SKG 3013 - Formula Kimia

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 14

TRK 3013

Oleh
Dr. Salmiza Saleh
salmiza@usm.my
PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN,USM

Formula Kimia
Formula Emperik
Formula Molekul
Formula Sebatian Ionik

Formula kimia ialah satu set simbol kimia bagi


atom-atom unsur bersama-sama nombor-nombor
bulat untuk mewakili sesuatu bahan kimia.
Misalnya, formula kimia bagi air ialah H20.
Formula ini menunjukkan dua atom hidrogen
bergabung dengan satu atom oksigen.

Formula kimia dapat memberitahu kita tentang


- jenis unsur yang terkandung dalam bahan itu,
nisbah bilangan atom unsur-unsur yang
bergabung untuk membentuk sebatian,
jisim molekul relatif/jisim formula relatif bahan itu
melalui penghitungan. Misalnya, formula kimia
propana ialah C3H8
Formula kimia dapat dibahagikan kepada dua
jenis, iaitu formula empink dan formula molekul.

Formula emperik sesuatu sebatian ialah:


Formula kimia yang menunjukkan nisbah paling

ringkas bilangan atom tiap-tiap unsur yang


terdapat dalam sebatian itu.

Misalan:
Katakan 4 atom kalium bergabung dengan 2 atom
oksigen untuk membentuk suatu sebatian.
Maka nisbah ringkas bilangan atom K : O = 4:2 =
2:1
Jadi, formula empirik sebatian itu ialah K20.
Katalah, 2 mol atom kromium berpadu dengan 3
mol atom oksigen untuk membentuk sebatian.
Nisbah ringkas bilangan mol atom bagi Cr : O = 2 :
3

Formula molekul sesuatu unsur atau sebatian


ialah formula kimia yang menunjukkan bilangan
atom sebenar setiap unsur yang terdapat dalam
satu molekul unsur atau sebatian itu.
Formula empirik dan formula molekul bagi
sesuatu bahan kimia mungkin berbeza atau sama
bergantung kepada jenis bahan itu.
Molekul
Air
Benzena

Formula
empirik
H2O
CH

Formula molekul

H2O
C6H6

1
6

Formula molekul suatu sebatian ialah satu gandaan


nombor bulat bagi formula empiriknya.
Misalan:

Formula molekul benzena ialah C6H6, manakala


formula empirik benzena ialah CH.
Ini bermakna formula molekul benzena = (CH)n, n =
6.
Formula molekul etena ialah C2H4, manakala
formula empirik etena ialah CH2.
Ini bermakna formula molekul etena = (CH2) n di
mana
n=2

Formula molekul sesuatu bahan dapat di-tentukan jika dua


perkara berikut diketahui: Formula empirik bahan itu dan
Jisim molekul relatif bahan itu
Contoh
Satu sebatian mempunyai formula empirik C4Hg dan jisim
molekul relatif 114. Apakah formula molekul sebatian ini?
[Jisim atom relatif: H=l; C=12]
Jawapan
Biar formula molekul = (C4H9) n , n = nombor bulat
Jisim molekul relatif yang dihitung dari formula (C4H9)n = [(12 x
4) + (1 x 9)]n " = 57n
Diberi jisim molekul relatif =114 Maka 57n = 114
n=2
Jadi, formula molekul bagi sebatian itu = (C4H9)2 = C8H18

Maklumat dari formula empirik


Berdasarkan formula empirik suatu sebatian, kita
dapat mengetahui
- nisbah bilangan atom unsur-unsur yang bergabung
atau
- nisbah bilangan mol atom unsur-unsur yang
bergabung.
Misalnya, formula kimia bagi metana ialah CH4.
Formula ini menunjukkan bahawa

1 atom karbon bergabung denagn 4 atom hidrogen


untuk membentuk 1 molekul metana.
atau
1 mol atom karbon bergabung dengan 4 mol atom
hidrogen untuk membentuk 1 mol metana.

PPIK (sambungan)
Loughran at al (2006) PPIK ialah gabungan

pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan


pedagogi dan berinteraksi antara satu sama lain.
Grosman (1990) :
a. Pengetahuan untuk pengajar topik
b. Pengetahuan tentang murid &
miskonsepsi
c. Pengetahuan tentang bahan kurikulum
sedia ada
d. Pengetahuan strategi pembelajaran yang
berkesan

Hitungkan bilangan mol atom hidrogen dan karbon


yang terdapat dalam 64 g metana. [Jisim atom
relatif: H=l; C=12] Jawapan
Jisim molekul relatif metana, CH4 = 12 + (1 x 4) =
16
Bilangan mol metana, CH4, yang berjisim 64 g - 64
16 = 4 mol
1 mol metana, CH4, mengandungi 1 mol atom
karbon bergabung dengan 4 mol hidrogen.
.. 4 mol metana mesti mengandungi (1x4) = 4 mol
atom karbon dan (4x4) = 16 mol atom hidrogen.
.. Bilangan mol atom karbon
Bilangan mol atom hidrogen = 16

Penghitungan formula empirik


Untuk menentukan formula empirik suatu sebatian, suatu
eksperimen biasanya di-jalankan untuk mencari jisim setiap
unsur yang telah berpadu untuk menghasilkan sebatian
itu.
Penghitungan formula empirik suatu sebatian dapat dilakukan
dengan mengikut langkah-langkah berikut:
Langkah 1: Mula-mula, tentukan jisim atau peratus
komposisi mengikut jisim setiap unsur
yang berpadu.
Langkah 2 . Kemudian tukarkan unit jisim dalam gram
kepada mol atom.
Langkah 3 : Seterusnya, hitungkan nisbah yang paling
ringkas bagi bi-langan mol atom setiap unsur yang telah
bergabung.
Langkah 4 : Berdasarkan hasil Langkah 3, formula empirik

Dalam suatu eksperimen, 3.12 g logam X telah bertindak


balas dengan oksigen untuk membentuk 4.56 g oksida logam
X. Apakah formula
empirik oksida logam X? [Jisim atom relatif: 0=16; X=52l
Unsur yang
berpadu

L:ogam X

Logam Y

Jisim dalam gram

3.12g

(4.56 3.12) =
1.44g

Bil mol atom

3.12/52 = 0.06

1.44/16 = 0.09

Nisbah ringkas bil


mol atom

0.06/0.06 = 1

0.09/0.06 = 1.5

Nisbah no bulat
yang paling ringkas

1x2 = 2

1.5 x 2 = 3

Jawapan
2 mol atom logam X bergabung dengan 3 mol atom oksigen.
Maka, formula empirik = X203.

Kaedah menulis formula kimia untuk


sebatian ionik
Sebatian ionik terdiri daripada ion-ion positif
dan negatif yang terikat di dalam struktur
kekisi
Formula bagi ion-ion positif dan negatif
harus diketahui dahulu sebelum formula
kimia sebatian ionik dapat dituliskan.

You might also like