Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 26

SEMINAR & BENGKEL KEPIMPINAN PENYELIDIKAN:

(Melaksanakan, Menulis & Menerbitkan Kajian Tindakan)


18-20 JUN 2012, WISMA R&D, UNIVERSITI MALAYA

AMALAN REFLEKSI OLEH GURU


DALAM PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN
DI SEKOLAH
DR. MADZNIYAH MD. JAAFAR
Jabatan Penyelidikan & Inovasi Profesionalisme Keguruan
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim
08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
18 JUN 2012

Pengenalan
Kebelakangan ini sistem pendidikan negara sedang
menghadapi cabaran-cabaran baru akibat daripada
arus globalisasi.
Dalam proses pendidikan, peranan guru sebagai
pengamal dalam pengajaran dan pembelajaran
(p&p) di bilik darjah telah berubah.
Adalah sangat sukar untuk melihat bagaimana
pengajaran dapat dipertingkatkan atau bagaimana
kurikulum dapat dinilai tanpa penilaian kendiri
daripada guru (Stenhouse 1975).
Dr. Madzniyah Md.Jaafar

Kajian tindakan dilihat sebagai satu proses refleksi


kendiri secara sistematik ke atas amalan semasa
(Murray et al. 2005, Macintyre 2000).
Guru-guru perlu mempunyai kebolehan mereflek
secara sistematik tentang aktiviti-aktiviti pedagogi
mereka sendiri supaya dapat menambahbaik
amalan pengajaran mereka. Malah menurut
Macintyre (2000), tanpa refleksi guru tidak dapat
merubah amalan mereka secara disengajakan atau
dikawal.
Intipati kepada kajian tindakan dapat dilihat dalam
persoalan kendiri seseorang iaitu, Bagaimana saya
boleh memperbaiki apa yang saya sedang lakukan?.
Dr. Madzniyah Md.Jaafar

Refleksi Dalam Kajian Tindakan


Menurut Kemmis dan McTaggart (1988), kajian tindakan ialah
inkuiri yang berbentuk refleksi kendiri dan dilakukan secara
kolaboratif bagi menambahbaik atau memperbaiki amalan
mereka sendiri dengan melakukan perubahan dan
mempelajarinya akibat daripada perubahan tersebut.

Menurut beliau, kajian tindakan dilakukan melalui kitaran


refleksi kendiri (self-reflective spiral) iaitu suatu kitaran gelungan
yang terdiri daripada merancang, melaksana, menilai, mereflek
dan seterusnya merancang sekali lagi, melaksana, menilai dan
mereflek.
Dalam konteks ini, refleksi berlaku di sepanjang kajian tindakan
itu dilaksanakan iaitu bermula dari langkah pertama hingga ke
langkah akhir (Grundy & Kemmis 1981; Schon 1983).
Dr. Madzniyah Md.Jaafar

Amalan Refleksi Dalam Pengembangan


Kurikulum dan Pelaksanaan Pengajaran
FPK
Reflection in action
Reflection on action
(Altrichter et al. 1993)

Kurikulum

Pengajaran

Sebelum
(perancangan,
objektif, pengetahuan
sedia ada, ciri pelajar
dll)
Tidak sedar
(Kejahilan)

Semasa
(kandungan,
pedagogi, motivasi,
kawalan, strategi,
penilaian, interaksi
dll)
Refleksi
Dr. Madzniyah Md.Jaafar

Selepas
(nilai kesan
pembelajaran, masa,
kos, minat, interaksi
dll)
Sedar
(Kepekaan untuk
mengubah)
5

Tujuan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk meneroka dan meneliti amalan
refleksi guru yang melaksanakan kajian tindakan di sekolah.
Persoalan Kajian
Bagaimanakah amalan refleksi guru dalam melaksanakan
kajian tindakan di sekolah?

Metodologi
Kajian ini menggunakan kaedah kajian kes kualitatif pelbagai
kes pelbagai tempat atau multicase-multisite studies (Miles &
Huberman 1994; Merriam 1998).
Kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif bukan
sahaja membolehkan bertemu dengan peserta kajian, tetapi
juga dapat memastikan secara langsung apa yang berlaku
dan berinteraksi dengan mereka (Yin 1994).
Dr. Madzniyah Md.Jaafar

Pendekatan Kualitatif

Multicase-multisite:
5 orang guru
5 buah sekolah
2 buah negeri: Kedah
Darul Aman & Wilayah
Persekutuan

Temubual

Temubual
mendalam:
5 orang guru

Pemerhatian

Tidak turut serta:


5 orang guru
semasa p&p

Analisis dokumen

Prosedur Pengumpulan Data


Dr. Madzniyah Md.Jaafar

Cadangan kajian
Minit mesyuarat
Buku catatan/diari
Pelan tindakan
Alat kajian/ujian
Laporan kajian

Peserta Kajian
Pemilihan peserta kajian menerusi kaedah purposive
sampling dengan mengambilkira guru yang melaksanakan
kajian tindakan dan telah mengikuti kursus kajian tindakan
anjuran Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan (BPPDP), KPM dengan melibatkan lima orang guru
sekolah menengah di negeri Kedah dan WP Kuala Lumpur.
Prosedur Menganalisis Data
Data kualitatif yang diperolehi dianalisis meliputi mereduksi
atau penyaringan data, memaparkan data dan membuat
kesimpulan dan verifikasi (Miles dan Huberman 1994).

Perisian NVivo Edisi Ke-2 (QSR International Pty Ltd 2003)


digunakan bagi tujuan memudahkan pengurusan data bagi
menghasilkan nodes mengikut kategori.
Dr. Madzniyah Md.Jaafar

DAPATAN KAJIAN

Ringkasan Latarbelakang Peserta Kajian


Jantina
Lelaki
Perempuan
Umur (tahun)
Mata Pelajaran
Matematik
Fizik
Sejarah
Kelulusan Akademik
Sarjanamuda
Sarjana
Negeri
Wilayah Persekutuan
Kedah Darul Aman
Lokasi Sekolah
Bandar
Luar Bandar
Pengalaman Mengajar
Kursus Kajian Tindakan
Bil. Kajian Tindakan

Bil.
4
1

Guru1

40

3
1
1

Guru2

Guru3

33

40

Guru4

49

Guru5

37

2
3

3
2

4
1

8
2003
1

Dr. Madzniyah Md.Jaafar

12
2001
1

13
1995
7

22
1995
8

10
2002
3

I. Peringkat Refleksi
Adalah didapati guru-guru terlibat banyak melakukan refleksi
di peringkat permulaan berbanding di peringkat pertengahan
dan peringkat akhir semasa melaksanakan kajian tindakan
masing-masing.
40

35

35

Kekerapan

30
25

21

20

Series1

15

10

10
5
0
Permulaan

Pertengahan

Akhir

Peringkat

Rajah 1.1 Kekerapan Peringkat Refleksi Yang Dilakukan Oleh Guru-Guru


Terlibat Semasa Melaksanakan Kajian Tindakan
Dr. Madzniyah Md.Jaafar

1) Refleksi Peringkat Permulaan


Refleksi peringkat permulaan atau peringkat memulakan
kajian tindakan adalah lebih kepada untuk membuat tinjauan
atau analisis sesuatu situasi, menentukan isu dan bidang
keprihatinan, menentukan fokus penyiasatan atau
menganalisis kefahaman secara sendiri atau dengan orang
lain.
Document 4 of 14 Guru4
Passage 3 of 5 Section 0, Para 88, 342 chars.
88: Pertama sekali kelas ni kelas harapan sekolah ni lah sebab kelas ni
dijangka mendapat pelajar-pelajar yang baik. Tingkatan 4 di sini ada 9
kelas dan ini the first class tetapi kalau mereka ini bermasalah dengan Fizik
kita tau masa depan dalam dunia pendidikan sekarang ni kalau Fizik
mereka gone gone case lah matrikulasi tak dapat apa tak da.

Antara isu yang disentuh oleh guru-guru terlibat semasa


melakukan refleksi di peringkat permulaan ialah memikirkan
tentang isu berkaitan kebolehan dan keadaan pelajar-pelajar
mereka. Misalnya Guru5 yang mengajar Matematik di kelas
yang lemah dan tidak berminat pada mata pelajaran tersebut.
Document 5 of 14 Guru5
Passage 3 of 6 Section 0, Para 117, 403 chars.
117: Lebih kurang sama. 5B ni ialah kelas yang mengambil mata
pelajaran vokasional. Dia orang ambik 2 subjek vokasional yang dioffer.
Satu rekaan fesyen dan yang satu lagi catering. Then pelajar-pelajar ni
boleh dikatakan pelajar yang tak layak masuk kelas sains, tak layak
masuk kelas akaun, tak layak masuk kelas perdagangan la macam tu
lah. So kita masukkan dia ke bidang kemahiran-kemahiran tertentu lah.

Dr. Madzniyah Md.Jaafar

Guru-guru terlibat juga semasa melakukan refleksi peringkat


permulaan lebih menumpukan pemikiran kepada cara-cara
mencapai matlamat p&p. Misalnya Guru3 yang telah
melaksanakan kajian tindakan sebelum ini menggunakan satu
program Matematik yang dikenali sebagai PROMAT 20/20,
terpaksa mengubahsuai programnya akibat berlaku
pertukaran format peperiksaan oleh pihak Lembaga
Peperiksaan Malaysia. Guru3 juga menambah bahawa bagi
mencapai matlamat p&p, dia turut menekankan pendekatan
p&p yang diperkenalkan menerusi kursus sains dan
Matematik peringkat negeri yang dihadirinya.

Document 3 of 14 Guru3
Passage 7 of 20 Section 1.1, Para 168, 474 chars.

168: Tahun lepas kita masih menggunakan PROMAT 20/20 masa mereka di
tingkatan 4. So apabila surat arahan datang pada bulan Jun tentang pertukaran
format peperiksaan, jadi dah tersilap la sebab program ini sepatutnya untuk dua
tahun. Jadi untuk kajian tahun ini saya hanya focus pada tingkatan 5 bermakna
sambil itu saya akan mengubahsuai PROMAT 20/20 untuk dilaksanakan untuk
tingkatan 5 sahaja tapi tingkatan 4 tak terlibat tapi modul tu akan menyediakan
untuk tingkatan 4 juga.
Dr. Madzniyah Md.Jaafar

2) Refleksi Peringkat Pertengahan


Guru-guru terlibat juga didapati melakukan refleksi di
peringkat pertengahan atau semasa melaksanakan tindakan.
Ini menyebabkan guru terlibat memperbaiki atau mengubah
sesuatu tindakan atau pemikiran terutama apabila
berhadapan dengan sesuatu situasi atau masalah ataupun
kekangan yang tidak dijangkakan.
Misalnya Guru3, dia menggunakan strategi yang berbeza bagi
pelajar-pelajarnya yang pelbagai pencapaiannya semasa
melaksanakan tindakan. Dia menekankan tajuk-tajuk lukisan
daripada perkiraan pada pelajar-pelajar lemah dan mengwujudkan
kumpulan elit bagi pelajar-pelajar cerdas. Semasa melaksanakan
tindakan, dia menumpukan pemikiran ke arah pencapaian pelajarpelajarnya melalui strategi yang telah diatur. Walau bagaimanapun,
dia mendapati borang Penilaian Kendalian Sekolah Menengah
(PKSM) yang pada mulanya dianggap sebagai borang penilaian
mempunyai kegunaannya dari segi menentukan kemahirankemahiran utama dan kecil yang perlu dikuasai oleh pelajar-pelajar
bagi menjawab soalan-soalan penting.
Dr. Madzniyah Md.Jaafar

Misalnya Guru2 telah mengubah pemikiran atau anggapan


terhadap pelajar-pelajarnya yang dianggap lemah dalam
segala aspek. Melalui pemerhatian terhadap pelajarpelajarnya di bilik komputer, dia mendapati tanggapannya
selama ini terhadap mereka adalah salah.

Document 2 of 14 Guru2
Passage 1 of 2
Section 1.1, Para 498, 734 chars.

498: Sebenarnya budak saya ni tahap lemah tapi rupa-rupanya makna andaian
saya la silap. Dulu saya ingat dia orang ni lemah Matematik maknanya dungu
semuanya. Rupa-rupanya komputer dia orang ni terror. Dia punyamaknanya
cekaplah dari segi penyambungan sistem, pendawaian apa semua dia boleh buat
pemasangan apa jenis budak-budak yang saya perhati yang dalam kelas tak
pernah buat latihan yang malas bodoh tapi saya tengok dengan komputer dia
cerdik, cerdik IT la kira. And then dia ..kat situ bila saya bawa luar daripada bilik
darjah bawa ke kelas komputer dalam persekitaran baru dalam bentuk macam ada
ada bahan bantu mengajar seperti komputer kan dia orang nampak beri
penumpuan la sebab dia orang benda yang baru kan seronok la dia.
Dr. Madzniyah Md.Jaafar

3) Refleksi Peringkat Akhir


Manakala bagi refleksi di peringkat akhir atau pasca
tindakan lebih kepada menilai kembali kefahaman
dan tanggapan, menentukan rumusan yang boleh
dibuat dan menentukan tindakan selanjutnya.
Guru3 misalnya melalui refleksi di peringkat akhir telah
membuat rumusan pada kajian tindakan yang telah
dilaksanakannya. Dia beranggapan program Matematik atau
PROMAT 20/10 yang telah dijalankannya itu telah
memudahkan pembelajaran pelajar-pelajar dan ini telah
meningkatkan keyakinan pelajar-pelajar dalam menjawab
soalan Matematik Moden SPM.
Dr. Madzniyah Md.Jaafar

Manakala bagi Guru5, kegagalan mencapai objektif bagi kajian


tindakan pertamanya yang menggunakan kalkulator grafik
telah menyebabkan dia mengubahsuai arahan pada lembaran
kerja bagi melaksanakan kajian tindakan selanjutnya.
Document 3 of 14 Guru5
Passage 1 of 4 Section 0, Para 105, 317 chars.
105: Pertama kali tu belum ada pengalaman lagi buat kajian
tindakan tahun 2002. Pendedahan tu ada la cuma kita belum
pernah buat satu kajian tindakan. And then aa.saya dapati gagal
macam tak ada peningkatan terhadap prestasi pelajar. Kemudian
tahun berikutnya saya berpeluang mengajar kelas itu lagi saya
ambik sample yang sama pelajar yang sama yang naik tingkatan 5B
pula, saya guna kalkulator grafik yang sama tapi saya ubahsuai
arahan tu.
Dr. Madzniyah Md.Jaafar

II. Tahap Refleksi


Bagi menganalisis tahap refleksi kelima-lima guru
yang terlibat, pengkaji menggunakan Tahap
Pemikiran Reflektif Van Manen yang telah digunakan
oleh Boon (2002) dalam kajiannya.
Peserta/
Tahap

Guru1

Guru2

Guru3

Guru4

Guru5

Jumlah

Teknikal

18

19.35

Praktikal

9.68

Kritikal

11

30

11

12

66

70.97

12

37

15

25

93

100.00

Jumlah:

Dr. Madzniyah Md.Jaafar

Ini menunjukkan semua peserta kajian mempunyai


tahap pemikiran kritikal lebih tinggi berbanding
dengan tahap teknikal dan praktikal.

Ini bermakna guru-guru lebih memikirkan tentang


isu-isu yang berkaitan dengan masalah pendidikan,
kaedah pengajaran, sikap sebagai guru dan
pandangan tentang kebolehan dan keadaan pelajar
serta menggabungkan isu-isu sosial, etika dan
tindakan profesional sepertimana yang disarankan
oleh Van Manen (1977) dalam Boon (2002).
Dr. Madzniyah Md.Jaafar

Didapati tahap pemikiran kritikal adalah paling


menonjol berbanding dengan tahap pemikiran
praktikal dan tahap pemikiran teknikal bagi kelimalima guru terlibat.
Ini menunjukkan Guru3 mempunyai tahap pemikiran
kritikal paling tinggi, manakala Guru1 mempunyai
tahap pemikiran kritikal paling rendah antara
kesemua guru terlibat yang lain.
Guru5 mempunyai tahap pemikiran praktikal dan
teknikal paling tinggi berbanding dengan guru-guru
lain.
Dr. Madzniyah Md.Jaafar

PERBINCANGAN RUMUSAN DAN CADANGAN


Ini menggambarkan mereka menunjukkan suatu pendekatan
yang lebih terbuka terhadap pengalaman-pengalaman
mereka. Mereka lebih proaktif dan berkeupayaan
menggabungkan isu-isu sosial, etika dan tindakan profesional
(Van Manen 2006, 1977).
Mereka juga berupaya untuk mempengaruhi atau mengawal
aspek-aspek seperti kurikulum, persekitaran dan organisasi
atau institusi (Wong et al 2000).
Guru1 yang mempunyai pemikiran refleksi tahap kritikal,
praktikal dan teknikal paling rendah berbanding peserta kajian
yang lain, lebih komited terhadap pencapaian matlamat iaitu
menyiapkan persediaan mengajar dan bahan pengajaran
daripada memikirkan tentang isu-isu sosial, masalah akhlak,
etika dan tindakan profesional (Van Manen 2006, 1977).
Dr. Madzniyah Md.Jaafar

Dapatan ini menunjukkan guru-guru tidak begitu reflektif dan


refleksi yang dilakukan tidak berstruktur dan lebih
berdasarkan pada pengalaman tanpa mempunyai catatan
secara sistematik melalui penulisan jurnal atau diari.
Kajian ini juga menunjukkan guru-guru kurang membuat
refleksi kendiri dan keadaan ini yang kemungkinan
menyebabkan guru selalu menyalahkan pelajar-pelajar
daripada menilai kelemahan diri mereka sendiri.
Masalah amalan mencatat berlaku kerana dalam budaya
masyarakat Malaysia, amalan mendokumentasi atau sifat suka
mencatat apa yang berlaku dan apa yang diperhatikan adalah
sangat kurang sehinggakan sifat menulis ini menjadi begitu
sukar untuk dilakukan.
Dr. Madzniyah Md.Jaafar

Juga terdapat guru yang masih kabur dan kurang jelas tentang
tujuan sebenar penulisan jurnal refleksi. Di samping itu, tidak
mempunyai masa yang mencukupi dan beban tugas
menyukarkan guru untuk menumpukan pada usaha-usaha
inovasi, duduk berbincang dengan rakan sejawat dan
membuat refleksi.
Dalam melaksanakan kajian tindakan, guru-guru perlu
sokongan dari rakan sejawat, rakan penyelidik dan pihak
pentadbir sekolah dalam menentukan kejayaan kajian
tindakan yang dilaksanakan.

Dr. Madzniyah Md.Jaafar

Rujukan:
Altrichter, H., Posch, P. & Somekh, B. 1993. Teachers investigate their work: an
introduction to the methods of action research. London: Routledge.
Boon Pong Ying. 2002. Pelaksanaan kerja kursus berportfolio dalam kursus diploma
perguruan Malaysia. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Kemmis, S. & McTaggart, R. (pnyt.). 1988. The action research planner. Ed. ke-3.
Victoria: Deakin University.
Grundy, S. & Kemmis, S. 1981. Educational action research in Australia: the state of the
art (overview). Dlm. Kemmis, S. & McTaggart, R. (pnyt). The action research reader,
hlm. 321-336. Ed. ke-3. Victoria: Deakin University.
Macintyre, C. 2000. The art of action research in the classroom. London: David Dulton
Publishers.
Madzniyah Md. Jaafar. 2004. Temubual mendalam: pelaksanaan kajian tindakan oleh
guru di sekolah. Kertas kerja 1st National Seminar on Qualitative Research.
Universiti Malaya. 2 Disember.
Madzniyah Md. Jaafar. 2002. Action research in Malaysia. Kertas kerja 26th Annual
Conference of the Collaborative Action Research Network (CARN). Londonderry,
Northern Ireland. 8-10 November.

Madzniyah Md. Jaafar. 1998. Program for Innovation, Excellence and Research (PIER):
reflections on three years spent as a co-ordinator of Sub-Program 4. Tesis Sarjana.
Monash University, Australia.
Madzniyah Md. Jaafar, Muhammad Hussin, Choo Suet Lan, Mohd. Zubir Embong,
Aminuddin Mohd. Sani, Zakiah Idris & Kim Phaik Lah (pngr.). 1995. Modul kajian
tindakan. Kuala Lumpur: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
McNiff, J. 1992. Action research: principles and practice. London: Routledge.
Miles, M.B. & Huberman, A.M. 1994. Qualitative data analysis. Ed. ke-2. Thousand
Oaks, California: Sage Publications.
Murray, M., Kujundzic, N., (2005). Critical Reflection: A Textbook for Critical Thinking.
Qubec, Canada: McGill-Queen's University Press.
Stenhouse, L. 1975. Introduction to curriculum research and development. London:
Heinemens.
Van Manen, M. 2006. Writing Qualitatively , or the demands of writing Keynote
Address: Third Nordic Interdisciplinary Conference on Qualitative Methods.
Van Manen, M. 1977. Linking ways of knowing with ways of being practical. Curriculum
inquiry 6(3): 205-228.
Yin, R.K. 1994. Case study research: design and methods. Ed. ke-2. Thousand Oaks,
California: Sage Publications.

Sekian,
Terima Kasih.
Dr. Madzniyah Md.Jaafar
madzniyah@moe.gov.my
madzniyah@yahoo.co.uk
Jabatan R&I, IPG Kampus Sultan Abdul Halim
08000 Sungai Petani, Kedah.
013-3946074

You might also like