Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 60

1.

PENGENALAN
Dalam konteks Tanah Melayu atau British Malaya seperti yang disebut

oleh pihak penjajah, maka rakyat sedar bahawa mereka berada di belenggu
penjajahan British. Perlu ditegaskan bahawa semangat kebangsaan pada awal
kurun ke 20 itu wujud di kalangan orang melayu. Ini kerana sehingga perang
dunia ke-2, kaum-kaum cina dan india mempunyai kiblat taat setia yang tidak
serupa. Kiblat taat setia orang melayu ialah terhadap tanah melayu, taat setia
orang cina ialah terhadap negera cina dan taat setia orang india adalah terhadap
negara india. Maka orang melayu sahaja yang memikul tanggungjawab untuk
membebaskan tanah melayu daripada belenggu penjajah British pada tahaptahap awal.

Secara umumnya, gerakan kesedaran di Tanah Melayu timbul serentak


dengan permulaan Gerakan Reformis Islam di Tanah Melayu. Orang Melayu
mula sedar akan kemunduran mereka berbanding dengan kaum lain. Dalam
pembentukan
keganasan

dan

tidak

memerdekakan
dapat

dielakkan.

sesebuah
Di

negara

negara,
kita,

peperangan
Malaysia

dan

sebelum

kemerdekaan banyak berlaku keganasan demi untuk kemerdekaan. Semenjak


Melaka dijajah pada 24 ogos 1511, kita tidak dapat lari daripada melakukan
penentangan, pemberontakan dan keganasan untuk menghalau penjajah.
Tujuannya hanyalah satu, kebebasan atau kemerdekaan.
Bermulanya campur tangan British di Tanah Melayu sejak 1874, ia telah
memberikan pelbagai perubahan sama ada baik atau tidak. Hasil daripada
1

perubahan ini, ia telah menimbulkan kebangkitan di kalangan penduduk supaya


menantang British. Ia kemudiannya telah menggalakkan perkembangan
semangat kebangsaan dan semangat nasionalisme kepada masyarakat di Tanah
Melayu.

Menurut Walter Theimer dalam bukunya, Encyclopedia of World Politics ,


nasionalisme bermaksud satu sentimen kepuakan yang didasarkan atas ciri-ciri
bangsa

terutamanya

bahasa

dan

kebudayaan

dengan

kecenderungan

menekankan perbezaan antara satu bangsa dengan satu bangsa yang lain.
Secara ringkasnya, Sukarno pula menjelaskan bahawa nasionalisme ialah suatu
cita-cita yang mengingini untuk kebaikan bangsa. Nasionalisme menurut DBP
ialah perasaaan cintakan negara sendiri yang mendalam dan pergerakan untuk
mencapai kebebsan ekonomi dan politik daripada kuasa asing. Kesedaran
kebangsaaan pula yang berkaitan secara keseluruhan nasional semangat.

Nasionalisme

sebenarnya

boleh

didefinisikan

sentimen

kecintaan

terhadap sesebuah. Sentimen itu hanya ditumpukan kepada satu negara bangsa
sahaja yang dapat mendorong kepada keinginan untuk berjuang bagi
memebebaskan tanah air daripada cengkaman kuasa asing. Semangat
nasionalisme ini wujud hasil daripada keinginan unutk menebus maruah bangsa
serta membentuk nasib dan masa depan sesebuah bangsa dan Negara.
Nasionalisme juga ada kaitan dengan negara dan bangsa. Nasionalisme pada

umumnya bertujuan mewujudkan kebebasan individu dan negara daripada


cengkaman dan kongkongan pemerintah dan kuasa asing.

Intipati utama nasionalisme ialah mewujudkan kebebasan dan maruah


seseorang serta membentuk nasib dan masa depan sesebuah negara dan
bangsa. Dengan itu, nasionalisme bergerak ke arah pembentukan satu identiti
bangsa yang berbudaya tinggi. Menurut Karl Max, nasionalisme wujud apabila
sesuatu bangsa dijajah, maka di negara tersebut secara automatik akan lahir
dua golongan yang bertentangan, iaitu satu golongan yang menjajah (menindas)
dan satu lagi golongan yang terjajah (ditindas).

Mereka
mengekalkan

bertentangan
penjajahannya,

kerana

golongan

manakala

golongan

yang

menjajah

mahu

terjajah

mahu

yang

membebaskan diri daripadanya. Kebangkitan semangat kebangsaan di Tanah


Melayu tidak banyak berbeza dengan negara-negara lain di Asia. Cuma apa
yang membezakannya adalah dari segi corak gerakan kebangsaan itu.
Masyarakat di Tanah Melayu mempunyai beberapa aliran nasionalisme kerana
penduduknya berbilang kaum. Semangat nasionalisme dalam kalangan orang
melayu telah ada sejak campur tangan British pada tahun 1874.
Dengan adanya semangat nasionalisme, maka penguasaan penjajahan
ke atas negeri-negeri Melayu

tidak berlaku secara aman damai tetapi

sebaliknya ditentang oleh masyarakat tempatan. Penentangan ini dilakukan oleh


pejuang-pejuang Tanah Air seperti Dato Maharaja Lela, Dato Bahaman, Tok

Janggut,Haji

Abdul

Rahman

Limbong,

Mat

Salleh,

dan

lain-lain

lagi

mencerminkan penentangan rakyat tempatan terhadap kuasa asing di negara ini.

Namun

begitu,

penentangan

pembesar-pembesar

Melayu

gagal

membebaskan Tanah Air daripada belenggu penjajahan British kerana


penentangan pembesar tidak bersifat menyeluruh dan tidak mendapat sokongan
segenap lapisan masyarakat. Selain itu, setiap pembesar menentang sematamata untuk menjaga periuk nasi mereka daripada diancam oleh British. Mereka
juga kalah kerana tidak mempunyai pasukan tentera yang dilengkapi senjatasenjata moden berbanding kerajaan British. Kegagalan mereka tidak mematikan
semangat

nasionalisme

orang

Melayu,

sebaliknya

orang

Melayu

memendamkannya ibarat api dalam sekam. Pada abad ke-20, semangat


nasionalisme orang Melayu semakin bersemarak. Pasa peringkat ini, strategi
yang digunakan adalah berbeza.

Kesimpulannya, nasionalisme adalah satu fenomena sejagat yang


mengiktiraf hak setiap bangsa untuk menubuhkan negaranya sendiri ,
menengakkan kedaulatan rakyat dan menuntut kesetiaan ulung individu
disalurkan kepada negara bangsa itu. Keadaan tersebut digambarkan menerusi
perasaan cinta dan taat setia yang mendalam terhadap tanah air yang kemudian
mendorong kepada lahirnya keinginan dan keazaman untuk berjuang bagi

membebaskan tanah air daripada pemerintahan kuasa. Oleh itu, semangat untuk
mencapai kemerdekaan bagi

negara kita adalah penting agar kita dapat

bernaung dibawah tampuk pemerintahan sendiri dan bukannya dikuasai oleh


kuasa asing.

2.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN NASIONALISME


2.1 Faktor Luaran

Faktor yang mempengaruhi perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu


dapat dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu faktor dalaman dan juga
faktor luaran. Bagi faktor luaran, ianya merupakan peristiwa-peristiwa yang
tercetus di luar Tanah Melayu tetapi memberi kesan yang sangat besar kepada
perkembangan semangat nasionalisme orang Melayu di Tanah Melayu. Faktorfaktor luaran menjadi pemangkin untuk mempercepat kebangkitan semangat
nasionalisme orang Melayu.
5

Antara faktor luaran ialah Gerakan Pemulihan Islam di Mesir. Gerakan


Pemulihan Islam bermula di Mesir sejak tahun 1850. Konsep pan-islamisme
telah mula diutarakan oleh Syed Jamaluddin al-Afghani, seorang pemuda
reformis islam timur tengah yang radikal dan revolusioner pada akhir abad ke 19.
Gerakan ini dipimpin oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani sendiri dan Syeikh
Muhammad Abduh. Syeikh Muhammad Abduh dilahirkan di Mesir pada tahun
1829 dan mendapat ijazah dari Universiti al-Azhar. Beliau menjadi Mufti Besar
dari tahun 1899 hingga beliau meninggal dunia pada tahun 1905. Syeikh
Muhammad Abduh telah menyesuaikan prinsip-prinsip Islam menurut kehendak
azan moden, tetapi tidak terkeluar dari prinsip dan semangat agama Islam yang
sejati. Ajaran beliau adalah berdasarkan kepada ajaran Allah dan Rasul seperti
yang tercatit di dalam al-Quran dan al-Hadis. Yang disesuaikan ialah perkaraperkara dan hal-hal takwim serta pentafsiran Islam mengenai sesuatu pendapat
atau hukum di dalam al-Quran. Ajaran dan pandangan beliau di anggap baru,
prgresif dan revolusioner dan amat sesuai dengan zamannya.

Matlamat-matlamat Gerakan Pemulihan Islam ialah memperjuangkan


konsep Pan-Islamisme, iaitu penyatuan umat Islam di seluruh dunia. Selain itu,
gerakan ini turut bermatlamat untuk membebaskan agama Islam daripada
kepercayaan kolot dan ortodoks yang tiada kaitannya dengan ajaran Islam yang
sebenar.Antara lain ialah memulihkan agama Islam mengikut ajaran Islam yang
terkandung dalam al-Quran dan Hadith. Turut bermatlamat

untuk mencapai

kemajuan dalam bidang ekonomi dan sosial mengikut al-Quran dan Hadith dan
yang terakhir ialah membebaskan negara Islam dari pengaruh penjajahan Barat.
Pada masa itu juga, ramai orang melayu yang telah pergi ke luar negeri,
terutamanya ke timur tengah untuk mempelajari agama islam. Tidak kurang juga
yang pergi menunaikan fardhu haji. Perkembangan reformisme di timur tengah
itu

telah

mempengaruhi

kedua-dua

kumpulan

tersebut.

Mereka

mula

menyebarkan gagasan baru kepada masyrakat melayu berlandaskan agama


islam.

Konsep Gerakan Pemulihan Islam ini telah memberi ilham kepada pelajarpelajar Melayu yang menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir untuk berjuang di
negara sendiri. Pelajar-pelajar yang berpendidikan Arab dari Mesir pulang ke
Tanah Melayu dan menjadi pelopor Gerakan Islah-Islam. Mereka berusaha
menyatupadukan masyarakat melayu berdasarkan identiti agama islam. Tokohtokoh terkenal ialah Syed Sheikh Ahmad al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, Syeikh
Mohammad Salim al-Kalali dan Haji Abbass bin Mohammad Taha. Mereka
menyebarkan idea-idea Islam-Islamiah atau pemulihan agama Islam serta
konsep Pan-Islamisme di kalangan kaum Melayu menerusi majalah al-Imam.

Faktor kedua ialah Gerakan di Turki yang dapat dibahagikan kepada tiga
gerakan iaitu Gerakan Pan-Islam, Gerakan Khilafat dan Gerakan Turki Muda.

Bagi Gerakan Pan-Islam, ianya adalah satu gerakan untuk menyatukan umat
Islam di dunia di bawah Empayar Turki atau Empayar Uthmaniyah. Gerakan
Pan-Islam mahu menentang penjajahan Barat dan menghapuskan kepercayaan
kuno yang bertentangan dengan ajaran Islam. Empayar Turki ditubuhkan oleh
Usman pada tahun 1300. Ulama Syeikh Haji Wan Ahmad dari Pattani ingin
menyatukan Kelantan dan Pattani. Beliau ingin menentang Siam dan
menubuhkan Kerajaan Islam di bawah naungan Turki tetapi gagal. Pahang
mendapatkan bantuan Turki (1890-an) untuk menghalau British tetapi gagal.
Mehemet Kiamil Bey cuba mengembangkan pengaruh Pan-Islam di Johor tetapi
gagal. Semasa Perang Dunia Pertama, Turki dan Jerman berpakat menentang
kuasa Berikat.

Umat Islam di Tanah Melayu sangat menghormati Empayar Turki dan


segala perkembangan di Turki mempengaruhi mereka. Turki mengisytiharkan
peperangan jihad terhadap kuasa Berikat (Amerika Syarikat, Britain dan
Perancis). British cuba menyekat berita dari luar tetapi gagal. Masih ada berita
yang sampai ke Tanah Melayu melalui suratkhabar dan surat peribadi pejuangpejuang Pan-Islam. Pejuang Islam di Singapura, iaitu Kassim Ismail Mansur dan
Nur Alam Syah mempengaruhi dasar India yang beragama Islam melancarkan
dahagi. Askar-askar India diberikan keyakinan bahawa pakatan Jerman-Turki
akan menang dalam Perang Dunia Pertama. Pada bulan Februari, askar India
melancarkan dahagi di Singapura, tetapi dapat dihapuskan oleh askar British.

Askar-askar India berjaya membunuh lebih 40 orang British dan hampir berjaya
menakluki Singapura.

Bagi gerakan Khilafat pula, pakatan di antara Jerman-Turki tewas dalam


Perang Dunia Pertama. British cuba menguasai Turki. Orang Islam di India
membentuk Gerakan Khilafat untuk mengekalkan kuasa Turki dan sistem
Khilafat. Gerakan Khilafat yang ditubuhkan di Singapura dikawal rapi oleh British.
Yang terakhir sekali ialah Gerakan Turki Muda yang dipimpin oleh Mustapha
Kamal Attaturk yang bergerak untuk memodenkan Turki. Golongan Turki Muda
menyebarkan semangat kebangsaan di Turki. Turki diisytiharkan sebagai
Republik pada tahun 1923 dan sistem Khilafat dimansuhkan. Abdul Kadir Adabi
mengecam gerakan Turki Muda kerana memasuhkan sistem Khilafat. Golongan
Turki Muda dikatakan tidak mementingkan agama dan undang-undang Islam
dalam perkembangannya. Abdul Kadir Adabi atau Abdul Kadir bin Ahmad adalah
seorang penulis dari Kelantan. Akhbar Pengasoh, al-Ikhwan dan Saudara turut
menyiarkan tentangan terhadap Turki Muda.

Namun demikian, terdapat pandangan yang baik mengenai Turki Muda,


iaitu mereka membangkitkan semangat kebangsaan di Turki, ekonomi Turki
dikuasai semula oleh orang Turki dan bukan oleh orang Yahudi dan Kerajaan
Turki memberikan peluang yang luas kepada rakyat untuk menguasai bidang

ekonomi. Kegiatan Turki Muda memberikan perangsang kepada golongan Kaum


Muda di Tanah Melayu untuk menentang penguasaan British. Kaum Muda di
Tanah Melayu telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun
1938 untuk bergiat dalam politik.

Faktor luaran yang ketiga ialah pengaruh dari Jepun.Sejak tahun 1868,
Jepun muncul sebagai negara yang moden dan kuat. Pemimpin-pemimpin Meiji
seperti Maharaja Mutsushito telah memodenkan negara Jepun. Jepun
mengubahsuai teknologi Barat untuk kegunaannya. Jepun berjaya meniru teknologi
Barat, sekaligus membuktikan rakyat Asia bijak. Perkara ini telah mewujudkan Ilham
dan keazaman dalam jiwa rakyat Asia. Antara kemenangan Jepun terbesar ialah apabila
dapat mengalahkan Eropah. Kesan daripada kemenangan ini, orang Asia dan Melayu
mulai sedar akan kepentingan pelajaran, teknologi dan perpaduan. Faktor-faktor inilah
yang menjadikanr akyat kuat menentang penjajah. Dalam masa yang sama, ianya juga
memberi kesan kepada pemikiran tokoh-tokoh awal Tanah Melayu. Dalam peperangan

yang berlaku di antara Rusia dengan Jepun (1904-1905) menyaksikan Jepun


telah memperolehi kemenangan. Kejayaan ini telah memberi ilham dan
kesedaran kepada orang Asia termasuk orang melayu bahawa barat tidaklah
sekuat seperti yang digeruni oleh mereka. Perang tersebut telah membuktikan
bahawa, sesebuah negara tidak mengira saiznya, boleh menjadi kuat seperti
Jepun melalui kemajuan teknologi dan pendidikan.

10

Pada tahun 1907, seorang tokoh bernama Abdullah Abdul Rahman telah
menghasilkan karya berjudul 'Mataharai Memancar' (The Rising Sun) yang
menceritakan sejarah Jepun. Karya ini telah dialihbahasakan oleh beliau
daripada karya Mustafa Kamal dari Turki yang asalnya daripada bahasa arab.
Menurut Za'ba, karya ini telah berjaya merangsang pembaca serta menimbulkan
perasaan bangga dan harapan untuk membawa pembaharuan di timur dan ini
termasuklah kepada pembaca melayu. Masyarakat melayu mula percaya
bahawa dengan adanya teknologi dan pendidikan, mereka juga boleh
menghalau keluar orang British dari Tanah Melayu. Hakikat ini telah disedari oleh
golongan terpelajar di Tanah Melayu. Di antara mereka ialah Syed Sheikh alHadi yang mula menggalakkan orang melayu memajukan diri mereka dalam
aspek ekonomi dan sosial, melalui ajaran Islam. Perkembangan di Jepun
mengalahkan kuasa Rusia telah membawa kesedaran dan keyakinan bahawa
orang melayu juga boleh mempertahankan kepentingan mereka daripada terus
di tindas oleh pihak British. Selain itu, turut timbulnya
Kebangsaan China. Pada

Gerakan Kesedaran

tahun 1911 berlaku Revolusi China yang dipimpin oleh Dr.

Sun Yat Sen. Beliau telah berjaya menumbangkan kerajaan Manchu dan menubuhkan
sebuah negara republik China. Keadaan ini membangkitkan kesedaran rakyat Tanah
Melayu untuk menentang British.

Faktor luaran yang keempat pula merupakan pengaruh dari Indonesia.


Gerakan kemerdekaan rakyat Indonesia menentang pemerintahan Belanda telah
memberi semangat kepada golongan melayu yang inginkan pembebasan
11

daripada penjajahan British. Beberapa parti politik telah ditubuhkan ditubuhkan di


Indonesia. Antaranya ialah Sarekat Islam. Sarekat Dagang Islam diasaskan
oleh Raden Mas Tirtoadisoeryo pada tahun 1909. Nama Sarekat Dagang Islam
ditukar kepada Sarekat Islam pada tahun 1912. Sarekat Islam ialah parti politik
yang pertama di Indonesia. Pemimpin Sarekat Islam yang terkenal ialah Omar
Said Tjokroaminoto dan Agus Salim.

Agama Islam menjadi faktor utama menyatukan orang Islam di Indonesia


supaya menentang penjajah Belanda. Cawangan Sarekat Islam di Johor
ditubuhkan oleh Haji Ibrahim bin Sidin dari Singapura. Cawangan Sarekat Islam
di Johor tidak mendapat sambutan yang memuaskan. Penentangan terhadap
British di Terengganu (1928) dimulakan oleh Syarikatul Islam yang diketuai oleh
Sayid Muhammad dari Johor. Pertubuhan sulit ini berpengaruh kuat di Beserah
hingga ke Kemaman. Sayid Muhammad dipercayai ingin meluaskan cawangan
Sarekat Islam di Terengganu. Pengaruh Sarekat Islam tersebar ke Tanah Melayu
pada 1920-an melalui ceramah dan kelas agama oleh guru-guru agama dari
Sumatera.

Akhbar Sinaran Zaman dan Idaran Zaman yang diterbitkan oleh Syed
Syeikh al-Hadi menceritakan perjuangan Sarekat Islam. Syed Syeikh al-Hadi
mengambil Mohammad Yunus bin Abdul Hamid menjadi pengarang di

12

akhbarnya. Mohammad Yunus adalah ahli Sarekat Islam dan penerbit akhbar
Sinaran Zaman di Sumatera. Parti politik yang kedua pula ialah Parti Komunis
Indonesia (PKI). PKI diasaskan oleh Semaun, Tan Malaka dan Darsono pada
tahun 1920. Kebanyakan orang Melayu tidak menyertai PKI kerana ajaran
komunis yang bertentangan dengan agama Islam. Ahli-ahli PKI termasuk Tan
Malaka cuba menyebarkan fahaman komunis di Singapura tetapi tidak berhasil.
Tan Malaka berpendapat bahawa orang Melayu sukar dipengaruhi kerana
mereka

berfahaman

konservatif.

Sutan

Jenin

dari

Sumatera

dapat

mengembangkan pengaruh Komunis di Tanah Melayu pada tahun 1930-an. Yang


terakhir sekali ialah
Sukarno

dan

Parti Nasional Indonesia (PNI). PNI diasaskan oleh

Sartono

pada

tahun

1927.

Pemuda-pemuda

Indonesia

memperjuangkan kebebasan mereka melalui tulisan, pergerakan sosial dan


kebudayaan. Pelajar MPSI dipengaruhi oleh perjuangan PNI yang mengamalkan
dasar tidak bekerjasama dengan penjajah. Dasar tidak bekerjasama ini telah
diamalkan oleh pejuang nasionalis di India yang diketuai oleh Mahatma Gandhi.
PNI mengamalkan ideology yang menganjurkan revolusi untuk menggulingkan
kerajaan Belanda. Pengaruh dari luar yang tersebar melalui majalah dan akhbar
dapat membangkitkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu. Mereka
berjuang untuk memajukan bidang sosial, ekonomi dan politik orang Melayu.
Penduduk Tanah Melayu menguatkan semangat dan bersatu padu untuk
melepaskan diri daripada kuasa penjajah.

Faktor kelima adalah Gerakan Kesedaran Kebangsaan Filipina.

Jose

Rizal memimpin perjuangan rakyat Filipina menentang penjajahan Sepanyol.


13

Beliau telah menubuhkan Liga Filipina untuk memajukan orang Filipina dan
menuntut Sepanyol memberi layanan adil kepada rakyat. Melaului gerakan ini
juga telah member kesedaran kepada openduduk di Tanah Melayu untuk bangkit
dari terus dikuasai oleh kuasa asing.

Faktor terakhir adalah Gerakan Kesedaran Kebangsaan India. Gerakan ini


dipimpin oleh Mahatma Gandhi. Tujuan gerakan ini adalah untuk membebaskan
India daripada penjajahan British. Penduduk di Tanah Melayu juga turut
mempunyai keinginan yang sama iaitu ingin membebaskan diri daripada
penjajahan Brirish. Dengan itu, gerakan ini telah memberi semangat serta
kesedaran kepada penduduk Tanah Melayu untuk terus bangun dari penindasan
yang berleluasa di Negara sendiri.

Kesimpulannya, peranan pengaruh luar merupakan faktor penting


kebangkitan nasionalisme Melayu.

Akibatnya, timbul persatuan Melayu pada

tahap-tahap berlainan. Kemudiannya, Kongres Melayu Se Malaya diadakan


pada 9 Ogos 1939 bertujuan memupuk perpaduan di kalangan orang Melayu.
Antara lain ialah usaha persatuan-persatuan Melayu merintis jalan penubuhan
UMNO pada tahun 1946.

14

2.2 Faktor Dalaman

Faktor-faktor dalaman merupakan peristiwa-peristiwa yang tercetus di Tanah


Melayu dan memberi pengaruh yang sangat besar dalam membangkitkan dan
menyemarakkan semangat nsionalisme orang Melayu. Antara faktor dalaman ialah
agama. Pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, masyarakat Melayu
terutamanya yang tinggal di bandar-bandar berasa tidak puas hati dengan keadaan
ekonomi, sosial dan politik mereka. Mereka mulai sedar bahawa kedudukan ekonomi
dan sosial terancam sebab adanya masyarakat dari luar, iaitu kaum imigran seperti Cina
dan India. Oleh yang demikian, orang Melayu sedar bahawa mereka perlu bertindak
bagi membawa perkembangan ekonomi dan sosial ke atas masyarakat mereka supaya
tidak lagi mundur dalam bidang tersebut. Kesedaran ini telah melahirkan kumpulankumpulan kecil yang berpengaruh dalam masyarakat Melayu untuk memperjuangkan
kemajuan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan sosial.

Kesedaran ini melahirkan 3 golongan di bandar-bandar untuk memperjuangkan


kepentingan masyarakat Melayu pada awal abad ke-20. Antara ketiga-tiga golongan ini,
golongan yang berpendidikan Arab memainkan peranan penting dalam gerakan
Pemulihan Islam di kalangan masyarakat Melayu. Mereka berpendidikan Arab dan
melanjutkan pengajian Islam ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir. Golongan
berpendidikan Arab ini yang mula-mula sekali menyuarakan rasa tidak puas hati mereka
15

terhadap keadaan ekonomi dan sosial orang Melayu pada masa itu. Mereka dari
golongan ini hampir keseluruhannya memperoleh pelajaran dari Timur Tengah dan
terpengaruh dengan gerakan pemulihan yang berlaku di sana. Golongan ini menerima
pelajaran dan inspirasi dari gerakan pemulihan Islam moden dan gerakan PanIslamisme yang diasaskan pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 oleh
Imam Syeikh Muhammad Abduh dan Sayid Jamaluddin al-Afghani. Di antara penuntutpenuntut Melayu yang membawa pengaruh dari Timur Tengah ialah Syeikh Muhammad
Tahir bin Jalaluddin, Syed Syeikh Ahmad al-Hadi, Haji Abbass Muhammad Taha dan
Syeikh Mohammad Salim al-Kalali.

Sekembalinya dari Timur Tengah khasnya dari Mesir ke tanah air pada awal
abad ke-20, mereka telah berkhidmat dalam jabatan agama di negeri-negeri Melayu.
Oleh sebab fahaman mereka berkenaan ajaran agama Islam baru dan agak berlainan
dengan fahaman seperti kepercayaan bidaah dan khurafat yang sedia berakar umbi di
negeri-negeri Melayu, mereka mendapat tentangan daripada golongan ulama tua yang
kolok dan ortodoks. Golongan ortodoks ini memusuhi bukan setakat fahaman baru
dalam agama, tetapi juga memusuhi perjuangan nasionalisme Melayu yang dibawa dan
dirancang oleh revolusioner ini. Mengikut revolusioner ini, Islam memerlukan perubahan
dan penafsiran baru dan sesuai untuk menghadapi cabaran dunia yang menghadapi
perkembangan pesat.

16

Faktor kesedaran orang melayu tentang kemunduran mereka juga turut


menjadi punca dalaman kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu. Orang
melayu menjadi penduduk pribumi tetapi masih tertinggal jauh dalam bidang
ekonomi dan sosial. Walaupun ekonomi Tanah Melayu yang berasaskan getah
dan bijih timah berkembang pesat, tetapi orang mealyu tersisih daripada
kegiatan ekonomi komersial tersebut. Kegiatan ekonomi kapitalis dikuasai oleh
orang Cina dan pedagang-pedagang Eropah. Banyak ladang getah dan lombong
bjih timah dimiliki dan diusahakan oleh orang Eropah. Manakala orang cina pula
menguasai sektor ekonomi di kawasan Bandar seperti menjadi peniaga.

Keadaan ini mula disedari oleh peniaga-peniaga keturunan arab yang


tinggal di Negeri-Negeri Selat terutamanya Singapura. Dalam bidang pendidikan
pula, orang Melayu tertinggal jauh kerana system pendidikan melayu tidak
mempunyai nilai untuk meningkatkan taraf dan kedudukan orang melayu dalam
bidang

ekonomi.

Orang

melayu

mula

sedar

bahawa

mereka

perlu

mempertahankan hak mereka di Tanah Air sendiri apabila orang cina Peranakan
di Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu mendesak supaya
diberi hak yang sama dengan Melayu daripada kerajaan British. Orang Melayu
sedar permintaan orang Cina tersebut akan menggugat kedudukan mereka
sebagai penduduk pribumi. Situasi ini telah menyemarakkan semangat

17

nasionalisme orang melayu untuk mempertahankan kedudukan mereka di Tanah


Melayu.

Selain itu, rakyat juga menderita di negara sendiri akibat dijajah bangsa
asing. Kesengsaraan yang dialami oleh orang-orang Melayu dalam kehidupan
seharian dan penipuan yang dilakukan Jepun telah mendorong orang-orang
Melayu bangun dan mewujudkan organisasi anti-Jepun. Maka wujudlah askaraskar wataniah dan Force 136. Mereka akhirnya menjadi tulang belakang
kepada askar Melayu setelah negara mencapai kemerdekaan. Selain itu,
pemimpin organisasi ini juga telah menjadi orang-orang terpenting dalam
menegakkan nasionalisme Melayu seperti Kapten Hussin Onn. Penipuan dan
tingkah laku pemimpin Jepun dalam dolak dalik mereka untuk memberikan
kemerdekaan kepada Tanah Melayu merupakan satu seksaan batin kepada
pemimpin Melayu yang bekerjasama dengan Jepun. Dalam hal ini, ia semakin
menebalkan rasa benci dan meningkatkan kadar nasionalisme Melayu. Mereka
akhirnya memberikan kerjasama kepada organisasi-organisasi anti-Jepun
dengan membekalkan maklumat agar dapar mempertingkatkan keberkesanan
penentangan mereka. Selain itu, PETA boleh dikatakan menjadi duri dalam
daging kepada pentadbiran tentera Jepun.

18

Antara lain, dasar penjajahan Barat juga telah menimbulkan semangat


nasionalisme ke dalam jiwa penduduk Tanah melayu. Ketika penaklukan British
ke atas Tanah Melayu, Pihak British telah berpuas hati dengan kaedah
pengukuhan kuasa, pengaruh dan kedudukan ekonomi mereka di tanah melayu.
Pihak british kemudian telah memulakan proses menginstitusikan berbagai
bidang kerajaan yang merangkumi hampir semua aspek kehidupan politik,
ekonomi dan sosial. Usaha mencapai tujuan ini paling pesat dilakukan di negerinegeri melayu bersekutu.

Akibat daripada keadaan ini, institusi melayu tradisional dan elit melayu
tradisional mendapati diri mereka terpaksa mengambil peranan yang semakin
kecil dan hal ehwal kerajaan dan pentadbiran. Tambahan pula, pihak British telah
mula membawa masuk imigran cina dan india secara besar-besaran untuk
mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi yang masih belum diterokai oleh
masyarakat melayu dengan sepenuhnya. Keadaan menjadi lebih buruk
menjelang tahun 1921, dimana daripada jumlah 1320000 orang penduduk
negeri-negeri melayu bersekutu, 511000 adalah orang melayu, 495000 orang
cina dan 305000 orang india. Keadaan ini menyebabkan kaum pendatang mula
menguasai ekonomi di tanah melayu. Kaum melayu mulai sedar yang mereka
telah ketinggalan dalam pembangunan ekonomi dan sosial di mana orang bukan
melayu menjadi peserta yang kuat. Langkah-langkah yang di ambil oleh pihak
british ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan orang melayu,

19

kerana mereka sedar hak mereka sebagai rakyat pribumi sedikit demi sedikit
diambil alih oleh pihak pendatang dan kaum penjajah.

Faktor keempat ialah Bahasa dan kesusasteraan . Melalui faktor bahasa


dan kesusasteraan ini,tulisan Jawi telah diperkenalkan sebagai tulisan rasmi
Bahasa Melayu . Pengaruh Arab turut wujud hasil dari peranan golongan agama
dan bagi menggantikan penggunaaan tulisan rumi yang diperkenalkan penjajah.
Ini sebenarnya membayangkan kelunturan budaya Melayu dalam negara sendiri.
Antara lain ialah kewujudan sasterawan yang dilahirkan oleh sekolah-sekolah
Melayu dan MPSI. Dalam pada itu. bahasa Melayu sebenarnya semakin hilang
peranan dalam sistem pendidikan Inggeris dan Jepun. Ini dapat memperlihatkan
hilangnya kewibawaan dan pertuanan Melayu.Bahasa Melayu hanya digunakan
dalam Sekolah Melayu.

Jika dapat kita perhatikan, perbahasan dalam MMN dan MMP


menggunakan Bahasa Inggeris. Perkara ini pernah dibantah oleh Raja Chulan
akan kepinggiran Bahasa Melayu dalam bahasa undang-undang dan juga
penggunaannya dalam MMN dan MMP kerana wakil Melayu tiidak faham apakah
yang dibahaskan. Semua ini telah menyedarkan orang Melayu akan kepinggiran
bangsa dan bahasa Melayu. Jadi, gelanggang bagi orang Melayu melahirkan
ketidakpuasan melalui adalah karya sastera. Secara tidak langsung, dapat
memperkukuhkan perjuangan orang Melayu dalam meletakkan taraf bahasa

20

Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi negara selepas


merdeka. Dalam puisi Omar Mustaffa yang tersiar dalam Utusan Melayu
keluaran 18 Januari 1913 menggesa orang Melayu supaya rajin bekerja dan
jangan membiarkan kekayaan diambil oleh bangsa lain. Selain itu, terdapat juga
puisi lain seperti Sedarlah oleh Mahmud Ahmadi, Semenanjung oleh Harun
Aminurashid (1919), Seruan Kebangsaan oleh Melati Pahang (1937) yang
menggesa orang Melayu mencari ilmu dan Serunai Pujangga oleh Anum (1940)
yang menggesa orang Melayu bersikap berani dan sanggup berkorban.

Selain

puisi,

novel

juga

dikarangkan

untuk

membangkitkan

semangat

kebangsaan. Antaranya ialah Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Syeikh al-Hadi (1925)
yang mencadangkan wanita perlu diberi pendidikan, Melor Kuala Lumpur oleh Harun
Aminurashid (1930), Putera Gunung Tahan oleh Haji Muhammad yang mengecam
British melalui kisah lucu dengan tujuan memupuk semangat cinta akan negara, hidup
maju dan bebas daripada penjajahan dan Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Haji
Muhammad (1941) menyeru orang Melayu berjuang mencapai kemajuan.Cerpen
merupakan cerita pendek yang mempunyai masihat. Kebanyakan cerpen menyeru
rakyat bekerja untuk kemajuan dan kemerdekaan negara. Di antara cerpen yang
terkenal ialah Cerita Awang Putat oleh Abdul Rahim Kajai yang menyeru orang Melayu
supaya rajin bekerja; Anak Dibuat Demal, Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang dan
Siasat Yang Tiada Diminta yang ditulis oleh Shamsuddin Salleh; Rumah Besar Tiang
Sebatang oleh Ishak Haji Mahmud yang menyeru orang Melayu menbenci dan
menentang penjajahan British. Melalui cerpen yang disiarkan, para pembaca akan
mengetahui dasar perjuangan yang hendak disampaikan.
21

Antara kejayaan orang Melayu dalam bidang sastera pasa masa itu ialah
melahirkan para pejuang sastera dalam Asas 50 dan Asas 66. Penubuhan
persatuan yang memperjuangkan bahasa seperti PASPAM (berjuang bagi
menjadikan dan memperkasakan Bahasa Melayu seperti sebelum penjajahan )
turut diwujudkan. Antara kejayaan lain adalah penubuhan Dewan Bahasa dan
Pustaka yang berperanan sebagai pembina dan pengembang bahasa Melayu
dan alat penyatuan bangsa. Ini dapat menyumbang

ke arah pembentukan

bangsa Melayu melalui penggunaan Bahasa Melayu . Dengan itu, Melayu tidak
lagi berpecah dan dikenali dengan keturunan seperti Jawa, Banjar, Bugis dan
lain-lain.

Faktor keempat ialah system pendidikan.Terdapat sekolah-sekolah


pondok, madrasah, sekolah-sekolah melayu dan sekolah inggeris yang
disediakan bagi orang melayu. Sekolah-sekolah melayu telah mula dibuka di
kawasan-kawasan barat dan selatan tanah melayu sejak tahun 1880-an lagi.
Pada dasarnya, tujuan british bukanlah untuk melahirkan golongan cerdik pandai
dikalangan orang melayu. Mereka hanya ingin melihat anak-anak orang melayu
menjadi lebih pandai sedikit daripada ibubapa mereka. Yang belajar di sekolah
Inggeris pula ialah anak-anak golongan bangsawan yang ingin dijadikan oleh
orang British sebagai pegawai dan pentadbir bawahan sahaja. Oleh kerana
penyediaan sekolah-sekolah melayu oleh orang inggeris ini bukan satu yang
22

ikhlas, maka tidak terdapat buku-buku teks dan kurikulum yang sesuai. Maka
surat khabar melayu telah digunakan sebagai bahan pengajaran, umpamanya
'jawi peranakan', 'khizanah al-ilmu' dan taman pengetahuan. R. J. Wilkonson
selaku penyelia sekolah-sekolah (1877-1895) mendapati bahawa surat khabar
melayu bersama pendidikan secara amnya, telah menyumbngkan terhadap
kemajuan intelek dan material orang melayu. Pendedahan kepada dunia luar
melalui surat khabar, telah membuka mata orang melayu, terutamanya generesai
muda terhadap isu-isu yang mempengaruhi orang melayu.

Di samping itu, pendidikan agama yang dijalankan di sekolah-sekolah


pondok dan madrasah telah mendapat sambutan hebat penduduk tempatan.
Melalui sistem pendidikan ini, mereka dapat mempertahankan nilai-nilai
keislaman semasa kemasukan kuasa british dan kemasukan kaum imigran.
Namun demikian sekolah-sekolah seumpama ini kurang memainkan peranan
untuk menanan semangat kebangsaan pada tahap-tahap awal. Walau
bagaimanapun, menjelang tahun 1900, bila islam memasuki era reformasi, maka
barulah sekolah-sekolah pondok dan madrasah telah membuka minda kaum
melayu terhadap masalah-masalah politik yang dihadapi oleh mereka di tanah
melayu. Sukatan dan dasar yang tidak selaras membangkitkan rasa tidak puas
hati orang Melayu terhadap layanan Inggeris.Kesimpulannya, perkembangan
pendidikan, terutamanya pendidikan melayu telah memainkan peranan penting
dalam kesedaran kebangsaan di kalangan orang melayu.

23

Selain itu, kemunculan golongan intelektual juga antara faktor dalaman


kebangkitan semangat nasionalisme. Mereka terpengaruh dengan idea-idea dan
falsafah politik demokrasi, liberalisme, sistem parlimen, perlembagaan dan
nasionalisme. Sistem pendidikan yang sama antara penduduk juga memberikan
peluang

orang-orang

Melayu

menerima

semangat

kebangsaan.

Jika

dibandingkan dengan sistem Inggeris, mereka tidak memberikan peluang yang


sama. Orang-orang Melayu tidak diajar secara akademik, tetapi hanya dalam
bidang kemahiran. Dalam zaman pendudukan Jepun sukatan yang diajarkan
meliputi bidang-bidang Matematik, Pertanian, Sains dan pelbagai subjek
akademik lain. Hal ini mendedahkan orang-orang Melayu kepada ilmu
pengetahuan. Guru-guru Melayu dihantar ke Jepun untuk menambahkan
pengetahuan berbahasa. Melalui kegiatan ini, ia sebenarnya menambahkan
intelek Melayu yang akhirnya dapat digunakan untuk mencetuskan semangat
dan kesedaran nasionalisme .

Antara golongan terpelajar seperti Raja Chulan, Eunos Abdullah dan Dato
Onn Jaafar. Dato Onn Jaafar dapat menyatukan persatuan-persatuan Melayu
dan menubuhkan UMNO bagi menentang Malayan Union. Beliau

berjuang

melalui akhbar Warta Malaya dan Lembaga Melayu dengan membuat bidasan
dan kritikan serta

mengadakan rapat umum. Ibrahim Yaakub pula adalah

pejuang MPSI yang telah menubuhkan Ikatan Pemuda Semenanjung bagi


mencetuskan ketidakpuasan hati layanan Inggeris terhadap soiso ekonomi orang
Melayu terutama dalam bidang pendidikan. Ahmad Boestaman adalah pejuang

24

KMM yang mencetuskan idea merdeka pada tahun 1939, tetapi tidak menerima
sambutan. Beliau memperjuangkan ketuanan Melayu dan perkembangan sosio
ekonomi serta politik Melayu.

Selain itu Dr. Buhanudin Al-Helmi juga antara golongan intelektual dan
merupakan pemimpin PKMM yang tidak sehaluan dengan Inggeris dan mencari
kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Sekolah-sekolah agama telah didirikan di
Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Di Negeri-negeri Melayu telah didirikan di
Teluk Intan (Perak), Kuala Terengganu (Terengganu) dan Muar (Johor). Sekolah
agama yang penting di Singapura ialah Madrasah al-Iqbal al-Islamiyah, di
Melaka ialah Madrasah al-Hadi dan Pulau Pinang ialah Madrasah al-Mashor.
Sistem persekolahan di sekolah itu mengikut sistem yang terdapat di Mesir dan
di Barat. Pelajar-pelajar yang menuntut di sekolah ini akan sedar akan
kelemahan mereka dalam agama Islam dan mereka didorong untuk berusaha
bersungguh-sungguh lagi supaya tidak keluar dari ajaran Islam yang sebenar.

Raja Chulan (Raja Dihilir) merupakan ahli Majlis Pusat

dan beliau

perjuangkan hak dan keistimewaan orang Melayu. Beliau juga mengenengahkan


isu kepinggiran Bahasa Melayu. Di samping itu, Maktab Melayu Kuala Kangsar
dan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) juga bertanggungjawab dalam
membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan penduduk. Guru-guru dari
MPSI telah menyedari masalah yang dihadapi oleh orang Melayu. Mereka

25

berazam untuk mengatasi masalah ini dan memperkenalkan satu generasi baru
orang Melayu yang akan membela bangsa dan negara mereka. Graduan MPSI
menubuhkan Persatuan Sastera Melayu pada tahun 1923 bagi menggalakkan
pertumbuhan sastera dan membangkitkan semangat nasionalisme .

Seterusnya, perkembangan media massa turut memainkan peranan yang


penting dalam gerakan kesedaran di Tanah Melayu. Idea nasionalisme lahir
melalui surat khabar, majalah, novel dan rencana.

Surat khabar digunakan

sebagai medan untuk menyedarkan masyarakat melayu terhadap keadaan


mereka di tanah air mereka sendiri. Satu daripada bahan bacaan terawal ialah
'pengetahuan bahasa', hasil karya raja Ali Haji yang disusun pada tahun 1858.
Karya ini membicarakan budaya melayu yang kian berubah akibat pengaruh
british dan imigran cina, disamping itu karya ini juga memperihatkan peri
pentingnya bahasa melayu dalam budaya masyarakat melayu seagai alat
menyatukan kaum melayu melalui satu identiti bahasa.Sebagai contoh, pada 23
Julai 1906, akhbar al-Imam telah diterbitkan di Singapura. Akhbar ini diterbitkan
oleh golongan kaum muda yang dipimpin oleh Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Tahir
Jalaluddin, Syeikh Mohammad Salim al-Kalali dan Haji Abbass Mohammad
Taha. Seruannya diteruskan oleh akhbar lain seperti Neracha, Tunas Melayu, alIslam, al-Ikhwan dan Pengasoh.
Selain itu, pada tahun 1939, akhbar Utusan Melayu telah diterbitkan.
Pengarang yang pertama ialah Rahim Kajai dan pengarang yang terkemuka pula
26

ialah Ishak Muhammad atau dikenali sebagai Pak Sako. Akhbar ini menjadi
lambang perpaduan dan kegigihan orang Melayu. Bangsa Melayu diminta
berusaha dengan gigih untuk kemajuan. Penerbitan Utusan Melayu turut
menerbitkan Utusan Zaman dan Mastika. Selain akhbar yang disebut di atas,
terdapat juga akhbar Warta Malaya (1930), Majlis (1935), Fajar Sarawak dan
sebagainya. Selain itu, kemunculan alat pencetak telah mencetuskan kesedaran
kebangsaan melalui penertbitan akbar, majalah & novel. Dalam masa yang
sama, muncul golongan wartawan yang komited dan sedar akan nasib
bangsanya. Golongan wartawan telah membangkitkan isu-isu kemunduran
masyarakat Melayu dalam semua aspek seperti sosial, pendidikan, ekonomi dan
politik.

Faktor terakhir adalah perkembangan sistem perhubungan.

Sistem

perhubungan yang telah dimajukan oleh pihak British adalah demi kepentingan
ekonomi mereka. Walau bagaimanapun ianya telah membantu menyelesaikan
halangan geografi di kalangan masyarakat melayu. Umpamanya, pada tahun
1910, terdapat lebih daripada 2400km jalanraya terturap. Sistem perhubungan ini
dapat membantu merentasi sikap kekampungan, kedaerahan dan kenegerian.
Masyarakat melayu tidak kira dari daerah atau negeri yang berlainan dapat
berhubung di antara satu sama lain. Keadaan ini secara tidak langsung dapat
menyatupadukan penduduk melayu, yang seterusnya mewujudkan identiti
kebangsaan.

Idea dan pemikiran pemimpin-pemimpin melayu yang

27

berjiwa kebangsaan tersebar dengan pantas kepada masyarakat di kawasan


perkampungan, melalui sistem perhubungan jalan raya dan jalan keretapi.

Kesimpulannya, faktor-faktor dalaman ini mempunyai peranan yang


tersendiri dalam membangkitkan semangat nasionalisme penduduk Tanah
Melayu. Cntohnya ialah agama, system pendidikan, kesedaran tentang
kemunduran orang melayu, bahasa dan kesusasteraan serta perkembangan
media massa, Jadi faktor-faktor inilah antara yang banyak membantu kearah
proses kemerdekaan rakyat.

3.0 ASAS PERJUANGAN DAN PERANAN YANG DIMAINKAN


3.1 Asas Perjuangan dan Peranan Majalah
Mengikut W.R. Roff, pergerakan nasionalisme Melayu dipimpin oleh 3
golongan elit yang mahu membawa perubahan kepada masyarakat melayu, ke
arah yang lebih baik. Kumpulan yang pertama ialah golongan reformis Islam
berpendidikan Arab yang ingin mengetengahkan islam sebagai jalan memajukan
28

keadaan orang melayu. Golongan ini dipengaruhi oleh reformasi islam yang
berlaku di timur tengah. Kumpulan kedua ialah

golongan inteligensia

berpendidikan Melayu, yang cuba menentang penjajahan dengan cara yang


lebih radikal. Kebanyakan mereka terdiri daripada guru dan wartawan. Kumpulan
elit melayu yang ketiga ialah golongan birokrasi berpendidikan, mereka terdiri
daripada kelompok pentadbir dan pegawai am dari kalangan bangsawan melayu.

Perkembangan nasionalisme boleh dibahagikan kepada dua tahap iaitu


Tahap Pertama dan Tahap Kedua.Tahap Pertama lebih kepada penentangan
masyarakat secara terbuka tetapi bersifat setempat & tidak berorganisasi.Faktorfaktor

yang

diketengahkan

ialah

isu-isu

kebudayaan,

agama,

&

hak

peribumi.Dipimpin oleh golongan pertengahan yang berpendidikan Barat & Asia


Barat dan lebih menekankan kesedaran politik. Orang Melayu menuntut hak-hak
mereka dikembalikan & taraf hidup mereka dibaiki. Namun pada tahap ini,
mereka tidak meminta kemerdekaan.
Bagi Tahap Kedua pula,Gerakan nasionalisme yang lebih radikal &
berorganisasi. Ini kerana kegagalan dalam sifatnya yang serdehana dalam tahap
pertama. Tahap ini dipimpin oleh golongan yang berpendidikan serta
berpengetahuan luas dalam bidang kebudayaan & ilmu pengetahuan Barat
supaya menyedari perubahan yang diperkenalkan oleh penjajah serta kesannya
terhadap bangsa & negara. Matlamat mereka ialah menuntut kemerdekaan &
membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat.

29

Terdapat empat motif bagi menggerakkan semangat nasionalisme.


Pertama ialah menentang dan cuba manghalau keluar pihak penjajah yang
dianggap membawa masuk unsur yang mengancam struktur politik dan identiti
budaya pribumi. Kedua ialah mewujudkan perpaduan di kalangan penduduk
pribumi. Ketiga ialah mengembalikan tamadun lama dan yang terakhir ialah
menegakkan kedaulatan dan kemerdekaan negara. Selain daripada asas
perjuangan yang diterangkan di atas, majalah turut memainkan peranan yang
penting dalam gerakan kesedaran di Tanah Melayu. Hakikatnya , majalah lebih
memfokuskan persoalan

untuk memajukan bangsa melalui rencana dan

puisi..Antara lain,ianya turut menyentuh isu-isu kemajuan bangsa dalam semua


aspek. Antara majalah yang diterbitkan ialah Majalah Guru,Pengasuh dan Bulan
Melayu. Dalam majalah guru yang telah dikarang oleh Muhammad Dato Muda
Linggi, Yusuf Ahmad dan Mohd Sidin Rashid, isu pendidikan anak-anak melayu
dan membaiki taraf hidup orang melayu telah dibangkitkan.

Semangat

cinta

akan Negara dan menentang penjajahan telah ditiupkan ke dalam jiwa orang
melayu. Majalah ini turut mewujudkan perpaduan dalam kalangan guru sebagai
pemimpin untuk memartabatkan bahasa . Secara tidak langsung majalah ini
dapat memajukan bahasa dan sastera melayu. Majalah pengasuh yang dikarang
oleh Dato Nik Mohamad pula telah membangkitkan isu seperti memperluas ilmu
dalam semua bidang dan menggesa orang melayu menjauhi sifat buruk. Majalah
ini turut membincangkan soal pentafsiran Islam yang progresif bagi kemajuan
ummah serta memberikan penafsiran kepada persoalan orang islam . Antara lain
ialah menggalakkan pendidikan di kalangan orang melayu.

30

Sebaliknya, Bulan Melayu yang dikarang oleh Zainon Sulaiman telah


membangkitkan isu tentang mendorong wanita menjaga kesopanan dengan
nilai-nilai islam dan budaya timur dan menggalakkan wanita menjadi obor untuk
memajukan bangsa. Secara tidak langsung dapat menggalakkan golongan
wanita mendapat pendidikan tinggi unutk kemajuan diri. Majalah ini

juga

menggalakkan perpaduan di kalangan guru perempuan Melayu Johor . Novel


juga turut memainkan peranan yang hampir sama dengan majalah. Sebagai
contoh ialah novel

Keris Melaka. Isu yang dibangkitkan ialah isu menanam

semangat perjuangan menentang penjajah dan menggunakan sejarah sebagai


inspirasi perjuangan. Bagi novel

Anak Mat Lela Gila pula lebih kepada

menghargai warisan bangsa. Berlainan dengan novel Melor Kuala Lumpur,novel


ini mengisarkan tentang kebanggaan dengan pencapaian dan kebolehan sendiri.
Bagi novel Putera Gunung Tahan, ianya mengisahkan emansipasi wanita.

Kesimpulannya, asas perjuangan adalah titik tolak kebangkitan rakyat


dalam melalui proses mencapai kemerdekaan. Bermula dari asas perjuangan
inilah mereka semakin bersemangat untuk terus bangun tanpa menoleh ke
belakang. Dengan dibantu oleh peranan yang dimainkan oleh majalah, rakyat
menjadi semakin kuat dan saling bantu-membantu dalam usaha murni untuk
keluar dari kepompong penjajah asing.

31

3.2 Peranan Akhbar

Akhbar memainkan peranan penting dalam kebangkitan nasionalisme.


Penulis akhbar di tanah melayu pada masa itu telah mengkritik dasar British
yang menekan orang melayu. Persoalan tentang pendidikan,ekonomi dan politik
telah dibangkitkan di dalam akhbar. Isu-isu yang dibangkitkan ialah memajukan
pendidikan orang melayu dan memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa
rasmi dalam urusan British. Dari segi ekonomi,mereka meminta supaya British
mengurangkan kadar kemasukan orang dagang. Dari segi politik,mereka

32

menyeru orang melayu bersatu dan mengkritik British kerana mengurangkan


kuasa raja-raja melayu. Antara lain,turut terdapat tulisan Zaaba di dalam Al-Imam
dan Mohd. Eunos Abdullah, yang menjadi penyunting Utusan Melayu versi
sisipan akhbar Inggeris Free Press. Tulisan-tulisan itu membawa aliran menyeru
orang Melayu supaya bersatu dan membina jati diri masing-masing. Aliran itu
cepat meninggalkan kesan di hati umat Melayu yang sebelumnya terlowong
kosong.

Utusan Melayu versi sisipan itu misalnya, dengan cepat menjadi bahan
bacaan di kedai-kedai kopi, dan ianya dibaca dengan kuat. Tujuannya tentulah
supaya isi yang dibaca itu dapat dikongsi oleh semua Melayu lain yang
mendengarnya. Aliran kesedaran itu bertapak semakin kukuh pada sekitar tahun
1930-an. Banyak tulisan-tulisan Ibrahim Yaakob menyebut bahawa pada dekad
itulah orang Melayu mula sedar akan ancaman yang dibawa oleh pendatangpendatang asing terhadap hak mereka. Pada waktu itu jugalah perasaan
membenci pada orang asing mula bertunas. Hasil daripada kesedaran itu
muncullah seorang demi seorang nasionalis Melayu, yang kebanyakannya terdiri
daripada kalangan ulama dan mereka yang terlibat dalam bidang persuratan dan
persuratkhabaran. Melalui nasionalis-nasionalis awal ini semangat kebangsaan
mula tersebar. Melalui mereka Melayu mula sedar bahawa mereka berada di
suatu garisan yang menuntut kebangkitan segera. Waktu itu mereka seakan
tidak mempunyai pilihan lagi selain daripada bangun berdiri atau terus lena dan

33

dipijak lumat. Seruan-seruan yang mengajak Melayu bersatu muncul dengan


banyaknya.

Pada 23 Julai 1906, akhbar al-Imam telah diterbitkan di Singapura. Akhbar


ini diterbitkan oleh golongan kaum muda yang dipimpin oleh Syed Syeikh alHadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, Syeikh Mohammad Salim al-Kalali dan Haji
Abbass Mohammad Taha. Akhbar ini diterbitkan dengan tujuan menyampaikan
pandangan dan fikiran baru mengenai agama Islam untuk kemajuan masyarakat
di samping membangkitkan kesedaran orang Melayu mengenai kemunduran dan
menggesa mereka supaya berusaha mencapai kemajuan sosial dan ekonomi.
Akhbar ini ditamatkan pada tahun 1908 selepas 31 keluaran bulanan. Seruannya
diteruskan oleh akhbar lain seperti Neracha, Tunas Melayu, al-Islam, al-Ikhwan
dan Pengasoh. Al-Ikhwan diterbitkan dan dikarang oleh Syed Syeikh al-Hadi
sendiri. Ia diterbitkan dari tahun 1926 hingga tahun 1931. Al-Ikhwan benar-benar
menyarankan pembaharuan agama Islam. Ia telah meneruskan perjuangan alImam. Al-Ikhwan mempunyai banyak persamaan dengan al-Imam bukan sahaja
dalam cara penulisan dan isi kandungannya malah hingga menyiarkan beberapa
rencana yang pernah tersiar dalam al-Imam, seperti taksiran al-Quran dan
sejarah Islam.

Saudara pula mula diterbitkan pada tahun 1928. Tokoh utama akhbar ini
ialah Syed Syeikh al-Hadi juga. Akhbar ini meneruskan seruan menyeru rakyat
memajukan diri. Majlis mula diterbitkan pada tahun 1935 dan tokoh utama

34

akhbar ini ialah Abdul Rahim Kajai. Akhbar ini merupakan akhbar kebangsaan
yang pertama dan kandungan akhbar ini ditujukan kepada desakan kepada
Inggeris melindungi hak orang Melayu. Warta Malaya iaitu sebuah akhbar yang
memberi kesedaran kepada orang Melayu untuk maju dan ia mengecam dasardasar Inggeris yang tidak memberi perhatian kepada kehidupan orang Melayu.

Selain itu, pada tahun 1939, akhbar Utusan Melayu telah diterbitkan.
Pengarang yang pertama ialah Rahim Kajai dan pengarang yang terkemuka pula
ialah Ishak Muhammad atau dikenali sebagai Pak Sako. Akhbar ini menjadi
lambang perpaduan dan kegigihan orang Melayu. Bangsa Melayu diminta
berusaha dengan gigih untuk kemajuan. Penerbitan Utusan Melayu turut
menerbitkan Utusan Zaman dan Mastika. Selain itu, Warta Sarawak merupakan
lambang kesedaran dan kebangkitan semangat kebangsaan masyarakat Melayu
di Sarawak . Antara lain akhbar ini mendesak kerajaan supaya meningkatkan
taraf pendidikan orang Melayu dan menyeru kepada orang Melayu supaya tidak
menjual tanah dan bergiat dalam bidang perniagaan.Selain akhbar yang disebut,
terdapat juga akhbar Warta Malaya (1930), Majlis (1935), Fajar Sarawak
Lembaga

Malaya,Majlis

dan

sebagainya.

Syarikat-syarikat

akhbar

bagi

menyebarkan berita dalam bahasa Melayu juga ditubuhkan. Contohnya ialah


Jawi Standard , Cahaya Pulau Pinang dan Tanjong Penegeri yang diterbitkan
pada 1900 di Pulau Pinang. Bagi Jawi Peranakan

pada tahun 1876 ialah

Nujumul Fajar, Shamsul Kamar, Sekolah Melayu, Bintang Timor, Warta Melayu
di Singapura, Seri Perak dan Jajahan Melayu di Perak, Khizanah Ilmu dan
Taman Pengetahuan
35

Terdapat juga akhbar Orang Cina. Orang Cina terbitkan akhbar sebelum
Perang Dunia II. Antaranya akhbar Lat Pau, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit
Poh dan Modern Daily News. Pada tahun 1881 akhbar Lat Pau telah diterbitkan.
Ianya melaporkan tentang kegiatan sosial dan ekonomi orang Cina di Tanah
Melayu. Ianya juga menyiarkan peristiwa yang berlaku di negara China. Terdapat
juga akhbar berbahasa Melayu yang diterbitkan oleh masyarakat Cina
Peranakan (Baba dan Nyonya). Antaranya akhbar Surat Khabar Peranakan,
Bintang Timor, Khabar Uchapan Baru dan Bintang Pra Pranakan. Pada tahun
1884 akhbar Bintang Timor diterbitkan dan merupakan satu-satunya akhbar
berbahasa Melayu yang berani melaporkan berita pemberontakan Dato
Bahaman di Pahang.
Pada

tahun

1930

diterbitkan

akhbar

Bintang

Peranakan

yang

membicarakan hal ehwal masyarakat Cina peranakan yang menunjukkan taat


setia kepada British sebagai pemerintah Tanah Melayu. Turut tidak ketinggalan
ialah Akhbar Orang India . Akhbar yang diterbitkan ialah akhbar Ulaga Nesan,
Tamil Nesan dan Tamil Murasa. Pada 24 September 1924 akhbar Tamil Nesan
diterbitkan di Kuala Lumpur. Ianya melaporkan berita tentang kegiatan sosial
dan ekonomi orang India di Tanah Melayu dan juga peristiwa yang berlaku di
negara India. Terdapat

juga akhbar berbahasa Melayu diterbitkan oleh

masyarakat Jawi Peranakan. Antaranya ialah Jawi Peranakan, Sekola Melayu,


Taman Pengetahuan dan Tanjung Penagri. Pada tahun 1888 akhbar Sekolah
Melayu diterbitkan dan dijadikan bahan rujukan di sekolah Melayu.

36

Kesimpulannya,

akhbar

memegang

peranannya

tersendiri

dalam

membangkitkan semangat nasionalisme rakyat di Tanah Melayu. Penulis akhbar


di tanah melayu pada masa itu telah mengkritik dasar British yang menekan
orang melayu.

Persoalan tentang pendidikan,ekonomi dan politik telah

dibangkitkan di dalam akhbar. Oleh itu, kebijaksanaan rakyat pada masa dahulu
dengan menggunakan akhbar sebagai sumber untuk membangkitkan semangat
nasionalisme haruslah dikagumi dan dihargai.

3.3 Peranan Badan-Badan dan Kesatuan

Persatuan- persatuan yang dibentuk oleh orang melayu bermula pada


abad

ke-20.

Ianya

banyak

membincangkan

persoalan

ekonomi,pendidikan,bahasa sastera,perpaduan,dan pembelaan politik. Antara


persatuan yang aktif ialah Kesatuan Melayu Singapura (KMS), PASPAM,
Persatuan Negeri, KMM, dan Kongres Melayu. Di Singapura usaha-usaha untuk
membela nasib orang Melayu telah diperjuangkan oleh Mohammad Eunos
Abdullah, Tengku Abdullah Kadir dan Embuh Suluh. Dalam bulan Mei 1926,
mereka telah menubuhkan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang dianggotai
oleh golongan bangsawan, kakitangan kerajaan, wartawan dan peniaga . KMS
memperjuangkan kedudukan orang Melayu yang masih mundur dalam semua

37

bidang. Mohammad Eunos Abdullah menuntut agar kedudukan orang Melayu


yang sedikit bilangannya dilindungi.

Matlamat utama kesatuan ini ialah untuk menggalakkan orang Melayu


melibatkan diri dalam pemerintahan.Ia juga sebagai perantaraan antara orang Melayu
dengan penjajah Inggeris. Antara lain ialah menggalakkan orang Melayu menumpukan
perhatian terhadap negeri dan hak-hak mereka serta memajukan orang Melayu dalam
bidang siasah (politik) dan pelajaran. Ianya juga dapat menggalakkan orang Melayu
mendapat pelajaran tinggi dan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Selain itu,
turut menjadi perantaraan bagi orang Melayu menyuarakan kehendak mereka kepada
Kerajaan Negeri-negeri Selat dan menjaga kepentingan orang Melayu di Singapura.
KMS menggesa orang Melayu bersatu-padu dan bekerjasama demi kepentingan orang
Melayu. KMS berjaya mendesak Kerajaan Selat memberikan sebuah kawasan untuk
orang Melayu. Tanah kawasan itu seluas 251 hektar. Kawasan itu telah didirikan
Kampung Melayu. Selain itu, KMS juga mendesak Kerajaan Negeri Selat menubuhkan
Sekolah Pertukangan bagi orang Melayu pada tahun 1929. Kejayaan KMS di Singapura
adalah besar sehingga cawangan-cawangannya ditubuhkan di Pulau Pinang dan
Melaka dalam tahun 1937. Keseluruhannya, penubuhan KMS telah memberi ilham
kepada beberapa orang Melayu untuk memperjuangkan kebebasan dan kepentingan
orang Melayu.Bagi Kesatuan Melayu Singapura, Eunos tentulah merupakan presiden
pertubuhan politik Melayu yang pertama juga.

38

Bagaimanapun peranan Eunos dalam meniupkan semangat nasionalisme


tidaklah begitu ketara kerana oleh banyak kalangan, dia dianggap Melayu yang taat
pada Inggeris. Apa juga yang tersirat di sebalik usaha menubuhkan Kesatuan Melayu
Singapura, ia tetap merupakan langkah yang baik ke arah penyatuan Melayu. Dan
langkah itu meninggalkan kesan ke atas perjuangan Melayu. Walaubagaimanapun
perjuangan golongan sederhana itu tidak berasaskan kepada mana-mana pertubuhan
politik. Kegiatan yang bersifat sederhana itu telah mendapat perhatian dari pemerintah
Inggeris. Kesan perjuangan mereka telah terbukti dalam tahun-tahun 1930-an apabila
Gabenor Cecil Clementi Smith merangkap Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu
Bersekutu,

melaksanakan

rancangan

desentralisasi

yang

menunjukkan

sikap

menyebelahi Negeri-negeri Melayu dan orang Melayu.

Pada penggal kedua 1930-an muncul sebuah lagi organisasi tidak rasmi yang
menjadi tempat Melayu menghimpunkan suaranya. Persatuan Sahabat Pena Malaya
(PASPAM) telah ditubuhkan pada 7 April 1934. Dinamakan Sahabat Pena, organisasi itu
berjaya mengumpulkan belasan ribu ahli, yang kebanyakannya terdiri daripada anakanak Melayu dari Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah yang menyedari akan
pentingnya mempertahankan hak. Ianya dikendalikan oleh akhbar Saudara yang
menyediakan ruangan untuk ahli-ahlinya menulis, berkenalan dan bertukar pendapat
antara satu sama lain bagi memajukan diri sendiri dan bangsa.Secara tidak langsung
telah mengeratkan lagi perpaduan antara ahlinya. Kerana itulah organisasi ini telah
mendapat sambutan yang hangat daripada ahlinya. PASPAM Merupakan sebuah parti
yang menjadi asas kepada kesedaran perpaduan. Pada tahun 1939 Sahabat Pena
dikatakan mempunyai ahli lebih 12,000 orang - jumlah yang tidak boleh dipandang kecil
jika diambilkira latar belakang komunikasi pada waktu itu.
39

Kesedaran Melayu untuk bangkit dan bersatu itu bukanlah kerana


pendidikan dan bukan kerana ilmu. Majoriti Melayu tidak berpeluang menimba
ilmu sehingga mampu mencetuskan kesedaran sedemikian di jiwa mereka.
PASPAM merupakan pertubuhan Melayu yang pertama meliputi seluruh Tanah
Melayu. Pertubuhan ini membolehkan kaum Melayu dari seluruh negara bertemu
dan mencari penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh kaum
Melayu. Sebagai satu cara untuk menegaskan kesedaran orang Melayu
terhadap bahasanya, persatuan ini menganjurkan cogan kata Hidup Bahasa,
Hiduplah Bangsa. Pada bulan November 1934, PASPAM telah mengadakan
persidangan kebangsaannya yang pertama di Taiping. Persidangan ini
merupakan mesyuarat pertama di peringkat kebangsaan yang diadakan di
kalangan orang Melayu. Sungguhpun tiada sebarang keputusan tetap diambil
dalam persidangan tersebut tetapi ia merupakan pendorong yang membawa
kepada pertambahan anggotanya.

Persidangan seterusnya diadakan di Pulau Pinang, Singapura, Ipoh


dan SerembanMenjelang bulan Mei 1935, PASPAM mempunyai keahlian lebih
daripada 1000 orang di seluruh Tanah Melayu dan ini meningkat kepada hampir
10000 orang ahli menjelang pertengahan tahun 1937 dan seterusnya meningkat

40

lagi menjadi 12000 orang. Pemimpin-pemimpin utama PASPAM ialah Syed Alwi,
S.M. Zainal Abidin, Syeikh Abdullah al-Maghribi dan Hamidun bin Mohammad
Hashim. Walau bagaimanapun, menjelang tahun 1940 perpecahan telah berlaku
di kalangan pemimpin PASPAM kerana kebanyakan mereka tidak puas hati
terhadap pemimpin pusat Pulau Pinang yang terdiri daripada mereka yang
berketurunan Arab dan India Islam. Namun demikian, PASPAM telah memainkan
peranan penting dalam perkembangan nasionalisme Melayu.

Selain itu, pergolakan politik di Indonesia telah memberi perangsang


kepada pemimpin-pemimpin Melayu terutama yang bersifat radikal untuk bergiat
lebih aktif. Oleh sebab itu, pada awal tahun 1938, Ibrahim Yaacub dan Ishak Haji
Muhammad dengan bantuan Onan Haji Siraj, pensyarah Maktab Teknik Kuala
Lumpur,

Abdul

Karim

Rashid,

Hassan

Maran,dan

Haji

Othman

bin

Abdullah,Mustaffa Haji Hessein, pensyarah Pertanian Serdang, serta Ahmad


Boestamam telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda. di Kuala Lumpur.
Kebanyakan pemimpin-pemimpin ini adalah bekas penuntut MPSI. KMM
merupakan pertubuhan Melayu bersifat politik yang pertama di Tanah Melayu
serta bersifat radikal kerana mengamalkan dasar tidak bekerjasama dan
menyuarakan pertentangan secara terbuka terhadap British.Tujuan Penubuhan
KMM ialah

untuk menanamkan semangat perpaduan dan kesedaran di

kalangan orang Melayu serta mempertahankan hak.

41

Mereka juga berjuang membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan


British. Antara lain bercita-cita menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia
untuk mewujudkan Melayu Raya. Kebanyakan anggotanya terdiri daripada guru
lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI). Mereka mengadakan pakatan
sulit dengan Jepun untuk menentang British. KMM menerbitkan akhbar-akhbar
seperti Warta Malaya, Majlis untuk membangkitkan perasaan anti British dan
memperjuangkan cita-cita KMM. serta menyebarkan dasar tidak bekerjasama
sebagai matlamat perjuangannya. KMM juga mendapat sambutan baik dari
bekas pelajar Melayu yang menjadi guru sekolah Melayu dan guru dan penuntut
sekolah agama dari Madrasah al-Masyhor di Pulau Pinang dan dari Ilhaya
Assyariff di Gunung Semanggul, Perak selain mendapat sambutan baik bekas
penuntut MPSI. Hasil dari sokongan mereka, pergerakan KMM telah meluas dan
ia mempunyai pengaruh yang besar ke atas masyarakat Melayu.

Pada tahun 1940, beberapa cawangan KMM telah ditubuhkan di tiap-tiap


negeri. Di Selangor, ia dipimpin oleh Ahmad Boestamam, di Perak oleh Raja
Shariman, di Pulau Pinang oleh Puteh Badri, di Kedah oleh Muhammad Arif, di
Negeri Sembilan oleh Jaafar Sidek, di Melaka oleh Muhammad Isa, di Muar oleh
Haji Abdul Hamid Fadzil, di Batu Pahat oleh Illias Karim, di Singapura oleh Ishak
Haji Muhammad, di Pahang oleh Muhammad Yassin Salleh, di Terengganu oleh
Ibrahim Fikri, di Kelantan oleh Abdul Kadir Adabi dan di Petani oleh Abdul
Rasihd.

42

Pergerakan KMM yang bersifat anti penjajah dan tidak mahu bekerjasama
telah menimbulkan kebimbangan kepada pihak Inggeris. Pemerintahan Inggeris
bertambah curiga apabila melihatkan adanya hubungan rapat antara KMM
dengan pemimpin Indonesia terutama pemimpin komunis. KMM juga mendapat
bantahan daripada golongan yang berpendidikan Inggeris dan golongan
bawahan. Golongan berpendidikan Inggeris membantah KMM kerana KMM
bersikap anti birokrasi. Golongan bawahan membantah KMM pula disebabkan
mereka masih mengharapkan kepimpinan daripada sultan-sultan dan golongan
aristokrat yang dianggap sebagai pelindung masyarakat Melayu dan rakyat jelata
tidak tertarik dengan idea penyatuan Tanah Melayu dengan Indonesia. Ternyata
perjuangan KMM yang terlalu radikal tidak dipersetujui oleh beberapa pemimpin
KMM sendiri seperti Ishak Haji Muhammad. Beliau berpendapat KMM hendaklah
lebih memperjuangkan hak istimewa orang Melayu dalam pentadbiran, pelajaran
dan ekonomi supaya orang Melayu tidak tertindas oleh orang mendatang.Oleh
sebab kegiatan KMM dianggap telah membahayakan kedudukan Inggeris, maka
pada 1941, kira-kira 150 anggota KMM telah ditangkap oleh British dan
dipenjarakan di Singapura. Antaranya ialah Ibrahim Yaacub, Ishak Haji
Muhammad, Hassan Manan, Idrus Hakim, Sutan Jenin dan Ahmad Boestmam
yang akhirnya di bebaskan semasa pemerintahan Jepun. Akhirnya pada tahun
1942 KMM diharamkan oleh Jepun

43

Pada akhir tahun 1930-an banyak persatuan bersifat kenegerian


ditubuhkan seperti Persatuan Melayu Perak (1937), Persatuan Melayu Pahang
(1938), Persatuan Melayu Selangor (1938), Persatuan Melayu Negeri Sembilan
(1938), Persatuan Melayu Pulau Pinang (1937) dan Persatuan Melayu Kelantan
(1939). Lain-lain persatuan adalah seperti Persatuan Melayu Melaka (1937),
Persatuan Melayu Serawak (1939) dan Persatuan Melayu Johor (1939) . Tujuan
utama penubuhan persatuan-persatuan ini adalah untuk meningkatkan ekonomi
dan sosial orang Melayu. Persatuan-persatuan ini dianggotai oleh cerdik pandai
Melayu yang berpendidikan Inggeris dan berkhidmat dengan British manakala
perjuangan mereka bersifat sederhana. Mereka menunjukkan taat setia yang
kuat kepada Raja-Raja Melayu dan bekerjasama dengan British. Ini kerana
mereka dapat mendesak British memberi lebih banyak peluang kepada orang
Melayu dalam pentadbiran kerajaan. Untuk penjelasan yang lebih terperinci,
maklumat bagi setiap persatuan akan dihuraikan serba sedikit.

Persatuan Melayu Selangor ditubuhkan pada 5 Jun 1938 di Kuala Lumpur.


Pemimpin-pemimpin

utamanya

berasal

daripada

golongan

pemerintah

yang

kebanyakannya berpengetahuan Inggeris. Antaranya ialah Tengku Ismail bin Tengku


Mohammad Yassin, Raja Bon bin Raja Yahya, Raja Yaacob bin Raja Alang dan Raja
Uda bin Raja Mohammad. Pertubuhan ini bergerak sebagai sebuah pertubuhan politik.
Tujuan-tujuannya ialah untuk mendesak Kerajaan Inggeris supaya menambahkan
bilangan pegawai Melayu dalam Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor
dan memperbaiki taraf pendidikan,sosial dan kebajikan orang Melayu . Mereka meminta

44

agar memperuntukkan jawatan-jawatan penting seperti Pendaftar dan Penolong


Pendaftar Mahkamah tinggi untuk orang Melayu.Mereka turut mahu memperluaskan
peluang pendidikan di peringkat pengajian tinggi bagi orang Melayu.

Keanggotaan askar melayu juga mulai bertambah dan menubuhkan angkatan


laut dan udara Tanah Melayu. Persatuan ini juga telah membuat beberapa bantahan dan
permintaan terhadap Kerajaan Inggeris. Antaranya ialah membantah cadangan Inggeris
untuk menubuhkan sebuah universiti pada tahun 1938 kerana orang Melayu yang layak
memasuki universiti masih belum mencukupi.Kemudian, mereka turut membantah
Undang-undang Simpanan Tanah Melayu yang dianggap sebagai satu cara Kerajaan
Inggeris untuk menyekat kegiatan ekonomi orang Melayu.Selain itu, mereka juga
mendesak Kerajaan Inggeris supaya bilangan askar Melayu diperbesarkan lagi
sehingga menjadi 10 batalion dan sebuah angkatan udara dan laut Melayu ditubuhkan.
Dalam usaha menjalankan aktiviti-aktiviti ini, Persatuan Melayu Selangor telah
menumpukan taat setia kepada Raja-raja Melayu dan kepada pemerintahan Inggeris.

Selain itu, Kongres Melayu Se-Tanah Melayu yang diadakan pada tahun
1939 dan 1940 merupakan kemuncak kepada kesedaran orang melayu di mana
soal kemunduran orang melayu dalam pendidikan dan ekonomi telah
dibincangkan. Golongan intelek melayu banyak memberi sokongan selain
daripada akhbar-akhbar melayu. Pada tahun 1939 kongres yang pertama
diadakan di Kuala Lumpur. Ianya dianjurkan bersama oleh Kesatuan Melayu
Singapura dan Persatuan Melayu Selangor. Tujuan diadakan adalah untuk
45

mewujudkan

perpaduan

kebangsaan

di

kalangan

orang

Melayu

serta

membincangkan soal layanan pilih kasih British kepada anak negeri. Secara
tidak langsung mereka telah berjaya menghimpunkan wakil daripada semua
persatuan Melayu untuk berbincang memajukan bangsa Melayu. Pada tahun
1940 kongres kedua diadakan di Singapura. Perhimpunan kali ini mereka
berjaya menarik lebih banyak penyertaan persatuan Melayu termasuk dari
Sarawak

dan

Brunei.

Mereka

menyarankan

semua

persatuan

Melayu

memajukan orang Melayu di negeri masing-masing. Kongres ketiga tidak dapat


diadakan kerana Jepun telah menyerang Tanah Melayu pada tahun 1941 .
Kemuncak kesedaran kebangsaan orang melayu adalah ketika menjelang
Perang Dunia Kedua. Melalui kongres ini dapat menggambarkan perpaduan
antara

orang

melayu

yang

kuat

untuk

menyelesaikan

permasalahan

sosioekonomi dan politik mereka. Akhirnya,orang melayu dapat mengatasi


perasaan kenegerian yang memisahkan mereka selama ini.

Persatuan Melayu Perak pula ditubuhkan pada 18 September 1939 di Ipoh oleh
104 orang yang kebanyakannya terdiri daripada kakitangan kerajaan. Pemimpinpemimpin yang utama ialah Wan Mohammad Nur bin Wan Nasir dan Dr. S. Kassim.
Persatuan Melayu Perak merupakan sebuah pertubuhan yang bersifat sederhana. Ia
tidak mahu terlibat dalam bidang politik tetapi menumpukan perhatian terhadap
kegiatan untuk membaiki taraf sosial dan ekonomi orang Melayu di Perak. Tujuantujuan utama persatuan ini adalah untuk menggalakkan kerjasama antara ahliahli.Selain itu turut dapat meninggikan taraf pendidikan dan ekonomi orang Melayu
46

serta menggalakkan ahli-ahli melahirkan taat setia kepada kerajaan dan raja.Mereka
juga mengadakan kerjasama dengan kerajaan untuk memajukan kepentingan orang
Melayu.Sikap sederhana, dasar kerjasama serta sikap tidak mahu terlibat dalam hal
politik yang didukung oleh Persatuan Melayu Perak dikecam oleh akhbar Majlis. Akhbar
Majlis menyatakan bahawa Persatuan Melayu Perak yang tidak berbau politik tidak
dapat memperbaiki keadaan orang Melayu.

Bagi Persatuan Melayu Semenanjung pula, ianya ditubuhkan dalam tahun


1930,tetapi persatuan ini tidak mendapat sambutan kerana semangat kenegerian
yang terlalu kuat.

Persatuan Melayu Pahang pula

ditubuhkan pada bulan Mac 1938 di

bawah pimpinan Tengku Muhammad bin Sultan Ahmad, seorang kerabat raja.
Tujuan persatuan ini ialah untuk memperjuangkan kemajuan sosioekonomi orang
Melayu dan menyampaikan masalah orang Melayu kepada Kerajaan Inggeris.
Persatuan Melayu Negeri Sembilan telah ditubuhkan pada 9 September
1938. Pemimpin utamanya ialah Tengku Mohammad Nasir dan Raja Nordin bin
Haji Mohammad Tahir. Tujuan utama persatuan ini ialah untuk menjaga dan
memajukan kepentingan orang Melayu di Singapura.

Kemudiannya, Persatuan Melayu Kelantan ditubuhkan pada 20 April 1939.


Pemimpin utamanya ialah Nik Yahya bin Nik Daud, Haji Othman bin Tahir dan Ahmad
47

Ismail. Anggota-anggotanya terdiri daripada golongan kelas atasan yang berpendidikan


Inggeris. Tujuan utama persatuan ini ialah untuk menyatukan orang Melayu dan
berikhtiar memajukan keadaan ekonomi dan sosialnya.

Sebelum Perang Dunia II orang Cina dan India di Tanah Melayu lebih
menumpukan perhatian kepada keadaan yang berlaku di negara asal. Pada awal
kurun ke-20 terdapat beberapa pertubuhan orang Cina di Tanah Melayu seperti
Hsing Chong Hui dan Chung Ho Tang. Mereka ini menumpukan perhatian
kepada negara China. Terdapat juga orang Cina yang memberi perhatian kepada
politik tempatan terutama oleh orang-orang Cina yang lahir di Negeri-Negeri
Selat atau Cina Peranakan yang menjadi warganegara British. Pada tahun 1900
Persatuan Orang Cina Peranakan British telah ditubuhkan oleh orang Cina
Peranakan yang berpendidikan Inggeris. Antara tokoh-tokohnya ialah Tan Jiak
Kim, Lim Boon Keng, Song Ong Siang dan Seah Liang Seah

Presiden pertama persatuan ini ialah Tan Jiak Kim. Antara pengasas utama
persatuan ini ialah Lim Boon Keng. Tujuan penubuhannya untuk melindungi
kepentingan orang Cina Peranakan di Negeri-Negeri Selat. Selain itu juga
menggalakkan orang Cina Peranakan memperoleh pendidikan tinggi dan
teknikal . Mereka juga menunjukkan taat setia kepada British. Bagi orang Cina
yang dilahirkan di Tanah Melayu atau negeri Selat mereka menubuhkan Strait
Born Chinese British Association pada tahun 1949 untuk menunjukkan kesetiaan
mereka terhadap Tanah Melayu.Pemimpin utama persatuan ini ialah Tan Cheng

48

Lock.Beliau telah dilahirkan di Melaka serta berpendidikan Inggeris di Sekolah


Tinggi Melaka dan Raffles Institution di Singapura. Pada tahun 1923 hingga
beliau 1934 telah dilantik sebagai Ahli Tidak Rasmi Majlis Perundangan NegeriNegeri Selat.

Pertubuhan Orang India terpengaruh dengan gerakan kebangsaan


di negara asal sebelum Perang Dunia II. Mereka menubuhkan persatuan
Persatuan Belia India dan pada tahun 1937 mereka juga menubuhkan Persatuan
India Pusat Tanah Melayu(CIAM) dengan tujuan melindungi kepentingan orang
India di Tanah Melayu. Pada awal kurun ke-20 golongan cerdik pandai India
yang berpendidikan Inggeris menubuhkan persatuan India di bandar-bandar
utama seperti Taiping, Kuala Lumpur, Melaka, Klang, Seremban dan Pulau
Pinang. Ianya menjadi perintis kepada pembentukan pertubuhan yang
menyatukan orang India di Tanah Melayu. Pada tahun 1039 pula Persatuan India
Pusat Tanah Melayu ditubuhkan yang dipimpin oleh A.M.Soosay. Ianya
merupakan gabungan 12 buah persatuan India dan 4 dewan perniagaan India.
Tujuannya adalah untuk memperjuangkan hak dan kepentingan orang India di
Tanah Melayu.

Di Sarawak dan Sabah,terdapat juga kegiatan-kegiatan politik.Persatuan


Melayu Sarawak telah ditubuhkan pada 1939.Matlamat persatuan ini ialah untuk
memajukan

orang

Melayu

Sarawak

dalam

segala

lapangan,

menjaga

kepentingan mereka serta memupuk kerjasama di kalangan orang Melayu

49

Sarawak.Sementara itu di Sabah pula terdapat beberapa persatuan bersifat


sosio-ekonomi penduduk tempatan . Terdapat juga cawangan PASPAM yang
menumpukan kepada isu-isu pendidikan.

Kesimpulannya, badan-badan serta kesatuan yang ditubuhkan oleh orang


melayu dan bukan melayu banyak membantu dalam membangkitkan semangat
nasionalisme ke dalam jiwa masyarat Tanah Melayu. Persatuan- persatuan yang
dibentuk oleh orang melayu bermula pada abad ke-20 banyak membincangkan
persoalan ekonomi, pendidikan, bahasa sastera, perpaduan,dan pembelaan
politik. Antara persatuan yang aktif ketika itu ialah Kesatuan Melayu
Singapura(KMS),PASPAM,Persatuan Negeri,KMM,dan Kongres Melayu

3.4 Peranan Golongan Guru Dan SITC

Perkembangan semangat kebangsaan ini diteruskan oleh golongan


berpendidikan Melayu dan Inggeris kemudiannya namun dalam bentuk
perjuangan yang berbeza. Hal ini kerana melalui pelajar yang mendapat
pendidikan Melayu bentuk perjuangan adalah melalui cara yang lebih radikal di
mana mereka inilah dikatakan sebagai haluan kiri oleh British. Mereka ini terdiri

50

daripada guru dan wartawan di mana Sultan Idris Teacher College ( SITC )
memainkan

peranan

kebangsaan ini.

yang

penting

dalam

mengembangkan

semangat

Penubuhan SITC dianggap sebagai satu era baru yang

menyemarakkan alam pemikiran dan pendidikan bangsa Melayu. Pengarah


Pelajaran Negeri-Negeri Selat, Tuan Wolffe dalam ucapannya sewaktu
perasmian SITC menyatakan bahawa, hari tersebut manandakan hari bersejarah
bagi orang-orang Melayu kerana ia (Penubuhan SITC) merupakan titik tolak
dalam perkembangan vernakular Melayu. Menurutnya lagi, orang-orang Melayu
merasakan suatu pengiktirafan besar serta penghargaan yang tiada tolok
bandingnya bagi peningkatan taraf pelajaran anak-anak Melayu .

SITC terdiri daripada guru-guru Melayu yang berperanan sebagai


pemimpin masyarakat. Mereka telah menyedari masalah yang dihadapi oleh
orang

Melayu.

Mereka

berazam

untuk

mengatasi

masalah

ini

dan

memperkenalkan satu generasi baru orang Melayu yang akan membela bangsa
dan negara mereka. SITC disifatkan sebagai The Cradle of Malay Nationalism.
Warga SITC berganding bahu dengan golongan cerdik pandai agama untuk
memajukan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Ia dilakukan
melalui penyampaian matapelajaran iaitu melalui syarahan matapelajaran
sejarah. Oleh kerana kekurangan buku untuk dijadikan bahan bacaan maka
buku-buku daripada Indonesia di bawa ke negeri-negeri Melayu menyebabkan

51

penuntut SITC terpengaruh dengan ideologi Indonesia yang ketika itu sibuk
menentang dan menuntut kemerdekaan daripada Belanda.

Kesannya apabila selesai belajar di SITC penuntut-penuntut ini telah


dihantar ke merata sekolah Melayu di Negeri-Negeri Melayu secara tidak
langsung mengembangkan fahaman semangat kebangsaan kepada murid-murid
melalui pengajaran mereka. Antara contoh keluaran SITC adalah Ibrahim Haji
Yaakob yang menubuhkan Kesatuan Melayu Muda ( 1938 ) di mana beliau telah
membeli Warta Malaya di Singapura dengan bantuan wang dari Jepun. Beliau
telah menjadi ketua pengarang dan menerbitkan rencana-rencana yang
mengandungi isu-isu anti-british. SITC turut menerbitkan majalah Cenderama
1923 dan majalah Guru 1924 menyiarkan pendapat penuntut.

Selain itu, graduan-graduan SITC telah menubuhkan Persatuan Sastera


Melayu pada tahun 1923 untuk menggalakkan pertumbuhan sastera Melayu
melalui novel Melur Kuala Lumpur karya Harun Mohd. Amin. Karya-karya yang
diterbitkan

oleh

ahli-ahli

persatuan

ini

telah

membangkitkan

perasaan

nasionalisme di kalangan masyarakat Melayu. Pada tahun 1929 dan 1930 pula,
Ibrahim Yaacob semasa di SITC menubuhkan 2 buah pertubuhan bercorak
politik iaitu Ikatan Semenanjung-Borneo dan Ikatan Pemuda Pelajar.
Pertubuhan ini telah menyedarkan semangat kebangsaan di kalangan orang

52

Melayu

supaya

mereka

sedar

akan

nasib

buruk

bangsa

mereka.

Keseluruhannya, kesemua usaha ini telah menimbulkan kesedaran untuk


membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British.

Antara

tokoh

nasionalis terkenal ialah Harun Aminurrashid, Ibrahim Haji Yaacob dan Abdul
Hadi Hassan. Harun Aminurrashid adalah

tokoh

pejuang

kebangsaan

lepasan SITC. Beliau

merupakan guru yang bersemangat kebangsaan.

Beliau juga merupakan

penulis yang aktif mempelopori penulisan puisi

bertemakan semangat kebangsaan.


pensyarah SITC. Beliau

Abdul Hadi Hassan pula adalah seorang

sentiasa menanamkan semangat cinta akan bangsa

dan negara kepada para pelajarnya.

Kesimpulannya,

perkembangan

pendidikan

Tanah

Melayu

telah

melahirkan satu golongan intelektual yang terpelajar. Golongan terpelajar ini


telah terpengaruh dengan idea-idea dan falsafah-falsafah politik seperti
demokrasi, liberalisme, sistem parlimen dan perlembagaan serta nasionalisme..
Jadi, golongan guru dan SITC ini memainkan peranan yang penting dalam
membantu meniup semangat nasionalisme ke dalam diri penduduk Tanah
Melayu.

4.0 KESAN TERHADAP PERKEMBANGAN NASIONALISME NEGARA

53

Walaupun pergerakan sebelum perang dunia kedua tidak berjaya


membebaskan tanah melayu daripada belenggu penjajahan, namun pergerakan
ini berjaya meninggalkan beberapa kesan positif sebagai satu asas kepada
kemerdekaan pada tahun 1957. Kesan yang pertama ialah, fahaman
kebangsaan, kedaerahan dan kenegerian dapat dihapuskan dan diwujudkan
pula semangat kekitaan. Kesan kedua ialah orang melayu amat menyedari
bahawa mereka memang ketinggalan dalam bidang ekonomi di negara mereka
sindiri berbanding dengan kaum imigran. Seterusnya, mereka menyedari tentang
kepentingan pendidikan bagi pencapaian mobiliti sosial. Atas kesedaran ini kaum
petani dan nelayan mula menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah
melayu dan inggeris. Kesan akhir dan terpenting ialah kegiatan pergerakan
kebangsaan ini teah diteruskan selepas perang dunia ke dua terutamanya yang
berpendidikan inggeris seperti raja chulan dan dato onn jaafar, sehingga berjaya
mendapat kemerdekaan dari pihak inggeris. Antara lain ialah kemunculan partiparti parti politik yang tersusun seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya
(PKMM) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Perpaduan
kaum juga dapat diwujudkan kesan daripada perkembangan nasionalisme ini.

Kesimpulannya, perkembangan nasionalisme Negara telah membawa


impak yang positif terhadap penduduk Tanah Melayu terutamanya terhadap
proses memerdekakan Tanah Melayu. Walaupun terdapat banyak halangan
serta cabaran yang perlu ditempuhi namun semuanya dapat diharungi

54

sehinggakan

wujudnya

kesan-kesan

positif

terhadap

perkembangan

nasionalisme Negara kita.

5.0 PENUTUP

Apabila kita melihat sejarah perjuangan pejuang kemerdekaan di Malaysia


(Tanah Melayu sebelum itu), kita tidak akan lari dari membincangkan kehebatan
penentangan oleh tokoh-tokoh seperti Datok Bahaman di Semantan, Datuk
Kelana di Sungai Ujong, dan Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu.
Hakikatnya, penduduk Tanah Melayu tidak pernah memikirkan untuk keluar
daripada kepompong penjajah secara serius sebelum memasuki abad ke-20.

55

Penentangan terhadap penjajah pada era sebelumnya adalah lebih bersifat


individu. Kepentingannya juga adalah kepentingan individu, atau paling lebih
kelompok kecil yang diwakili oleh individu itu,bukannya bangsa Melayu secara
keseluruhan. Walaupun kebanyakkan gerakan kemerdekaan ini gagal kerana
kekurangan senjata, kurang sokongan daripada orang Melayu (kesatuan) dan
masalah perhubungan komunikasi, namun gerakan awal penentangan ini telah
membawa kepada kebangkitan gerakan nasionalisme yang lebih besar dan
membawa kesan yang baik terhadap proses kemerdekaan. Perlu diingatkan,
kemerdekaan yang dicapai pada Ogos 1957 bukanlah satu proses yang mudah
untuk dicapai. Matlamat kemerdekaan itu hanya dapat dicapai setelah melalui
satu proses yang sangat panjang.

6.0 REFLEKSI

Pada mulanya tugasan ini telah diberikan oleh pensyarah Pengajian


Sosial, Puan Hajah Hanunah binti Ahmad Shah, saya berasa agak ragu-ragu
kerana kurang memahami kehendak soalan. Tetapi, selepas saya berjumpa
dengan Puan Hajah Hanunah bagi memohon penjelasan daripadanya, beliau
memutuskan untuk menjelaskan kesemuanya kepada semua pelajar di dalam
kelas.

56

Apabila Puan Hajah Hanunah masuk ke kelas kami, beliau telah


menerangkan semua yang berkaitan dengan soalan tugasan. Sesi soal jawab
juga turut berlangsung. Pada hari itu, semua persoalan kami telah terjawab.
Rupa-rupanya tugasan yang diberikan oleh Puan Hajah Hanunah akan dihantar
disemak oleh En. Auzait dan bukannya Puan Hanunah sendiri. Setelah saya
memahami apa kehendak soalan sebenarnya, saya mula mencari bahan-bahan
yang berkaitan daripada pelbagai jenis sumber ilmiah terutama daripada buku
dan internet.

Hal ini dilakukan bagi memudahkan proses membuat draf nanti.


Setelah mengumpul segala bahan rujukan yang diperlukan, saya mula membuat
draf untuk menyiapkan tugasan tersebut. Dalam proses menyiapkan tugasan,
saya banyak berjumpa dan bertanya segala kemusykilan kepada Puan Hajah
Hanunah. Ini bagi mengelakkan segala kesilapan dalam tugasan ini. Puan Hajah
Hanunah pula sentiasa memberikan panduan dan tidak lokek untuk membantu.

Kadangkala, memang tidak dapat dinafikan bahawa saya berasa


agak tertekan semasa menyiapkan tugasan ini kerana dalam masa yang sama
saya

seringkali

memikirkan

tugasan-tugasan

lain

yang

tergendala.

Walaubagaimanapun, segera sahaja saya kikiskan perasaan yang sebegitu.

Setelah tugasan ini disiapkan, saya berasa amat lega kerana


akhirnya usaha saya membuahkan hasilnya. Walaupun saya berpuas hati
dengan hasil kerja saya sendiri belum tentu lagi Puan Hajah Hanunah dan En.
57

Auzait akan berpuas hati dengannya. Walaubagaimanapun, saya amat berharap


mereka akan berpuas hati dengan kerja yang telah dihasilkan ini.

7.0 BIBLIOGRAFI

Barbara Watson dan Leornad Y. Andaya ( 1982 ) Sejarah Malaysia,


MacMillan
Publishers, Kuala Lumpur, Bab 7.
John Bastin dan Harry J. Benda, 1972,Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kuala Lumpur,
Mokhtar A.Kadir ( 1991 ) Keamanan Sejagat: Peranan Malaysia dalam Politik
Antarabangsa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Bab 2.
R. Suntharalingam, Abdul Rahman Ismail, 1985, Nasionlisme Satu Tinjauan
Sejarah, Penerbit Fajar Bakti, Petaling Jaya,
Tan Ding Eing, 1975/1979
Bakti,

Sejarah Malaysia Dan Singapura, Penerbit Fajar

William R Roof, 1967 The Origins Of Malay Nationalism, Universiti Malaya


Press, Kuala Lumpur,
(2004)
This
is
a
Title
of
a
Web
Page
http://z6.invisionfree.com/DRAGONIZER/index.php?showtopic=1414.
Accessed on 2 August 2008

58

8.0 LAMPIRAN

GAMBAR FOTO 1.0

-SHEIKH

JAMALUDDIN AL-

AFGANI

GAMBAR FOTO 1.1

SYEIKH MUHAMMAD

ABDUH

59

GAMBAR 1.3 UTUSAN

AKHBAR
ZAMAN

GAMBAR FOTO 1.4 - SITC

60

You might also like