Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Cara Penulisan Sorotan Literatur/ Literature Review dalam

Kajian Tindakan(Action Research)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini Ika nak kongsikan kepada semua ilmu yang telah Ika peroleh daripada seorang pensyarah AR Ika,
Dr Rosli iaitu berkaitan cara penulisan sorota literatur atau literature review yang terbaik. Untuk
makluman semua, sorotan literatur merupakan penulisan ringkasan aripada kajian-kajian lepas yang
berkait dengan kajian tindakan yang kita jalankan.

Penulisan sorotan literatur yang terbaik kajian yang dilaksanakan tidak lebih daripada sepuluh tahun
daripada tempoh kajian yang kita laksanakan. Penulisan sorotan literatur yang terbaik hendaklah
merangkumi enam perkara berikut:

1. Objektif pengkaji lepas


2. Tahun kajian tersebut dijalankan.
3. Di mana kajian tersebut dijalankan.
4. Bilangan responden/subjek kajian yang terlibat.
5. Intervensi kajian yang digunakan.
6. Kesan/hasil kajian tersebut.

Keenam-enam aspek ini akan dikaitkan dengan pemilihan masalah kajian yng hendak dikaji,
responden/subjek kajian serta teknik/kaedah/alat intervesi kajian tersebut (rujuk tajuk kajian anda).
Berikut adalah salah satu contoh penulisan sorotan literatur.

MENINGKATKAH PENGUASAAN KATA SENDI NAMA 'DARI' DAN 'DARIPADA' MURID TAHUN
EMPAT MENGGUNAKAN KAEDAH J-MONO

(...)
Nurul Hannah bt Abdul Awang (2012) dalam kajiannya, Meningkatkan Penguasaan Murid Tahun Lima Ibnu
Khaldun Mengingati Fakta dalam Topik Kegemilangan Melaka Menggunakan Teknik Permainan Dice Games
menunjukkan tahap keberkesanan permainan Dice Games telah dapat membantu murid mengingati peranan
sultan dan pembesar empat lipatan. Kajian ini telah dijalankan selama empat minggu terhadap lima orang murid
Sekolah Kebangsaan Seberang Takir menggunakan teknik permainan Dice Games. Beliau telah menggunakan

Model Kajian Tindakan Stephen Kemmis. Hasil dapatan yang diperoleh daripada pemerhatian, ujian pra dan pos
serta borang selidik menunjukkan peningkatan berlaku secara menyeluruh selepas perlaksanaan intervensi
dijalankan, iaitu 100% subjek kajian telah dapat menyatakan semula peranan sultan dan pembesar empat lipatan
selepas intervensi dilaksanakan. Kajian ini jelas menunjukkan bahawa teknik permainan dapat membantu subjek
kajian mengingat fakta yang terdapat dalam sesebuah topik pembelajaran dengan lebih mudah kerana bersesuaian
dengan perkembangan murid sekolah rendah. (...)

Selain itu, pada akhir penulisan sorotan literatur, sebaik-baiknya pengkaji hendak menulis berkaitan
keinginan pengkaji berkaitan rasional dan keinginan pengkaji untuk meneruskan kajian tersebur. Berikut
antara contoh ayat penutup sebelum mengakhiri ayat.

" (...) Namun, kajian yang sedang pengkaji jalankan masih belum disentuh dengan lebih mendalam.
Oleh hal yang demikian, pengkaji akan melihat dari aspek(...) "

http://atiqahaiza.blogspot.com/2013/10/penulisan-sorotan-literatur-literature.html

You might also like