Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 70

KESEDARAN

KEPELBAGAIAN
SOSIO-BUDAYA
DISEDIAKAN OLEH,
TE SU RONG
WONG MEI SIN
WONG TECK HING

Pengenalan

Pengenalan
- Masyarakat yang terdiri daripada
pelbagai kaum akan mewujudkan
corak sosio budaya yang berbeza.
-Pada tahun 2008, Malaysia telah
mempunyai lebih daripada 28 juta
penduduk.
- Rakyat Malaysia terdiri daripada
200 kumpulan etnik.

Bangsa

Bangsa
konsep bangsa
- Menurut John Stuart Mill, bangsa ialah
rumpun manusia yang terikat oleh rasa
taksub bersama dan rela bekerjasama
sesama mereka, berbanding dengan
rumpun bangsa yang lain.
- Menurut Kamus Dewan (1999), bangsa ialah
sekumpulan orang yang mempunyai ciri-ciri
kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama.

Orang Melayu
- Pada tahun 1972, UNESCO
mengakrifkan istilah Melayu
sebagai suku bangsa Melayu di
semenanjung Malaysia, Thailand,
Indonesia, Filipina dan Madagascar.
- Menurut Perlembagaan Malaysia,
istilah Melayu hanya merujuk
kepada seseorang yang
berketurunan Melayu dan menganut
agama Islam.

Orang Cina Malaysia


- Orang Cina yang menjadi
warganegara di Malaysia.
- Kebanyakan ialah keturunan
pendatang dari China sekitar abad
ke-15 hingga 20.

Orang India Malaysia


- Berketurunan dari India semasa
pemerintahan British di Tanah Melayu.

Ras
-boleh disebutkan sebagai kelompok

sosial yang mempunyai tanda


pengenalan kolektif berpandukan
kepada ciri-ciri fizikal seperti warna
kulit, warna mata dan warna
rambut.
- ialah satu kelompok manusia yang
menganggap diri atau dianggap
oleh kelompok lain sebagai berbeza
daripada kelompok mereka .

Integrasi Budaya
Asimilasi
- Definisinya ialah proses penyerapan
budaya.
- Budaya migran dan minoriti yang diserap
oleh kebudayaan domain tanpa membawa
perubahan kebudayaan yang
menyerapnya.
- Menurut Mardiana Nordin dan Hasnah
Hussin (2003), proses asimilasi ialah :

Budaya A + B + C = A.
Budaya A tetap kekal dan diterima

Amalgamasi
- Ialah proses pencantuman dari
segi biologi.
- Berlaku melalui perkahwinan campur.
- Perkahwinan ini akan melahirkan
satu kelompok yang baru dan
membentuk budaya yang baru.
- Menurut Jayum A. Jawan (1997),
proses ini ialah :
A+B+C=D
contohnya : Baba Nyonya

Pluralisme
- Ialah proses mempertahankan
kepelbagaian budaya.
- Setiap etnik mempunyai tanggungjawab
terhadap warisan kelompok.
- Menurut Jayum A. Jawan (1997)
menyatakan :
A+B+C=A+B+C
Setiap kelompok berpegang kepada
kebudayaan masing-masing walaupun
berlaku perbezaan antara kebudayaan
yang diamalkan.

Akomodasi
- Setiap etnik tetap mempertahankan
budaya mereka tetapi hidup dengan
harmoni dan saling menghormati
antara satu sama lain.
Akultrasi
- Proses masyarakat meminjam atau menerima
unsur-unsur budaya golongan majoriti tanpa
mengubah unsur-unsur budaya asal.
- Proses ini dikatakan sebagai asimilasi budaya.

Struktur
Masyarakat /
kelas sosial

Struktur Masyarakat / kelas sosial


Konsep masyarakat
- Menurut Kamus Dewan (2005) , masyarakat
ialah kumpulan manusia yang hidup bersama
di sesuatu tempat dengan aturan dan cara
tertentu.
- Menurut Roucek dan Warren (1979),
masyarkat ialah satu kumpulan manusia
yang berhubung secara tetap dan tersusun
dalam menjalankan aktiviti secara kolektif
dan merasakan bahawa mereka hidup
bersama.

Konsep Masyarakat Majmuk


- Menurut I.S. Furnivall, masyarakat
majmuk terdiri daripada pelbagai
kaum yang mempunyai agama,
budaya, bahasa dan adat resam
yang tersendiri.
- Dalam konteks negara kita,
masyarakat merujuk kepada
sekumpulan manusia yang
mempunyai pelbagai kaum iaitu
Melayu, Cina, India dan sebagainya
serta mempunyai kepelbagaian

Ciri-ciri utama masyarakat ialah :


- Hidup berkelompok
- Mempunyai budaya
- Sering mengalami perubahan
- Saling berinteraksi sama ada dalaman
dan dengan pihak luar
- Mempunyai kepimpinan
- Mempunyai struktur sosial (susunan
lapis, kelas, status dan kasta)

Susun lapis masyarakat


- Susun lapis masyarakat di negara
kita adalah seperti berikut :
a) Sultan
: kelas
bierraki tertinggi
b) Kelas bangsawan
: terdiri
daripada kaum
keluarga
diraja
c) Kelas pembesar
: pembesar
negeri/

Pegangan nilai masyarakat


Etnosentrik
- Menilai kebudayaan lain berpandu
kepada standard dan nilai kebudayaan
sendiri.
- Menganggap kebudayaan lain
mempunyai nilai yang lebih rendah.
- Etnosentrisme adalah keengganan
sesuatu kelompok bagi menghargai
pandangan kelompok daripada
kebudayaan masyarakat yang lain.

Xenosentrisme
- Kumpulan ini menganggap bahawa
budaya masyarakat lain lebih
baik daripada masyarakat
mereka sendiri.
- Contohnya :
Golongan muda masa kini
menganggap barat lebih baik dan
modern berbanding dengan
kebudayaan tempatan.

Rasisme
- Pandangan negatif oleh sesuatu
kumpulan sosial terhadap kumpulan
lain berdasarkan perbezaan ras
dilakukan secara terbuka melalui
tindakan.
- Menekankan bahawa suku kaum sendiri
sahaja yang paling hebat.
- Rasisme wujud pada dua tahap iaitu :
Tahap individu kepercayaan dan
sikap individu
Tahap institusi melibatkan dasar dan

Prejudis
- Ialah pandangan negatif oleh
seorang atau kumpulan etnik
tertentu terhadap kumpulan etnik
lain yang tersemat dalam hati dan
tidak diluahkan secara terbuka.
- Sikap ini disalurkan dari satu
generasi ke generasi yang lain.

Kepercayaan

Apa itu Kepercayaan?


Akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara.
Keyakinan atau akuan mengenai kebenaran
berlakunya sesuatu. (Kamus Dewan 1994)
Suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap
berkedudukan-memihak (propositional attitude).
(dalam konteks psikologi)
Sebahagian daripada batu asas pembangunan
moral. (dalam konteks agama)
Sesuatu yang dipercayai dan diterima secara
turun-temurun.

Masyarakat Melayu
Kepercayaan terhadap pawang
dalam apa jua jenis situasi seperti
waktu-waktu kecemasan dan
sebagainya.
Mentera yang juga dikenali sebagai
jampi, serapah atau seru merupakan
sejenis pengucapan yang berentak
puisi yang mengandungi unsur sihir
dan bertujuan bagi
mempengaruhi /mengawal sesuatu

Melarang anak duduk di atas bantal


kerana dipercayai boleh mendapat
bisul.
Dilarang menjahit pada waktu senja.
Tidak boleh bersiul atau bernyanyi di
dapur.

Masyarakat Cina
Fenomena alam diklasifikasikan kepada kepada
yang dan yin.
Yang merupakan prinsip dasar untuk laki-laki,
matahari, arah selatan, panasnya cahaya (siang)
dan segala yang yang termasuk keaktifan.
Yin adalah suatu prinsip seperti wanita, bulan,
arah utara, dingin, gelap (malam) dan segala
yang bersifat pasif.
Percaya bahawa jed dapat memberi kekayaan
dan keharmonian.
Feng shui memberi tuah dalam kehidupan.

Masyarakat India
Dikaitakan dengan dewa-dewi, unsur
alam, unsur jahat seperti hantu, roh
dan penunggu serta kesan-kesan
negatif.
Sesiapa yang melanggar
kepercayaan biasanya dikatakan
akan menerima nasib buruk.

Animisme
Merupakan asas kepercayaan agama yang
mula-mula muncul dalam kalangan manusia
primitif purba kala.
Mempercayai bahawa setiap benda di bumi ini
mempunyai semangat yang mesti dihormati
agar manusia tidak diganggu, malah dibantu
dalam kehidupan seharian mereka.
Semangat ini dikenali dengan pelbagai nama,
antaranya jin, mambang, roh, datuk, tuan dan
penunggu.

Nilai dan kepercayaan saling


berkaitan.
Kepercayaan memberi halatuju
manusia tentang kehidupan.
Nilai merupakan prinsip-prinsip yang
menentukan apakah yang sesuai dan
bermoral dalam sesebuah
masyarakat.

Bahasa

Apa Itu Bahasa?


Satu sistem komunikasi yang
menggunakan bunyi/simbol dengan
pengertian yang tidak harus digunakan
dengan sewenang-wenang, tetapi
mempunyai struktur.
Alat menyalurkan idea.
Satu set simbol-simbol & aturcaraaturcara yang disusun bersama dengan
kaedah yang bermakna ditambah dengan
sistem komunikasi yang kompleks.

Taksiran Bahasa menurut Tokoh


Nabalan: bahasa ialah sistem oerisyaratan (semiotik)
yang terdiri daripada unsur isyarat dan hubungan
antara unsur-unsur itu. Dengan kata lain, bahasa
terbuka untuk penafsiran = fonologi + morfologi +
sintaksis.
Chomsky: bahasa adalah kebolehan inat (semula jadi)
penutur asli untuk membentuk ayat yang gramatis
sebagai ujaran sebenar pada waktu tertentu.
De Saussure: bahasa adalah pola-pola umum dalam
pertuturan sesuatu komuniti bahasa.
Edward Sapir: bahasa adalah sistem manusiawi yang
instingtif (yakni arbitrari) untuk menyampaikan
perasaan dan fikiran melalui alat sistem simbol yang
dikeluarkan secara voluntari.

Sebab Perubahan Bahasa


Berlaku kerana perlukan penyesuaian
yang berlaku dalam oraganisasi
sosial dan pola-pola peranan sosial
dalam sesuatu masyarakat.

Sebab-sebab Lain
Pertembungan
masyarakat &
budaya

Perubahan
populasi

Penghijrahan

Penjajahan

Kelas sosial

Perdagangan

Peperangan

Pendidikan

Agama

Proses Perubahan Bahasa


Perubahan bunyi
[pinam] (kuno) kepada [pinang]

Perubahan fonem
[vuat] (kuno) kepada [buat]

Perubahan morfem
[nivunuh] kepada [dibunuh]

Penggantian kata
[warsa] (kuno) kepada [tahun]
[siasah] (kuno) kepada [politk]

Asimilasi
[organisasi] daripada [organization]

Haplologi
[bag itu] (asal) kepada [begitu] (baru)

Penggemblengan
[kugiran] daripada [kumpulan gitar rancak]

Lewah pembetulan
[tuladan] (kata asal) kepada [teladan]

Hanyutan fonetik
[dua halapan] kepada [delapan] kepada [lapan]

Perubahan makna
[khalwat] (asal Arab): menyendiri untuk beribadat
kepada berdua-duaan berbuat maksiat

Penyempitan makna
[tuan] (dulu) untuk perempuan dan lelaki seperti Tuan
Ali, Tuan Puteri kepada kini untuk lelaki sahaja dan lainlain.

Perubahan makna kerana daerah


Kelmarin dan lain-lain

Kata slanga
[tuang] untuk [ponteng]

Fungsi Bahasa
Fungsi
komunik
atif

Fungsi
apelati
f

Fungsi
kogniti
f
Fungsi
ekspre
sif

Orang Melayu bertutur menggunakan dalam


Bahasa Melayu tetapi dialek antara negerinegeri yang terdapat di Malaysia yang
membezakannya.
Orang India bertutur dalam Bahasa Tamil yang
diambil dari begara Tamil Nadu.
Kebanyakan orang Cina dikenalpasti melalui
kempulan penutur mereka.
Pulau Pinang & MelakaHokkien
Kuala Lumpur, Sremban & Ipoh Kantonis & Hakka
Malaysia Timur Hakka & Mandarin
*SibuFoochow
*Sandakan Kantonis

Cara untuk Meningkatkan Prestasi


dalam Aspek Penggunaan Bahasa
Aktiviti pertandingan, perbahasan,
syarahan & pidato dianjurkan.
Sekolah Wawasan yang
menempatkan tiga aliran sekolah
yang berbeza di dalam sebuah
kawasan ditubuhan.

Adat Resam

ADAT RESAM
Sesuatu cara yang ditentukan utk
melakukan sesuatu yang telah diakui
oleh masyarakat.
Merupakan amalan piawai.
Kelaziman yang diharapkan daripada
anggota masyarakat.
Diwarisi sejak turun temurun.
Setiap kaum mempunyai adat yang
berbeza.

ADA
T
RES

Adat
Kelahiran
Melenggang Perut
Wanita yang telah genap tujuh bulan
hamil
Bertujuan meletakkan kedudukan
bayi di dalam perut di tempat yang
sepatutunya.
Bahagian kepala di pintu rahim.
Penting bagi memudahkan ibu

Sewaktu Mengandung
Peralatan untuk upacara melenggang perut :
Tujuh helai kain dengan tujuh warna
berlainan
Segantang beras
Sebiji kelapa
Beberapa urat benang mentah
Damar
Minyak kelapa atau minyak urut
Lilin
Tepak sirih yang lengkap isinya
Pengeras sebanyak RM1.25

Sewaktu Bersalin
Potong Tali Pusat
Sejurus selepas bayi lahir, bidan akan
menyambutnya lalu disemburkan dengan
daun sirih. Selepas bayi dibersihkan, tali
pusatnya akan dipotong .

Selepas Lahir
Tanggal Pusat/Cuci Lantai
Memberi Nama
Cukur Rambut/ Potong Jambul
Naik Buai
JejakTanah/TurunTanah
Bersunat / Berkhatan

Bercukur Jambul
Mencukul jambul yang baru
dilahirkan.
Dijalankan setelah ibu tamat tempoh
berpantang.
Bayi juga diberikan nama pada masa
yang sama.

Adat Perkahwinan
Merisik
Meminang
Bertunang
Akad Nikah
Adat Berinai
Majlis Perkahwinan

BERSUNAT
Dilakukan kepada individu lelaki dan
perempuan
Cukup umur
Persediaan menempuh alam remaja
dan dewasa

Adat Kematian
Semasa kematian
Apabila berlaku kematian, keluarga si mati
memberitahu kepada tok imam.
Mayat tersebut akan diletakkan di ruang
tengah rumah.
Sebelum dikebumikan, mayat akan
dimandikan.
Jenazah seterusnya dikapankan.
Jenazah disembahyangkan.

emasa Pengebumia
Selepas itu jenazah akan dimasukkan ke dalam
keranda dan sebelum diusung ke tanah perkuburan,
pihak si mati akan memberitahu sekiranya si mati
berhutang maka boleh tuntut drpd warisnya.
Sebelum ditimbus, mayat akan diiringkan/disengetkan
serta ikatan di kepala dibuka.
Kepala mayat akan disendal dengan tanah, dan
sekeping papan akan menutup mayat tersebut dan
tanah ditimbus. Seterusnya upacara membaca talkin
akan dijalankan oleh tok imam.
Selepas talkin dan doa selesai dibaca, air akan disiram
di atas kubur. Kemudian bunga rampai pula ditabur .

Selepas Kematian
Kenduri arwah dan doa selamat akan
diadakan oleh keluarga si mati
selepas jenazah
Ada juga yang melakukan adat turun
batu selepas seratus hari seseorang
itu meninggal dunia.

Adat
Resam
Cina

Perkara paling penting :


1. Kelahiran

( Adat semasa mengandung dan


adat kelahiran )

2. Perkahwinan

( Adat persediaan
perkahwinan dan selepas
perkahwinan )

3. Kematian

( Adat pengebumi dan


adat upacara pengebumi )

Orang Cina berharap mendapatkan seorang anak


lelaki dulu dan seorang anak perempuan kemudian.
Ada juga yang berharap mendapatkan perempuan
dulu dan lelaki kemudian.

Semasa Mengandung

Tidak boleh memaku


Tidak boleh mengubahsuai susunan katil
Membaca, menengok perkara yang baik dan indah
Tidur dengan posisi yang betul
Makan makanan yang betul dan berkhasiat
Menghilangkan permikiran yang tidak baik

Selepas melahirkan anak

Bayi tersebut dimandikan dgn air suam/ tepid water


Tidak dimandikan sehingga hari ketiga
Pada hari ketiga, saudara-mara boleh memberi hadiah
Rambut bayi perlu dicukur.
-Lelaki dicukur pada hari ke-29
-Perempuan dicukur pada hari ke-13
( untuk persediaan meraikan bulan penuh )
Rambut tersebut disimpan dalam sehelai kain merah
dan diikat dgn bantal bayi tersebut.

Semasa meraikan Bulan penuh


Disediakan dengan telur merah.

Adat Perkahwinan
Pasangan dengan nama keluarga yang sama tidak
dibenarkan berkhawin.

6 Upacara
Menerima Hadiah
Menanyakan Nama
Menerima Ketuahan
Menerima Bukti
Menanyakan dan menentukan Tarikh
Mengawini Pengantin

Penceraian
Isteri tidak boleh menceraikan suaminya.
Terdapat 7 peraturan untuk menceraikan isteri :
- Tidak dapat melahirkan anak
- Melampaui batasan
- Tidak menghormati keluarga suaminya
- Mulut Murai
- Mencuri
- Cemburu
- Menghidapi penyakit kronik yang tidak boleh
sembuh
Ada juga 3 peraturan TIDAK boleh menceraikan isteri
:
- Jika suami tersebut menjadi kaya hanya selepas
berkhawin

Kematian

Mayat akan dicuci atau dilapka dengan air suam


dengan cendana
Mayat dikeringkan dan Baju Panjang Umur dipakai
Mayat diletakkan di atas bangku dengan mukanya
berhadap ke lantai
Kakinya diikat bersama dengan menggunakan serat
rami
Anak yang paling tua akan memberi makanan
kepadanya
cth : semangkuk nasi atau beberapa biji bijirin
diletakkan ke
dalam mulutnya dengan menggunakan penyepit
Anak tersebut dan ahli keluarga yang lain akan
memindah mayat tersebut dan memasukkannya ke
dalam keranda

Keranda tersebut diisi dengan kain sutera, pakaian, kertas, dan


material yang lain mengikut kebolehan keluarga
Kanak-kanak diminta tidur di atas lantai tepi keranda tersebut

Upacara pengebumian
Ayam jantan akan diletak di depan keranda
Selepas upacara ayam tersebut dibawa balik ke rumah
Untuk membawa roh tersebut ke tablet nenek moyang
Nama keluarga dan umurnya ditulis di atas sepasang Tanglung
putih
Umurnya ditambah dengan beberapa tahun
Kalendar Orang Cina kadangkala mempunyai 13 bulan
Ini akan berlaku 7 kali dalam tempoh 19 tahun

ADAT
RESAM
INDIA

Adat Kelahiran
Valaikaapu
Pemakaian gelang tangan bagi wanita yang
mengandung
Menandakan pemberian perlindungan tambahan kpd
bayi drpd kuasa-kuasa jahat
Dilakukan pada bulan ketujuh atau kesembilan
mengandung

Ciimantam
Upacara menyikat rambut belah tengah bagi ibu
mengandung
Diamalkan pada bulan keenam atau kelapan
mengandung

Peringkat Bersalin
Waktu kelahiran bayi dicatat dengan tepat
Untuk mengenali kedudukan planet-planet
sewaktu bayi dilahirkan
Menyapu manisan pada lidah Bayi
Membawa bayi pulang ke rumah pada hari
ketiga, kelima, ketujuh dan sebagainya. =
bilangan angka ganjil
Bergantung kepada keshihatan bayi

Adat Menindik Teling


Dilakukan untuk kaum wanita dan lelaki
Untuk tujuan Keselamatan
Dilakukan semasa anak itu masih kecil
Kanak-kanak yang terlibat akan dimandikan
dan diberikan pakaian baru serta dihias
Perempuan memakai skirt panjang kain sutera
( paavaadai )
Lelaki memakai seluar serta baju ( jippa )

Adat Mencucuk Hidung

Hanya diamalkan oleh kaum wanita


Masa dahulu, dicucuk dgn duri pokok limau
Dilakukan oleh rakan sebaya, ibu atau nenek
Tukang emas menggunakan jarum emas atau kuprum
Hidung Kiri dicucuk kerana bahagian kiri adalah
bahadian wanita
Muukkutti disarungkan pada jarum sebelum dicucuk
Muukkutti sentiasa mengingatkan seseorang
perempuan supaya berlemah lembut
Muukkutti biasanya diperbuat drpd emas
Pernafasan akan menyentuh emas dan dikatakan
sebagai mendatangkan kebaikan
Muukkutti berbentuk seperti kuntum bunga yang halus

Meletak Tanda Pada Dah


POTTU ialah suatu tanda berbentuk yang
diletak pada dahi
Juga dikenali sebagai tilagam
Tidak akan menjadi mangsa tuju ( ilmu sihir )

Jantina

JANTINA

Butler dan Manning (1998),


The term gender describes
Mempunyai
masculinity and feminity-the
perbezaan
thoughts, feelings and
yang ketara
behaviour that identify one
as Lelaki
either male
or female.
bersikap
keras dan agresif
Perempuan bersopan santun dan
berhemah

Faktor jantina campuran memberi


peluang utk bergaul dgn tertib,
bertanggungjawab, menghormati
perbezaan yang wujud dari segi
jantina, dan lebih toleransi.

Kesimpulan
Terpadat kepelbagaian sosio-budaya
dalam masyarakat majmuk di negera
kita.
Perlu ditangani dengan baik
Menimbul masalah perbezaan
pencapaian murid, jurang sosial
dalam masyarakat, masalah
pengekalan identiti bangsa, monopoli
kumpulan.

Terima Kasih

You might also like