Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

TEKS PENGACARA MAJLIS : MALAM PERHIMPUNAN PERDANA

Ketika bersendirian, termenung dan mengenang entah kenapa pemikiran


saya dibawa menerjah ke suatu memori silam yang tentunya cukup segar
di ingatan. Tika saya mengendalikan majlis Makan Malam Pelajar-Pelajar
B&K di Univeriti Utara Malaysia pada tahun 2007. Untuk semua temanrakan yang sama-sama bersusah-senang menuju ke puncak dan terlibat
dengan majlis makan malam itu, di sini saya sertakan teks penuh saya
sebagai pengacara majlis untuk imbauan semula...

Teks Pengacara Majlis


Malam Perhimpunan Perdana Pelajar-Pelajar
Bimbingan Dan Kaunseling 2007
Ketibaan Yang Berbahagia Dato Dr. Nordin Kardi, Naib Canselor Universiti
Utara Malaysia.
Sebagai Pembuka Tirai Majlis, Sidang Dewan Diminta Berdiri Untuk
Menyanyikan Lagu Biru Warna
Assalamualaikum Wrh Dan Salam Sejahtera.

Bagi Memperoleh Keberkatan Serta Payung Rahmat Illahi, Majlis Pada


Malam Ini Dimulakan Dengan Mempersilakan Ustaz Mazlan Bin Yusuf
Mahasiswa Dari Program Pkpg Bimbingan Dan Kaunseling Semester 4
Untuk Bacaan Doa. Dipersilakan.
Majlis Merakamkan Ucapan Terima Kasih Kepada Ustaz Mazlan Bin Yusuf.
Yang Berbahagia, Dato Dr. Nordin Kardi, Naib Canselor Universiti Utara
Malaysia.
Yang Berusaha Lt. Kol. Prof. Madya Dr. Abdul Razak Chik, Timbalan Naib
Canselor Hal Ehwal Akademik Dan Antarabangsa.
Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Abdul Halim Ahmad, Timbalan Naib
Canselor Penyelidikan Dan Inovasi.
Yang Berusaha Dr. Ahmad Martadha Mohamed, Dekan Pembangunan
Pelajar.

Yang Dihormati En. Mohamad Shuib B. Abu Bakar, Pengarah Hal Ehwal
Pelajar.
Para Dekan, Timbalan-Timbalan Dekan, Penyelaras Pkpg, Ketua Jabatan
Bimbingan Dan Kaunseling Institut Perguruan Perlis, Perlis, Penasihat
Malam Perhimpunan Perdana Pelajar-Pelajar Bimbingan Dan Kaunseling,
Prof.-Prof. Madya, Pensyarah-Pensyarah, Pengarah Projek Serta Ahli-Ahli
Jawatankuasa , Tuan-Tuan, Puan-Puan Serta Hadirin Sekalian.
Terlebih Dahulu Saya Bagi Pihak Majlis Mengalu-Alukan Kehadiran Sidang
Dewan Untuk Sama-Sama Menjayakan Malam Perhimpunan Perdana
Pelajar-Pelajar Bimbingan Dan Kaunseling Yang Julung-Julung Kali
Diadakan. Ucapan Terima Kasih Yang Tidak Terhingga Kepada Yang
Berbahagia Dato Naib Canselor Universiti Utara Malaysia Kerana Sudi
Meluangkan Masa Bersama-Sama Kita Menyerikan Lagi Majlis Ini. Untuk
Pengetahuan Sidang Dewan, Program Ini Dirancang Bertujuan Untuk
Mengeratkan Perhubungan Antara Bakal-Bakal Kaunselor Dengan Seluruh
Warga Universiti Yang Mempunyai Hubungan Secara Langsung Atau
Sebaliknya Dengan Bimbingan Dan Kaunseling. Bagi Memperincikan Lagi
Matlamat Serta Visi Program, Saya Bagi Pihak Majlis Mempersilakan
Pengarah Projek, Saudara Khairul Nizar Bin Mohd. Zaki Naik Ke Pentas
Untuk Memberikan Ucapan. Saudara Khairul Nizar Dipersilakan.
Terima Kasih Saudara Khairul. Jika Tadi Kita Mendengar Ucapan Daripada
Pengarah Projek Yang Penuh Dengan Harapan, Tidak Berseri Rasanya
Majlis Jika Kita Tidak Mendengar Pandangan, Nasihat Atau Mungkin
Teguran Membina Daripada Orang Yang Cukup Sinonim Dalam Bidang
Kaunseling Iaitu Yang Berbahagia Dato Dr. Nordin Kardi, Naib Canselor
Universiti Utara Malaysia. Untuk Itu Majlis Dengan Segala Hormatnya
Mempersilakan Yang Berbahagia Dato Untuk Memberikan Ucapan.
Dipersilakan.
Saya Bagi Pihak Majlis, Merakamkan Ucapan Terima Kasih Atas Ucapan
Yang Berbahagia Dato Sebentar Tadi.
Hadirin-Hadirat, Sidang Dewan Yang Saya Muliakan,
Selain Untuk Mengeratkan Perhubungan Atau Ukhuwah Seperti Yang
Dikatakan Saudara Khairul Sebentar Tadi, Majlis Pada Malam Ini Juga
Mempunyai Beberapa Agenda Tersendiri Seperti Yang Tertera Dalam Buku
Program. Untuk Itu, Majlis Mempersilakan Yang Berusaha Dr. Abdull Sukor
Shaari Penyelaras Pkpg Dan Saudara Khairul Nizar Bin Mohd. Zaki,
Pengarah Projek Untuk Menjemput Dan Mengiringi Yang Berbahagia Dato
Dr. Nordin Kardi Melancarkan Laman Web Pkpg Universiti Utara Malaysia.

Dipersilakan.
Demikian Tadi Pelancaran Laman Web Pkpg Oleh Yang Berbahagia Dato.
Seterusnya Majlis Sekali Lagi Menjemput Dan Mempersilakan Yang
Berbahagia Dato Untuk Mendaftar Sebagai Ahli Di Laman Web Pkpg.
Dipersilakan.
Majlis Merakamkan Ucapan Terima Kasih Atas Kesudian Yang Berbahagia
Dato Dr. Nordin Kardi Menjayakan Acara Kita Sebentar Tadi.
Sidang Dewan Yang Dimuliakan,
Untuk Meneruskan Aturcara Program Kita Pada Malam Ini, Saya Bagi Pihak
Majlis Dengan Berbesar Hati Memperilakan Encik Azemi Bin Shaari Selaku
Penasihat Program Pada Malam Ini Serta Saudara Mokhtar Bin Mohd.
Yusuf Pengerusi Pkpg Bimbingan Dan Kaunseling Menjemput Dan
Mempersilakan Yang Berbahagia Dato Dr. Nordin Kardi Naik Ke Pentas
Utama.
Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Sekalian,
Majlis Pada Malam Ini Akan Melakarkan Satu Lagi Sejarah Dalam Dunia
Kaunseling. Saya Dengan Segala Hormatnya Menjemput Saudara Mokhtar
Mohd. Yusuf Untuk Menyerahkan Borang-Borang Permohonan Keahlian
Persatuan Kaunseling Malaysia (Pekama) Dan Persatuan Kaunseling
Univesiti Utara Malaysia Kepada Yang Berbahagia Dato Dr. Nordin Kardi.
Dipersilakan.
Terima Kasih Saudara Mokhtar Dan Terima Kasih Yang Berbahagia Dato.
Saudara-Saudari Sidang Dewan Sekalian, Sebagai Tanda Penghargaan Dan
Terima Kasih Atas Komitmen, Nasihat Serta Kepercayaan Yang Diberikan
Kepada Mahasiswa Pkpg Untuk Menjayakan Program Ini, Majlis Dengan
Segala Hormatnya Mempersilakan.
Yang Berusaha Prof. Madya Haji Azmi Shaari, Dekan Fakulti Pembangunan
Dan Sumber Manusia. Dipersilakan.
Yang Berusaha En. Azemi Bin Shaari Selaku Penasihat Majlis Kita Pada
Malam Ini Untuk Menyampaikan Cenderamata Kepada Yang Berbahagia
Dato Dr. Nordin Kardi Naib Canselor Universiti Utara Malaysia.
Dipersilakan.
Majlis Merakamkan Ucapan Terima Kasih Kepada En. Azemi. Dan Yang
Berbahagia Datodr. Nordin Kardi. Terima Kasih.

Tuan-Tuan, Puan-Puan Hadirin Sekalian,


Ke Pekan Sudah, Ke Maran Pun Sudah,
Cuma Ke Tenum Sahaja Yang Belum;
Ucapan Sudah, Pelancaran Pun Sudah,
Makan Dan Minum Sahaja Yang Belum.
Gulai Cendawan Hidangan Masakan,
Rasanya Enak Tidak Terperi;
Sidang Dewan Dipersilakan Makan,
Jangan Dibiar Perut Berbunyi.

Sidang Dewan Yang Dihormati,

Masa Nampaknya Semakin Mencemburui Pertemuan Kita Pada Malam Ini.


Majlis Pada Malam Ini Juga Nampaknya Sudah Sampai Ke Penghujung.
Lantaran Yang Datang Sudah Mula Mengadu Keletihan, Yang Jauh Sudah
Berbisik Hari Semakin Larut Malam. Justeru, Saya Dengan Rasa Rendah
Diri Mempersilakan Yang Berbahagia Dato Dr. Nordin Kardi Akan
Meninggalkan Majlis Diiringi Oleh Dif-Dif Kehormat Yang Lain. Sehubungan
Itu, Saya Bagi Pihak Majlis Merakamkan Ucapan Terima Kasih Kepada
Semua Yang Sudi Menghadirkan Diri Menjayakan Majlis Pada Malam Ini.
Saya Bagi Seluruh Warga Kerja Serta Ahli Jawatankuasa Malam
Perhimpunan Perdana Pelajar-Pelajar Bimbingan Dan Kaunseling
2007 Memohon Berbanyak-Banyak Kemaafan Sekiranya Terdapat
Sebarang Kekurangan Dalam Majlis Ini. Sesungguhnya Yang Baik Itu
Datang Daripada Allah Yang Telah Mencipta Kami Dan Yang Buruk Itu
Adalah Daripada Kami Yang Telah Dicipta Olehnya.

Sehingga Kita Bertemu Lagi Dalam Suatu Majlis Yang Lain,


Assalammualaikum Dan Selamat Malam.

You might also like