Demam Denggi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

DEMAM DENGGI

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan


virus denggi yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya adalah
melalui gigitan nyamuk aedes. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu
Demam Hemoragik Denggi dan Sindrom Kejutan Denggi.
Demam denggi bermula dengan demam mengejut, sakit kepala teruk, sakit
dibelakang bebola mata, sakit sendi dan otot serta gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan
demam denggi ialah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul pada anggota
bahagian bawah.
Amalan pencegahan boleh dilakukan dengan menjaga kebersihan sekeliling
rumah sama ada di dalam dan di luar rumah bagi menghindarkan pembiakan nyamuk.
Cara untuk menghalang pembiakan nyamuk adalah dengan, menggunakan penyembur
racun serangga, memasukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalam bekas simpanan
air, menutup bekas simpanan air untuk mencegah nyamuk daripada bertelur, sentiasa
menukar air di dalam bekas simpanan air, jambangan bunga dankolah mandi setiap
minggu serta gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran.
Demam denggi merupakan penyakit yang sangat berbahaya dan mengancam
kesejahteraan hidup serta masyarakat setempat. Pihak berkuasa perlu melaksanakan
penguatkuasaan berterusan yang lebih berkesan agar dapat menghapuskan kawasan
pembiakan nyamuk. Sekiranya perkara ini dilaksanakan secara berterusan sudah pasti
masalah denggi dalam kalangan masyarakat kita dapat dikawal dan dikurangkan.
Ingatlah Denggi Membunuh.

Nama:

Tarikh:

Kelas:
Soalan kefahaman:
1) Demam denggi disebabkan oleh nyamuk _________________________.
2) Cara penyebarannya ialah melalui ____________ gigitan nyamuk aedes.
3) Salah
satu
daripada
tanda
kita
dijangkiti
deman
denggi

ialah

______________________________________________.
4) Kita boleh mencegah pembiakan nyamuk aedes dengan _________________
kawasan rumah.
5) Sentiasa _______________________________ di dalam bekas simpanan air

supaya nyamuk tidak membiak.

You might also like