Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC)

Pengenalan
Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) merupakan satu tempat yang melaksanakan inisiatif-inisiatif RTC secara bersepadu yang diperkenalkan oleh kerajaan di
bawah National Blue Ocean Strategy 4 (NBOS4). Kesemua inisiatif ini akan dilaksanakan di RTC dan kawasan 100km radius daripada RTC. Di bawah
pelaksanaan program-program di RTC, sebanyak 8 inisiatif telah dikenalpasti, iaitu:
Inisiatif 1
Inisiatif 2
Inisiatif 3
Inisiatif 4
Inisiatif 5
Inisiatif 6
Inisiatif 7
Inisiatif 8

Latihan Kemahiran Kepada Penduduk Luar Bandar


Penubuhan Kios Informasi 1Malaysia
Pertanian Bernilai Tinggi
Pemprosesan Produk Agro-Makanan
Pengurusan Rantaian Bekalan Hasil Pertanian
Kerjasama Universiti
Perkhidmatan Keselamatan Makanan dan Farmaseutikal
Kemudahan Pembiayaan Kewangan Kepada Penduduk Luar Bandar

Pelaksanaan kelapan-lapan inisiatif ini diterajui oleh pelbagai Kementerian di samping kerjasama dan sokongan daripada lain-lain Kementerian berkaitan.
Sebagai contoh, dalam pelaksanaan Inisiatif 4, iaitu pemprosesan produk agro-makanan, pengusaha-pengusaha produk industri asas tani dibantu dalam
pembangunan produk mereka melalui penjenamaan, pelabelan, pembungkusan dan persijilan dengan bantuan pelbagai agensi, antaranya Lembaga Pemasaran
Pertanian Persekutuan (FAMA), MARDI dan Jabatan Kesihatan.
Inisiatif 1 : Latihan Kemahiran
KKLW membantu penduduk luar bandar dengan menyediakan peluang latihan secara berterusan kepada masyarakat luar bandar di pusat-pusat RTC dan
kawasan sekitar bertujuan menambah pengetahuan, kemahiran dan keupayaan bagi meningkatkan pendapatan, peluang pekerjaan dan taraf hidup.
Antara jenis-jenis latihan yang ditawarkan adalah seperti:

Keusahawanan

Motivasi Keusahawanan

Pembungkusan dan Penjenamaan

Persembahan Produk

Pengurusan Makanan Ternakan

Teknik Tertigasi

Kemahiran Baikpulih Penghawa Dingin

Kemahiran Teknologi Kimpalan

Inisiatif 2 : Kios Informasi 1Malaysia

Kios Informasi 1Malaysia merupakan pusat maklumat setempat yang menggabungkan informasi dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pelbagai
kementerian/agensi kerajaan. Terdapat 5 kios informasi yang ditempatkan di RTC dan menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti:
Kiosk KKLW - Memberi maklumat Infodesa dan agensi-agensi KKLW.
Kiosk Jobs Malaysia - Menawarkan perkhidmatan peluang pekerjaan dan peluang majikan mendapatkan pekerja.
Kiosk Pusat Pembangunan Perniagaan Agri-Makanan - Membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat pembangunan komuniti perniagaan makanan
pertanian.
Kiosk KPDNKK - Pengguna boleh berbincang menerusi forum interaktif isu-isu kepenggunaan. Misalnya forum harga semasa Pricewatch dan perkhidmatan
aplikasi SMS pengguna.
Kiosk MyEG Mendapatkan pelbagai maklumat agensi awam.
Inisiatif 3 : Pertanian Bernilai Tinggi
Terdapat 3 projek utama pertanian bernilai tinggi yang sedang dan akan dilaksanakan iaitu:

Projek Penghasilan Sayur-Sayuran Premium di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Lojing

Pelbagai sayur-sayuran yang mendapat permintaan tinggi dihasilkan, seperti tomato dan capsicum

Projek Penghasilan Produk Tenusu yang Selamat dan Berkualiti

Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu (PPIT) disediakan bagi membantu penternak lembu tenusu berskala kecil memasarkan susu mentah. PPIT
menyediakan khidmat nasihat teknikal dan menjalankan ujian kandungan dan kualiti susu. PPIT akan membeli susu mentah dan memasarkan ke
kilang-kilang pemprosesan/memproses sendiri bagi menghasilkan susu pasteuris, susu pasteuris berperisa, yoghurt, dadih dan aiskrim.

Projek Ternakan Arowana

Projek ternakan Arowana merupakan satu industri bernilai tinggi dan mempunyai potensi yang besar. Melihat kepada pasaran semasa, aktiviti ini
boleh dilaksanakan dan mendatangkan pulangan yang lumayan.

Inisiatif 4 : Pemprosesan Produk Agro Makanan


Inisiatif 4 bertujuan membangunkan usahawan di bidang pemprosesan makanan yang menekankan pembangunan dan peningkatan kualiti produk bagi pasaran
tempatan dan global. Penekanan juga diberikan kepada aktiviti nilai tambah dan membangunkan usahawan industri asas tani nasional yang bersepadu ke arah
peningkatan pendapatan masyarakat tani. Antara tumpuan produk pemprosesan agro-makanan di Perak meliputi:

Kuih Tradisional (e.g: Putu Perak)

Minyak Kelapa Dara

Jeruk Buah-buahan

Telur Asin

Kordial/Jus

Sos

Kerepek (Ubi/Pisang)

Makanan Sejuk Beku

Herba

Inisiatif 5 : Pemprosesan Produk Agro Makanan


Pengurusan rantaian bekalan hasil makanan merupakan:

satu konsep merasional semula pemasaran melalui pengurusan rantaian bekalan dari peringkat ladang terus kepada pengguna.

melibatkan proses perancangan, pelaksanaan dan kawalan operasi dalam rantaian bekalan secara cekap dan berkesan.

merangkumi pergerakan dan penstoran bahan mentah, inventori dan keluaran akhir daripada titik pengeluaran sehingga penggunaan.

Inisiatif 6 : Kerjasama Universiti


Kementerian Pengajian Tinggi dipertanggungjawabkan untuk menerajui inisiatif kerjasama universiti dalam memperkukuh jalinan Luar Bandar dan Bandar.
Program Sukarelawan Pelajar (Volunteerism) dan Program Pemindahan Ilmu (Knowledge Transfer Program) merupakan tonggak kepada inisiatif ini. Program ini
diharap dapat mewujudkan kesedaran di kalangan pelajar dan dapat melahirkan masyarakat berilmu bagi mencapai objektif mempertingkatkan taraf sosioekonomi masyarakat luar bandar. Aktiviti-aktiviti kesukarelawan yang akan dilaksanakan di dalam program ini adalah seperti Health for Malaysia, Educate
Malaysia dan Rural Ambassador.
Inisiatif 7 : Perkhidmatan Kesihatan 1Malaysia
Perkhidmatan Kesihatan 1Malaysia ditawarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui beberapa aktiviti utama iaitu:

Khidmat Nasihat Teknikal Jaminan Keselamatan Makanan

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) bertanggungjawab untuk melindungi orang ramai daripada ancaman kesihatan dan penipuan dalam
penyediaan,penjualan dan penggunaan makanan. Aktiviti-aktiviti keselamatan makanan dilaksanakan melalui peruntukan-peruntukan di bawah Akta Makanan
1983, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. BKKM juga menawarkan beberapa pengiktirafan bagi membantu
pihak industri makanan menghasilkan makanan yang selamat termasuk Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M) yang telah dilancarkan pada November
2010 yang secara khusus untuk membantu Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Khidmat Nasihat Teknikal Jaminan Keselamatan Ubat Tradisional Dan Produk Kosmetik

Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, KKM bertanggungjawab memastikan produk tradisional berdaftar dan kosmetik bermodifikasi yang dihasilkan oleh
pengiklan tempatan ataupun diimport untuk pasaran tempatan adalah selamat, efektif dan berkualiti. Pengilang produk tradisional ataupun kosmetik akan dibantu
dalam pendaftaran ataupun notifikasi produk keluaran syarikat mereka.

Lain-lain Perkhidmatan Kesihatan

Inisiatif 8 : Kemudahan Pembiayaan Kewangan


Kementerian Kewangan dengan usaha sama institusi kewangan dan agensi Kerajaan telah menyediakan kemudahan pembiayaan mikro kredit kepada peminjam
di kawasan RTC. Skim-skim pembiayaan tersebut menawarkan kadar faedah / keuntungan yang rendah bertujuan untuk membantu para usahawan menjalankan
aktiviti perniagaan di RTC.
Antara

Institusi

Kewangan

dan

kemudahan

pembiayaan

yang

disediakan

adalah

seperti

berikut:-

Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) - Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah
Bank Simpanan Nasional Menyediakan pembiayaan mikro.
Agrobank Menyediakan pembiayaan mikro pertanian.
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) Menyediakan pembiayaan kepada usahawan secara pakej dengan pembangunan keusahawanan untuk
membantu usahawan Bumiputera dalam bidang Peruncitan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
TEKUN Nasional - Menyediakan Pembiayaan Mikro Dan Perkhidmatan Sokongan Pembangunan Keusahawanan.
SME Bank menyediakan pembiayaan kepada PKS.
Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM) menyediakan kemudahan pembiayaan kepada usahawan Bumiputera. Melalui skim ini, MARA bekerjasama dengan
bank
komersil
yang
menawarkan
kemudahan
pembiayaan
dan
MARA
bertindak
sebagai
penjamin.
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam
Malaysia (YaPEIM) Skim Ar-Rahnu merupakan skim pinjaman yang dikeluarkan bersandarkan emas sebagai cagaran dan peminjam diberi margin pembiayaan
sehingga maksimum 65% atau tidak melebihiRM5,000.00.
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menyediakan kemudahan mikro kredit beserta bimbingan dan latihan berterusan kepada isi rumah miskin, termiskin dan
usahawan ikhtiar.

Penubuhan Esscom beri nafas baharu tahap keselamatan di Esszone


Penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) hampir setahun lalu memberi nafas baharu kepada usaha memantapkan lagi keselamatan
rakyat di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone), kata Ketua Pengarah Esscom, Datuk Mohammad Mentek (gambar).
Sehubungan itu, katanya, beliau menghargai peranan yang dimainkan oleh pelbagai agensi seperti pasukan polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam mempertahankan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat khusus di Esszone.
"Kita bersyukur walaupun dengan kepelbagaian doktrin dan latar belakang budaya kerja yang berbeza, namun semua komponen dapat digabungkan menjadi satu
pasukan kerja yang mantap.
"Ini secara tidak langsung menjadikan Esscom sebagai pemangkin kepada peningkatan kerjasama strategik antara pelbagai agensi keselamatan dan pertahanan
serta awam," katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Esscom Bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di Dewan Ibu Pejabat Polis Lahad Datu,
malam tadi.

Turut hadir Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Salleh Mat Rashid; Pengarah Logistik Polis Diraja Malaysia,
Datuk Zulkifli Abdullah; Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Wira Hamza Taib dan pengarah bahagian Esscom.
Mohammad berkata, kerjasama strategik itu dijalankan berdasarkan Strategi Lautan Biru Kebangsaan bagi mengoptimumkan sumber supaya tugas dan
kebolehan setiap komponen dapat dimaksimumkan ke tahap yang lebih berkesan dan memberi impak berkala besar merentasi sempadan agensi.
Beliau berkata, walaupun keanggotaan Esscom akan ditambah 150 orang anggota baharu, namun tugas untuk memastikan setiap kawasan Esszone selamat
bukan sesuatu yang mudah.
"Apapun dengan sokongan yang kuat diberikan oleh agensi penguatkuasaan dan pertahanan terutama polis, ATM dan APMM memungkinkan cubaan anasir luar
yang cuba menggugat kedaulatan dan kesejahteraan negara dapat dipatahkan," katanya.
Kawasan Esszone merangkumi 10 daerah iaitu Kudat, Kota Merudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
Esscom ditubuhkan bagi menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur Sabah susulan pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di Kampung
Tanduo pada Februari tahun lalu.
Statistik Ringkas
(Data seperti pada 31 Ogos 2014)
Bilangan Sekolah

Rendah Menengah Jumlah

7,757

2,379

10,136

Bilangan Murid (Enrolmen)

Peringkat

Prasekolah

Bil Lelaki

99,620

Bil Perempuan

96,720

Jumlah

196,340

Rendah

1,391,785

1,316,426

2,708,211

Menengah

1,106,170

1,137,522

2,243,692

Jumlah

2,597,575

2,550,668

5,148,243

Bilangan Guru

Peringkat

Bil Lelaki

Bil Perempuan

Jumlah

Rendah

72,233

167,785

263,337

Menengah

55,385

127,030

182,415

Jumlah

127,618

294,815

445,752

JADUAL WAKTU ANJAL


Pada sekitar tahun 1995, sistem Jadual Waktu Anjal telah diperkenalkan. Sistem tersebut membolehkan sesuatu subjek diajar dalam tempoh waktu yang lama
dalam sehari. Contohnya pada satu hari hanya 2-3 subjek diajar berbanding 6-7 subjek dalam sehari. Sistem ini membolehkan sesuatu Pengajaran &
Pembelajaran dilaksanakan secara hands-on. P&P menjadi menarik kerana guru-guru menyediakan latihan yang pelbagai bagi membolehkan pelajar memahami
subjek dengan mendalam. Banyak alat bantuan mengajar perlu digunakan. ABM ini perlu dibangunkan oleh para guru mengikut kreativiti masing-masing.
Kebaikan sistem ini ialah ia membolehkan pelajar belajar dalm suasana bilik darjah yang menyeronokkan. Tetapi kaedah tersebut gagal diteruskan kerana guruguru tidak mampu menyediakan P&P yang menarik. Ramai yang tidak mampu menggunakan waktu yang panjang tersebut secara optimum. Akhirnya pelajar

hanya membuat tugasan yang tidak menyeronokkan seperti menulis dan menyalin semula buku teks kedalam buku latihan. Amat menyedihkan.
Jadual waktu anjal ini perlu dilaksanakan sekiranya UPSR dan PMR hendak dimansuhkan. Tetapi para guru perlu menjalani latihan untuk berfikir secara kreatif
tentang bagaimana mengoptimumkan masa P&P dengan sepenuhnya. Seorang guru yang baik akan menghargai kaedah ini kerana ia membolehkan mereka
menjalankan latihan hands-on yang sememangnya akan menyeronokkan pelajar dan seterusnya membolehkan pelajar benar-benar memahami P&P.

Jumlah populasi di negara Malaysia telah mencecah jumlah 30 juta orang, jumlah berkenaan diambil kira berdasarkan jam populasi di laman web Jabatan Perangkaan Malaysia
Tambah laporan lagi, menurut unjuran populasi jabatan tersebut, angka 38.5 juta orang penduduk akan dicapai pada tahun 2040, yang terdiri daripada 19.6 juta lelaki dan 19 juta
perempuan
Pautan sumber : http://www.mysumber.com/jumlah-penduduk-malaysia-30-juta-orang-tahun-2014.html#ixzz3HM1Ul22S

Bidalan bermaksud kata-kata yang sering kali disebut yang mengandungi nasihat peringatan dan sebagainya. Pepatah ialah peribahasa yang berisi nasihat dan
lain-lain atau kata orang tua-tua yang terdapat ajaran di dalamnya.

Kami dan kita ialah kata ganti nama diri pertama. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan makna antara kedua-duanya. Kami merujuk penutur jamak
tetapi tidak termasuk pendengar manakala kita merujuk penutur (tunggal atau jamak) dan termasuk juga pendengar.
Contoh ayat:
1. Kita harus membantu orang yang susah. (mengajak pendengar itu ikut serta)
2. Kami tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. (hanya melibatkan kumpulan/kelompok itu sahaja, bukan pendengar yang lain)
Ringkasan Bajet 2015 Highlight Malaysia : Intipati Kandungan Bajet

Kerajaan Malaysia mahu mengurangkan defisit fiskal kepada 3.0% pada tahun 2015 melalui jangkaan 3.5% pada tahun 2014 ini. Sama-sama kita nantikan azam
kerajaan pada masa akan datang. Berjaya atau tidak?

Budget 2015 Malaysia memperuntukkan sejumlah RM273.9 bilion, berlaku kenaikan peruntukkan sebanyak RM9.8 bilion

Daripada pembentangan Budget 2015 Malaysia ini, RM50.5 telah pergi kepada bajet pembangunan

Melibatkan bajet perbelanjaan mengurus, pembayaran kepada keluarga besar kakitangan awam di Malaysia adalah terbesar apabila menjangkau RM65.6 bilion

Dan.kerajaan Malaysia dijangka akan mampu mengaut dana sejumlah RM235.2 bilion pada tahun 2015 kelak, yang mana berlaku kenaikan sebanyak RM10.2
bilion

Malaysia Bajet 2015 Cukai

Kadar cukai pendapatan individu turun 1%-3% mata peratusan

Kadar cukai pendapatan perseorangan untuk paras maksimum naik daripada pendapatan lebih RM100,000 kepada pendapatan lebih RM400,000

Kadar cukai pendapatan individu turun daripada 26% kepada 24%, 24.5 dan 25%

Kadar cukai pendapatan koperasi turun 1%-2% mata peratusan bagi tahun taksiran 2015

Kadar cukai pendapatan syarikat turun 1 mata peratusan bagi tahun taksiran 2016

Kadar cukai pendapatan syarikat kecil dan serdahana turun 1 peratusan bagi tahun taksiran 2016

Malaysia Budget 2015 Subsidi

Berdasarkan laporan Ekonomi, kerajaan Malaysia akan mengurangkan jumlah perbelanjaan subsidi dan bantuan tunai yang ditanggung oleh kerajaan Malaysia
sebanyak 7% daripada RM40.6 kepada hanya RM37.7 bilion pada tahun 2015

Mekanisme pemberian subsidi minyak akan dirombak dan akan diumumkan tidak lama sahaja lagi supaya hanya diberikan kepada golongan yang berhak
sahaja

Malaysia Bajet 2015 : Usahawan

Tekun diberikan bajet sejumlah RM350 juta untuk kegunaan usahawan bumiputera

Ekuinas mendapat RM600 juta bagi meningkatkan jumlah pemilikan bumiputera dama syarikat swasta dan GLC

Tambahan RM30 juta bagi skim SUPERB ( Bumiputera Entrepreneurs Startup Scheme)

Malaysia Budget 2015 Majikan Swasta

Potongan cukai 2x ke atas perbelanjaan program intership

Potongan tambahan atas belanja latihan sijil dan kelayakan profesional

Potongan cukai 2x atas biasiswa pengajian sijil vokasional dan teknik

Malaysia Budget 2015 Pendidikan


Insentif Bayaran Pinjaman PTPTN

Bayaran penuh sekaligus sebelum 31 Mac 2015 ada diskaun 20%

Bayar balik tanpa henti Januari 2015-Disember 2015 dapat rebet 10%

Simpanan Pendidikan

Geran sepadan SSPN diperluskan kepada pencarum dengan pendapatan isi rumah RM4,000

* Geran sepadan sedia ada tidak lebih RM10,000

Malaysia Budget 2015 Sabah & Sarawak

RM27 bilion untuk Lebuh Raya Pan Borneo 1,663, 936km di Sarawak 7 727 km di Sabah

Klinik Kesihatan di Tenom, Sabah & Lubok Antu, Sarawak

Naik taraf Hospital Tawau

Kemudahan rawatan kanser di Hospital Wanita & Kanak-kanak di Likas, Sabah

943 juta untuk 635km jalan luar bandar

Malaysia Budget 2015 Perkhidmatan Awam

Semakan 252 skim perkhidmatan sedia

Bantuan bulanan sebanyak RM300 sebulan kepada pegawai & kakitangan kontrak KEMAS, JASA, JPNIN, JAKIM dan seranta FELDA

Had kelayakan pinjaman perumahan dinaikkan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia

RM500 juta untuk baik pulih dan selenggara kuarters tentera, polis, guru, dan kakitangan kesihatan

RM105 juta untuk selenggara kuarters kerajaan di bawah program Mybeautiful Malaysia

Bonus penjawat awam Bajet 2015 bonus setengah bulan gaji

Bantuan khas RM250 kepada pesara kerajaan

Bayaran bonus penjawat awam & pesara kerajaan pada Januari 2015

Malaysia Budget 2015 Kos Sara Hidup

Bantuan RM100 kepada pelajar sekolah

Baucar Buku 1Malaysia (BB1M 2015) : RM250

BR1M 4.0 2015 bagi isi rumah kurang RM3,000 : RM950

BR1M 4.0 2015 bagi isi rumah antara RM3,000 RM4,000 : RM750

BRiM 4.0 2015 bagi bujang pendapatan kurang RM2,000 : RM350

Skim Khairat Kematian RM1,000 ganti insuran BR1M

Malaysia Budget 2015 Ahli Parlimen

Kenaikan elaun ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara naik kepada JUSA C

Manakala gaji dan elaun bagi YDP Dewan Rakyat & Dewan Negara serta timbalan akan naik

Malaysia Budget 2015 Belia

Skim Perumahan Belia diperkenalkan bagi pembelian rumah di bawah RM500,000 melibatkan golongan berumur 25-40 tahun yang sudah berkahwin dan
pendapatan isi rumah pula kurang daripada RM10,000 bagi tempoh pembiayaan sekitar 35 tahun

Malaysia Budget 2015 Hartanah

RM1.3 bilion bagi 80,000 unit rumah PR1MA

Syarat disemak semula kepada had pendapatan isi rumah RM10,000 (meningkat dari RM8,000).

Skim sewa beli untuk golongan yang tidak mendapat pembiayaan bank.

RM644 juta untuk membina lebih banyak Projek Perumahan Rakyat.

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina 12,000 unit Rumah Mesra Rakyat, 5,000 unit Rumah Idaman Rakyat dan 20,000 unit Rumah
Aspirasi Rakyat di tanah milik sendiri

You might also like