Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Perancangan dan pengurusan bengkel.

Pengenalan
Pengurusan bengkel melibatkan perancangan dan pengendalian bengkel yang
meliputi proses-proses menyediakan kemudahan asas, penyusunan ruang untuk peralatan
utama, penyusunan perabot di dalam ruang kerja, kedudukan stor, laluan keselamatan dan
penggunaan warna di dalam bengkel. Pengurusan bengkel juga melibatkan pengurusan
alatan dan bahan yang meliputi pengurusan, pemilihan dan kawalan alatan (perancangan
pembelian alat, pemilihan alatan dan kelengkapan, spesifikasi alatan; kaedah penyusunan
dan penyimpanan alat; dan kawalan alatan). Pengurusan bengkel memerlukan guru-guru
yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam hal pengurusan bengkel supaya kerjakerja penyelenggaraan dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.
Pengurusan bengkel yang sistematik amat diperlukan bagi memastikan kelancaran
perjalanan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini akan
menyebabkan beban guru kemahiran Kemahiran Hidup Bersepadu bertambah. Di samping
itu juga, pengurusan bengkel merupakan satu bidang yang perlu ditekankan kerana aktivitiaktiviti pengurusan boleh mempengaruhi hasil kerja dan kepuasan kepada perlaksanaan
program dan pengguna.
Bengkel kemahiran hidup terbahagi kepada tiga bengkel utama iaitu bengkel
kemahiran manipulatif, bengkel pertanian dan bengkel ekonomi rumah tangga. Di antara
ketiga-tiga bengkel ini, bengkel kemahiran manipulatif yang paling banyak komponen dan
paling sukar penyenggaraannya kerana ia mempunyai pelbagai alatan, bahan dan mesin. Di
samping itu, bengkel kemahiran manipulatif turut dipecahkan kepada empat jenis bengkel
iaitu bengkel kerja kayu dan logam, bengkel kerja paip asas, bengkel elektrik dan elektronik
serta bengkel enjin (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003).
Terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira dalam perancangan dan
pengurusan bengkel ini. Antara aspek aspek tersebut ialah : Ruang
Susun atur
Keselamatan
Tugas pelajar
Organisasi stor
Penyenggaraan Bengkel
1. Ruang

Saiz bengkel adalah bergantung kepada jenis kerja yang akan dilakukan di
dalamnya. Keluasan bengkel yang sesuai ialah 20 meter x 25 meter. Antara ciri-ciri
keluasan bengkel yang sesuai ialah : Boleh menampung bilangan pelajar seramai 20 orang atau lebih
Membolehkan seseorang bergerak dengan bebas di dalamnya
Lantai mestilah diperbuat dari bahan tahan lasak, mudah dibersihkan
dan tidak menampung habuk serta tidak licin
Mempunyai tingkap yang besar untuk membenarkan cahaya masuk
sebanyak mungkin serta pengudaraan yang bebas
Mempunyai pintu yang besar bagi memudahkan jalan keluar semasa
kecemasan
Mempunyai mejakerja yang tahan lasak berukuran di antara 1.2M x
1.5M dan tinggi 0.9M
Mempunyai bekalan asas seperti bekalan elektrik bagi pencahayaan
dan soket kuasa serta bekalan air siap dengan pili dan singki bagi
pencucian
Ada sebuah stor atau bilik bagi menyimpan bahan-bahan, alatan dan
projek
2. Susunatur
Susun atur bengkel perlu kemas dan lengkap supaya kerja-kerja dapat
dilakukan dengan sempurna dan mengelakkan daripada berlakunya kemalangan dan
kerosakkan harta benda. Susun atur bengkel yang baik adalah seperti : Rak-rak dan panel alatan dan kelengkapan mudah digunakan
Rak-rak simpanan bahan binaan projek boleh menempatkan dengan
baik
Rak-rak bahan bantu mengajar yang kemaskini dan pelbagai
Memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan
3. Keselamatan
UTAMAKAN KESELAMATAN sebagai teras amalan bagi memastikan kerjakerja di bengkel dapat dilakukan dengan lancer dan selamat. Aspek keselamatan
yang dititikberatkan ialah : Menyediakan bahan perlindungan dan pakaian kerja bagi melindungi

badan
Mengadakan alat pemadam api yang berfungsi
Menyediakan peti pertolongan cemas dan tempat rawatan
Memaparkan nombor telefon panggilan kecemasan seperti Bomba,
Ambulan, Polis dan lain-lain

4. Tugas Pelajar

Para pelajar akan dilantik untuk memegang beberapa jawatan penting di


dalam bengkel. Antara jawatan yang dipegang oleh pelajar ialah ketua formen, ketua
kebersihan, ketua alatan, ketua projek dan ketua keselamatan. Deskripsi tugas bagi
setiap jawatan adalah seperti berikut :i.
Ketua formen
Bertindak sebagai Ketua Kelas dan bertanggungjawab terus kepada

ii.

guru Kemahiran Hidup


Memastikan semua penolong-penolong di bawahnya menjalankan

tugas-tugas yang telah ditetapkan


Melaporkan kepada guru berkenaan kejadian seperti kemalangan,

alat-alat yang rosak atau hilang


Ketua Kebersihan
Bertanggungjawab untuk bersama-sama pembantunya empat atau
lima orang bagi membersihkan tempat kerja, menyapu lantai dan

iii.

yang dibuat
Ketua Alatan
Bertanggungjawab untuk bersama-sama pembantunya mengagihkan

iv.

membuang sampah dari tong sampah


Memastikan lantai bersih dari tumpahan minyak atau bendalir
Melaporkan kepada Ketua Formen berkenaan kerja-kerja pemberihan

alatan kepada pelajar-pelajar


Memungut semula alatan dan meletakkannya pad arak panel alatan
Melaporkan kepada Ketua Formen jika terdapat alatan yang rosak,

patah ataupun hilang


Ketua Projek
Bertanggungjawab untuk

bersama-sama

pembantunya

bagi

mengedarkan bahan projek kepada pelajar-pelajar semasa kelas

dimulakan
Memungut semula projek terutama yang masih belum siap dan
dimasukkan semula ke dalam rak projek/ almari/ tempat penyimpanan

v.

projek belum siap


Melaporkan kepada Ketua Formen jika terdapat projek yang rosak,

pecah ataupun yang hilang


Ketua Keselamatan
Bertanggungjawab untuk

bersama-sama

pembantunya

bagi

memastikan bengkel dalam keadaan selamat


Memastikan semua tingkap ditutup, pintu dikunci, suis lampu dan

kipas ditutup, plag kuasa dimatikan dan ditanggalkan dari soket


Melaporkan kepada Ketua Formen jika terdapat tingkap yang pecah,
kunci pintu yang rosak atau terdapat suis, kabel elektrik yang putus

atau tanggal dari peralatan atau mesin elektrik


Memastikan pili air ditutup ketat

5. Organisasi Stor
Organisasi stor terdiri dari lima bahagian iaitu bahagian kawalan stok,
bahagian

legar/

lejar,

bahagian

penstoran,

bahagian

pembungkusan

dan

penghantaran serta bahagian akaun.


a. Bahagian Kawalan Stok
Bahagian ini bertanggungjawab ke atas perancangan dan organisasi
stok seperti :o Menentukan barang dikeluarkan secara teratur dan betul
o Menentukan kuantiti barang yang akan dikeluarkan
o Menentukan kod borang
o Menyediakan dan mengemaskini katalog
o Menguruskan pembelian barang
b. Bahagian Legar/ Lejar
Bahagian ini bertanggungjawab dalam :o Mencatit kad-kad lejar
o Mencatit harga ke atas Baucer Pemesanan Pengeluaran
Barang-barang
c. Bahagian Penstoran
Bahagian ini bertanggungjawab

untuk

menerima,

menyimpan,

mengeluar, mengangkut barang-barang dan lain-lain


d. Bahagian Pembungkusan dan Penghantaran
Bahagian ini bertanggungjawab membungkus barang-barang dan
menghantarnya ke destinasi berkenaan
e. Bahagian Akaun
Bahagian ini bertanggungjawab ke atas segala hal ehwal dan
kewangan stor
6. Penyenggaraan Bengkel
Definisi Penyelenggaraan
Penyelenggaraan bengkel boleh didefinasikan sebagai menjalankan kerja-kerja
merancang dan mengurus aktiviti penyenggaraan.
Definisi Penyenggaraan
Penyenggaraan boleh ditakrifkan sebagai melakukan aktiviti menjaga atau menservis
sesuatu perkakasan, alatan, mesin mudah alih, perabot atau bangunan supaya
sentiasa berada dalam keadaan baik dan berfungsi dengan sempurna.
Proses penyenggaraan bengkel boleh dikelaskan kepada dua bahagian utama iaitu
jenis-jenis senggaraan dan langkah-langkah kawalan senggaraan.
Jenis-jenis Senggaraan
I.

Senggaraan Kawalan

Senggaraan yang paling berkesan kerana senggaraan ini dilakukan


sebelum peralatan, mesin dan bangunan menjadi rosak. Ia dilakukan secara
berterusan dari semasa ke semasa mengikut jadual senggaraan yang telah
ditetapkan. Senggaraan ini lebih mahal untuk dilakukan kerana kerja
senggaraan yang berterusan tetapi untuk jangka masa panjang, cara ini
menguntungkan kerana kerosakan yang besar dapat dielakkan.
Senggaraan kawalan meliputi :o Reka bentuk dan pemasangan yang sesuai untuk peralatan
o

yang digunakan
Pemeriksaan logi

mengelakkan kerosakkan daripada berlaku


Membuat servis, baik pulih dan penjagaan alatan supaya

sentiasa sempurna
Pelinciran yang sempurna dan mencukupi serta pembersihan

dan

alatan

mengikut

jadual

untuk

dan perlindungan seperti mengecat peralatan dan bangunan


II.

Senggaraan Pembetulan
Senggaraan jenis ini hanya dilakukan selepas sesuatu peralatan itu
rosak. Kerja-kerja senggaraan ini tidak akan dilakukan selagi tiada kerosakan
yang berlaku. Biasanya senggaraan ini dilakukan ke atas peralatan yang kecil
dan yang tidak digunakan terlalu kerap. Walaupun kos senggaraan jangka
pendek adalah rendah, namun untuk jangka masa panjang ia mungkin
menjadi terlalu tinggi.

III.

Senggaraan Ramalan
Senggaraan ramalan menjalankan kerja-kerja senggaraan mengikut
jangkaan kerosakan. Biasanya peralatan seperti alat penganalisis gegaran
dan amplitude, tolok audio, alat optik, tolok tekanan dan suhu serta tolok
rintangan digunakan untuk meramal kemungkinan berlakunya kerosakan.
Senggaraan ini banyak dilakukan dalam industry yang melibatkan
penggunaan alatan elektronik seperti computer kerana : Peralatan yang digunakan mempunyai bahagian yang kecil
dan rumit untuk disenggara setiap hari
Bahagian-bahagian pada alatan elektronik tidak membolehkan
kerja-kerja servis dilakukan

Langkah-langkah Kawalan Senggaraan


Keberkesanan sistem senggaraan bergantung kepada kerja-kerja merekod
aktiviti senggaraan. Sistem rekod yang baik akan menjamin kerja-kerja senggaraan

yang lebih berkesan. Antara langkah-langkah yang diambil sebelum sesuatu kerja
senggaraan dijalankan ialah :Arahan kerja
Jadual kerja
Kos senggaraan
Belanjawan
Rekod alatan

1) Arahan kerja
Mandur akan memaklumkan tentang kerosakan yang berlaku. Ketua
bahagian senggaraan akan mengeluarkan arahan kepada kakitangan
bahagian untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Selepas kerja
selesai, kakitangan akan merekodkan maklumat seperti kerja yang dilakukan,
masa yang diambil, kos alat ganti yang digunakan, bilangan pekerja yang
diperlukan dan sebagainya.
2) Jadual kerja
Jadual
Senggaraan

kerja

disediakan

oleh

Penasihat

dengan

bantuan

mandur.

Pihak

Kawalan
ini

Bahagian

bertanggungjawab

mengganggarkan jumlah pekerja dan masa yang diambil untuk sesuatu jenis
kerja senggaraan yang diperlukan. Tujuannya ialah memudahkan bahagian
senggaraan mengagih-agihkan kakitangan sekiranya kerosakan berlaku
serentak.
3) Kos Senggaraan
Kos Senggaraan = Jumlah kos pekerja + kos bahan ganti

4) Belanjawan
Belanjawan dibuat setahun sekali. Jumlah wang yang diperuntukkan
ke bahagian senggaraan bergantung kepada kos senggaraan yang telah
dibuat dalam masa setahun. Biasanya hitung panjang kos senggaraan
setahun akan dijadikan asas dalam jumlah peruntukan tahunan.

5) Rekod Alatan

Rekod alatan adalah perkara penting dalam sesuatu program


senggaraan. Rekod ini mengandungi semua data alatan seperti nombor siri,
pembekal, kos membeli dan sebagainya.

You might also like