurang sama dengan nilai 4 (tinggi). Min untuk
aspek kegusaran juga rendah iaitu 1.61.

(iv)

Terdapat korelasi positif yang sederhana antara kemahiran teknologi


maklumat dengan sikap terhadap e-pembelajaran.

(v)

Tiada perbezaan signifikan sikap pelajar terhadap e-pembelajaran di


antara lelaki dan perempuan.

(vi)

Dalam aspek kegusaran dan kesukaan terhadap e-pembelajaran, tiada


perbezaan signifikan di antara empat jenis aliran kursus. Dalam aspek

80
keyakinan terhadap e-pembelajaran dan persepsi faedah e-pembelajaran,
didapati pelajar aliran sastera mempunyai pandangan yang lebih positif
daripada pelajar aliran kejuruteraan.
(vii)

Terdapat korelasi positif yang rendah di antara kekerapan penggunaan epembelajaran seminggu dengan sikap terhadap e-pembelajaran.

5.4

Implikasi Kajian

Kajian ini diharapkan dapat memberi sesuatu yang bermakna kepada pihakpihak tertentu seperti pelajar dan guru yang melibatkan diri dalam pengajaran dan
pembelajaran melalui e-pembelajran. Pihak pengurusan UTM terutamanya boleh
mengambil perhatian terhadap dapatan kajian ini semasa menggendalikan
pelaksanaan e-pembelajaran.

E-pembelajaran telah didedahkan kepada semua pelajar oleh semua fakulti di


UTM. Tahap penggunaan e-pembelajaran sederhana ini mengingatkan pihak
pengurusan e-pembelajaran bahawa masih ada faktor tertentu yang menghalang
pelajar daripada giat menggunakan e-pembelajaran. Pihak tersebut juga perlu
memastikan bahawa tiada pelajar yang tertinggal dalam e-pembelajaran. Jadi mencari
faktor dan penyelesaiannya adalah tugas utama.

Pelajar pula perlu menyesuaikan diri semasa melibatkan diri dalam epembelajaran. Pelajar perlu memahami bahawa penguasaan kemahiran teknologi
maklumat yang baik dapat membantu mereka belajar dengan seronok dalam epembelajaran.

Satu dapatan yang menarik ialah pelajar dari aliran sastera mempunyai
keyakinan dan persepsi faedah e-pembelajaran yang tinggi berbanding dengan pelajar
dari aliran kejuruteraan. Hal ini mungkin membawa implikasi bahawa pembelajaran
pelajar aliran kejuruteraan kurang dikaitkan dengan e-pembelajaran.

81
Tiada perbezaan sikap terhadap e-pembelajaran antara pelajar lelaki dan
pelajar perempuan. Pendedahan e-pembelajaran kepada semua pelajar melalui semua
kursus perlu terus dilaksanakan supaya semua pelajar berpeluang mengenainya.

5.5

Cadangan

Penulis ingin mencadangkan beberapa perkara hasil daripada implikasi kajian


ini iaitu
(i)

Kursus kemahiran teknologi maklumat dan latihan pengendalian epembelajaran perlu sentiasa didedahkan kepada pelajar secara mantap dan
sepanjang semester pembelajaran supaya pelajar dapat menerima
maklumat terkini secara sistematik. Link dan Marz (2006) menerangkan
bahawa kekurangan penggunaan e-pembelajaran akan mempengaruhi
sikap terhadap e-pembelajaran.

(ii)

Pelajar tidak kira lelaki atau perempuan perlu sentiasa diberikan


bimbingan dan galakan supaya mereka tidak benci terhadap epembelajaran lalu tinggalkannya. Paris (2004) memberi huraian bahawa
kesukaan menggunakan web akan memberi kesan pelajar terhadap
keinginan berhadapan dengan web.

5.6

Cadangan Kajian Lanjutan

Cadangan-cadangan kajian lanjutan adalah seperti berikut:

(i)

Kajian lanjutan boleh dijalankan pada beberapa fakulti lain seperti Fakulti
Sains (aliran sains), Falkuti Sains Komputer dan Sistem Maklumat (aliran
sains dan komputer), Pusat Pangajian Islam dan Pembangunan Sosial
(aliran sastera) dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik (aliran kejuruteraan)
untuk mendapat gambaran hubungan aliran kursus dengan sikap terhadap
e-pembelajaran yang lebih jelas.

82
(ii)

Data tahun pembelajaran responden boleh dimasukkan dalam kajian yang


sama untuk mengkaji faktor dengan lebih menyeluruh.

(iii)

Kajian berbentuk kualitatif boleh dijalankan untuk mengetahui pandangan


sebenar pelajar terhadap e-pembelajaran.

(iv)

Kajian ini boleh dilaksanakan di fakulti universiti tempatan lain untuk


menguji sama ada dapat memperoleh keputusan yang sama.

5.7

Penutup

Kajian yang dijalankan memberi gambaran dan maklumat tentang sikap


terhadap e-pembelajaran di UTM serta faktor pengaruh yang berkaitan dengan sikap
terhadap e-pembelajaran dari segi kemahiran teknologi maklumat, jantina, jenis aliran
kursus, dan kekerapan penggunaan e-pembelajaran. Hasil kajian menunjukkan sikap
pelajar terhadap e-pembelajaran adalah baik. Tahap kemahiran teknologi maklumat
yang tinggi akan mempengaruhi sikap pelajar terhadp e-pembelajaran.
Pelajar aliran sastera menunjukkan keyakinan dan persepsi baik terhadap epembelajaran. Pelajar mungkin menghadapi masalah semasa menggunakan epembelajaran. Jadi kita perlu mencari faktornya lalu memnolog mereka mengekalkan
sikan positif terhadap e-pembelajaran.

83

RUJUKAN

Aldrich, C. (2003). Global Learning, 2008. AMA Handbook of E-learning. USA:


AMACOM American Management Association, 420-422.

Alexander, S. (2005). Do not go pass.


http://www.onlinelearningmag.com/onlinelearning/magazine/article_display.jsp?v
nu_content_id=1355614

Arbean Hj Mohd Hanaffi (2007). Tahap Penerimaan Pelajar Tahun Akhir Kursus
SPT, SPP, SPK Terhadap Penggunaan Sistem Pengurusan E-pembelajaran
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor: Satu Kajian. Tesis Sarjana Muda.
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Ashby, R dan Broughan, C. (2002). Factor Affecting Students' Usage of Virtual Learning
Environments. Psychology Learning and Teaching. 2(2): 140-141.
http://Itsnpsy.vork.ac.uk/LTSNPsych/plat22files/22ashbv.pdf

Asia e-Learning Network (AEN) (2002). What is e-Learning?


http://www.asia-elearning.net/aboutaen/whatisl.htm

Asirvatham, D., Azizah, Ewe, H. T., Woods, P. Tengku Putri dan Rohani (2005).
Country Report: Development of E-learning in Malaysia.
http://www.asia-elearning.net/content/conference/2004/file/S2_Malaysia.pdf

Asirvatham, D. & Abtar Kaur Zoraini Wati Abas (2006), Country Report: E-learning
in Malaysia,
http://www.asiaelearning.net/content/conference/2005/file/Malaysia_Country%20
Report%20v5.2.pdf

84
Azjen, I. (2001). Nature and Operation of Attitudes. Annu. Rev. Psychol. 52:27-58.
http://www.uic.edu/classes/psych/Health/Readings/Ajzen,%20Attitude%20theory,
%20AnnRevPsy,%202001.pdf

Baharuddin Aris (1999). The Use of Information Technology in Education: Using


Interactive Multimedia Courseware Package to Upgrade Teachers Knowledge
and Change theie Attitude. Dissertasi PhD yang tidak diterbitkan.

Baharuddin Aris (2001). Universiti Technologi Malaysia's Teacher Education Student


Learning About ICT Using ICT. Innotech Journal. 25(2), July-Dec, 112-121.

Baharuddin Aris (2005). Merealisasikan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa


Melayu Berbantukan ICT, Penghasilan Kertas Kerja 2005, Fakulti Pendidikan,
UTM

Baharuddin Aris, Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun, Zaidatun Tasir, Noor Azean
Atan & Norah Md. Noor (2006). E-learning Research and Development Experinces
Related to Learning Computer Science, Information Technology and Multimedia
Subjects. 3rd International Conference on University Learning and Teaching (InCULT
2006). 14-15 March 2006.

Bohner, G & Wnke, M (2002). Attitudes and Attitude Change. New York: Psychology
Press Ltd.

Chen, N. S. & Lin, K. M. (2002). Factor affecting e-learning for achievement.


http://lttf.ieee.org/icalt2002/proceedings/t502Jcaltl48 End.pdf

Cheng-Chang, S. P., Sivo, S. dan Brophy, J. (2003). Students' Attitude in a Webenhances Hybrid Course: A Structual Equation Modeling Inquiry. Journal of
Educational Media & Library Sciences. 41(2), December: 181 - 194.

85
Clark, R. C. & Mayer, R. E. (2003). E-learning and the Science of Instruction. San
Francisco: Jossey-Bass/Pfeiffer.

Concannan, F et al. (2005). What Campus-based Student Think about the Quality and
Benefits of E-learning. British Journal of Educational Technology, Oxford:
Blackwell Publishing. 36(3):501-512.

Davis, M. H. dan Harden, R. M. (2001). E is for everything - elearning?. Medical


Teacher.23, 441-444.

Deddo Bernfried Leopold-Lsmann (2000). Virtual Learning Environments and


Student Learning Styles. International Online Seminar: Teaching and Studying in
Virtual Learning Environments, 5th July, 2000
http://seminar.jura.unisb.de/publ/ss00/seminar/ss2000/int/individualwork/uploads/238/IndividualAssign
mentHeatherWilliams.htm

Drennean, J. Kennedy, J. dan Pisarski, A. (2005). Factors Affecting Student Attitudes


Toward Flexible Online Learning in Management Education. Journal of Educational
Research. 98 (6), July/August: 331-338
http://web34.epnet.com/externalframe.asp

Dublin, L. (2003). If You Only Look Under the Street Lamps... Or Nine e-Learning
Myths. The e-learning Developers Journal , June 16, 2- 7.
http://www.elearningguild.com/pdf/2/061603MAN.pdf

Eklund, J., Kay, M. dan Lynch, H. M. (2003). e-learning: emerging issues and key
trends, A discussion paper. Australian National Training Authority. ISBN
1877057363
http://knowledgetree.flexiblelearning.net.au/edition04/pdf/elearning250903final.pdf

86
Ertl, B., Winkler, K. dan Mandi, H. (2007). E-Learning: Trends and Future
Development, Advances in Computer-Supported Learning. USA: Information
Scienve Publishing.

Gan, S. L. (2000). IT & Education in Malaysia, Problem, Issues and Challenges.


Malaysia: Longman.

Gomez, S. (2002). Students with Attitude: Student attitudes to Learning with New
Technologies
http://www.uwe.ac.uk/library/nlsf/about/Stephen Gomez.pdf

Goodyear, P., Jones, C., Asensio, M., Hodgson, V. & Steeples, C. (2004).
Undergraduate Students Experiences of Networked Learning in UK Higher
Education: A Survey-based Study. Advances in Research on Networked Learning.
USA: Kluwer Academic Publishers.

Guilford, J. P. (1956). Fundamental Statistics in Psychology and Education.


McGraw-Hill.

Gunn, C. (2003). Dominant or Different? Gender Issues in Computer Supported Learning.


JALN. 7(1), February.
http://www.aln.org/publications/jaln/v7n1/pdf/v7n1_gunn.pdf

Hanafi Atan, Zuraidah A Rahman dan Rozhan M Idrus (2004). Characteristics of the
Web-Based Learning Environment in Distance Education: Students Perceptions
of Their Learning Needs. Educational Media International. 41 (2), Jun: 103-110.
http://www.tandf.co.uk/journals

Hanis Syazwani Kamaruddin, (2004). E-learning : A Study on the Interactivity Issues.


www.saeuk.com/downloads/research/Hanis_Kamarudin_research.pdf

87
Hartley, D. (2003). Selling E-learning to Your Organization. AMA Handbook of Elearning. USA: AMACOM American Management Association, 76-79.

Hasani Hassan (2004, Ogos 9). E-pembelajaran Atasi Kekurangan Pakar. Utusan
Malaysia.

Haywood, J., Macleod, H., Haywood, D., Mogey, N. dan Alexander, W (2004).
Student Views of E-Learning : A Survey of University of Edinburgh WebCT Users 2004
http://www.flp.ed.ac.uk/webct/surveyresults.pdf

Hazura Mohamed et al. (2005), Kesan Penggunaan E-pembelajaran, Konvensyen


Teknologi Pendidikan Ke-18. September 16-19. Hotel Grand Continental Kuala
Terengganu, Terengganu Darul Iman.

HELIOS, 2005. Is e-Learning Improving Access to Learning Opportunities?


http://www.educationobservatories.net/helios/reports/HELIOS%20thematic_report_Access-9-5.pdf

Holmes, B dan Gardner, J. (2007). E-Learning: Concepts and Practice. London:


SAGE Plications Ltd.

Hoskins, S. L. dan Hooff, J. C. (2005). Motivation and ability: which students use
online learning and what influence does it have on their achievement?. British
Journal of Educational Technology. Oxford: Blackwell Publishing, 36(2):177-192.

Jain, K. K dan Lee, B. N. (2003). Motivating Factors in E-learning : A Case Study of


UNITAR . Student Affairs Online. 4 (1), Winter 2003
http://www.studentaffairs.com/ejournal/Winter_2003/e-learning.htm

Jamalludin Harun (2006). Saya Tidak Berminat Menggunakan E-pembelajaran:


Tolong Jangan Paksa Saya. Buletin e-Pembelajaran@UTM, edisi 1, Disember
2006. Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (CTL), UTM Skudai, 14-15.

88
Janarthini Krishnan (2007). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Penggunaan Epembelajaran di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia (SPK, SPT
dan SPP) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda
Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik). Universiti Teknologi
Malaysia , Skudai.

Jun, J. (2005). Understanding E-dropout. International JI. On E-Learning. 4(2): 229240.

Johari bin Mat (2000). Technology in the Malaysia Education System, Malaysia
International Conference on Electronic Learning 2000 (e-learning 2000). 25-26 Mei
Kuala Lumpur: UTM, 1-10.

Keller, C.& Cernerud, L. (2002). Students' Perceptions of E-Learning in University


Education. Journal of Educational Media. 27
http://beat.doebe.li/bibliothek/t03555.html

Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research


Activities. Educational and Psychological Measurement. 30: 607-610.

Koskela, M., Kiltti, P., Vilpola, I. dan Tervonen, J. (2005). Suitability of a Virtual
Learning Environment for Higher Education. Electronic Journal of e-Learning,
3(1):21-30.
http://www.ejel.org/volume-3/v3-i1/v3-i1-art3-koskela.pdf

Ladyshewsky, R. K. (2004). E-learning compared with face to face: Differences in the


academic achievement of postgraduate business students. Australasian Journal of
Educational Technology. 20(3): 316-336.

Lewis, R. & Whitlock, Q. (2003). How to Plan and Manage an E-learning


Programme. England: Gower Publishing Limited.

89
Li, Y. dan Lindner, J. R. (2007). Faculty Adoption Behaviour About Web-based
Distance Education: A Case Study From China Agricultural University. British
Journal of Educational Technology. 38 (1): 83-94

Link, T. M. & Marz, R. (2006). Computer Literacy and Attitudes Towards E-learning
Among First Year Medical Students. BioMed Central Ltd.
http://www.biomedcentral.com/1472-6920/6/34

Melis, E & Ullrich, C (2004). Gender-Biased Adaptations in Educational Adaptive


Hypermedia. Third International Conference on Adaptive Hypermedia and
AdaptiveWeb-Based Systems; Eindhoven, Netherlands.
http://www.ags.uni-sb.de/~cullrich/publications/Melisetal-Gender-TR-2004.pdf

Mazlan Mohd Zain (2007). Permasalah yang Dihadapi oleh Pelajar Tahun Tiga
Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan Fakulti Pendidikan UTM dalam
Menimba Ilmu Melalui E-pembelajaran. Tesis Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan (Kemahiran Hidup). Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

McDonald, B (2002). E-Learning at Cranbrook: Up Close and Personal


http://www.scholarsearchassoc.com/articlesschools/MICRA/MICRA_040430.htm

Minges, M. dan Gray, V. (2002). Multimedia Malaysia :Internet Case Study. ITU
http://www.itu.int/ITU-D/ict/cs/malaysia/material/MYS CS.pdf.

Mohamed Noor Hassan, Rose Alinda Alias, Mohamad Bilal Ali dan Baharuddin Aris
(2000). Penyelidikan dan Pembangunan Elektronik (e-learning) di Universiti
Teknologi Malaysia. Pembelajaran Maya ke Arah Peningkatan kualiti Pengajaran
Pembelajarn di IPT. Konvensyen Pendidikan UTM 2000. 15 Nov. Dewan Sultan
Iskandar UTM.

90
Mohd Nihra Haruzuan Mohamad Said, Mohd Fadli Ali, Rosni Zamuddin Shah Sidek,
Norah Md Noor (2005). The Application of E-learning in Supporting Teaching
and Learning: An Overview. 3rd International Seminar on Learning and
Motivation, Enhancing Student Engagement . 10-12 September 2005, City
Bayview Hotel, Langkawi, Kedah, Malaysia.

Mohd Koharuddin Mohd Balwi, Adnan Mat Junoh, Mohd Fauzi Othman, Mohd
Azhar Abdul Hamid, Shahril Bakti dan Durrishah Idrus (2003). The Readiness of
Malaysian University Students to Use E-learning as a Learning Tool: A Case Study at
University of Technology Malaysia (UTM), Skudai, Johor. Advances in Technology
Based Education: Towards a Knowledge Based Society. Proceedings of the II
International Conference on Multimedia and Information & Communication
Technologies in Education. 3-6 Desember. Badajoz, Spain.
www.formatex.org/micte2003/micte2003.htm

Mohd. Najib Abdul Ghafar (2003). Reka bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan.
Johor Bahru:UMIDA INDUSTRIES Sdn. Bhd.

Mohd Yusri Yahya Ariff (2007). Kajian Penggunaan E-pembelajaran di Kalangan


Pelajar Tahun Akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (KH) di Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Tesis Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Universiti Teknologi Malaysia.

Munoz, K. D. dan Duzer, J. V. (2005). Blackboard vs. Moodle: A Comparison of


Satisfaction with Online Teaching and Learning Tools
http://www.humboldt.edu/~jdv1/moodle/all.htm

National Research Council (1999). Being Fluent with Information Technology. USA,
0-309-06399-X
http://books.nap.edu/html/being fluent

91
Ndubisi, N. O. (2004), Factors Influencing E-learning Adoption Intention: Examining
the Determinant Structure of the Decomposed Theory of Planned Behaviour
Constructs, HERDSA 2004 Conference Proceedings.
http://www.herdsa.org.au/conference2004/Contributions/RPapers/P057-jt.pdf

Orvis, K. A., Fisher, S. L. & Wasserman, M.E. (2003). Am I E-nabled for E-learning?
Individual Differences and E-learning Reactions. 18th Annual Conference of the
Society for Industrial and Prganizational Psychology, Orlando, Florida.
http://mason.gmu.edu/~korvis1/e-learning_SIOP2003.pdf

Palloff, R. M. dan Pratt, K. (2003). The Virtual Student: A Profile and Guide to
Working with Online Learners. San Francisco: Jossey-Bass.

Paris, P. G. (2004). E-Learning: A study on Secondary Students'Attitudes towards Online


Web Assisted Learning. International Education Journal. 5(1).
http://iej.cjb.net

PIVI TYNJL (1997). Developing Education Students Conceptions of the


Learning Process in Different Learning Environments. Learning and InstructionI.
England: Elsevier Science Ltd. 7(1): 277-292.

Pirani, J. A. (2004). Supporting E-learning in Higher Education. Educause Center for


Applied Research, July 2004
http://www.educause.edu/ir/library/pdf/ERS0303/ecm0303.pdf

Piskurich, G. M. (2003). Editors Introduction: What is E-learning, AMA Handbook of Elearning. USA: AMACOM American Management Association. 1-10.

Razmah Mahmod, Noornina Dahlan, T. Ramayah, Noorliza Karia, Muhammad Hasmi


Abu Hassan Asaari (2005). Attitudinal Belief on Adoption of E-MBA Progarm in
Malaysia, Turkish Online Journal of Distance Education-TOJDE. April 2005. ISSN
1302-6488, 6(2).

92
Research Institute of Bangkok University (2002), Model of e-Learning Adoption :
Case Study in Bangkok University Undergraduate Students,
http://research.bu.ac.th/extra/article017.html

Rozlan Abdul Hamid (2000). Teaching and Learning System in Malaysia Smart
School, Malaysia International Conference on Electronic Learning 2000, Kuala
Lumpur.

Selim, H. M. (2003). E-learning Critical Success Factors: an Exploratory Investigation of


Student Perceptions. The Fourth Annual U.A.E. University Research Conference.
http://sra.uaeu.ac.ae/Conference_4/pdfFolder/Papers%20Abstracts/Business_PDF/CB
A_6.pdf.

Selwyn, N (2003). Why Students Do (and Do Not ) Make Use of ICT in University,
Finding Common Ground: IT Education, Dearing and Democracy in the
Information Society Conference. 9th July. University of Leeds Department of
Computing.

Stevens, G. R., Gatling, S. D. dan Murdock, T. (2004). Designing Culturally


DynamicTM Learning Environments Using MOODLE Imlementations. E-Learn
2004 Conference, AACE Proceedings Charlottesville, VA.
http://www.executiveperformance.com/Publications/aace2004.pdf

Suanpang, P., Petocz, P., & Kalceff, W. (2004). Student Attitudes to Learning
Business Statistics: Comparison of Online and Traditional Methods. Educational
Technology & Society. 7 (3): 9-20.

Suhaimi Mohd Arraji (2004). Tahap Persediaan Pelajar terhadap Pembelajaran


Elektronik (E-learning) dalam Proses Pembelajaran : Satu Kajian di Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai, Tesis Sarjana Muda, Fakulti Pengurusan dan
Pembangunan Sumber Manusia, UTM.

93
Suraya Hamid (2005). A Framework for Strategic Future E-Learning Applications to
Support Sustainable Growth in the E-Learning Industry. Proceedings Book of the
3rd International Conference on Multimedia and Information and Communication
Technologies in Education, m-ICTE2005.
http://www.formatex.org/micte2005/261.pdf

Survey Research on e-Learning in Asian Countries :Fiscal Year 2002 (Overview)


http://www.asia-elearning.net/content/relatedInfo/report/elearning-trend-2002overview.pdf

Tan, P. H. (2006). Persepsi Pelajar Fakulti Pendidikan Terhadap E-learning di


Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai

Tandy, V. dan Cousin, G. (2005). Cutting Out Computer Anxiety (A Scissors-andcardboard Approach to Learning About Computer), Quality Issues in ICT-based
Higher Education. London: RoutledgeFalmer. 162-170

Vuorela, M & Nummenmaa, L (2004). How undergraduate students meet a new


learning environment?. Computers in Human Behavior. 20: 763-777.
www.elsevier.com/locate/comphumbeh

Wong, M.M. (2006). Kajian Mengenai Penggunaan E-learning UTM di Kalangan


Pelajar Tahun 5 Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan. Tesis
Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan. Universiti Teknologi
Malaysia , Skudai

Yusof Boon (2005). E-learning Mantapkan Pengajaran dan Pembelajaran. Buletin


Pendidikan, Edisi Januari. Falkuti Pendidikan UTM, 8.

94
Zailan Arabee Abdul Salam & Azmi Mansur (2006). MyGfL: A Lifelong Learning
Platform for Malaysian Society. The Electronic Journal of e-Learning. 4 (1): 7-14.
www.ejel.org

95
LAMPIRAN A : SOAL SELIDIK

Saudara saudari sekalian,


Saya sedang menjalankan satu kajian mengenai pengaruh kemahiran
teknologi maklumat, jenis kursus dan kekerapan penggunaan pada sikap terhadap epembelajaran di UTM. Bersama ini, disertakan satu borang soal selidik mengenai
perkara tersebut. Saya amat berharap saudara dapat melibatkan diri dengan mengisi
borang dengan lengkap. Proses ini tidak akan mengambil lebih daripada 20 minit
masa saudara.
Segala maklumat peribada adalah RAHSIA dan hanya akan digunakan untuk
kajian sahaja. Kesudian saudara melibatkan diri dalam kajian ini, saya dahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang benar,

96
BAHAGIAN A : DATA DEMOGRAFIK PELAJAR
Sila bulatkan huruf pilihan yang menepati latar belakang anda.
1.

Jantina
a.

2.

Lelaki

b.

Perempuan

Jenis aliran kursus yang diikuti


a.

Aliran Sains dan Komputer


Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)
Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)
Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)

b.

Aliran Sains dan Komputer


Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

c.

Aliran Sastera
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (TESL)
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

d.

Aliran Kejuruteraan
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kej. Awam)
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kej. Elektrik)
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kej. Mekanikal)
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kem. Hidup)

3.

Bilangan kali menggunakan e-pembelajaran UTM dalam seminggu


a.

kurang daripada 1 kali

b.

1 hingga 2 kali

c.

3 hingga 4 kali

d.

5 hingga 6 kali

e.

7 kali atau lebih

97
BAHAGIAN B : SOALAN KAJIAN

Soal Selidik
Kemahiran tentang Teknologi Maklumat.

Panduan :
a.

Tentukan tahap kemahiran anda tentang teknologi maklumat berpandukan


catatan di bawah.

b.

Bulatkan nombor pada tahap yang sesuai dengan diri anda.

c.

0 = Saya tiada pengalaman dalam kemahiran ini.


1 = Saya ada sedikit pengalaman dalam kemahiran ini dengan bantuan.
2 = Saya ada pengalaman dalam kemahiran ini dan dapat menguruskannya
kebanyakkan masa.
3 = Saya sangat berpengalaman dalam kemahiran ini dan dapat mengawal
perkakasan dan perisian.

Item

Perkara

1.

Memasang komputer dengan perkakasan seperti sistem


paparan (monitor), pencetak (printer), pengimbas grafik
(scanner), pembesar suara (speaker) dan lain-lain.

2.

Memasang perisian (install software) dan menanggalkan


perisian (uninstall software).

3.

Membina laman web.

4.

Mempunyai kemahiran memilih jenis perkataan (font),


menetapkan saiz perkataan (font size), membuat nombor muka
surat dan mengedit dokumen seperti menggunting (cut),
menampal (paste), menyalin (copy), penjajaran (alignment)
dan lain-lain.

5.

Menambah clipart ke dalam sesuatu dokomen.

6.

Menggunakan pakej grafik dalam pembentangan persembahan


elektronik.

7.

Menggunakan perisian persembahan seperti PowerPoint,


Authorware dan lain-lain untuk membuat persembahan atau
pembentangan.

Pilihan
0 1 2 3

0 1 2 3
0 1 2 3

0 1 2 3

0 1 2 3
0 1 2 3

0 1 2 3

98
8.

Memasang komputer dengan peralatan yang diperlukan


(seperti Modem, wayar yang menyambungkan Modem dengan
komputer) untuk kemudahan Internet.

9.

Mencari maklumat di World Wide Web dengan menggunakan


pelayar web seperti Netscape atau Internet Explorer.

0 1 2 3

10.

Mengorganisasikan engin pencarian seperti mendirikan


penanda buku (bookmark).

0 1 2 3

11.

Piawaikan penggunan e-mail seperti Hantar (send), Terima


0 1 2 3
(received), Penghantaran Hadapan (forword), Balas (reply) dan
Bahan Tambahan (attachment).

12.

Menggunakan ruangan seperti Chatroom untuk bertukar


fikiran dengan orang lain.

13.

Menyertai forum di Internet.

14.

Menggunakan pangkalan data (database) untuk mencari


maklumat seperti pangkalan data jurnal.

15.

Menggunakan kemudahan seperti Help untuk menyelesaikan


masalah dan Tutotrial untuk mendapat model atau idea
keseluruhan sesuatu sistem.

0 1 2 3

0 1 2 3
0 1 2 3
0 1 2 3

0 1 2 3

99
Soal Selidik
Sikap terhadap E-pembelajaran
Panduan :
a.

Tentukan tahap sikap anda terhadap e-Pembelajaran berpandukan catatan di


bawah.

b.

Definisi e-pembelajaran:
Pembelajaran melalui komputer yang dihubungkan ke rangkaian komputer
(Internet) atau Intranet. Dalam penyelidikan ini, e-pembelajaran terhad kepada
pembelajaran yang menggunakan SPP sumber terbuka (Learning
Manangement System Open Source) iaitu Moodle.
http://www.e-learning.utm.my

c.

Bulatkan nombor pada tahap yang sesuai dengan diri anda.

d.

1 = paling rendah
2 = rendah
3 = sederhana
4 = tinggi
5 = paling tinggi

Kegusaran terhadap e-pembelajaran


Item

Perkara

Pilihan

1.

Saya berani menggunakan e-pembelajaran.

2.

Saya berasa gelisah jika terpaksa menggunakan


e-pembelajaran.

1 2 3 4 5

3.

Saya berasa takut apabila terbayang hendak menyertai


e-pembelajaran.

1 2 3 4 5

4.

Perkara yang berkait dengan e-pembelajaran mengelirukan


saya.

1 2 3 4 5

5.

Saya tidak dapat memahami isi pelajaran dalam kursus


yang menggunakan e-pembelajaran.

1 2 3 4 5

6.

Mengikut kursus melalui e-pembelajaran tidak merisaukan


saya.

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

100
7.

Saya berasa selesa apabila melibatkan diri dalam


e-pembelajaran.

1 2 3 4 5

8.

Saya berasa gentar apabila rakan saya bercerita tentang


e-pembelajaran.

1 2 3 4 5

9.

Saya berasa gelisah apabila hendak menyertai


e-pembelajaran

1 2 3 4 5

10.

E-pembelajaran membuatkan saya berasa tidak selesa.

1 2 3 4 5

Keyakinan terhadap e-Pembelajaran


Item

Perkara

Pilihan

1.

Saya mahir menguasai kemudahan dalam e-pembelajaran.

2.

Saya yakin mengendalikan e-pembelajaran.

3.

Saya pasti saya boleh menguruskan e-pembelajaran.

4.

Saya yakin saya boleh buat dengan baik dalam


e-pembelajaran.

1 2 3 4 5

5.

Saya bukan seorang yang mahir menggunakan


e-pembelajaran.

1 2 3 4 5

6.

Melibatkan diri dalam e-pembelajaran tidak sukar bagi


saya.

1 2 3 4 5

7.

Saya mempunyai keyakinan diri apabila menyempurnakan


tugasan melalui e-pembelajaran.

1 2 3 4 5

8.

Saya berasa sukar melibatkan diri dalam e-pembelajaran.

1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

Kesukaan terhadap e-pembelajaran


Item

Perkara

1.

Saya suka belajar melalui e-pembelajaran.

2.

Belajar melalui e-pembelajaran membuang masa saya


sahaja.

3.

Belajar melalui e-pembelajaran memang menyeronokan.

Pilihan
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5

101
4.

Saya berasa benci terhadap e-pembelajaran.

1 2 3 4 5

5.

Jika saya ada masalah dalam pengendalian e-pembelajaran,


saya akan cuba sehingga dapat menyelesaikan masalah
tersebut.

6.

Saya tidak faham mengapakah sesetengah orang dapat


menghabiskan masa yang panjang untuk mengikuti
e-pembelajaran dengan seronoknya.

7.

Apabila mula menyertai e-pembelajaran, sukar bagi saya


untuk berhenti.

1 2 3 4 5

8.

Saya suka berbincang tentang e-pembelajaran dengan


sesiapa pun.

1 2 3 4 5

9.

Saya rela memilih persekitaran pembelajaran selain


e-pembelajaran.

1 2 3 4 5

10.

Saya akan menggalakkan orang persekitaran saya


menggunakan e-pembelajaran.

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

Persepsi terhadap faedah e-pembelajaran


Item

Perkara

Pilihan

1.

E-pembelajaran membantu saya menyempurnakan tugasan


saya dengan cepat.

1 2 3 4 5

2.

E-pembelajaran dapat memajukan persembahan tugasan


saya.

1 2 3 4 5

3.

E-pembelajaran dapat meningkatan produktiviti tugasan


saya.

1 2 3 4 5

4.

E-pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan saya dalam


penyiapan kerja kursus.

1 2 3 4 5

5.

E-pembelajaran dapat menyenangkan saya dalam


penyiapan kerja kursus.

1 2 3 4 5

6.

Saya dapati e-pembelajaran berfaedah dalam kursus saya.

1 2 3 4 5

102
7. Adakah kamu mengikuti e-pembelajaran UTM dengan seronok? Sila berikan
penjelasan terhadap jawapan anda.
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________

RIBUAN TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA DALAM


MENJAYAKAN PENYELIDIKAN INI

103
LAMPIRAN B: BORANG KESAHAN SOAL SELIDIK

You might also like