Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN MAMPU SARAWAK


BAGI BULAN FEBRUARI 2015
DAN CERAMAH KEWANGAN
PADA 25 FEBRUARI 2015
**bagi pihak majlis, diminta warga MAMPU mematikan
telefon bimbit atau menetapkannya pada mod senyap untuk
melancarkan perjalanan majlis perhimpunan kita pada hari
ini.
1) Yang Dihormati, TUAN HAJI MOHD SHAHABUDDIN BIN OMAR ;
Pengarah MAMPU Sarawak (MSWK),
EN NORIZAN BIN JILI, timbalan pengarah seksyen TPP 1
PUAN AZIZAH BT. MOHAMAD BEE, Timbalan Pengarah Seksyen
ICT,
ENCIK JOSEPH ANAK NGALAMBAI, Penolong Pegawai Tadbir
Seksyen Khidmat Sokongan,
Penolong- Penolong Pengarah,
Warga MAMPU Sarawak yang dihormati sekalian.
Selamat datang ke Majlis Perhimpunan Bulanan MAMPU SARAWAK
BAGI BULAN FEBRUARI 2015.
2) Assalamulaikum , Salam Sejahtera dan Selamat Pagi
Saya, Khairul Najlah .... ingin mengucapkan terima kasih atas
peluang mengendalikan majlis perhimpunan bulanan MAMPU
pada hari ini.
3) Bagi memulakan majlis, marilah kita bersama sama berdiri
bagi menyanyikan lagu NEGARAKU dan lagu MAMPU
TERBILANG.
#warga mampu dipersilakan duduk
4) Menadah tangan tanda kerendahan,
Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,

Agar Majlis mendapat keberkatan


Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah kita sama sama
mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh EN RAHMAT
BIN DAHAN. Dipersilakan.
*Amin amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima
kasih atas bacaan doa sebentar tadi.
5) Tuan-tuan dan Puan-puan,
Majlis diteruskan lagi dengan bacan ikrar kualiti MAMPU dan ikrar
integriti Perkhidmatan Awam oleh EN SONY WILLIAM DAOR.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan ikrar
sebentar tadi.
6) TUAN TUAN DAN PUAN PUAN,
Kini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan TN HAJI
MOHD SHAHABUDDIN BIN OMAR, Pengarah MAMPU sarawak bagi
menyampaikan ucapan dan amanat sempena majlis perhimpunan
bulanan mampu sarawak bulan februari 2015. Majlis
mempersilakan.
#Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah atas ucapan
beliau sebentar tadi.
7) Pergi ke kota beli selasi,
Sayang si maimun senyum tertawa,
Kata azimat simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.
Tuan tuan dan puan puan,
marilah sama sama kita mendengar perkongsian ilmu oleh EN
TALENG ANAK GAEL. Majlis penuh hormat mempersilakan.
#Terima kasih diucapkan kepada en taleng atas ucapan beliau
sebentar tadi.
Untuk makluman semua, pengawai contoh MAMPU SARAWAK

bagi bulan Januari 2015 ialah cik NORMI BINTI BUNYUH.


Marilah kita sama-sama memberikan tepukan tahniah kepada
beliau.
Semoga warga MAMPU sarawak akan terus bersemangat dalam
melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Untuk makluman bersama, pada 16 februari, mampu sarawak
telah menerima seorang pegawai baru. Beliau yang dimaksudkan
adalah EN RAHMAT BIN DAHAN. Beliau pernah betugas di jabatan
Alam sekitar Negeri Sarawak dan kini mengisi kekosongan untuk
jawatan penolong pegawai teknologi maklumat f29.
Dijemput en rahmat untuk memperkenalkan serba ringkas
mengenai diri beliau.
Semoga dengan kehadiran beliau di MAMPU Sarawak akan
menguatkan lagi sumber manusia dan gerak kerja semua warga
MAMPU.
Untuk makluman bersama, pengawai yang menyambut hari jadi
bagi bulan februari ADALAH PUAN HAMDIAH BT.MOHD BUJANG
DAN PUAN ANNY LEE CHIAO CHEN. Selamat Hari Jadi diucapkan.
Dijemput untuk sesi memotong kek harijadi.
[Jika ada pengumuman]
Ceramah Kewangan : Tatacara Bayaran Emolumen dan Elaunelaun Dalam Perkhidmatan Awam
Penceramah : Pn. Halimah bt. Arrifin,
Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Negeri Sarawak.
Masa: 10.00 pagi -12.00 thari
Semua warga dijemput hadir ke sesi ceramah tersebut.
Dengan ini berakhirlah sudah majlis kita. Saya sudahi dengan
ucapan terima kasih, Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Majlis tamat.

You might also like