Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN SALAK NAMA, 71300

REMBAU.

KERTAS CADANGAN
PROGRAM INOVASI
KOKURIKULUM 2014

TAJUK:
ROKET AIR

DIKELOLAKAN OLEH:
PERSATUAN SAINS

SK SALAK NAMA, REMBAU.


KERTAS CADANGAN PROGRAM INOVASI KOKURIKULUM
PERSATUAN SAINS
SK SALAK NAMA, 71300 REMBAU, N. SEMBILAN.
TAJUK: ROKET AIR
PENGENALAN
Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
yang menekankan kepada kemenjadian murid, maka inovasi dalam sistem pendidikan perlu
diberi penekanan sewajarnya. Sehubungan itu, program inovasi kokurikulum ini diharap dapat
menyuntik semangat murid-murid di SK Salak Nama, Rembau untuk lebih kreatif dan inovatif
dalam bidang reka cipta.
OBJEKTIF
Antara objektif program ini ialah;
1. Melahirkan murid yang mampu berfikir secara kreatif kritis.
2. Membentuk budaya merekacipta sesuatu yang baru daripada pelbagai sumber.
3. Melatih murid berkeupayaan mengolah bahan tempatan/sekeliling dalam penghasilan
produk baru yang berkualiti dan berdaya saing.
4. Melahirkan para usahawan muda.
RASIONAL
Matlamat utama ialah melahirkan generasi masa hadapan yang berilmu dan serba boleh secara
keseluruhan demi kelangsungan hidup yang semakin mencabar.
SASARAN
Semua murid Tahun 4, 5 dan 6 SK Salak Nama, Rembau.
PERNYATAAN MASALAH
Antaranya ialah :
1. Kekurangan sumber/ kedai yang menjual roket air di pasaran. Murid berminat untuk
bermain, namun ketiadaan kedai tertentu yang menjualnya.
2. Murid tidak pernah mendapat pendedahan mengenai proses mereka cipta bahan.
3. Murid tidak mengetahui barang yang sesuai dalam penghasilan roket yang baik.

SKOP DAN LIMITASI PROJEK.


Skop kajian ialah untuk mengguna pakai bahan sekitar yang terdapat dalam kawasan sekolah
kerana pihak sekolah juga mahu menekankan konsep kitar semula.

KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK


Antara kepentingannya ialah:
1. Melahirkan murid yang mampu untuk menyediakan produk berinovasi dan rekacipta
melalui aktiviti persatuan.
2. Membuka peluang serta menanam budaya berfikiran kreatif.
3. Dapat menghasilkan dana untuk tabung persatuan.
4. Latihan praktikal/hands on kepada murid selepas mempelajari teori dalam mata
pelajaran Sains (Teknologi).
ANGGARAN KOS PROJEK
Bil
1

Pendapatan
Waran Peruntukan
Aktiviti Kokurikulum
Kementerian
Pendidikaan
Malaysia

RM
450.00

Bil
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

JUMLAH

450.00

Kos anggaran untuk projek inovasi ini.


*Untuk 10 kumpulan kecil.

Perbelanjaan
Paip PVC 2 meter
10 x RM 10.00
Pam angin
10 x RM 15.00
Tiub basikal
10 x RM 4.00
Pengikat (cable tied)
10 x RM 5.00
Gam / Selotape
20 x RM 2.00
Pemberat ( Tanah Liat)
10 x RM 1.00
Kertas yang keras untuk
membuat
sirip
roket
(mounting board)
10 x RM 6.00
JUMLAH

RM
100.00
150.00
40.00
50.00
40.00
10.00
60.00

450.00

Bahan tambahan perlu dibawa oleh murid: Botol minuman plastik berukuran besar , 1.5 L
(Kitar semula)

TINJAUAN DAN KAJIAN


Daripada tinjauan yang dijalankan, terdapat banyak cookies atau biskut yang manis dalam
pasaran berbanding cookies savori. Keadaan ini sudah tentu boleh mengancam kesihatan
murid sama ada mereka mudah mendapat kaviti gigi, masalah obes atau pun diabetes.
Sehubungan itu, murid perlu diberi didikan untuk memilih jenis makanan yang baik untuk
kesihatan diri dan keluarga di samping mampu untuk menghasilkan sendiri makanan
berkhasiat.
KAEDAH PENYELIDIKAN
Kaedah yang akan dijalankan ialah melalui penyeidikan laman sesawang serta buku pastri
untuk penghasilan satu resepi yang terbaik hasil penggabungan resepi yang ada dalam
pasaran.

PERANCANGAN PROJEK
Projek ini akan dilaksanakan seperti berikut:
1. Januari : Mesyuarat Agung Persatuan KHB = Program Inovasi akan dimasukkan dalam
agenda
mesyuarat
2. Februari: Membentuk Jawatankuasa kerja Program Inovasi AJK akan memulakan
pencarian
resepi dengan melayari laman sesawang serta rujukan buku resepi pastri
untuk
menghasilkan satu resepi baru ( Makmal Komputer dan PSS )
Memulakan tanaman cendawan di Rumah Cendawan ( Bengkel Pertanian )
3. Mac
: Tuai hasil ( Bengkel Pertanian )
Keringkan cendawan ( Bilik Masakan )
4. April
: Memulakan penghasilan produk ( Bilik Masakan )
5. Mei
: Pasaran sampel produk dalam sekolah Kalangan guru
6. Jun-Ogos: Pasaran produk kepada semua warga SMK Seri Kundang dan PIBG
7. September: Pertandingan inovasi kelab/ persatuan
KESIMPULAN
Kesimpulannya, diharapkan program ini akan meningkatkan kemahiran rekacipta dalam
kalangan murid demi melahirkan murid yang berkemahiran tinggi dalam merekacipta, satu
kemahiran yang telah dipelajari dalam mata pelajaran KHB. Selain itu, program ini juga
diharapkan dapat melahirkan bakat keusahawanan dalam diri murid. Akhirnya sekali, projek ini

dapat memberikan manfaat kepada murid, sekolah, ibu bapa , masyarakat setempat dan
negara.

PENGENALAN
Roket air ialah roket yang menggunakan kuasa air dan udara untuk terbang.

STRUKTUR ASAS ROKET AIR

STRUKTUR ASAS ROKET AIR

PELANCARAN ROKET

1. Masukkan air dalam roket.

2. Pastikan apabila roket dimasukkan pada pelancar, air lebih kurang 40% dari
isipadu botol. Kalau lebih roket menjadi berat dan tak pergi tinggi.
Pegang hujung roket (untuk pelancar tanpa kunci) atau kuncikan roket pada
tapak pelancar.

3. Mulakan pam angin ke dalam pelancar roket. Jangan pam terlalu banyak angin ,
kerana boleh menyebabkan roket atau pelancar pecah.
Pastikan tiada sesiapa berhampiran tapak pelancaran roket dan tempat roket
dijangka akan jatuh.

4. Cuba dengan botol kecil dahulu 500ml sebelum mencuba dengan botol besar

1.5ml. Botol kecil boleh pergi setinggi 100 meter, sementara botol besar boleh
pergi setinggi 200 meter.

You might also like