Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PSK:PERAYAAN PENGANUT BUDDHA:HARI WESAK HARI VESAK Hari Vesak

adalah suatu perayaan yang paling penting bagi penganut agama Buddha . Ia
dianggap sebagai hari yang paling mulia sekali . Ia disambut pada hari kelima
belas waktu bulan naik , bulan keenam mengikut kiraan bulan Thai
bersamaan dengan bulan Mei . Hari Vesak menandakan tiga hari terpenting
dalam riwayat hidup 'Lord Buddha' . Pertama , pada hari itu , Buddha
dilahirkan di Kebun Lumbini dalam negara purba Kapilavastu (dekat
sempadan Nepal sekarang ). Kedua, pada hari yang sama , tiga puluh lima
tahun kemudian , Buddha mencapai kemantapan fikiran , 'satsaru'. Ini adalah
hasil usaha beliau bertapa untuk mencari jalan mengatasi kesusahan di dunia
. Ketiga , pada Hari Vesak juga beliau menempuh 'Nirwana' atau
kemangkatannya dan 'diangkatkan' ia ke syurga . Ketika itu beliau berumur
80 tahun . SIAPAKAH LORD BUDDHA? Pengasas agama Buddha ialah
Siddharta Gautama . Beliau dilahirkan pada hari Vesak tahun Masihi 623 .
bapa Siddharta ialah Raja Suddhodana dan ibunya ialah Permaisuri Maya .
Ketika beliau dilahirkan , masyarakat India sedang kuat mengamalkan sistem
kasta . Sistem ini membezakan taraf kedudukan setiap rakyat . Sebagai
seorang anak raja , Siddharta dipelihara dengan baik dan hidup dalam
kemewahan . Beliau mendapat pelajaran yang sebaik-baiknya . Walau
bagaimanapun Siddharta selalu memikirkan sesuatu dan amat bertimbang
rasa . Dalam usia dua puluh sembilan tahun , beliau sedar akan ketidakekalan
hidup dan keangkuhan manusia dengan harta benda . Lalu , beliau membuat
keputusan untuk mencari kebenaran dan keamanan . Ini dilakukan kerana
perasaan kasihan di atas penderitaan orang lain . Selama enam tahun beliau
berusaha mendisiplinkan dirinya . Pada suatu hari ketika duduk di bawah
pokok suci 'bodhi' di Buddha Gaya , Siddharta bersumpah kepada dirinya
sendiri bahawa beliau tidak akan bergerak dari tempat duduknya sehingga
beliau mencapai taraf yang paling tinggi dalam Buddha . Pada Hari Vesak
tahun 588 masihi , beliau telah mencapai 'Sammasambhodi' (kemantapan
fikiran , bebas dari kejahilan ) . Ketika itu , umur beliau ialah 35 tahun .
Selepas itu beliau dikenali sebagai Gautama Buddha . Lalu beliau pun
menyebarkan pengetahuan untuk membebaskan orang lain dari kejahilan .
Beliau berbuat demikian tanpa henti-henti sehinggalah pada Hari Vesak
2,600 tahun yang lalu . pada hari itu , beliau telah mencapai 'Maha
Parinibbana' (rehat yang sempurna) apabila beliau menghembuskan
nafasnya yang terakhir . Perayaan Hari Vesak disambut secara besar-besaran
di semua 'wat' atau rumah berhala Buddha di seliruh negara . Mereka
bersembahyang , membaca ayat-ayat ajaran agama Buddha dan memujamuja Buddha . Syarahan - syarahan agama juga diadakan sepanjang Hari
Vesak itu . Ia dianggap sebagai perayaan keagamaan sahaja kerana tidak ada
kunjung mengunjung yang dilakukan . Pada sebelah malam , diadakan
perarakan beramai-ramai dengan membawa lilin , gaharu serta bungabungaan mengelilingi 'bot' iaitu bangunan utama tempat sembahyang di
dalam wat itu sebanyak tiga kali . Tiap-tiap pusingan melambangkan salah

satu daripada tiga peristiwa yang telah disebutkan di atas . Copy and WIN :
http://bit.ly/copy_win

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

You might also like