Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 11

KEFAHAMAN

KEFAHAMAN
Kefahaman Terhadap Isi Kandungan
Untuk menyampaikan topik ini, guru telah membaca beberapa bahan rujukan iaitu:
a. Pengurusan Bengkel Kemahiran Hidup. Ditulis oleh En Juradi Bin Durjari. Panitia
Kemahiran Hidup, SK Felda Penggeli Timur, Kulaijaya.
b. Fokus Sukses; Kemahiran Hidup Bersepadu (Kemahiran Teknikal). Ditulis oleh
Kamaros Zaman Mohd Affendi, Sanif Sapaat dll. Terbitan Pelangi.
Penyimpanan dan penyusunan bahan dan peralatan merupakan satu proses di dalam
memastikan bahan-bahan yang dikenali sebagai stok atau asset berada dalam keadaan yang
teratur dan selamat. Oleh itu, guru telah mengumpulkan beberapa maklumat yang perlu

disampaikan kepada pelajar.

Dalam pembelajaran topik ini, guru akan memastikan objektif berikut dicapai:
a. Pelajar dapat menyatakan prinsip-prinsip penyusunan peralatan dan bahan dengan
betul dan tepat.
Prinsip-prinsip penyimpanan peralatan:
i. Butiran peralatan harus disimpan dalam kotak asalnyab.Kotak harus dibubuh
tarikh menerimanya.
ii. Kedudukan peralatan dan bahan tidak seharusnya betul-betul atas lantai supaya
tidak dirosakkan oleh tumpahan ataupun banjir.
iii. Elakkan susunan bertingkat yang terlampau tinggi kerana berat yang melampau

akan dikenakan ke atas barang yang di bawah.


iv. Jika kotak dibuka dan sebahagian sahaja yang digunakan, maka label mesti diubah
mengikut yang sepatutnya.
v. Peralatan kaca yang tidak disimpan dalam kotak, boleh disimpan di atas unit rak
logam dengan pemisah tegak untuk mengasingkan peralatan tersebut mengikut
kumpulan yang munasabah.
vi. Peralatan kaca amat mudah pecah jika dibiarkan bersentuhan antara satu sama
lain. Maka tidak boleh menerima semula peralatan kaca ke dalam stok setelah
dikeluarkan, melainkan dalam kes melibatkan peralatan kompleks ataupun mahal.
vii.Barangan plastik pakai-buang amnya mempunyai hayat simpanan yang lebih
panjang, terutama politena atau polipropilena.
b. Pelajar dapat mengetahui ciri peralatan atau barang dan tempat penyimpanan yang
sesuai dan betul.
Peralatan industri merujuk kepada mesin-mesin, loji-loji, alat-alat pengangkutan, alatalat yang membantu perkhidmatan serta kedudukan ruang-ruang. Di dalam
penyimpanan bahan, konsep peralatan bahan tersebut memainkan peranan di dalam
menentukan tempat penyimpanan bahan itu.
Jenis Bahan dan Peralatan
Jenis Barang
Tempat Penyimpanan
Barang tidak tahan lembab Bilik kering
(transforma & lensa kamera)
Ubat-ubatan
Bilik hawa dingin
Cat-cat dan tayar
Ruang bersiling
Barang yang tahan kepada Di tempat berpagar dan lapang
cuaca panas & hujan
Barang tercerai

Disimpan dalam bekas standard bagi memudahkan


pengeluaran. Barang yang tidak boleh dibungkus
seperti alat perkakas disusun atau ditindan dengan
baik untuk mengelak dari berkarat dan rosak.

Simen-simen dan kayu


Barang-barang berat

Di ruang kering yang mempunyai laluan angin


Diletakan paras rak paling bawah untuk

keselamatan.
Barang berharga dan menarik
Dalam almari atau tempat berkunci
c. Pelajar dapat menyenaraikan kaedah-kaedah penyusunan dan penyimpanan bahan
dan peralatan dengan tepat.
i. Uruskan stok barang atau alat tulis mengikut kaedah First-In-First-Out (FIFO)
ii. Barang atau peralatan atau dokumen disediakan tempat khas dan dilabelkan.
iii. Barang atau peralatan atau dokumen hendaklah diletakkan di tempat yang mudah
dilihat dan mudah dikesan.
iv. Barang atau peralatan atau dokumen hendaklah diletakkan di tempat yang mudah
di ambil dan diletakkan semula.
v. Barang atau peralatan atau dokumen hendaklah boleh dicapai (retrieve) sebaikbaiknya dalam masa 30 saat.
vi. Alatan eksklusif seperti kamera video, alat perakam diasingkan daripada alatan
biasa.
vii. Sediakan parkir (parking) untuk ruang mesin atau peralatan yang mudah alih
seperti mesin fotostat, mesin pencetak, mesin faksimili, mesin penjilid dan
sebagainya.
Kelompok
barang/doku
men

Barang
dokumen
selalu
digunakan
Barang/doku
men
diperlukan

Barang
/dokumen
jarang
digunakan
semasa
urusan harian
Barang/dokumen tidak
digunakan semasa urusan
harian tetapi perlu dirujuk
dan mesti disimpan

Tindakan yang
perlu

Susun dekat dengan


tempat kerja dan
cepat dicapai

Letakkan di tempat yang


dikhaskan bagi
barang/dokumen yang
jarang digunakan/ jarang
dirujuk
Letakkan di tempat yang
dikhaskan bagi
barang/dokumen yang
dirujuk secara bermusim

Rajah 1: Tindakan menyusun barang/peralatan/dokumen


Kefahaman Terhadap Pelajar

Sebelum masuk kepada topik 3.1 ini, pelajar telah didedahkan dengan topik-topik asas
bengkel seperti konsep pengurusan bengkel, Konsep keselamatan di dalam bengkel dan akta
OSHA. Pada kelas yang lepas, pelajar telah didedahkan kepada asas pengurusan bengkel dan
keselamatan dalam bengkel. Topik ini merupakan asas dan pengenalan kepada topik yang akan
dipelajari pada hari ini. Untuk mengetahui sejauh mana pelajar-pelajar masih lagi ingat atau
faham tentang topik-topik pada kelas yang lepas, guru perlu membuat sesi set induksi yang
berupa penilaian formatif seperti soalan secara lisan. Respons pelajar melalui teknik
sumbangsaran membantu guru untuk mengenalpasti penguasaan pelajar terhadap keseluruhan
topik.
Konsep-konsep asas yang terdapat dalam topik yang lepas ini seperti, cara pengurusan
bengkel dan peraturan keselamatan berdasarkan akta OSHA dan sebagainya perlu dikuasai oleh
pelajar terlebih dahulu supaya objektif P&P pada hari ini dapat berjalan dengan lancar. Topik hari
ini menekankan kepada kemahiran kognitif, psykomotor dan afektif pelajar terhadap topik pada
kelas yang lepas. Guru perlu peka terhadap tahap kebolehan pelajar kepada pembelajaran topik
yang lepas.

Di samping itu, latar belakang pelajar yang pelbagai sudah semestinya memberikan satu
cabaran kepada guru untuk menerangkan isi pelajaran supaya semua pelajar memahami dan
menguasai topik ini. Oleh yang demikian, guru perlu merancang dengan teliti dan menggunakan
contoh yang lebih dekat dan yang ada di persekitaran pelajar supaya ianya lebih signifikan.

TRANSFORMASI
TRANSFORMASI

Pada peringkat ini, guru perlu memikirkan teknik dan kaedah yang sesuai untuk
menukarkan kandungan topik yang dibaca kepada bentuk pembelajaran yang berkesan serta
efektif mengikut kemampuan pelajar. Teknik transformasi kandungan P&P termasuklah kaedah
pedagogi yang digunakan oleh guru dan jenis bahan alat bantu mengajar (ABBM) yang bakal
digunakan. Kandungan topik ini lebih bercorak aplikasi, jadi kaedah pedagogi yang digunakan
haruslah terdiri daripada pelbagai teknik dan seharusnya lebih berpusatkan pelajar.
Walau bagaimanapun, penerangan dan penjelasan terhadap cara-cara penyusunan
peralatan dan bahan perlu dijelaskan dengan gabungan teknik kuliah, sumbangsaran dan
penyelesaian masalah. Untuk mengetahui kebolehan pelajar dalam mengaplikasikan cara-cara
penyusunan peralatan dan bahan, Guru perlu menjalankan aktiviti tutorial yang bercorak
kumpulan. Slaid persembahan power point yang menarik telah disediakan sebagai ABBM.
Teknik dan langkah penyusunan peralatan dan bahan telah di masukkan dalam slaid
power point untuk pelajar. Paparan slaid perlu lebih ringan, mudah difahami dan dibantu dengan
bahan grafik yang dapat menarik lebih minat pelajar. Topik ini perlu disampaikan kepada pelajar
dengan baik dan jelas kerana kandungan topik ini amat penting dalam memastikan keselamatan
pelajar semasa berada di dalam bengkel. Oleh itu, guru perlu memberi penekanan yang lebih
kepada pelajar tentang topik ini. ABBM perlu disampaikan dengan contoh aplikasi dan pelajar
perlu melatih kebolehan aplikasi ini dalam aktiviti berkumpulan yang akan dijalankan diakhir
masa P&P.

INSTRUKSI
INSTRUKSI

P&P berlangsung dalam tempoh masa 1jam 20minit. P&P dimulakan dengan ucapan
salam daripada ketua kelas dan diikuti oleh pelajar lain. Ketua kelas menyatakan jumlah
kehadiran kepada guru. Kemudian guru meminta pelajar untuk memeriksa kawasan di dalam
bengkel untuk memastikan bengkel berada dalam keadaan bersih dan selesa sebelum memulakan
sesi P&P. Pelajar melaksanakan arahan dengan baik.
Set induksi dilakukan oleh guru dengan menayangkan video yang berkaitan kepada
pelajar. Guru meminta pelajar memberikan perhatian untuk menonton video ini. Selepas 5 minit,
guru menanyakan kepada pelajar tentang video yang ditayangkan tadi. Pelajar dapat memberikan
pandangan masing-masing yang menjadi pengenalan kepada P&P yang hendak dijalankan.
Selepas itu, guru meminta pelajar membetulkan posisi kedudukan pelajar supaya
memandang ke arah guru yang sedang bercakap. Guru juga meminta pelajar untuk memberi
perhatian kepada setiap kandungan topik ini kerana soal jawab akan dibuat pada akhir P&P. Guru
menjelaskan tiga objektif yang perlu dicapai oleh pelajar di sepanjang P&P ini.

Guru

juga

memaparkan senarai kandungan P&P yang akan disampaikan. Untuk merangsang minda pelajar
dengan cara yang kreatif, guru memainkan sebuah video mengenai bahan dan peralatan yang
terdapat di dalam bengkel.
Selepas tayangan video ini, guru meminta pelajar menyenaraikan beberapa ciri-ciri
peralatan dan bahan yang terdapat di dalam video tadi. Guru mendapat tindakbalas yang positif
daripada pelajar. Selepas sesi sumbang saran tersebut, guru telah menghuraikan tayangan video
tadi dengan lebih jelas kepada pelajar. Dalam P&P pada kali ini, dua kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai boleh digunakan. Kaedah yang digunakan adalah kaedah tunjuk cara
dan kaedah amali/bengkel.
Kaedah tunjuk cara digunakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya
mengenai topik ini. Ia merupakan satu kaedah yang melibatkan guru menunjuk cara sesuatu
proses, produk dengan langkah-langkah yang sistematik dan jelas. Guru memberi penerangan
dan menunjuk cara kaedah penyusunan alat dan bahan serta ciri-ciri peralatan dan bahan yang

terdapat di dalam makmal kepada pelajar. Kaedah ini penting kerana pengajaran dan
pembelajaran pada hari ini memerlukan guru untuk menunjuk cara yang sebenar dan betu kepada
pelajar tentang cara bagaimana untuk menyusun peralatan dan bahan mengikut ciri- ciri bahan
dan peralatan tersebut. Topik ini lebih mudah dan lebih jelas jika disampaikan menggunakan
kaedah tunjuk cara. Melalui kaedah ini juga pelajar lebih mudah faham dan lebih jelas.
Terdapat tiga jenis tunjuk cara iaitu :

Model hidup melakukan proses, tingkah laku sebenar atau menunjukkan model/bahan
sebenar yang maujud

Model simbolik menerangkan proses atau prosedur secara bertulis

Model persepsi Menunjukkan satu proses/aktiviti dengan bantuan peralatan seperti


video, slaid
Guru akan memperlihatkan sesuatu kemahiran kepada pelajarnya. Ini bermakna guru

akan memberi penerangan atau penjelaskan semasa aktiviti ditunjukkan. Dengan cara ini, pelajar
akan lebih mudah memahami apa yang dipelajari kerana mereka tidak hanya mendengar
sebaliknya mereka melalui atau melihat sendiri apa yang berlaku seiring dengan apa yang
mereka dengar.
Kaedah ini berkesan kerana pelajar dapat mengaitkan apa yang dipelajari secara teori dan
praktikal. Langkah-kangkah yang perlu dilakukan oleh guru untuk melaksanakan kaedah tunjuk
cara ini ialah pada peringkat awal, guru perlu menerangkan dan menunjukkan terlebih dahulu
langkah, aktiviti atau peraturan kepada pelajar. Kemudian pelajar perlu memusatkan sepenuh
perhatian mereka terhadap apa yang guru perkatakan dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh
guru. Pemusatan tumpuan ini adalah bertujuan supaya pelajar tidak tertinggal langkah dan
penjelasan yang dibuat oleh guru bagi mengelakkan berlakunya kesilapan ketika giliran pelajar
membuat aktiviti.
Kaedah amali/bengkel turut digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini.
Penjelasan

guru

berkenaan

langkah-langkah

keselamatannya dilaksanakan terlebih dahulu.

penting

berkaitan

amali

dan

langkah

Penerangan oleh guru berkaitan peraturan

makmal ini lebih mengukuhkan lagi pemahaman pelajar mengenai topik yang dipelajari. Selepas
itu, guru meminta pelajar membentuk kumpulan-kumpulan kecil yang terdiri daripada 5 orang
pelajar untuk menjalankan aktiviti dalam kumpulan. Setiap kumpulan diberikan beberapa jenis
bahan dan peralatan. Setiap pelajar di dalam kumpulan tersebut perlu bekerjasama diantara satu
sama lain untuk menyenaraikan kaedah-kaedah penyusunan dan penyimpanan bahan dan
peralatan di dalam bengkel. Setiap kumpulan akan menjana idea dengan pergi meninjau sendiri
makmal/bengkel yang perlu mereka kaji berkaitan kaedah penyusunan peralatan dan bahan di
dalam makmal/bengkel. Hasil perbincangan setiap kumpulan akan dibentangkan oleh wakil
kumpulan selama 5 minit sahaja pada 30 minit terakhir P&P.
Selesai pembentangan, guru menyoal 3 orang pelajar berkaitan topik pembentangan
untuk memastikan pelajar telah menguasai topik ini. Maka, kaedah amali/bengkel yang
digunakan sudah semestinya menepati objektif pembelajaran dan pengajaran untuk topik ini
kerana kaedah ini lebih membantu pelajar melihat sendiri situasi sebenar bengkel sama ada
mengikut peraturan atau tidak.
Sebagai penutup sesi P&P, guru telah meminta pelajar bersama-sama mengimbas kembali
topik yang dipelajari hari ini. Setelah itu, seorang pelajar telah membuat rumusan perkaraperkara penting yang dipelajari pada hari ini. Kemudian, guru memberi latihan soalan berbentuk
objektif.

PENILAIAN
PENILAIAN

No
1.

Objektif Pembelajaran
Pelajar dapat menyatakan
prinsip-prinsip penyusunan
peralatan dan bahan
dengan betul dan tepat.

Jenis Penilaian
Soalan lisan

Pencapaian Pelajar
100% pelajar dapat

Penilai
Guru

menyatakan prinsipprinsip penyusunan


peralatan dan bahan
dengan

betul

dan

tepat.
2.

Pelajar dapat mengetahui Soal jawab

100% pelajar dapat Guru

ciri peralatan atau barang

mengetahui

dan tempat penyimpanan

peralatan

yang sesuai dan betul.

barang dan tempat

ciri
atau

penyimpanan

yang

sesuai dan betul.


3.

Pelajar

dapat Aktiviti dalam 100% pelajar dapat Guru

menyenaraikan
kaedah

kaedah- kumpulan

penyusunan

dan (Penyelesaian

menyenaraikan
kaedah-kaedah

penyimpanan bahan dan berdasarkan

penyusunan

peralatan dengan tepat.

penyimpanan bahan

masalah )

dan

dan
peralatan

dengan tepat

REFLEKSI
REFLEKSI

Keseluruhan penyampaian maklumat berkaitan penyusunan peralatan dan bahan di


dalam bengkel adalah baik kerana disertakan dengan contoh dan situasi. Kaedah amali/bengkel
dan tunjuk cara ternyata dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar tentang aspek yang
dipelajari. Mereka juga memberikan kerjasama penuh dengan mematuhi arahan guru semasa
menjalankan kerja kumpulan tersebut.
Walau bagaimanapun, contoh dan situasi ini boleh diperbanyakkan lagi supaya pelajar
lebih cepat untuk faham dan dapat mengaplikasikannya dengan baik. P&P yang dijalankan telah
menggabungkan beberapa teknik pedagogi yang bersesuaian dengan kandungan pelajaran. Topik
ini merupakan topik praktikal di mana pelajar perlu menggunakan kemahiran kognitif yang
dipelajari di peringkat awal P&P dan mengaplikasikannya kepada bentuk psikomotor.
Guru perlu memastikan setiap pelajar perlu melibatkan diri dalam aktiviti yang
dijalankan. Teknik pengajaran ini memerlukan masa P&P yang panjang kerana ia merupakan
topik amali dan memerlukan perhatian yang lebih daripada guru disamping memastikan
keselamatan pelajar. Secara keseluruhan, sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan
dengan baik dan berkesan.

KEFAHAMAN
KEFAHAMAN BARU
BARU

Antara kefahaman baru yang diperoleh semasa proses P&P ini ialah dengan memberi
peluang kepada pelajar untuk meneroka dan menjana idea supaya mereka lebih memahami.
Semasa penerangan dibuat oleh guru, ketika itu libatkan pelajar bersama-sama melalui soal
jawab kerana ianya dilihat akan membantu pelajar untuk lebih menguasai kefahaman terhadap
objektif yang ingin dicapai oleh guru terbabit. Kebanyakan pelajar akan memberikan respons
yang positif setelah diberi peluang bertanya soalan.
Melalui soal jawab dan pembentangan, guru mendapati bahawa semua pelajar kurang
mengetahui berkenaan kepentingan penyusunan peralatan dan bahan di dalam bengkel. Pelajar
menganggap bahawa konsep penyusunan peralatan dan bahan ini adalah sesuatu yang tidak
penting bagi diri mereka.

Maka, setelah mempelajari topik ini, pelajar dapat memahami

kepentingan penyusunan peralatan dan bahan dan peranannya dalam melindungi pekerja dan
pelajar-pelajar yang menggunakan kemudahan di sini. Pelajar juga kini sudah lebih peka dan
sedar tentang langkah keselamatan yang mereka perlu tahu dan patuh untuk memastikan
keselamatan mereka terjamin. Miskonsepsi pelajar berkaitan langkah keselamatan di institusi
pendidikan terutama di makmal/bengkel dapat dihakis. Mereka kini lebih mengambil berat
tentang keselamatan mereka dan persekitaran semasa menggunakan sebarang alatan di
makmal/bengkel.

You might also like