Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Analisis pembangunan ekonomi di kawasan setempat di Seberang Perai Pulau

Pinang.

a) Tempat kajian - (Seberang Perai Pulau Pinang)

Gambar A
Kajian ini dijalankan di Seberang Perai, Pulau Pinang. Gambar A menunjukkan
lokasi kawasan kajian. Kawasan ini terletak di Utara Semenanjung Malaysia.

Pemilihan kawasan ini dilakukan kerana ianya merupakan salah satu kawasan
yang pesat membangun dan dirancang untuk berperanan sebagai pusat wilayah
bagi negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia.
b) Permulaan Seberang Perai

Pada tahun 1800, Seberang Perai atau Province Wellesley dahulunya menjadi
tanah jajahan British. Pentadbiran seberang Perai ketika itu berpusat di Pulau
Pinang. Dengan keluasan 489.3 kilometer persegi dan bilangan penduduk
seramai lebih kurang lima ribu orang, kawasan yang dipenuhi belukar, paya dan
hutan ini kemudiannya bertukar kepada pertanian apabila usaha-usaha
penerokaan bermula pada tahun 1850.
Setelah Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, keluasan Province
Wellesley bertambah menjadi 740.12 kilometer. Kependudukan pula semakin
bertambah khususnya di kawasan pusat perdagangan seperti Butterworth dan
Bukit Mertajam. Keluasan Seberang Perai walaubagaimanapun telah
dikurangkan kepada 738.41 kilometer persegi kesan daripada perubahan
sempadan Sg Muda antara negeri Kedah dan Pulau Pinang.
Pada tahun 1896, Ordinan Perbandaran diperkenalkan yang membolehkan
Kerajaan Negeri membuat Undang-Undang untuk mengendalikan hal ehwal
awam. Pada tahun 1913, satu ordinan baru telah dikeluarkan yang mana telah
memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri menubuhkan Lembaga Luar Bandar.
Majlis Bandaran Butterworth dan Bukit Mertajam serta Majlis Luar Bandar
Utara,Tengah dan Selatan telah ditubuhkan.
Pada tahun 1961, pentadbiran Majlis Bandaran dan Majlis Luar Bandar telah
disatukan dibawah satu kuasa Majlis Daerah dan ditadbirkan oleh Majlis Daerah
masing-masing. Pada 30 Jun 1974, Akta Kerajaan Tempatan (PeruntukanPeruntukan Sementara) 1973 telah dikuatkuasakan di seluruh negeri Pulau
Pinang. Pada 1 Julai 1974, ketiga-tiga Majlis Daerah Utara, Majlis Daerah

Tengah dan Majlis Daerah Selatan, Seberang Perai disatukan dan dikenali
sebagai Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan, Seberang Perai.
Pada 15 Disember 1976, melalui pemakaian Akta Kerajaan Tempatan 1976,
Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan telah dinaikkan taraf menjadi Majlis
Perbandaran Seberang Perai.

b. Perbezaan antara masa kini dan masa dahulu

Sebelum polisi ini diperkenalkan, hasil ekonomi utama penduduk setempat


hanya bergantung kepada hasil pertanian dan penternakan.
Selepas 20 tahun polisi in dilaksanakan, Seberang Perai kini telah muncul
sebagai kawasan komersil yang pesat membangun dan menyumbng kepada
peningkatan taraf hidup dan ekonomi. Kini , populasi penduduk sekitar Bandar
Seberang Perai telah mencecah lebih 80 ribu orang dan menikmati kehidupan
yang lebih selesa dan berkualiti.
Pelbagai peluang pekerjaan telah diwujudkan dengan adanya kawasan industri
ringan di Kawasan Perindustrian Jelawat, Seberang Perai serta terbinanya
beberapa buah pusat komersil dan beli-belah .Kemudahan rekreasi dan riadah
untuk penduduk setempat turut dibangunkan dan antaranya adalah Pusat
Rekreasi Safira Sports Planet , Kompleks Sukan MPSP ( dahulunya dikenali
sebagai Kompleks Sony ), Mini Stadium , Taman Burung Pulau Pinang.
Beberapa fasa baru kawasan perumahan turut dimajukan oleh beberapa syarikat
pemaju swasta dan agensi kerajaan untuk menampung permintaan penduduk
yang semakin bertambah.
Selain itu, dalam usaha menjadikan Bandar Seberang Perai ini sebagai pusat
metropolitan Seberang Perai, beberapa buah IPTA dan IPTS turut dibina di
dalam kawasan DUN Seberang Jaya ini bagi melahirkan modal insan yang

terbilang dan dijadikan produk penghasilan dari kilang DUN Seberang Jaya ini.
Antaranya Universiti Teknologi MARA ( UiTM ) Kampus Negeri Pulau Pinang ,
Politeknik Seberang Perai, dan beberapa buah kolej swasta turut didirikan di
kawasan ini.

c. Taraf hidup penduduk semakin meningkat

Perkembangan ekonomi juga mewujudkan taraf hidup penduduk semakin


meningkat. Peningkatan peluang pekerjaan menyebabkan pendapatan
seseorang meningkat.Hal ini boleh dibuktikan dari segi kemewahan perumahan,
kereta , keperluan fizikal dan lain-lain.

d. Bilangan penduduk di Seberang Perai semakin meningkat

Pada masa dahulu, para-para penduduk adalah bergantung kepada sektor


pertanian untuk menyara hidup keluarga masing-masing. Pada masa kini,
disebabkan ekonomi di Seberang Perai semakin meningkat , menyebabkan
banyak pelabur datang melabur . Hal ini juga mewujudkan kawasan industri dan
banyak peluang pekerjaan .Apabila mereka bekerja di situ , hal ini membolehkan
bilangan penduduk semakin .

You might also like