Pembelajaran Maya Merangsang Minat Belajar

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PEMBELAJARAN MAYA MERANGSANG MINAT BELAJAR

Bismillahirahmanirahim
Terima kasih buat pengacara majlis, yang dirahmati para hakim yang bijak bestari, yang dihormati
penjaga masa yang menghormati setiap detak jam randiknya, yang dikasihi warga dewan yang
mulia ini.
Assalamulaikum w.b.t dan salam satu Malaysia
Sebelum saya berucap lebih jauh dengan tajuk Pembelajaran Maya Merangsang Minat Belajar,
elok rasanya saya memberikan makna secara leksikal iaitu pengatahuan mendidik atau didikan
dalam bentuk sesuatu yang kelihatan ada sebenarnya tidak ada secara bayangan dan hubungan
jauh dalam menimbulkan rasa minat dalam diri untuk mempelajari sesuatu.
Hadirin yang budiman,
Sebelum saya berbicara, ingin saya sampaikan lima indikator yang berkaitan dengan tajuk
perucapan awam saya pada hari ini. Isi saya yang pertama ialah KAEDAH PEMBELAJARAN
SECARA TURORIAL MERANGSANG MINAT BELAJAR. Indikator kedua, KAEDAH
PENGGUNAAN E-BUKU MENERUSI SISTEM PENDIDIKAN MAYA MENINGKATKAN MINAT
BELAJAR. Indikator ketiga, KAEDAH PENDIDIKAN JARAK JAUH ATAU PJJ MERANGSANG
MINAT BELAJAR. Indikator keempat, KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN VLEFROG ATAU ONLINE LEARNING MERANGSANG MINAT BELAJAR. Indikator kelima, MELALUI
AKTIVITI PENGGUNAAN LAMAN WEB ATAU WEB BASED LEARNING DALAM PROSES
PEMBELAJARAN MERANGSANG MINAT BELAJAR.
Hadirin yang dikasihi,
Indikator saya yang pertama, kaedah pembelajaran secara tutorial merangsang minat belajar.
Kaedah tutorial sesuai digunakan di dalam kelas yang mempunyai ramai pelajar dan pelajarpelajarnya mempunyai keupayaan yang berbeza. Ia juga sesuai digunakan apabila guru tidak
dapat memasuki kelas dan mengarahkan pelajar belajar sendiri. Di samping itu, mod tutorial ini
juga sesuai digunakan sebagai penggayaan pelajar-pelajar yang cerdik, pemulihan untuk pelajar
yang lemah dan apabila guru menggunakan pendekatan pembelajaran secara direktif. Menurut
Lowman (1984), sesi tutorial baik secara individu mahupun dalam kumpulan kecil merupakan
tulang belakang kepada pendidikan tinggi. Pembelajaran tutorial ini merangkumi pembelajaran
ekspositori seperti menyampaikan maklumat kepada murid, demonstrasi sesuatu fenomena,
latihan atau latih tubi yang dikawal oleh sistem komputer. Jelaslah bahawa, kaedah tutorial
merupakan satu kaedah yang amat berkesan untuk melatih kemahiran berfikir secara kritis serta
teknik mengemukakan kritik yang konstruktif dalam kalangan pelajar.

Hadirin yang dihormati,


Indikator saya yang kedua, kaedah penggunaan e-buku menerusi sistem pendidikan maya
meningkatkan minat belajar. E-Buku mempunyai pelbagai aplikasi. Antaranya termasuklah
pemprosesan kata, hamparan data, senarai kandungan, kalendar dan sebagainya. E-buku
menjadi suatu wahana dengan pendekatan interpersonal antara guru dengan pelajar.
Penggunaan e-Book semakin berkembang di seluruh dunia dengan kebanyakan negara sudah
mengaplikasikan seperti Portugal, Venezuela, Singapura, Hong Kong dan Amerika Syarikat.
Inisiatif penggunaan e-Book di negara ini dirintis di Terengganu pada 2009 dengan pengagihan
25,000 unit e-Book iaitu mini laptop yang dilengkapi pelbagai perisian buku-buku teks sekolah
rendah serta perisian tambahan. Dengan e-buku itu, para pelajar tidak perlu membawa buku yang
banyak. Penggunaan buku elektronik ini dijangka dapat mengurangkan kos bagi Skim Pinjaman
Buku Teks (SPBT) di sekolah dalam jangka masa yang panjang. Jelaslah bahawa, e-book lebih
mudah menarik perhatian pelajar sementelah lagi dengan penggunaan sistem berbentuk
interaktif, ia lebih komprehensif dan praktikal.

Hadirin yang budiman,


Indikator saya yang ketiga, kaedah pendidikan jarak jauh atau PJJ merangsang minat belajar. PJJ
adalah satu kaedah pembelajaran yang memisahkan antara pengajar dan pelajar. Dengan itu
pengajaran dan pembalajaran berlangsung melalui bahan-bahan pengajaran kendiri dalam
pelbagai media. Menurut Shireen Haron, Jan 1995, Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) dalam
talian yang dilaksanakan oleh beberapa buah IPT tempatan merupakan sebahagian daripada
tahap awal pendidikan maya di negara ini. Sistem PJJ telah diterima di seluruh dunia sebagai
pendidikan yang sah dan diakui setanding dengan bentuk pendidikan yang lain. Kemajuan PJJ
amatlah penting kerana sistem ini memberi pilihan pendidikan kepada golongan manusia yang
mahu menimba ilmu dengan cara yang berbeza daripada pendidikan formal. Kelebihan yang
ditawarkan oleh PJJ dalam talian ini dikatakan dapat menggalakkan penjanaan dan perkongsian
ilmu di kalangan masyarakat global. Di malaysia, antara pusat pengajian tinggi awam dan swasta
yang menawarkan program ini ialah Universiti Teknologi Mara, Universiti Sains Malaysia,
Universiti Utara Malaysia, dan banyak lagi institusi yang menawarkan program ini. Jelaslah
bahawa, Benarlah bahawa, kemudahan media bahan pengajaran ini dapat merangsang minat
belaja.Tambahan pula, memudahkan pelajar untuk menyampaikan idea-idea dan merangsang
kepada pembelajaran yang lebih berkesan dengan mudah dan cepat.

You might also like