Refleksi Penghasilan Teks Pengacaraan

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

REFLEKSI PENGHASILAN TEKS PENGACARAAN MAJLIS

DAN TEKS UCAPAN PERASMIAN

Pengacaraan majlis merupakan satu bidang sosial yang mempunyai nilai disiplin
yang sangat tinggi. Pengaplikasian unsur-unsur protokol menyebabkan pengacaraan
majlis menjadi perkara yang sukar bagi sesetengah orang. Penyediaan teks
pengacaraan sesebuah majlis juga agak sukar dilakukan. Apatah lagi kerja
melaksanakannya.
Secara umumnya, tidak semua orang

boleh untuk menjadi pengacara atau

pengerusi majlis. Bahkan, tidak ramai pula di kalangan mereka itu yang mampu menjadi
pengacara atau pengerusi majlis yang baik dan berjaya. Mereka yang ingin menjadi
seorang pengacara yang baik perlulah mempunyai kriteria-kriteria tertentu. Antara
kriteria yang diperlukan sebagai seorang pengacara majlis ialah mempunyai suara yang
baik, seorang yang cergas, tidak berdarah gemuruh dan sebagainya.
Penulis merasakan bahawa menyediakan teks pengacaraan majlis rasmi ini
memerlukan rujukan yang sangat rapi dan proses penyediaan yang sangat teliti
memandangkan banyak perkara yang perlu diambilkira. Kata alu-aluan, kata-kata
sapaan, gelaran, jawatan dan sebagainya adalah perlu berada pada tempat dan masa
yang bersesuaian.
Seorang pengacara majlis yang baik ialah pengacara yang menyediakan teks
mengikut tunas-tunas protokol yang betul dan sesuai mengikut sesuatu majlis.
Kekemasan dalam penyediaan teks akan menggambarkan peribadi sebenar seorang
pengacara itu. Selain daripada itu, pengacara majlis juga mempunyai tugas dan
tanggungjawab yang sangat penting untuk sesebuah majlis atau program yang akan
dikendalikannya. Ini kerana pengacara majlis merupakan nadi penggerak utama
sesebuah majlis tersebut.

25

Sepanjang

menyediakan

teks

pengacaraan

majlis

rasmi

ini,

penulis

sememangnya menghadapi sedikit masalah dari aspek mencari bahan sumber. Penulis
menghadapi sedikit masalah mencari rujukan berasaskan buku memandangkan
perpustakaan awam di kawasan penulis tidak mempunyai banyak buku dan majalah
yang disediakan untuk rujukan penyediaan teks pengacaraan majlis rasmi. Namun,
setelah mencari, penulis berjaya menemui beberapa rujukan berasaskan buku dan
majalah yang dapat penulis gunakan untuk menghasilkan teks pengacaraan majlis dan
teks ucapan perasmian. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa internet juga
antara rujukan utama penulis selain bahan-bahan berasaskan buku dan majalah.
Terdapat banyak sumber-sumber rujukan di internet hasil nukilan blogger-blogger yang
mempunyai pengalaman yang luas sama ada dalam bidang pengacaraan majlis itu
sendiri atau mempunyai pengalaman dalam bidang penyediaan teks pengacaraan.
Setentunya langkah pertama yang diambil penulis untuk menyediakan teks ini
iaitu merujuk kepada guru senior yang sememangnya mempunyai pengalaman dalam
menyediakan teks pengacaraan. Walau bagaimanapun, teks ucapan perasmian jarang
disediakan. Penulis terpaksa menghasikan sendiri teks ucapan perasmian majlis rasmi
tersebut. Teks ucapan perasmian agak sukar untuk disediakan memandangkan penulis
berdua tidak pernah menyediakan sebarang teks ucapan perasmian yang perlu
berpegang kepada konsep ilmiah kerana tema majlis rasmi tersebut adalah berasaskan
ilmu pengetahuan.
Rujukan-rujukan berasaskan buku, internet, pengalaman penulis dan sumber di
sekolah sememangnya memberi sumbangan yang besar dalam kejayaan menghasilkan
teks pengacaraan majlis rasmi dan juga ucapan perasmian. Walaupun agak sukar pada
awalnya, di akhir penghasilan kerja kursus ini, penulis berdua dapati bahawa kerja buat
penghasilan teks ini adalah sesuatu yang menyeronokkan kerana kerja kursus seperti
ini memberi ilmu baru yang sangat praktikal untuk diamalkan pada masa hadapan.
Lebih-lebih lagi apabila ingin bergelar seorang guru dan pendidik yang berpengetahuan
luas dan serba boleh.

26

Ramai guru di sekolah penulis yang tidak mempunyai sebarang pengalaman


atau pengetahuan tentang bagaimana cara menyediakan teks pengacaraan majlis
rasmi dan cara mengendalikan majlis rasmi. Pengaplikasian protokol yang sukar
membuatkan semua guru berasa risau dan bimbang untuk menjalankan tugas sebagai
pengacara majlis. Kerja kursus ini secara langsung atau tidak langsung telah menjadi
batu asas kepada penulis untuk menjalankan tugas sebagai seorang pengacara majlis
atau orang yang menyediakan teks pengacaraan dalam sesuatu majlis yang diadakan
oleh pihak sekolah.
Tidak dapat dinafikan, pengucapan awam merupakan satu kemahiran yang
sangat penting bagi semua bidang kerjaya kerana komunikasi diperlukan dalam semua
bidang tugas. Lebih-lebih lagi dalam kerjaya yang berkaitan dengan pengurusan dan
kepimpinan. Selain dari itu, komunikasi juga sangat penting dalam kerjaya perguruan
dan pendidikan. Oleh yang demikian, setiap orang yang ingin bergelar guru mestilah
mempelajari teknik-teknik tertentu untuk menghasilkan teks ucapan yang berkesan
serta menjadi pengucap yang cemerlang dan berjaya. Ini kerana, tidak semua manusia
di dunia ini berkeupayaan untuk menyampaikan ucapan dengan baik dan berkesan.
Pengucapan awam yang berkesan bukanlah datangnya dari bakat semula jadi
seseorang individu tetapi ia adalah satu kemahiran yang boleh dan perlu dipelajari.
Sesuatu ucapan yang cemerlang juga bukan hanya sekadar wujud dari kesungguhan
dan kemahiran yang ada tetapi ia lahir dari ketulusan dan keikhlasan hati. Sebenarnya
apa yang terlintas di fikiran kita dan apa yang terniat oleh hati kita akan terserlah
melalui fizikal kita.
Kesimpulannya, ilmu dan pengetahuan yang penulis berdua dapati sepanjang
menyediakan teks pengacaraan dan teks ucapan perasmian majlis rasmi adalah sangat
banyak dan sangat bermanfaat. Kerja kursus ini juga secara tidak langsung telah
menimbulkan rasa minat dalam diri penulis untuk mengacarakan sesebuah majlis rasmi
pada masa hadapan. InsyaAllah.

27

You might also like