Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

SU PELAJARAN JAWI DAN PERMASALAHANNYA

ISU JAWI DAN PERMASALAHANNYA

HURUF-HURUF JAWI YANG TIDAK BERSAMBUNG


ABSTRAK
Jawi adalah merupakan satu bidang dalam mata pelajaran Pendidikan Islam
yang wajib dipelajari oleh setiap murid muslim di peringkat rendah . Namun
adalah menjadi masalah kepada murid dalam menguasai kemahiran
penulisan dan pembacaan Jawi. Murid lemah dan keliru dalam mengesan
huruf-huruf yang bersambung dalam membentuk perkataan. Oleh yang
demikian, satu kajian telah dijalankan untuk mengatasi masalah tersebut .
Saya telah jalankan kajian ini kepada kumpulan sasaran saya, iaitu murid
tahun 2 Perdana dari SK Kota Aur, Sik, Kedah seramai 24 orang. Majoriti
kumpulan ini adalah lemah dalam Jawi dan Al-Quran. Namun, merekalah
pemberi semangat kepada saya untuk berinovatif.
Guru telah memfokuskan kajian kepada huruf-huruf Jawi tidak bersambung
selepasnya., Berfokuskan kepada masalah tersebut guru telah membentuk
satu formula iaitu DAVA RAWAT A2Z : DAL-VA-RA-WAU-TA
MARBUTAH -ALIF-ZAL-ZAI( 2 Z). Guru telah menjelaskan kepada murid
bahawa, apabila hendak menyambung sesuatu huruf, ingatlah DAVA
RAWAT A2Z .
Berdasarkan kepada formula tersebut, guru telah menjalankan tiga aktiviti
untuk membolehkan murid mengingat formula dan dapat mengatasi masalah
penguasaan Jawi, iaitu :
1. Murid menyebut huruf - huruf yang ditunjukkan oleh guru berulangkali secara
individu,kumpulan dan kelas berulang kali.
2. Murid menghafal formula secara berintonasi , samaada intonasi ayat Tanya
atau intonasi ayat penyata.Mereka akan menyebut kepada guru setelah
diminta berbuat demikian.

3. Penilaian / Ujian bertulis . Penilaian dilakukan untuk menguji samaada mereka


dapat menyambung huruf atau sebaliknya dengan diberi sepuluh soalan
berbentuk subjektif yang pernah dijawab ketika ujian pra..
Hasil dari tiga aktiviti yang dijalankan, didapati ramai murid dapat menguasai
kemahiran Jawi. Mereka dapat menulis dan membaca Jawi dengan agak
baik.Perbandingan keputusan sebelum dan selepas aktiviti dijalankan amat
memberansangkan.Seramai 23/ 24 orang murid mempunyai peningkatan
selepas ujian Pasca dijalankan.
Walaupun pelbagai cabaran telah dihadapi oleh guru untuk membolehkan
murid mengingat DAVA RAWAT A2Z tetapi saya berasa cukup berpuas hati
kerana tindakan inovatif yang telah diambil oleh guru telah Berjaya dengan
peningkatan pencapaian murid.Hanya seorang murid sahaja , iaitu murid KIA
yang mampu menyebut dengan bantuan guru.
1.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Pelajaran Pendidikan Islam adalah merupakan salah satu matapelajaran yang


wajib dipelajari oleh setiap murid Muslim di peringkat sekolah
rendah.Manakala Pelajaran Jawi adalah salah satu bidang dalam Pendidikan
Islam,malah buku teks juga ditulis dengan tulisan jawi. Menyedari hakikat ini,
semestinya setiap murid perlu menguasai pelajaran Jawi , iaitu mereka dapat
membaca dan menulis Jawi dengan baik.
Dalam menguasai pembacaan Jawi, murid-murid mempunyai masalah untuk
mengenal huruf apabila bersambung, manakala dalam penulisan Jawi pula
mereka bermasalah untuk menyambung huruf-huruf dalam membentuk
perkataan , Masalah ini mungkin wujud walaupun mereka mahir dalam
mengenal huruf tunggal Jawi mahupun huruf-huruf Hijaiyyah ( al-Quran ).
Keadaan ini akan menyebabkan mereka sukar untuk menjalankan aktiviti
pembelajaran dan mengikuti pengajaran di dalam bilik darjah serta
bermasalah untuk menduduki peperiksaan dan ujian secara bertulis.
Masalah kurangnya penguasaan jawi di kalangan murid adalah berpunca dari
kurangnya penekanan dan kesedaran daripada pihak penjaga . Ibubapa dan
penjaga kurang menghiraukan anak-anak sekiranya mereka gagal dalam

mata pelajaran Pendidikan Islam dan Jawi.Keadaan ini menyebabkan murid


kurang memberi penekanan kepada Jawi.
Selain itu, sikap murid sendiri yang kurang berminat dengan matapelajaran
Jawi dan Pendidikan Islam. Keadaan ini berlaku kerana mereka menganggap
bahawa pelajaran berkenaan tidak dinilai dalam peperiksaan peperiksaan
dan mereka mengambil sikap sambil lewa dalam mengikuti pelajaran tersebut.
Justeru, saya telah mencuba mencari jalan penyelesaian demi memantapkan
penguasaan jawi di kalangan mereka, sekaligus menjadikan mereka murid
yang pintar dan cekap Jawi.
2.

FOKUS KAJIAN/ISU KEPRIHATINAN

Kajian ini adalah menjurus kepada kaedah menyambung huruf-huruf jawi dan
al-Quran di kalangan murid.Ini disebabkan murid-murid saya adalah terdiri
daripada murid-murid tahun dua yang kebanyakannya tidak dapat
menyambung huruf-huruf dengan betul.Melalui kajian yang dijalankan ini telah
dapat menambahkan kemahiran serta kefahaman murid tentang cara
memindahkan maklumat yang betul . Aktiviti yang dijalankan dapat
menambahkan pencapaian kumpulan sasaran dalam ujian bulanan,
peperiksaan penggal dan peperiksaan akhir tahun.
3.
i.
ii.
iii.

i.
ii.
iii.
iv.
v.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum:
Dapat meningkatkan penguasaan Jawi di kalangan murid sebaiknya.
Dapat menambahkan minat dan pencapaian murid dalam pelajaran Jawi.
Dapat memperbaiki kualiti pengajaran guru.
Objektif Khusus:
Murid-murid dapat menyebut huruf-huruf yang boleh disambung selepasnya
dengan baik.
Murid-murid dapat menyenaraikan huruf-huruf yang boleh disambung
selepasnya dengan baik.
Murid-murid dapat menyambung huruf-huruf Jawi menjadi perkataan dengan
betul.
Dapat membantu guru mengenalpasti masalah pembelajaran murid.
Dapat membantu guru mengatasi masalah pembelajaran murid.

4.

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran adalah terdiri daripada murid-murid Tahun Dua Perdana.


Jumlah murid ialah seramai 24 orang sahaja. Mereka terdiri daripada 12
orang lelaki dan 12 orang perempuan.Walaupun bilangan murid agak kecil,
namun julat pencapaian murid sangat ketara. Kesemua mereka terpilih untuk
menjadi responden bagi membantu guru memperbaiki strategi pengajaran
dan membantu murid menguasai kemahiran jawi sepenuhnya. Terdapat
seorang murid KIA dalam kumpulan sasaran ini. Jadual 1 menunjukkan
jumlah responden yang terlibat.
Graf 1

Responden yang terlibat mengikut jantina dan kumpulan murid


Kumpulan murid mengikut jantina

5.

Jantina

Lemah

Sederhana

Cemerlang

Jumlah

Lelaki

3 orang

6 orang

3 orang

12 orang

Perempuan

1 orang

7 orang

4 orang

12 orang

PELAKSANAAN KAJIAN

a)
b)
c)

d)

5.1Tinjauan Masalah
Masalah murid dapat dikenalpasti melalui beberapa kaedah:
Soal jawab di dalam bilik darjah telah banyak membantu guru dalam
mengesan murid lemah dalam penguasaan jawi.
Pemerhatian dari buku latihan dan buku aktiviti murid telah menampakkan
mereka lemah Jawi.
Pertandingan membaca teks dan petikan Jawi di dalam bilik darjah.
Kegagalan murid membaca dengan lancar juga telah menguatkan lagi bukti
lemahnya murid dengan Jawi.
Analisa Ujian PKBS 1 menunjukkan Tulisan Jawi menjadi punca murid
mendapat markah rendah dalam Pendidikan Islam.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah


Jadual menunjukkan pencapaian murid sebelum dan selepas formula
DAVA RAWAT A2Z diperkenalkan
BIL

NAMA

MARKAH

MARKAH

SEBELUM

SELEPAS

M.RIEZMAN HAFIZ

M.IRFAN

M.EKHMAL

10

M.TARMIZI

M.QAYYUM

M.FAHIM AZIM

M.NUR NAJMI

M.FAIZ

10

10

M.AIMAN HAQEM

10

M.AMSYAR HASIF

11

M.AMIR

12

M.NAJMI

13

YASMIN BAITI

10

10

14

ZULAIKHA

10

15

SITI AISYAH

16

NUR AISYAH SYAZWANI

17

NUR SYARAFINA

10

18

NUR DINI ZULAIKHA

19

SITI MARIAM

10

20

ATHIRAH

10

10

21

NURUL ANIS ADILLA

22

SITI NUR SYAZIRA

10

23

NUR NAJWA AFIQAH

10

*24

NURUL FASEHAH

Murid KIA
Graf 2

Carta menunjukkan pencapaian murid sebelum dan selepas formula


DAVA RAWAT A2Z diperkenalkan

5.3 Tindakan yang dijalankan


Aktiviti 1:Menyebut Huruf : DAL VA RA WAU TA ALIF ZAL ZAI -Kad
Huruf
Guru telah menunjukkan kad huruf setiap huruf-huruf yang tidak
bersambung .Guru telah menyuruh murid menyebut huruf dengan mengikut
sebutan guru mengikut kumpulan jantina setiap kumpulan berulang kali. Guru
juga telah meminta beberapa orang murid mengetuai murid -murid yang lain
untuk menyebut huruf demi huruf yang ditunjukkan secara bergilir.Di samping
itu, beberapa orang murid telah dipilih untuk mempamerkan kad huruf

,manakala murid-murid yang lain akan menyebut huruf-huruf yang


dipamerkan berulang kali.Guru juga menerangkan bahawa huruf-huruf yang
disebutkan itu adalah merupakan huruf yang tidak boleh disambung
selepasnya.

Guru menunjukkan kad huruf untuk disebut oleh murid

Murid-murid menyebut huruf-huruf secara bergilir


Pemerhatian Aktiviti 1:
Murid-murid memberi respon yang sangat baik untuk menjadi ketua semasa
menyebut huruf-huruf. Mereka aktif mengangkat tangan untuk mengambil
bahagian sebagai ketua dalam menyebut huruf yang dipamerkan.Manakala
murid lain turut menyebut huruf-huruf yang disebut oleh ketua dengan baik.

Refleksi Aktiviti 1:
Semua murid dapat menyebut huruf-huruf yang ditunjukkan dengan baik.Guru
dapati kaedah ini amat menyeronokkan murid dan berkesan.

Aktiviti 2:

Menghafal Formula : DAVA RAWAT A2Z

Guru telah menyebut DAVA RAWAT A2Z secara berintonasi, seolah-olah


membaca satu ayat. Guru juga menerangkan maksud dan pengertian DAVA
RAWAT A2Z ,iaitu Da mewakili huruf dal, masing-masing huruf Va,
Ra,Wau,Ta marbutah, Alif dan dua( two ) Z membawa maksud Zal dan Zai.
Guru telah meminta setiap murid menghafal formula secara
berintonasi.Setelah murid bersedia ,mereka diuji untuk menyebut formula
seorang demi seorang.

Pemerhatian Aktiviti 2:
Murid-murid bersungguh-sungguh menghafal DAVA RAWAT A2Z secara
berintonasi. Beberapa orang murid berdialog dengan rakan menggunakan
formula ini dengan pelbagai intonasi,iaitu intonasi ayat tanya dan ayat
penyata.Mereka begitu teruja dengan aktiviti ini.Keadaan agak riuh. Dengan
mudah mereka telah dapat mengingat formula ini.
Refleksi Aktiviti 2:
Seramai 23 orang murid dapat menghafal DAVA RAWAT A2Z dengan baik
dalam masa 2 minit sahaja,manakala seorang murid yang terdiri dari murid
KIA telah mencuba sedaya upaya untuk menyebut formula, namun ia perlu
dibantu oleh guru untuk menyebut DAVA RAWAT A2Z .

Guru sedang membimbing seorang murid KIA untuk menyebut DAVA RAWAT
A2Z

Aktiviti 3:

Penilaian / Ujian bertulis

Guru telah mengedarkan soalan bertulis yang mengandungi sepuluh soalan


subjektif kepada 24 orang murid responden. Mereka dikehendaki
menyambung huruf-huruf tunggal supaya menjadi perkataan yang ditulis
dengan betul. Soalan bertulis itu pernah dijawab oleh mereka sebelum
diperkenalkan formula.
Rujuk lampiran 1.

Guru sedang mengedarkan lembaran latihan untuk dijawab oleh murid

Murid-murid sedang tekun menjawab latihan yang diberi


Pemerhatian Aktiviti 3:
Beberapa orang murid tersenyum melihat kertas soalan yang diberi kerana
soalan itu pernah dijawab oleh mereka. Namun pada murid yang sederhana
dan lemah, mereka tidak menyedari bahawa soalan tersebut pernah dijawab
oleh mereka. Pada keseluruhannya murid sangat tekun menjawab soalansoalan yang diberi.Terdapat juga murid yang cuba untuk bertanya dan
berbincang sesama mereka tentang soalan yang diberi.
Refleksi Aktiviti 3:
Keseluruhan murid mempunyai kemajuan .Murid berasa bangga dengan
penguasaan yang diperolehi.Seramai 23 daripada 24 orang murid telah
menunjukkan perubahan berbanding sebelum didedahkan DAVA RAWAT A2Z.
Graf 3 menunjukkan murid yang mempunyai peningkatan dan tiada
peningkatan

5.4Penilaian
Berdasarkan maklumat ujian pra dan ujian pasca, didapati kajian tindakan
yang dijalankan ini telah memberikan impak yang agak baik dalam membantu
murid-murid meningkatkan penguasaan penulisan dan pembacaan jawi. Hasil
dapatan daripada kajian tindakan ini telah menunjukkan peningkatan muridmurid dalam ujian PKBS 2.
Berikut adalah pencapaian dalam ujian sebelum dan selepas
pendedahan.
BIL

NAMA

MARKAH
SEBELUM

MARKAH
SELEPAS

M.RIEZMAN HAFIZ

62

84

M.IRFAN

44

58

M.EKHMAL

48

59

M.TARMIZI

48

70

M.QAYYUM

44

50

M.FAHIM AZIM

78

90

M.NUR NAJMI

22

26

M.FAIZ

92

98

M.AIMAN HAQEM

56

61

10

M.AMSYAR HASIF

56

62

11

M.AMIR

76

80

12

M.NAJMI

85

94

13

YASMIN BAITI

87

92

14

ZULAIKHA

80

82

15

SITI AISYAH

78

84

16

NUR AISYAH SYAZWANI

54

80

17

NUR SYARAFINA

85

98

18

NUR DINI ZULAIKHA

60

63

19

SITI MARIAM

52

78

20

ATHIRAH

84

88

21

NURUL ANIS ADILLA

46

56

22

SITI NUR SYAZIRA

84

92

23

NUR NAJWA AFIQAH

80

88

*24

NURUL FASEHAH

14

20

Murid KIA
5.5Refleksi Kajian
Hasil daripada kajian yang telah dijalankan , guru mendapati bahawa formula
DAVA RAWAT A2Z telah berjaya membantu meningkatkan keupayaan murid
dalam kemahiran membaca dan menulis Jawi . Saya berasa puas hati apabila
usaha yang saya jalankan membuahkan hasil 100% terhadap sasaran saya.
Murid juga telah cekap membaca dan menulis jawi ketika pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.

6.

Cadangan untuk kajian seterusnya

Berdasarkan pencapaian murid setelah diperkenalkan formula DAVA RAWAT


A2Z kepada responden begitu memberangsangkan, saya telah berbincang
dengan guru-guru Pendidikan Agama Islam di sekolah saya untuk mengkaji
pula bagaimana cara yang sesuai untuk menjadikan murid lancar membaca
Jawi. Kami akan merancang apakah pendekatan yang harus kami lakukan
untuk mencapai matlamat tersebut.

7.

Rujukan

Zarina Binti Mahyuddin,Rasimah Binti Idrus,(2005).Pelajaran Jawi Tahun


2,DBP,Kuala Lumpur.
Matlob,(2003),Modul Cekap Jawi :Pandai Jawi Pandai Khat,Penerbitan
Matlob,Kuala Lumpur.
Buku Tinta Dikara Masalah Pengajaran dan Pembelajaran oleh Jabatan
Pelajaran Kedah dan Majlis Guru Cemerlang Kedah,Kedah.

You might also like