Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 29

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS BERSEPADU DI

KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TAHUN 2 SESI 2005/06, JURUSAN


SAINS, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA,
SKUDAI, JOHOR.

KIU LING FENG

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS


JUDUL : TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS BERSEPADU DI
KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TAHUN DUA SESI 2005/06, JURUSAN SAINS,
FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI,
JOHOR

SESI PENGAJIAN :
Saya

2005/2006

KIU LING FENG


(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan


Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat seperti berikut :
1.
2.

Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.


Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara
institusi pengajian tinggi.
** Sila tandakan ( 3 )

3.
4.

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau


kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

Disahkan Oleh,

(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat Tetap:
KIU LING FENG, C/O ANTHONY HII,
HOSPITAL KAPIT, 96800 KAPIT,
SARAWAK.

Tarikh:

21 APRIL 2006

(TANDATANGAN PENYELIA)
TUAN HAJI MOHD. ANUAR BIN ABDUL
RAHMAN
(Nama Penyelia)

Tarikh:

21 APRIL 2006

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.


** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini
perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau
Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia Minor Matematik).

Tandatangan

Nama Penyelia

: TUAN HAJI MOHD. ANUAR BIN ABDUL


RAHMAN

Tarikh

21 APRIL 2006

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS BERSEPADU DI


KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TAHUN DUA SESI 2005/06, JURUSAN
SAINS, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA,
SKUDAI, JOHOR.

KIU LING FENG

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan


Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia/Matematik)

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

2006

ii

Saya akui karya ini adalah hasil penulisan saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan:
Nama Penulis: KIU LING FENG
Tarikh: 21 APRIL 2006

iii

DEDIKASI

Kepada Tuhan yang Maha Esa dan Maha Kuasa,


Ayah dan ibu yang amat saya hormati,
Kakak, abang dan adik saya yang amat saya kasihi,
Suami yang amat saya cintai.

iv

PENGHARGAAN

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih
kepada penyelia saya Tn. Hj. Mohd. Anuar Bin Abdul Rahman, atas tunjuk ajar yang
diberikan di samping tidak jemu memberi bantuan sepanjang melaksanakan kajian ini.
Tidak dilupakan kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang banyak memberi
pandangan dan nasihat kepada saya.
Setinggi penghargaan juga dirakamkan kepada semua responden kajian iaitu
pelajar-pelajar Tahun 2, jurusan Sains (SPK, SPC, SPP, SPF dan SPN), Fakulti
Pendidikan, UTM, kampus Skudai yang sudi memberi kerjasama dalam menjawab
kertas soal selidik dan ujian kemahiran proses sains bersepadu yang dibagi.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelajarpelajar Tahun 5 dari kursus SPC yang sudi menbantu saya dalam menyempurnakan
kajian rintis saya. Di samping itu, mereka juga banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar
kepada saya dalam melengkapkan bab-bab dalam projek sarjana muda.
Penghargaan juga tidak dilupakan merakamkan kepada ayah, ibu, adik-beradik
dan suami yang amat saya sayangi atas sokongan moral dan bantuan kewangan yang
diberikan. Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat secara lansung atau tidak dalam memberikan sokongan,
cadangan dan sebagainya.

ABSTRAK

Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengukur tahap penguasaan kemahiran


proses sains bersepadu (KPSB) dan aspek KPSB yang paling dominan dikuasai di
kalangan 100 orang pelajar-pelajar Tahun dua, sesi 2005/06 yang mengambil kursus
pendidikan Sains Teras, Kimia dan Fizik di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai, Johor. Selain itu, kajian ini juga melihat sama ada terdapat perbezaan
penguasaan KPSB berdasarkan jantina, kedudukan CPA dan bangsa. Hubungan antara
penguasaan KPSB dengan minat terhadap mata pelajaran Sains pelajar-pelajar juga
ditentukan. Aspek KPSB yang diuji ialah mengawal pembolehubah, mengenalpasti
hipotesis, mendefinisi secara operasi, mentafsir maklumat dan mengeksperimen. Tahap
penguasaan KPSB telah diuji dengan menggunakan instrumen Test Of Integrated
Process Skills I&II (TIPS I&II) yang dibangunkan oleh Okey, Wise dan Burns (1983)
dan diubahsuaikan oleh Samini (1986) dengan kebolehpercayaan, = 0.89. Manakala
minat terhadap mata pelajaran Sains telah diuji dengan menggunakan sebahagian
daripada instrumen Test Of Science Related Attitudes (TOSRA) dengan
kebolehpercayaan,= 0.85. Dua jenis statistik digunakan dalam kajian ini iaitu statistik
deskriptif untuk melihat min, frekuensi, peratusan dan sisihan piawai manakala statistik
inferensi menggunakan ujian-t, ANOVA sehala dan kolerasi Pearson. Keputusan kajian
mendapati bahawa tahap penguasaan KPSB secara keseluruhan pelajar-pelajar Tahun
dua adalah sederhana dengan min skor 20.21 (57.68%). Aspek KPSB yang paling
dominan dikuasai oleh pelajar-pelajar adalah kemahiran mentafsir maklumat dengan
min skor 4.83(69.00%). Selain itu, dapatan kajian mendapati bahawa tidak wujud
perhubungan positif yang signifikan antara penguasaan KPSB dengan minat terhadap
mata pelajaran Sains di kalangan pelajar-pelajar Tahun 2 yang dikaji. Hasil kajian juga
menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi penguasaan KPSB
antara pelajar perempuan dengan pelajar lelaki dan juga antara pelajar Melayu dengan
pelajar Cina. Tetapi, dapatan kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan yang
signifikan bagi penguasaan KPSB berdasarkan kedudukan CPA pelajar-pelajar.

vi

ABSTRACT

The aim of this descriptive study was to measure the mastery level of integrated
science process skills (ISPS) and aspect ISPS which was the most dominant mastery
among 100 second years students, session 2005/06 which are taking education course
Science , Chemistry and Physic in Faculty Education, University Technology Malaysia,
Skudai, Johor. The study also highlighted the differences of mastery of ISPS among the
students of different sex, CPA level and ethnic groups. Relationship between the
mastery of ISPS and interests of Science subjects also be determined. Aspects of ISPS
were measured in this study included controlling variable, identifying hypotheses,
defining operationally, interpreting data and experimenting. The mastery level of ISPS
was measured by using Test Of Integrated Process Skills I&II (TIPS I&II) which was
developed by Okey, Wise and Burns (1983) and modified by Samini (1986) with
reliability, = 0.89 while the interests of Science subjects was measured by using partial
Test Of Science Related Attitudes (TOSRA) with reliability, = 0.85. The two types of
statistic used for this study were the descriptive and inferential statistics. Descriptive
statistics was use to obtain mean, frequency, percentage and standard deviation while
inferential statistics which included t-test, one way ANOVA and Pearson Correlation.
The findings of this study mentioned that as a whole, mastery level of ISPS second year
students are moderate with score mean 20.21 (57.68%). The aspect of ISPS which are
the most dominant mastery by the students was skills of interpreting data with score
mean 4.83 (69.00%). The result showed that there was not a significant positive
relationship between the mastery of ISPS students and their interests of Science
subjects. Besides, the results of this study showed that there was a not significant
difference between female and male students and also Malay and Chinese students in
their mastery of ISPS. However, the results of this study mentioned that there was a
significant difference for the students mastery of ISPS based on their CPA level.

vii

ISI KANDUNGAN

PERKARA

MUKA SURAT

JUDUL

PENGAKUAN PELAJAR

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

ABSTRACT

vi

ISI KANDUNGAN

vii

SENARAI JADUAL

xii

SENARAI RAJAH

xiv

SENARAI SINGKATAN

xv

SENARAI LAMPIRAN

xvi

BAB

TAJUK

SATU

PENGENALAN

1.1

Pengenalan

1.2

Latar Belakang Masalah

1.3

Pernyataan Masalah

1.4

Objektif Kajian

1.5

Persoalan Kajian

10

1.6

Hipotesis Kajian

11

1.7

Batasan Kajian

11

1.8

Kepentingan Kajian

12

1.9

Kerangka Konsep Kajian

13

1.10

Definisi Operasional

14

1.10.1 Tahap Penguasaan

14

1.10.2 Kemahiran Proses Sains Bersepadu

15

viii

1.11

DUA

1.10.3 Kemahiran Membuat Hipotesis

15

1.10.4 Kemahiran Mengawal Pembolehubah

16

1.10.5 Kemahiran Mendefinisi Secara Operasi

16

1.10.6 Kemahiran Mentafsir Maklumat

17

1.10.7 Kemahiran Mengeksperimen

17

Penutup

18

SOROTAN PENULISAN

19

2.1

Pengenalan

19

2.2

Kemahiran Saintifik

19

2.3

Kemahiran Proses Sains (KPS)

22

2.4

Kepentingan KPS Dalam Pengajaran

2.5

Dan Pembelajaran Sains

25

Pengaplikasian KPS

27

2.5.1

Pengaplikasian KPS di Universiti


Teknologi Malaysia.

2.5.2

Pengaplikasian KPS di Peringkat


Sekolah Menengah.

2.6
2.7

29

Kajian Tentang Peranan Guru Dalam


Penerapan KPS

29

Kajian Tentang KPS Secara Umum.

32

2.7.1

Kajian Tentang KPS di Peringkat


Institusi Pengajian Tinggi.

2.7.2

32

Kajian Tentang KPS di Peringkat


Sekolah Menengah.

2.8

28

35

Kajian Hubungan Antara Penguasaan KPS


Dengan Minat Terhadap Sains

38

2.9

Kajian Penguasaan KPS Berdasarkan Jantina.

39

2.10

Kajian Penguasaan KPS Berdasarkan Bangsa.

40

2.11

Kajian Penguasaan KPS Berdasarkan

2.12

Kedudukan CPA

40

Penutup

41

ix
TIGA

METODOLOGI

43

3.1

Pengenalan

43

3.2

Reka Bentuk Kajian

43

3.3

Pensampelan Dan Tempat Kajian

44

3.4

Instrumen Kajian

45

3.5

Kajian Rintis

47

3.6

Prosedur Kajian

48

3.7

Cara Pengumpulan Data

50

3.8

Analisis Data

50

3.8.1

Analisis Tahap Penguasaan KPSB

50

3.8.2

Analisis KPSB Yang Paling Dominan


Dikuasai Oleh Pelajar-Pelajar.

3.8.3

Analisis Hubungan Penguasaan KPSB


Dengan Minat Terhadap Sains.

3.8.4

EMPAT

54

Analisis Perbezaan Penguasaan KPSB


Berdasarkan Kedudukan CPA

3.9

54

Analisis Perbezaan Penguasaan KPSB


Berdasarkan Bangsa

3.8.6

52

Analisis Perbezaan Penguasaan KPSB


Berdasarkan Jantina

3.8.5

51

Penutup

55
55

PENGANALISAAN DATA

56

4.1

Pengenalan

56

4.2

Latar Belakang Responden

56

4.2.1

Taburan Responden Mengikut Jantina

56

4.2.2

Taburan Responden Mengikut

4.2.3

Kedudukan CPA

57

Taburan Responden Mengikut Bangsa

58

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Minat


Terhadap Mata Pelajaran Sains
4.3

Analisis Data Bagi Persoalan Kajian


4.3.1

58
59

Tahap Penguasaan KPSB Secara


Keseluruhan

60

x
4.3.2

KPSB Yang Paling Dominan Dikuasai


Oleh Pelajar-Pelajar

4.4

Analisis Hipotesis Kajian

62
64

4.4.1 Hubungan Antara Penguasaan KPSB Dengan


Minat Terhadap Mata Pelajaran Sains.
4.4.2

Perbezaan Penguasaan KPSB Berdasarkan


Jantina.

4.4.3

LIMA

66

Perbezaan Penguasaan KPSB Berdasarkan


Kedudukan CPA

4.5

65

Perbezaan Penguasaan KPSB Berdasarkan


Bangsa.

4.4.4

64

Penutup

67
68

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

70

5.1

Pengenalan

70

5.2

Rumusan Kajian

70

5.3

Perbincangan Kajian

73

5.3.1

Tahap Penguasaan KPSB Secara


Keseluruhan

5.3.2

73

KPSB Yang Paling Dominan Dikuasai Oleh


Pelajar-Pelajar

75

5.3.3 Hubungan Antara Penguasaan KPSB Dengan


Minat Terhadap Mata Pelajaran Sains.
5.3.4

Perbezaan Penguasaan KPSB Berdasarkan


Jantina

5.3.5

76

Perbezaan Penguasaan KPSB Berdasarkan


Bangsa

5.3.6

76

77

Perbezaan Penguasaan KPSB Berdasarkan


Kedudukan CPA

77

5.4

Cadangan Tindakan

78

5.5

Cadangan Kajian Lanjutan

80

5.6

Penutup

81

xi
RUJUKAN

83

LAMPIRAN A

93

LAMPIRAN B

110

xii

SENARAI JADUAL

NO.

TAJUK

MUKA SURAT

1.1

Markah KPS Berdasarkan Maktab

2.1

Penerangan Kemairan Proses Sains Asas

23

2.2

Penerangan Kemairan Proses Sains Bersepadu

24

3.1

Populasi kajian Dan Sampel Kajian

44

3.2

Nombor-nombor Item Bagi Setiap KPSB Dalam Ujian


TIPS I&II

47

3.3

Tahap Penguasaan KPSB Dengan Peratus Markah

51

3.4

Pengkelasan Skala Empat Mata

52

3.5

Sela Min Bagi Tahap Keminatan Terhadap Mata Pelajaran


Sains

53

3.6

Klasifikasi Koefisien Pearson Mengikut Rowntree

53

4.1

Bilangan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Jantina

57

4.2

Bilangan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Kedudukan


CPA

57

4.3

Bilangan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Bangsa

58

4.4

Bilangan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Minat


Terhadap Mata Pelajaran Sains

59

4.5

Taburan Skor Bagi Ujian KPSB

60-61

4.6

Statistik Diskriptif Bagi Ujian KPSB

61

4.7

Frekuensi Skor Dan Statistik Diskriptif Bagi Setiap KPSB

63

4.8

Analisis Korelasi Di Antara Minat Terhadap Mata Pelajaran


Sains Dengan Penguasaan KPSB

4.9

Analisis Ujian-t Bagi Penguasaan KPSB Di Antara Pelajar


Lelaki Dengan Pelajar Perempuan

4.10

64

Analisis Ujian-t Bagi Penguasaan KPSB Di Antara Pelajar

66

xiii
Melayu Dengan Pelajar Cina

67

4.11

Statistik Diskriptif Berdasarkan Kedudukan CPA

67

4.12

Ujian ANOVA Sehala Antara Penguasaan KPSB Dengan


Kedudukan CPA

68

xiv

SENARAI RAJAH

NO.

TAJUK

MUKA SURAT

1.1

Kerangka Konsep Kajian

13

2.1

Komponen Kemahiran Saintifik

21

3.1

Carta alir: Prosedur Kajian Perlaksanaan Projek Sarjana Muda

49

4.1

Taburan Responden Mengikut Lima Kategori Tahap


Penguasaan KPSB

62

xv

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN

NAMA PENUH

CPA

Purata Himpunan Mata Nilai

FP

Fakulti Pendidikan

KBSM

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPS

Kemahiran Proses Sains

KPSA

Kemahiran Proses Sains Asas

KPSB

Kemahiran Proses Sains Bersepadu

PPK

Pusat Perkembangan Kurikulum

RRJP2

Rangka Rancangan Jangka Panjang ke-2

SPC

Sarjana Muda Sains Pendidikan (Kimia Minor Matematik)

SPF

Sarjana Muda Sains Pendidikan (Fizik Minor Matematik)

SPK

Sarjana Muda Sains Pendidikan Serta Komputer (Kimia)

SPN

Sarjana Muda Sains Pendidikan (Sains)

SPP

Sarjana Muda Sains Pendidikan Serta Komputer (Fizik)

SPSS

Statistical Packages For Social Science

TIPS I & II

Test Of Integrated Process Skill I & II

TOSRA

Test Of Science Related Attitudes

UKBSL

Ujian Kemahiran Berfikir Secara Logik

UKPS

Ujian Kemahiran Proses Sains

UTM

Universiti Teknologi Malaysia

xvi

SENARAI LAMPIRAN

NO

TAJUK

Lampiran A

Borang Soal Selidik Dan Ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu

Lampiran B

Sinopsis Kursus SPS 3121 / SPN 2121: Pendidikan Amali Kimia 1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan
Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr Mahatir bin Mohamad pada 28
Febuari 1991 telah menyatakan bahawa hasratnya untuk menjadi Malaysia sebagai
sebuah negara maju pada tahun 2020. Antara inti ucapan beliau ialah untuk
menwujudkan masyarakat saintifik yang progresif, yang bukan sebagai menjadi
pengguna teknologi malah sebagai penyumbang kepada tamadun saintifik dan
teknologi masa depan. Daripada perspektif pendidikan, ada dinyatakan dalam
Rangka Rancangan Jangka Panjang kedua (RRJP2) di mana usaha-usaha dalam
bidang pendidikan dan latihan akan diteruskan untuk melahirkan warganegara yang
mempunyai imbangan yang bersesuaian antara pengetahuan dan kemahiran dengan
memberi tumpuan kepada sains dan teknologi, nilai-nilai rohani dan moral yang
tinggi, rasa bertanggungjawab, berdaya cipta, bermudah lentur diri dan berupaya
memberi sumbangan berkesan kepada pembangunan negara yang harmoni, makmur
dan bersatu.
Bagi mendorong hasrat negara menjelang tahun 2020 untuk melahirkan
pekerja mahir dan separuh mahir, peranan guru amat penting. Guru perlu
menerapkan konsep kemahiran saintifik yang berasaskan sains dan teknologi dalam
pengajaran mereka. Menurut Mohd. Najid (1997), di dalam pengajaran sains,
perkara-perkara berikut perlu dipenuhi iaitu aktiviti yang aktif berpusat kepada
pelajar; penumpuan kepada tahap kognitif kemahiran tinggi iaitu inkuiri, analisis,
sintesis dan penilaian; peluang kepada pelajar untuk terlibat dan proses pengajaran

2
dan pembelajaran; situasi interaktif supaya pelajar boleh belajar melalui sistem
sosial dalam institusi dan penilaian yang tidak menggalakkan hafalan semata-mata.
Kefahaman bahawa proses pengajaran adalah proses memberi fakta dan
maklumat serta melatih bagaimana fakta itu boleh dihafalkan dan diingati perlu
diubah. Proses pengajaran dan pembelajaran perlu dilihat dan diiktiraf sebagai
proses pendidikan bersepadu dan menyeluruh dengan maksud menwujudkan situasi
budaya ilmu yang merangsangkan kesamarataan peluang. Proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan juga adalah yang menggabung elemen-elemen lain yang
penting seperti pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam mewujudkan insan yang
harmonis disamping bersifat kreaktif dan inovatif.
Pekerja mahir di abad yang akan datang bukan hanya dapat menjalankan
tugas dengan efisien dan produktif tetapi juga dapat menyumbang kepada proses dan
produk. Mereka seharusnya dapat menyumbang dalam dua bidang utama iaitu
inovasi dan kreativiti. Sekarang diperkatakan bahawa profesion akan menjadi lebih
khusus dan spesifik. Persaingan akan menjadi lebih sengit dan pembangunan produk
memerlukan pekerja-pekerja yang boleh berfikir.
Sejarah telah membuktikan bahawa negara menjadi maju adalah kerana ia
maju dalam bidang sains dan teknologi seperti kemajuan revolusi industri yang
berlaku di barat. Kemajuan yang diimport tidak akan menjamin kesejahteraan yang
berterusan kerana kemungkinan negara akan terus bergantung kepada teknologi dan
sumber luar adalah sangat besar. Pengantungan dapat dielakkan jika kemahiran
proses sains sistem pendidikan negara kita dipertingkatkan ( Mohd Najid, 1999).
Mereka yang terlibat dalam sesuatu industri, kreaktif, sistematik, kritis dan rasional
yang biasanya dilambangkan melalui fikiran saintifik. Perkara ini boleh bermula
dengan menerapkan sikap dan kemahiran dari peringkat rendah lagi iaitu bermula di
dalam bilik darjah. Pengalaman di dalam bilik darjah ini diharap dapat memberi
pengajaran dan seterusnya kemahiran yang perlu kepada para pelajar yang akan
menjadi tenaga kerja pada masa akan datang. Implikasinya, salah satu matlamat
pembangunan pendidikan 2001-2010 adalah untuk melahirkan insan yang dapat
membudayakan sains dan teknologi serta berkreaktif dan berinovasi. Ini adalah
kerana ketiga-tiga ciri tersebut adalah sangat penting untuk merealisasikan cabaran

3
keenam wawasan 2020 iaitu mewujudkan masyarakat saintifik yang progresif
(Ariffin, 2000).

1.2 Latar Belakang Masalah


Penguasaan kemahiran saintifik telah diberi penekanan dalam kurikulum
kebangsaan di peringkat sekolah rendah dan menengah seperti kurikulum sains
sekolah rendah dan kurikulum mata pelajaran sains lain dalam KBSM (PPK, 1994).
Penekanan ini adalah sejajar dengan kehendak negara yang sedang menuju ke arah
status negara maju serta mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif.
Penguasaan kemahiran saintifik ini amat penting bagi membolehkan pelajar
mengkaji dan memahami alam melalui pendekatan inkuiri. Pengajaran dan
pembelajaran sains bukan lagi bertujuan melatih pelajar mengingat dan menghafal
fakta dan prinsip tetapi mendidik pelajar untuk menggunakan akal fikiran secara
kreaktif dan kritis dalam mencari pengetahuan. Oleh yang demikian, sains mendidik
dan membentuk individu untuk menggunakan akal fikiran secara logik bagi
menerangkan perkara-perkara yang berlaku di sekitar kehidupan di samping mencari
penyelesaian kepada masalah yang dihadapi.
Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains (KPS) dan
kemahiran manipulatif adalah kemahiran-kemahiran yang tersangat penting untuk
memupuk sikap kreaktif dan kritis pelajar dalam mencari penyelesaian terhadap
sesuatu masalah. Menurut Brunner dalam Tobin dan Capie (1980), menyatakan
terdapat pertalian antara kemahiran proses sains dengan keupayaan menaakul secara
formal. Hasil kajian Tobin dan Capie (1980) mendapati bahawa pelajar-pelajar
sekolah menengah masih tidak berupaya menggunakan KPS dalam pembelajaran
mereka.
Terdapat juga beberapa kajian yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji lain
seperti Burns et.al. (1985), Samini (1986), Chong (1990), Vantipa Roadvangka et al
(1996), Zaliha (1998), Saleha (2000), Sabri (2002), Wong (2003) dan lain-lain
terhadap tahap penguasaan KPS di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah.

4
Hasil kajian yang diperolehi oleh hampir kesemua pengkaji menunjukkan bahawa
tahap penguasaan KPS di kalangan pelajar sekolah menengah adalah pada tahap
yang sederhana sahaja. Jikalau keadaan sebegini masih diteruskan, maka cabaran
keenam Wawasan 2020 iaitu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif
serta berteknologi tinggi akan susah tercapai.
Hal ini terjadi kerana didapati bahawa sebahagian guru sains masih
cenderung dan terikat dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran sains yang
berpusatkan guru, tanpa berusaha memberi penekanan ke atas kesepaduan aspek
kognitif, afektif dan psikomotor pelajar. Di samping itu, mereka tidak berusaha
mengembangkan kemahiran saintifik pelajar sebaliknya memberi penekanan untuk
menghabiskan sukatan pelajaran daripada menjalankan aktiviti pemerolehan KPS.
Keputusan kajian ini diperoleh daripada hasil kajian yang dijalankan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 1998 yang bertujuan untuk
meninjau tahap penguasaan KPS murid-murid sekolah menengah di sekolah
kebangsaan. Akibatnya, kebanyakan pelajar Tingkatan Empat tidak dapat
menjalankan prosedur-prosedur makmal yang ringkas dengan memuaskan
sungguhpun telah mengikuti pelajaran sains berasaskan amali beberapa tahun
persekolahan. Ini adalah kerana amali sains yang dilakukan oleh pelajar-pelajar di
makmal lebih berbentuk resipi. Segala prosedur eksperimen telah distruktur
dengan lengkap dalam buku teks atau buku kerja amali (Abu Hassan, 2001). Pelajar
tidak berpeluang terlibat secara langsung untuk merancang sesuatu aktiviti
penyiasatan. Ini telah mengakibatkan pengaplikasian kemahiran berfikir secara
kreaktif dan kritis yang jarang di dalam pembelajaran Sains pelajar-pelajar. Lamakelamaan, pelajar-pelajar akan malas berfikir dan seterusnya mempengaruhi
keupayaan penyelesaian masalah dalam kehidupan seharian.
Memandangkan situasi atau keadaan yang kronik telah terjadi ke atas tahap
penguasaan KPS yang rendah di kalangan pelajar-pelajar, maka persoalannya adalah
siapakah yang harus bertanggungjawab terhadap fenomena ini. Terdapat tiga pihak
utama yang boleh dipertimbangkan iaitu para murid, para guru dan penggubal
kurikulum. Walaubagaimanapun, terdapat banyak rungutan menyatakan bahawa
kurang penguasaan KPS dan tidak mempunyai asas sains yang kukuh di dalam diri
guru menjadi punca utama kejadian ini berlaku.

5
Menurut McDermott (1992) dan Holroyd dan Harlen (1996) menyatakan
bahawa guru yang mengajar sains kurang yakin serta kurang pengetahuan dalam
KPS yang mereka kena ajar berbanding dengan guru kurikulum lain. Pernyataan ini
disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Mohd Yaziz (2001). Beliau telah
menjalankan satu kajian ke atas tahap penguasaan KPS guru pelatih Maktab
Penguruan Zon Utara. Dapatan kajian menunjukkan hampir semua guru pelatih di
semua maktab yang dikaji didapati tidak menguasai kemahiran-kemahiran proses
sains. Hanya guru pelatih MPSAH (menguasai KPS asas dan keseluruhan) dan
MPTB (menguasai hanya KPS asas) yang ada sedikit KPS. Min dan sisihan lazim
bagi setiap keputusan kajian boleh merujuk kepada Jadual 1.1. Ketidakupayaan
guru-guru pelatih ini menguasai KPS sangat mengecutkan beliau. Beliau tidak
memahami bahawa kenapa setelah mengikuti hampir semua sukatan pelajaran
kurikulum sains Kursus Diploma Penguruan Malaysia (KDPM) selama lima
semester, guru-guru pelatih ini masih gagal menguasai KPS walaupun KPS asas.

Jadual 1.1: Markah KPS berdasarkan maktab


Maktab

Markah

KPS Asas

Maktab Perguruan
Tuanku Bainun
(MPTB)

Min
Sisihan
lazim
Min

Maktab Perguruan
Persekutuan Pulau
Pinang (MPPPP)
Maktab Perguruan
Sultan Abdul Halim
(MPSAH)
Institusi Perguruan
Darul Aman
(IPDA)

Sisihan
lazim
Min
Sisihan
lazim
Min
Sisihan
lazim
Min

19.5926

KPS
Bersepadu
11.8889

KPS
31.4815

3.5546

2.9133

5.9960

16.9167

10.1667

27.0833

2.9623

1.7110

3.9000

20.0870

12.2174

32.3043

2.132

1.8080

3.0960

17.0323

10.6457

27.6774

2.5882

2.6147

4.4451

18.3333

11.2000

29.5333

3.1704

2.4754

5.0174

Jumlah
Sisihan
lazim

6
Keputusan kajian yang dijalankan oleh Mohd Yaziz bin Ismail (2001) telah
disokong oleh keputusan kajian yang didapati oleh pengkaji-pengkaji seperti Leong
(2003) dan Tan (2003). Semua daripada mereka telah menjalankan kajian tentang
tahap penguasaan KPS ke atas pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia. Leong (2003) telah menjalankan satu kajian yang bertujuan
mengkaji tahap penguasaan kemahiran membuat pemerhatian, kemahiran mengelas,
kemahiran membuat hipotesis dan kemahiran berkomunikasi di kalangan pelajar
Tahun empat, Fakulti Pendidikan, UTM, kampus Skudai. Dapatan kajian
menunjukkan tahap penguasaan keempat-empat KPS di mana kemahiran memerhati,
mengelas dan berkomunikasi berada pada tahap yang baik dengan peratus min
masing-masing ialah 78.30%, 71.00% dan 64.50%. Manakala kemahiran membuat
hipotesis berada pada tahap yang sederhana dengan peratus min hanya 50.60%
sahaja. Ini menunjukkan bahawa tahap penguasaan KPSB pelajar-pelajar Fakulti
Pendidikan, UTM masih tidak memuaskan.
Menurut Tan (2003) pula, beliau telah mengkaji tentang tahap penguasaan
kemahiran mengawal pembolehubah, kemahiran mentafsir maklumat, kemahiran
mengeksperimen dan kemahiran membuat inferens ke atas pelajar Tahun 3 dan 4
yang mengambil subjek Biologi di Fakulti Pendidikan, UTM. Satu-satunya KPS
asas yang dikaji oleh beliau iaitu kemahiran membuat inferens didapati dapat
dikuasai dengan baik oleh pelajar-pelajar iaitu sebanyak 65.25%. Tetapi keputusan
yang agak mengecewakan adalah KPSB pelajar-pelajar universiti ini adalah pada
tahap yang sederhana sahaja iaitu kemahiran mengawal pembolehubah (55.70%),
kemahiran mentafsir maklumat (56.44%) dan kemahiran mengeksperimen (52.47%).
Sebagaimana yang diketahui, KPSB sepatutnya telah dikuasai oleh mereka semasa di
sekolah menengah. Pendek kata, tahap penguasaan KPSB di kalangan bakal-bakal
guru di UTM masih pada tahap yang tidak memuaskan.
Sebagaimana yang diketahui, terdapat juga satu kursus yang khas untuk
kemahiran saintifik yang ditawarkan oleh pihak Universiti Teknologi Malaysia iaitu
SPS2032 Kemahiran Saintifik. Dalam subjek ini, huraian mengenai apakah yang
dimaksudkan dan aspek yang terdapat dalam kemahiran saintifik dibincang secara
terperinci dengan memberi contoh yang sesuai serta petunjuk penting bagi setiap
proses yang terlibat. Selain itu, subjek ini turut membincangkan peranan yang perlu

7
dimainkan oleh guru untuk membantu pelajar mengembangkan kemahiran proses
Sains supaya mereka dapat menjalankan aktiviti penyiasatan dengan bersisitem dan
berkesan. Walaupun pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan telah mengikuti subjek
Kemahiran Saintifik ini, didapati bahawa KPSB mereka masih dalam tahap yang
tidak memuaskan menurut keputusan kajian yang diperoleh oleh Leong (2003) dan
Tan (2003). Tetapi subjek ini tidak ditawarkan untuk pelajar-pelajar kemasukan
UTM Tahun 2001/02.
Pada peringkat Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah pula, kursus yang
khas untuk kemahiran saintifik tidak ditawarkan. Tetapi, kemahiran saintifik ini
banyak diaplikasikan dalam subjek-subjek Sains seperti Kimia, Fizik, Biologi, Sains
Tambahan dan Sains Teras. Kabanyakan kemahiran saintifik ini akan diterapkan
sewaktu menjalankan eksperimen atau dalam Penilaian Kerja Amali (PEKA).
Sebagaimana yang diketahui, di negara kita , inovasi penilaian sains
melibatkan kemahiran proses dan manipulatif sains. Inovasi ini telah dilaksanakan
pada tahun 1997 oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia
(Lembaga Peperiksaan 1997). Untuk sekolah rendah, guru-guru sains tahun 6
diarahkan untuk menilai pelajar-pelajar mereka dari bulan Mac sehingga bulan Julai.
Untuk sekolah menengah pula, guru-guru mata pelajaran Fizik, Biologi dan Kimia
diperlukan menilai kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif dan pengamalan
nilai murni dan sikap saintifik pelajar-pelajar sains Tingkatan 4 dan 5 dengan
berpandukan kriteria-kriteria penilaian yang terkandung di dalam Buku Panduan
Penilaian Kerja Amali (PEKA).
Oleh kerana kemahiran proses sains ini merupakan aspek-aspek pemikiran
yang penting dalam kaedah saintifik, persoalan yang perlu ditanya ialah "Adakah
guru-guru sains di negara kita sendiri mempunyai tahap pengetahuan kemahiran
proses sains yang mencukupi untuk membimbing pelajar-pelajar mempelajari sains
dengan bermakna yang berlandaskan unsur-unsur penyiasatan saintifik? Atau
dengan kata lain, "Adakah guru-guru sains di negara kita berupaya untuk
membimbing pelajar untuk memperolehi asas saintifik yang kukuh bagi
membolehkan mereka membuat keputusan-keputusan penyiasatan saintifik yang sah
dan yang boleh dipercayai?

8
Dengan itu, adalah sewajarnya suatu kajian dijalankan untuk mengkaji tahap
penguasaan KPSB di kalangan pelajar-pelajar Tahun 2 jurusan Sains di Fakuiti
Pendidikan, Kampus Skudai, Universiti Teknologi Malaysia. Ini adalah kerana
mereka merupakan bakal-bakal guru sains yang akan mengajar mata pelajaran sains
(Kimia, Fizik dan Sains) di sekolah kelak. Menurut Azizah (1999), guru sebagai
pelaksana kurikulum pendidikan sains harus memikul tanggungjawab untuk
menerapkan dan mengajar KPS semasa pengajaran mata pelajaran sains. Oleh itu,
adalah penting bagi bakal-bakal guru menguasai KPS supaya dapat mengajar dan
membimbing pelajar untuk menggunakan kemahiran ini dalam aktiviti-aktiviti
inkuiri penemuan dan penyelesaian masalah. Ini disokong oleh Jaus (1975) yang
menyatakan bahawa kalau matlamat pendidikan sains adalah untuk
memperkembangkan KPS maka langkah yang paling wajar untuk mencapai
matlamat tersebut adalah melahirkan guru-guru yang menguasai kemahiran itu.

1.3 Pernyataan Masalah


Mata pelajaran sains termasuklah Sains Teras, Kimia dan Fizik yang
menekankan KPS telah lama diajar dan dipelajari oleh pelajar-pelajar di Fakulti
Pendidikan, Kampus Skudai, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Pelajar-pelajar
telah mempelajari KPS sebelum masuk ke universiti dan juga semasa di unversiti.
Persoalannya, adakah semua pelajar yang telah mempelajari KPS selama bertahuntahun ini telah menguasai KPS tersebut? Mengikut kajian yang dijalankan oleh
Jaus(1975) menyatakan bahawa bakal-bakal guru mempunyai tahap penguasaan KPS
yang lemah dalam ujian yang dijalankan oleh beliau walaupun bakal-bakal guru ini
telah mengambil kursus penguasaan KPS untuk tempoh minimum 15 jam.
Keputusan kajian Jaus (1975) disokong oleh Leong (2003) dan Tan (2003) di mana
kedua-duanya telah menjalankan kajian ke atas tahap penguasaan KPS bakal-bakal
guru UTM. Mereka mendapati bahawa tahap penguasaan kemahiran poses sains
asas (KPSA) bakal-bakal guru UTM berada pada tahap yang baik tetapi sebahagian
KPSB yang dikaji oleh mereka berada pada tahap yang sederhana sahaja.
Sebagaimana yang diketahui, KPS bersepadu sepatutnya telah dikuasai oleh mereka
semasa di sekolah menengah. Maka, satu kajian yang terperinci bertujuan untuk

9
mengukur tahap penguasaan KPSB iaitu kemahiran mengenalpasti hipotesis,
kemahiran mengawal pembolehubah, kemahiran mendefinisi secara operasi,
kemahiran mentafsir maklumat dan kemahiran mengeksperimen di kalangan pelajarpelajar jurusan sains (Sains teras, Kimia dan Fizik) Tahun 2 di Fakulti Pendidikan,
Kampus Skudai, UTM perlu dijalankan.

1.4 Objektif Kajian


Terdapat enam objektif utama yang dikemukakan ke atas kajian ini iaitu
untuk:
(i)

mengukur tahap penguasaan KPSB di kalangan pelajar-pelajar Tahun 2


sesi 2005/06 yang mengambil kursus Sains teras, Kimia dan Fizik di
Fakulti Pendidikan, UTM, Kampus Skudai.

(ii)

mengenalpasti aspek KPSB yang paling dominan dikuasai oleh pelajarpelajar Tahun 2 sesi 2005/06 yang mengambil kursus Sains teras, Kimia
dan Fizik di Fakulti Pendidikan, UTM, Kampus Skudai.

(iii)

melihat hubungan di antara penguasaan KPSB dengan minat terhadap


mata pelajaran Sains di kalangan pelajar-pelajar Tahun 2 sesi 2005/06
yang mengambil kursus Sains teras, Kimia dan Fizik di Fakulti
Pendidikan, UTM, Kampus Skudai.

(iv)

melihat perbezaan penguasaan KPSB berdasarkan jantina di kalangan


pelajar-pelajar Tahun 2 sesi 2005/06 yang mengambil kursus Sains teras,
Kimia dan Fizik di Fakulti Pendidikan, UTM, Kampus Skudai.

(v)

melihat perbezaan penguasaan KPSB berdasarkan bangsa di kalangan


pelajar-pelajar Tahun 2 sesi 2005/06 yang mengambil kursus Sains teras,
Kimia dan Fizik di Fakulti Pendidikan, UTM, Kampus Skudai.

10
(vi)

melihat perbezaan penguasaan KPSB berdasarkan kedudukan CPA di


kalangan pelajar-pelajar Tahun 2 sesi 2005/06 yang mengambil kursus
Sains teras, Kimia dan Fizik di Fakulti Pendidikan, UTM, Kampus Skudai.

1.5 Persoalan Kajian


Melalui kajian ini, beberapa persoalan seperti berikut dikemukakan:
(i)

Apakah tahap penguasaan KPSB pelajar-pelajar Tahun2, jurusan Sains,


sesi 2005/06, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai?

(ii)

Apakah aspek KPSB yang paling dominan dikuasai oleh pelajar-pelajar


Tahun2, jurusan Sains, sesi 2005/06, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai?

(iii)

Adakah terdapat hubungan di antara penguasaan KPSB dengan minat


terhadap mata pelajaran Sains di kalangan pelajar-pelajar Tahun2, jurusan
Sains, sesi 2005/06, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai?

(iv)

Adakah terdapat perbezaan penguasaan KPSB di kalangan pelajar-pelajar


Tahun 2, jurusan Sains, sesi 2005/06, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai
berdasarkan jantina?

(v)

Adakah terdapat perbezaan penguasaan KPSB di kalangan pelajar-pelajar


Tahun2, jurusan Sains, sesi 2005/06, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai
berdasarkan bangsa?

(vi)

Adakah terdapat perbezaan penguasaan KPSB di kalangan pelajar-pelajar


Tahun2, jurusan Sains, sesi 2005/06, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai
berdasarkan kedudukan CPA ?

You might also like