Butang Pada Barisan Pertama Di Atas Sekali Itu Seperti

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Butang pada barisan pertama di atas sekali itu seperti "get", "alert", "research" dan seterusnya.

Butang-butang ini hanya akan berfungsi sekiranya anda terlebih dahulu klik pada mana-mana
kaunter syarikat pada platform ini. Kaunter yang diklik akan dihighlight dengan 2 garisan
berwarna kuning dimana dalam gambar di atas kauter saham yang saya klik ialah JCY yang
berkod 5161. Selepas klik nama syarikat yang dikehendaki barulah anda boleh klik butangbutang ini. Butang yang biasa anda akan tekan ialah "research" untuk mendapatkan info tentang
syarikat-syarikat ini, :news", "chart" pula untuk melihat historical price syarikat ini dan juga
boleh digunakan untuk membuat analisis teknikal tentang syarikat ini melalui graf, "tracker"
untuk melihat order-order saham syarikat ini dipasaran dan lain-lain butang.
ii) Butang pada dua barisan bawah tersebut seperti butang "all", "favourite", "KLCI", "main",
"top volume", "top gainer", "top loser" dan lain-lain butang. Butang-butang ini boleh anda
explore sendirilah sebab tiada apa yang kompleks pun. Secara ringkas, untuk melihat syarikatsyarikat yang tersenarai dalam indeks KLCI, tekan butang "KLCI", untuk melihat senarai
syarikat-syarikat dalam indeks ACE tekan butang "ACE" dan seterusnya. Setelah keluar semua
senarai tersebut, anda boleh lihat syarikat mana yang mencatat untung paling besar dengan klik
pada "top gainer" atau kaunter yang paling rugi dengan klik "top loser". Selepas klik pada
butang-butang ini, ia akan susun atau "sort" kaunter-kaunter tersebut mengikut apa yang anda
klik. Sebagai contoh, dalam gambar diatas, ia memaparkan kaunter-kaunter yang berada dalam
indeks Syariah dan ianya disusun mengikut volume. Kaunter yang paling banyak volume berada
di kedudukan paling atas iaitu kaunter SAAG dengan kod 9652. Jika dilihat, butang yang
dihighlight dengan warna biru ialah "syariah" dan "top volume", iaitu dua butang yang saya
tekan tadi.
Penerangan tentang butang-butang tadi sebenarnya belum masuk tajuk lagi. Itu baru
mukadimahnya. Apa yang saya ingin sampaikan pada hari ini ialah mengenai bagaimana hendak
tengok harga saham.
Jika anda perhatikan pada gambar diatas, pada kedudukan dibawah butang (ii) yang saya
terangkan tadi, ada label-label seperti "code", "N", "currency" dan seterusnya.

Mari saya terangkan macam mana nak baca semua ini. Dalam gambar diatas, kaunter yang saya
klik ialah JCY. Maklumatnya adalah seperti berikut:
Code: 5161
Name: JCY
Ref: 1.12. -----"Ref" adalah singkatan kepada reference iaitu harga rujukan ataupun harga
semalam. Maksudnya, transaksi jual beli terakhir syarikat ini dalam pasaran sebelum market
ditutup semalam ialah pada harga RM1.12 seunit. Harus diingat market ditutup pada pukul 5.00
petang setiap hari.
Open: 1.12. ---- "Open" ialah harga pembukaan hari ini. Ini bermaksud transaksi jual beli
terawal hari ini untuk kaunter ini ialah pada harga RM1.12 seunit iaitu harga yang sama dengan
harga ditutup semalam. Setiap hari market dibuka pada jam 9.00 pagi.
High: 1.13 ----"High" bermaksud harga tertinggi pada hari ini.
Low: 1.08 ----"Low" bermaksud harga terendah pada hari ini.

graf harga hari ini

Gambar diatas adalah untuk graf untuk harga hari ini. Melalui gambar tersebut dengan senang
kita dapat lihat harga "open", "high" dan "low" kaunter JCY pada hari ini. JCY dibuka pada
harga RM1.12 seunit, kemudian jatuh pada harga terendah pada RM1.08 seunit sebelum naik
kembali pada harga tertinggi pada RM1.13 seunit dan terus lagi fluctuate mengikut pasaran
saham. Untuk dapat graf ini, tekan pada butang "Tracker" pada butang (i) yang saya terangkan
tadi.

B/Qty: 6433; Buy:1.10. ---- Pada masa tersebut, ada 6433 lot (1 lot = 100 unit) sedang
menunggu untuk membeli pada harga RM1.10 seunit.

S/Qty: 8765; Sell: 1.11. ----Pada masa tersebut, ada 8765 lot (1 lot = 100 unit) saham
hendak dijual pada harga RM1.11 seunit.

Last: 1.11; L.vol:90. ---- Harga semasa ataupun harga transaksi terakhir jual beli saham
kaunter tersebut ialah pada harga RM1.11 iaitu sebanyak 90 lot. (1 lot=100 unit)
Jadi, pada waktu tersebut, sekiranya anda ingin membeli saham kaunter ini, anda boleh beli
pada harga RM1.11 seunit kerana sudah ada ready seller pada waktu itu dan anda boleh terus
dapatkan saham ini pada harga tersebut, sebanyak mana lot saham yang anda inginkan tetapi
terhad kepada 8765 lot sahaja. Jika melebihi bilangan lot ini, anda harus menunggu penjual lain
yang mahu jual pada harga yang sama.
Anda juga boleh membeli pada harga lagi murah iaitu dengan membuat buy order pada RM1.10
seunit, tapi anda harus tunggu dahulu 6433 lot saham buy order sebelum anda dipadankan
dengan sell order barulah buy order anda akan dimatchkan. Makin rendah harga saham yang
anda buat buy order maka makin lambatlah anda dapat beli saham yang anda mahukan.

Sama juga jika anda mahu menjual saham kaunter JCY yang anda telah ada, sekiranya nak
jual dengan cepat bolehlah jual pada harga RM1.10 seunit kerana sudah ada ready buyer,
ataupun boleh juga dibuat sell order pada harga yang lebih tinggi tapi perlulah tunggu sedikit
masa untuk sell order anda dipadankan dengan buy order dari pelabur lain yang sanggup
membeli pada harga yang tinggi.
Perlu difahami juga bahawa harga last price itulah harga pasaran sekarang. Membuat buy order
pada harga yang lagi tinggi dari harga pasaran membuatkan order anda akan dipadankan
dengan lebih cepat manakala menbuat sell order pada harga yang lebih rendah juga
mempercepatkan transaksi anda untuk dipadankan.

Chg(%): -0.90.---- ini ialah "percentage change" iaitu peratus perubahan harga semasa
berbanding harga semalam. Negatif bermakna harga harga semasa adalah lebih rendah
manakala positif bermaksud sebaliknya.
Chg: -0.010.---- harga semasa ialah 1 sen (RM0.010) lebih rendah dari harga semalam.
Volume: 86025----- Sebanyak 86025 lot saham telah diperdagangkan sehingga ke saat
tersebut. Semakin tinggi volume bermaksud semakin cair (liquid) saham kaunter tersebut dan
semakin cepat harga saham berubah.
Sekian dahulu dari saya, diharap anda dapat memahami apa yang hendak saya sampaikan dan
sebarang persoalan atau komen boleh diajukan diruangan komen.

You might also like