Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA KEDAH

JURNAL PRAKTIKUM
Nama Pelajar : Mohd. Saiful Bin Sher Khan
Kursus & Ambilan : PISMP Ambilan Januari 2012
Tempoh Praktikum : 3 Bulan (12 Minggu)
Pengkhususan : Pendidikan Khas 3 (Masalah Pembelajaran)
Nama Guru Pembimbing : Puan Che Su Binti Ismail
Nama Pensyarah Pembimbing : Encik Mohamad Fauzi Bin Hamid
Catatan Minggu ke: (3).Tarikh : 15 Febuari hingga 17 Febuari 2015
Pengenalan
Minggu ini masuk minggu ketiga saya berpraktikum di Sekolah Kebangsaan
Kuala Nerang. Saya mulai mesra dengan semua guru-guru daripada aliran guru
pendidikan khas mahupun guru aliran perdana. Saya juga telah mengikuti
rombongan sekolah ke Cameron Highland baru-baru ini. Daripada lawatan itu
hubungan saya dengan guru menjadi lebih baik lagi. Pada minggu ini juga tempoh
persekolahan hanya dalam 3 hari saja kerana selepas itu cuti selama 5 hari
sempena Tahun Baru Cina akan berlaku. Sememangnya dalam tempoh 3 hari ini
juga sedikit kesibukan berlaku kerana sukantara untuk sukan sekolah juga
dijalankan serta perubahan jadual waktu pengajaran saya. Pun begitu suasana
sebegini sangat saya gembira saya lalui kerana ianya memberi pengalaman sebenar
sebagai seorang guru di sekolah kepada saya bakal guru yang masih banyak perlu
belajar.
Masalah/Isu/Peristiwa yang difokuskan
Pada minggu ini masalah yang saya hadapi ialah kurangnya bahan
pengajaran menarik untuk mengajar kelas matematik tahun 4. Saya berhadapan
dengan masalah bagaimana untuk merancang aktiviti pengajaran yang menarik
berikutan daripada tahap murid yang berbeza-beza dan sukar menentukan masalah

mereka satu persatu dengan tetap. Kadangkala murid boleh menjawab soalan dan
kadangkala murid tidak dapat menjawab soalan dan ini masalah yang perlu saya
atasi. Saya sering terfikir adakah soalan saya terlalu sukar dan kadangkala apabila
murid dapat menjawab saya terfikir adakah soalan terlalu mudah.
Analisis masalah/Isu/peristiwa
Masalah kurangnya bahan bantu pengajaran untuk mengajar tahun 4 ini
sememangnya masalah yang tidak perlu dinafikan lagi. Hal ini kerana KSSR 4
matematik baru sahaja dibentuk dan rancangan untuk penyediaan bahan bantu
kepada murid yang mengambil tahap ini masih kurang lagi. Apa yang dapat
disimpulkan ialah murid tahun 4 kelas pendidikan khas adalah murid yang dapat
menguasai tahap pembelajaran pada tahap yang lebih baik dan pengunaan bahan
maujud semakin kurang dan daya fikir secara konkrit perlu ada dan diterapkan
kepada mereka. Pada tahap pembelajaran kssr 4 matematik dan bahasa melayu
juga murid yang dapat menguasai tahap ini selalu diinklusifkan. Pada saya mengajar
kelas ini sememangnya mudah, tetapi saya perlu berwaspada agar tidak
memberikan soalan yang terlalu tinggi aras daripada mereka dan terlalu rendah
daripada tahap mereka. Saya juga perlu merancang pengajaran yang lebih baik dan
menarik lagi.
Cadangan Penyelesaian
Untuk mengatasi masalah ini, saya perlulah peka dengan tahap penguasaan
murid dan merancang rancangan pengajaran harian yang mantap dan lebih baik.
Saya juga perlu melakukan komunikasi dua hala yang aktif bersama-sama dengan
murid bagi memastikan mereka betul-betul faham dengan apa yang saya ajarkan
kepada mereka. Disamping itu, pengunaan bahan-bahan yang multisensori dan
maujud juga akan menggalakan lagi minat mereka dalam pembelajaran Kssr
matematik tahun 4. Kini semuanya bergantung kepada saya bagi menyediakan
bahan pengajaran yang sesuai dan berkualiti kepada murid-murid saya tersebut.
Tempoh penyelesaian
15 februari hingga 5 mac 2015 ( 3 minggu tidak termasuk cuti)

Tindakan susulan
Saya telah mengadakan brainstorming bersama-sama dengan rakan-rakan
kelas saya yang sama-sama mengajar kelas matematik tahun 4 Kssr pendidikan
khas. Hasil perbincangan aktif itu, pelbagai idea-idea menarik timbul dan saya akan
memastikan pengajaran akan datang lebih baik dan lebih menarik lagi.
Perbincangan juga saya jalankan bersama guru pembimbing untuk mendapatkan
idea dan cara mengajar di kelas tersebut dengan lebih berkesan.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, saya sebenarnya dapat mengajar di kelas tersebut
Cuma yang menjadi isu sekarang ialah kurangnya idea untuk menjadikan kelas lebih
menarik dan seronok semasa mengajar. Hal ini kerana kaedah write and talk di
papan putih sering saya lakukan dan itu membuatkan hati saya tidak senang
mengajar dalam kaedah begitu. Semoga pada masa hadapan saya dapat
merancang pengajaran yang lebih baik dan berkesan.
Pandangan / komen guru pembimbing
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
Tarikh : ............................................. Tandatangan : .............................................
Nama : .........................................................

Pandangan / komen pensyarah pembimbing


.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
...........
.......................................................................................................................................
............
Tarikh : .............................................. Tandatangan : ..............................................
Nama : ........................................................

You might also like