Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK) dan Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK)

Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK)


PPKK ditubuhkan di negeri dan daerah berfungsi sebagai sistem sokongan kepada
perkhidmatan perlindungan kanak-kanak. Di antara aktiviti yang dikendalikan oleh
PPKK ialah Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) yang dirancang dan dilaksanakan
mengikut keperluan masyarakat setempat.
Contoh-contoh program dan aktiviti yang dijalankan ialah mengadakan pusat jagaan,
kelas tuisyen, khidmat kaunseling, kelas komputer dan kursus pengasuhan dan
perkembangan kanak-kanak.
Usaha ini dilakukan untuk membantu mencegah kes-kes penganiayaan dan
pengabaian kanak-kanak, ponteng sekolah, kerosakan akhlak dan lain-lain masalah
sosial. Pada tahun 2007, terdapat 131 buah PPKK dan 135 PAKK diseluruh negara.
Program PAKK ini memberi faedah dan manfaat kepada kanak-kanak yang tinggal di
dalam komuniti sekitar PAKK.
Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK)
Penubuhan PAKK merupakan satu usaha yang menyeluruh dan lebih sistematik dan
berkesan dalam usaha mencegah ke penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak.
PAKK merupakan program / perkhidmatan sokongan anjuran Pasukan Perlindungan
Kanak-kanak.
PAKK diwujudkan mengikut keperluan setempat. Pasukan Perlindungan Kanak-kanak
perlu mengenalpasti isu yang ketara dalam sesuatu kawasan dan menentukan
peringkat umur kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan. Ini akan membantu
dalam penyediaan program dan tempoh masa PAKK patut dijalankan.
PAKK boleh dibuka sepanjang hari, atau untuk tempoh masa yang tertentu sahaja.
Premis yang digunakan boleh disewa atau didapatkan dengan percuma dangan
kerjasama Majlis Tempatan, Jawatankuasa Penduduk Setempat atau bantuan /
sokongan dari perseorangan.

Objektif penubuhan PAKK adalah untuk menganjurkan program dan perkhidmatan


sokongan bercorak pencegahan dan perlindungan terutama bagi kanak-kanak yang
dianiaya oleh keluarga mereka. Keanggotaan PAKK terdiri daripada jawatankuasa Kecil
yang dilantik oleh Pasukan Perlindungan Kanak-kanak.
Jawatankuasa Kecil ini terdiri daripada tidak kurang dari tujuh orang ahli dan tidak lebih
daripada lima belas orang.
PERANAN PAKK DAN AKTIVITI -AKTIVITI YANG DIJALANKAN OLEH PASUKAN
PERLINDUNGAN KANAK-KANAK
1. Tempat perlindungan : Menyediakan pelbagai aktiviti yang sesuai dengan
peringkat umur kanak-kanak.
2. Pusat advokasi : Mengadakan ceramah / kursus pendek kepada masyarakat, ibu
bapa dan kanak-kanak.
3. Pusat sumber : Menyediakan bahan bacaan / rujukan untuk kanak-kanak.
4. Pusat Pembelajaran : Kelas bimbingan / komputer / kelas keagamaan / kelas
lukisan / kelas drama / pidato / deklamasi sajak.
5. Pusat Intervensi Krisis : Menyediakan sesi kaunseling.
6. Pusat Sosial / Sukan / Rekreasi : Sukan / riadah / program kebudayaan /
kesenian dan sebagainya.

You might also like