Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

NAMA: OOI SEOK HUI

Saya telah membaca buku Pengajaran Bahasa Malaysia Dalam Konteks


Perancangan Bahasa Kebangsaan karya Profesor Doktor Asmah Haji Omar.
Dalam buku ini beliau mencuba menghuraikan serta juga membincangkan
pengajaran Bahasa Malaysia di sekolah, university dan maktab perguruan, dari
berbagai-bagai aspek: sukatan pelajaran, tujuan khusus masing-masing institusi,
kemudahan-kemudahan dan sebagainya. Perancangan bahasa merupakan satu ciri
tersendiri dalam setiap negara yang sedang membangun yang berusaha untuk
menjadikan bahasa kebangsaannya sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan
persekolahan dari peringkat sekolah dasar sampai kepada peringkat pengajian
tinggi.
Kandungan buku ini dibahagikan kepada lapan bab. Bab yang pertama telah
mempersoalkan mengapaka Bahasa Malaysia? Bahasa Melayu iaitu Bahasa
Malaysia merupakan bahasa kebangsaan Malaysia. Nama Bahasa Melaysia
mengambil tempat Bahasa Melayu dengan tujuan menetralkan pemilikan khusus
terhadap bahasa itu. Apabila istilah Bahasa Melayu dikenakan kepada bahasa
yang sudah menjadi bahasa kebangsaan telah membangkitkan satu tindak balas
dari rakyat bukan Melayu. Penolakan terhadap nama yang dikenakan oleh mereka
kerana mereka beranggap Bahasa Melayu seharusnya bahasa orang Melayu dan
bukan bahasa rakyat Malaysia seluruhnya. Pertempuran kaum pada 13 Mei 1969
mendorong pertukaran nama bahasa kebangsaan Malaysia dari Bahasa Melayu ke
Bahasa Malaysia. Keperluan perubahan ini adalah untuk menghapuskan perasaan
bahawa bahasa kebangsaan itu adalah bahasa satu kumpulan ras tertentu dan
dipaksakan ke atas ras-ras yang lain. Sebenarnya bahasa kebangsaan adalah
kepunyaan setiap warganegara Malaysia.
Bab 2 iaitu Tempat Bahasa Malaysia Dalam Perkembangan Pendidikan di
Malaysia telah membincangkan perkembangan Bahasa Melayu di Malaysia. Pada
tahun 1951, jawatankuasa berkenaan dengan pelajaran Melayu atau Jawatankuasa
Barnes yang dibentuk oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk mengkaji
masalah pelajaran Melayu dan dari itu membuat cadangan-cadangan untuk
menegakkan pentingnya Bahasa Melayu dalam pendidikan orang-orang di Malaya.
Laporan Barnes mengusulkan supaya pelajaran di peringkat rendah yang
menggunakan peruntukan kewangan dari orang ramai seharusnya dijalankan dalam
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Hal ini berbuat demikian untuk menjadikan
Bahasa Melayu setaraf dengan Bahasa Inggeris dalam system pelajaran. Cadangan

ini tegasnya memberi implikasi kepada sekolah-sekolah Cina dan Tamil. Hal ini telah
menimbulkan reaksi-reaksi dari bahagian masyarakat yang terdiri daripada orangorang Cina dan India yang mendirikan jawatankuasa masing-masing untuk mengkaji
sistem pelajaran vernacular mereka. Seterusnya, pada tahun 1956, Jawatankuasa
Razar telah mengkaji dasar pelajaran yang ada untuk Persekutuan Tanah Melayu
dan juga untuk membuat perakuan dalam bentuk perubahan kepada dasar
pelajaran itu dengan tujuan mendirikan sistem pelajaran kebangsaan yang boleh
diterima oleh semua rakyat Malaya iaitu menjadikan Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan di samping mempertahankan bahasa dan kebudayaan kaumkaum lain. Selain itu, Jawatankuasa Rahman Talib telah memperkenalkan Laporan
Rahman Talib. Jawatankuasa ini memperakukan penggunaan bahasa kebangsaan
sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pelajaran negara ini. Bahasa
Melayu telah digunakan di Universiti Malaya sebagai pengantar pengajaran sejak
tertubuhnya universiti ini pada tahun 1959.
Di samping itu, bab 3 telah menerangkan Perkembangan Sukatan Pelajaran
Dalam Sistem Persekolahan. Sesudah Bahasa Melayu dijadikan bahasa
kebangsaan Malaya pada tahun 1957, terdapat usaha yang menyemak semula
pelajaran Bahasa Melayu supaya selaras dengan keperluan negara. Di peringkat
menengah dirasakan bahawa harus ada sukatan pelajaran untuk penutur asli
Bahasa Melayu yang berlainan dengan sukatan pelajaran untuk mereka yang bukan
penutur asli. Dari itu, timbul dalam kurikulum sekolah mata pelajaran yang
dinamakan Bahasa Melayu yang dianggap sebagai mata pelajaran yang berbeza
Bahasa Melayu yang dianggap sebagai mata pelajaran yang berbeza dengan
Bahasa Kebangsaan. Pelajaran Bahasa Melayu ditunjukan kepada mereka yang
bukan penutur asli. Melihat pembahagian sukatan pelajaran yang didasarkan
kepada dua kategori yang berbeza, beliau telah membuat kesimpulan bahawa
pemisahan kedua-dua kategori penutur dan sukatan pelajaran itu diadakan
berdasarkan metode pengajaran yang berbeza, yang satu merupakan pengajaran
Bahasa Melayu sebagai bahasa pertama dan yang satu lagi sebagai Bahasa
Kebangsaan. Sukatan pelajaran untuk Bahasa Melayu dan Bahasa Kebangsaan
untuk Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 digubal berdasarkan pola yang sama iaitu
lisan, tatabahasa, simpulan bahasa dan peribahasa, bacaan, kefahaman, karangan,
surat menyurat dan lakonan. Pada tahun 1970, sukatan pelajaran yang baru telah
dilaksanakan. Pemikiran yang mendalam telah diamalkan dalam penggubalannya
baik dari segi struktur bahasa mahupun dari segi pedagogi pengajaran bahasa.

Sukatan pelajaran dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu lisan, bacaan dan
kefahaman serta tulisan.
Dalam bab keempat, Pengajaran Bahasa Malaysia Di Peringkat Universiti.
Di Universiti Sains Malaysia, Bahasa Malaysia yang diajarkan itu dikenal sebagai
Bahasa Malaysia Moden. Kursus ini adalah kursus tiga tahun yang diwajibkan
kepada semua mahasiswa di peringkat ijazah pertama. Kelulusan dalam Bahasa
Malaysia merupakan keperluan bagi tiap-tiap peringkat pengajian yang menuju
kepada ijazah pertama. Istilah moden digandingkan kepada judul kursus itu untuk
menunjuk bahawa bahasa yang diajarkan itu adalah bahasa yang digunakan dalam
masyarakat Malaysia moden. Ini bermakna bahawa Bahasa Malaysia yang
diisytiharkan sebagai bahasa pendidikan akan lambat laun menjadi bahasa
pengantar dalam pengajaran sains. Kursus Bahasa Malaysia Moden di Universiti
Sains Malaysia melatih mahasiswa menggunakan Bahasa Malaysia dalam
berbagai-bagai bidang ilmu. Tambahan pula, Universiti Sains Malaysia juga
mengelolakan kursus intensif Bahasa Malaysia. Kursus itu diadakan untuk
mahasiswa dan kakitangan universiti. Kursus intensif Universiti Sains Malaysia
diselenggarakan untuk mahasiswa dalam masa penggal dan kursus ini khususnya
dirangka untuk memenuhi keperluan mahasiswa yang pengetahuan Bahasa
Malaysia sedikit atau tidak ada sama sekali. Kursus ini terdiri dari pengajaran
Bahasa Malaysia secara intensif yang merupakan tambahan kepada jumlah jam
yang biasa dalam seminggu yang sudah diperolehi oleh mahasiswa. Kursus ini
meliputi pengajaran tatabahasa formal dengan menggunakan metode latihtubi.
Dalam bab kelima Dr. Asmah Haji Omar menjelaskan Pengajaran Bahasa
Malaysia Di Maktab Perguruan. Sejak zaman permulaan pelajaran Melayu hingga
akhir pertengahan pertama abad kedua puluh, latihan dalam pengajaran Bahasa
Malaysia merupakan bahagian dari latihan guru-guru untuk mengajar di sekolah
Melayu. Oleh kerana guru-guru pelatih terdiri daripada mereka yang mempunyai
kelulusan dalam Bahasa Malaysia semasa di peringkat Sijil Persekolahan, bahagian
penguasaan bahasa yang terdapat dalam kurikulum kursus latihan yang disediakan
untuk mereka mempunyai tiga tujuan iaitu menambahkan pengetahuan Bahasa
Malaysia di kalangan penuntut sehingga mencapai taraf yang lebih tinggi daripada
apa yang dimilikinya. Selain itu, memberi panduan dan kecekapan bahasa kepada
penuntut untuk membolehkannya menjalankan pengajarannya dalam Bahasa
Melaysia serta memberi galakan kepada penuntut Bahasa Malaysia supaya dapat
memupuk minat mereka untuk melanjutkan pengajian mereka atau untuk mengikuti
perkembangan bahasa. Bahagian sukatan pelajaran yang meliputi bacaan dan

kefahaman adalah bertujuan menanam minat dalam kalangan penuntut terhadap


karya-karya

yang

ditulis

dalam

Bahasa

Malaysia

dengan

harapan

memperkembangkan minat mereka dalam kesusasteraan Malayu, menambah


kecekapan dalam membaca dan membiasakan penuntut dalam hal menyampaikan
ucapan. Begitu juga, ia bertujuan untuk membiasakan penuntut dengan menjawab
soalan dalam latihan kefahaman dan dalam menulis semula prosa dari puisi moden
dan klasik. Seterusnya, terdapat kursus Bahasa Malaysia Khas yang dirangka untuk
penuntut

yang

sudah

cekap

dalam

Bahasa

Malaysia.

Tujuannya

ialah

memperbolehkan penuntut memahami dan membincangkan kandungan buku


pengetahuan yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. Seterusnya, manggalakkan
penuntut mencipta karya-karya kesusasteraan dan menambah minat penuntut
dalam kesusasteraan Melayu dan kebudayaan Melayu.
Bab 6 Teks Dan Metodologi telah menerangkan buku-buku teks dan karya
rujukan untuk pengajaran tatabahasa. Zaba (Zainal Abidin bin Haji Ahmad), ahli
tatabahasa Melayu yang terkenal menerbitkan bukunya Ilmu Mengarang Melayu,
yang diasaskan rumus-rumus dasar mengenai tatabahasa Melayu. Buku ini
kemudiannya diikuti dan diatasi oleh buku Pelita Mengarang Melayu yang menjadi
rujukan mutlak bagi ahli-ahli tatabahasa Melayu. Buku Pelita Mengarang Melayu
merupakan satu-satunya buku teks yang dapat digunakan dalam kelas pengajaran
Bahasa Melayu di sekolah Melayu dan di Maktab Perguruan. Pelita Mengarang
Melayu telah menjadi acuan yang mutlak untuk penulisan tatabahasa Melayu oleh
ahli-ahli tatabahasa. Buku teks yang ditulis dengan tujuan mengajar bahasa kepada
orang-orang yang bukan penutur asli ialah Kursus Bahasa Kebangsaan oleh
Mohammad Kasim bin Talib dan Abdul Aziz bin Haji Yusof, dan Bahasa Malaysia: A
programmed Course For Beginners oleh Raja Mukhtaruddin Dain. Buku Kursus
Bahasa Kebangsaan adalah kursus yang secara khusus dirangcangkan untuk
pegawai-pegawai kerajaan bukan Melayu yang baginya Bahasa Malaysia itu
bukanlah bahasa pertama. Buku ini ditulis seluruhnya dalam Bahasa Melayu. Buku
Raja Mukhtaruddin Dain Bahasa Malaysia: A Programmed Course For Beginners,
seperti yang ternyata dari judulnya, adalah kursus yang ditulis untuk pelajar
permulaan yang dapat membaca dalam Bahasa Inggeris. Oleh kerana buku ini
khusus ditulis untuk orang-orang yang mempunyai pengetahuan Bahasa Inggeris,
terjemahan kata-kata, rangkai kata dan ayat ke dalam Bahasa Inggeris diberi.
Bab

yang

ketujuh

telah

menghuraikan

Perancangan

Bahasa

dan

Pengangkatan Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pengantar Utama Pelajaran


Perancangan Bahasa di Malaysia selamanya merupakan bahagian dari Dasar

Pelajaran Malaysia. Apabila kita bercakap tentang Dasar Pelajaran Malaysia maka
ini bermakna bahawa kita juga berbicara tentang Dasar Bahasanya yang bermakna
juga Perancangan Bahasa. Perlembagaan Malaysia meletakkan Bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia dan dalam pada itu tidak
menghalang

rakyat

dalam

memenuhi

keperluan

mereka

mengetahui

dan

menggunakan bahasa ibunda sendiri dan juga bahasa-bahasa lain. Bahasa Melayu
merupakan pilihan yang tidak dapat dielakkan bukan sahaja kerana bahasa itu
adalah bahasa kumpulan etnik yang paling besar, iaitu orang-orang Melayyu, tetapi
juga kerana faktor-faktor lain yang menggalakkan peletakan bahasa itu sebagai
bahasa kebangsaa. Antaranya ialah Bahasa Melayu sudah menjadi lingua franca di
Malaysia.
Akhirnya bab 8 yang membincangkan Perancangan Dan Pengajaran
Bahasa Di Malaysia. Perancangan Bahasa bertujuan mencapai penyatuan
berbagai-bagai komponen etnik yang menjadi penduduk negara dan juga bertujuan
membina negara untuk menjadi penduduk negara dan juga bertujuan membina
negara untuk menjadi negara yang maju dan yang condong ke arah sains dan
teknologi. Perancangan Bahasa juga bertujuan kea rah kecekapan menyeluruh
dalam Bahasa Malaysia dalam kalangan rakyat, kelayakan Bahasa Malaysia
sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan kecekapan dalam Bahasa Inggeris sebagai
bahasa kedua dengan tujuan utama memperolehi pengetahuan melalui bahasa itu.
Demi mencapai tujuan itu, berbagai-bagai kegiatan harus dijalankan. Kecekapan
menyeluruh dalam Bahasa Malaysia memerlukan pengajaran yang berkesan,
kaedah pengajaran yang baik dan bahan pengajaran yang sesuai. Untuk
menjadikan Bahasa Malaysia layak sebagai bahasa ilmu pengetahuan perkaraperkara

yang

mestilah

dicapai

ialah

peristilahan

saintifik

yang

dapat

dipertanggungjawabkan untuk bahasa itu, standardisasi bahasa dan buku-buku teks


yang sesuai dalam berbagai-bagai ilmu pengetahun yang ditulis dalam bahasa itu.
Tambahan pula, kecekapan dalam Bahasa Malaysia dalam kalangan ahli-ahli sains,
tenaga-tenaga pengajar dan ahli-ahli akademik.
Kesimpulannya, tidak ada sebarang keraguan lagi bahawa Perancangan
Bahasa di Malaysia sudah diatur dengan begitu rapi. Pelaksanaan Dasar PElajaran
Kebangsaan secara langkah demi langkah kelihatan member jaminan bahawa taraf
kecemerlangan akademik tidak akan tergugat. Hal ini dapat dipastikan dengan
adanya usaha yang begitu hebat yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia untuk
melengkapkan rakyatnya, terutama sekali mereka yang terlibat di dalam bidang
pendididkan, dengantaraf kecekapan yang tinggi dalam Bahasa Malaysia.

You might also like