Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PPI/KJKI/KS/02/01/011(01)

25 Mei 2009
Persatuan Pendidikan Islam,
SMK Damansara Utama.
Melalui,
Pn. Hjh. Norsham binti Hj. Baharudin
Pengetua Kanan,
SMK Damansara Utama.
Kepada,
Bahagian Pendidikan,
Muzium Kesenian Islam Malaysia,
Jln. Lembah Perdana,
50480 Kuala Lumpur.
(up : Encik Hairuzzaki bin Yusof )
Tuan,
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MUZIUM KESENIAN ISLAM MALAYSIA
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pendidikan Islam SMK Damansara Utama ingin mengadakan
lawatan sambil belajar ke Muzium Kesenian Islam Kuala Lumpur. Objektif utama program lawatan ini adalah untuk
memberikan peluang dan pendedahan kepada para pelajar dalam menghayati aspek-aspek ketamadunan Islam yang
disediakan di premis tuan.
3.

Butir-butir cadangan program adalah sebagaimana berikut :


Hari / tarikh
:
Rabu, 15 Julai 2009
Masa
:
11.30 pagi
Jumlah peserta :
40 orang pelajar (Tingkatan 4 dan 5) dan 2 orang guru pengiring

4.
Sehubungan dengan itu kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memberikan maklum balas segera
berhubung permohonan ini. Maklumat-maklumat berkaitan boleh disalurkan melalui faksimili SMK Damansara Utama
di talian 03-77277488. Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Pn. Siti Rahayu binti Hairam di talian 013-7440608.
Kesudian dan keprihatinan tuan dalam mempertimbangkan hal ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas,

..........................................
(SITI RAHAYU BT HAIRAM)
Guru Penasihat,
Persatuan Pendidikan Islam,
SMK Damansara Utama.

You might also like