Kepentingan Memahami Budaya Kepada Guru

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kepentingan memahami budaya kepada guru

Malaysia menggunakan suatu kurikulum yang sama rata bagi semua pelajar.
Ianya menjadi satu cabaran besar bagi seseorang guru dalam menyampaikan
kurikulum ini kepada anak didik. Di dalam ruang lingkup bilik darjah, guru perlu
membuat sedikit analisis mengenai budaya murid-murid sebelum merancang
pengajaran. Sebagai seorang guru, beliau perlu tahu bahawa setiap pelajar mempunyai
budaya pelajar yang berbeza-beza.
Apabila seseorang guru menguasai kefahaman mengenai budaya sudah pasti
guru tersebut

lebih bersedia untuk berhadapan dengan pelajar daripada pelbagai

budaya. Aspirasi bermaksud cita-cita dan harapan seseorang dalam mencapai


kejayaaan sesuatu aspek kehidupan. Pencapaian akademik adalah satu aspek
persekolahan yang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan pelajar. Bagaimana
pencapaian akademik pelajar adalah berbeza-beza kerana dipengaruhi oleh pelbagai
faktor. Budaya pelajar adalah faktor yang sering disebut sebagai pengaruh utama
kepada perbezaan dalam pencapaian akademik yang pelbagai.
Pengetahuan mengenai budaya

pelajar banyak membantu guru dalam

menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada setiap


pelajar dan menarik kesungguhan serta usaha untuk mencipta pengalamanpengalaman pembelajaran yang pelbagai. Kepelbagaian pengajaran yang sesuai
dengan tahap serta gaya pembelajaran pelajar mempu memberi pulangan yang cukup
baik kepada semua pelajar tanpa mengira kepelbagaian yang wujud di dalam sesebuah
bilik darjah. Dengan kata lain, ia dapat meningkatkan metodologi pengajaran dan
amalan bagi pelajar-pelajar tertentu akan menghasilkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang lebih bermakna dan bukan hanya berorientasikan kepada
peperiksaan semata-mata.
Sebagai

seorang

pendidik

sudah

menjadi

tanggungjawab

guru

untuk

membimbing pelajar mencapai potensi diri dalam pencapaian akademik dan sosial.
Guru perlu mengkaji dan memahami sosiobudaya setiap pelajar untuk memudahkan

proses pengajaran dan pembelajaran supaya tidak ada murid yang berasa tersisih.
Kepelbagaian sosiobudaya yang wujud di dalam bilik darjah memerlukan guru
mengambil perhatian yang sesuai bagi membolehkan setiap pelajar mendapat peluang
yang adil untuk pembelajaran yang berkesan.
Guru yang memahami pembelajaran dan perbezaan budaya akan berusaha
bersungguh-sungguh dalam menangani cabaran yang wujud di dalam sesebuah bilik
darjah. Pelajar merupakan aset utama yang boleh dikategorikan sebagai pelanggan
bagi setiap guru dalam bilik darjah. Golongan ini akan sentiasa bersama dengan murid
setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam bilik darjah.
Perlakuan mereka perlu dibentuk melalui pendidikan dan asuhan yang terbaik dengan
memahami latar belakang dan identiti mereka tidak kira dari segi budaya, etnik, usia,
jantina, sosioekonomi, stail pembelajaran dan sebagainya. Yang pastinya dalam
sesebuah bilik darjah itu tidak akan lari daripada cabaran kepelbagaian pelajar yang
wujud di dalamnya. Apa yang penting adalah guru perlu memahami bahawa terdapat
perbezaan antara individu pelajar atau kumpulan pelajar dengan yang lain yang
mendesak guru untuk menggunakan kemahiran yang optimum dalam pengurusan bilik
darjah. Malah adalah penting bagi guru memahami tingkah laku dan budaya pelajar
terlebih dahulu supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul
dan tepat.
Sebagai

seorang

pendidik

sudah

menjadi

tanggungjawab

guru

untuk

membimbing pelajar mencapai potensi diri dalam pencapaian akademik dan sosial.
Guru perlu mengkaji dan memahami sosiobudaya setiap pelajar untuk memudahkan
proses pengajaran dan pembelajaran supaya tidak ada murid yang berasa tersisih.
Kepelbagaian sosiobudaya yang wujud di dalam bilik darjah memerlukan guru
mengambil perhatian yang sesuai bagi membolehkan setiap pelajar mendapat peluang
yang adil untuk pembelajaran yang berkesan.

You might also like