Program Susu Sekolah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Program Susu Sekolah (PSS)

Program Susu Sekolah (PSS)


Program Susu Sekolah (PSS) dilaksanakan serentak dengan Rancangan Makanan Tambahan
(RMT). Program ini dilaksanakan untuk murid daripada keluarga miskin yang berpendapatan isi
keluarga di paras status sosio ekonomi yang rendah agar mendapat makanan seimbang semasa
berada

di

sekolah.

Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid sekolah
rendah bagi memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan umum murid
sekolah bertambah baik. PSS juga bertujuan menggalakkan murid meminum susu di peringkat
awal. Kriteria pemilihan murid adalah terdiri daripada murid sekolah rendah terutama dari luar
Bandar dan keluarga yang berpendapatan bulanan RM 400 dan kurang, iaitu RM 800 per kapita.

PSS juga merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
bersama syarikat pengeluar susu selaras dengan konsep Pensyarikatan Malaysia. Program ini
yang dilancarkan pada tahun 1983 telah diperluaskan ke seluruh negara mulai tahun 1995
kecuali Sabah yang mempunyai program susu yang tersendiri.

Program ini mengandungi dua skim iaitu:


Skim Susu Bayaran melibatkan penyertaan murid sekolah secara sukarela, sama ada secara
subsidi

atau

tanpa

subsidi

kerajaan.

Skim Susu Percuma melibatkan bekalan susu percuma kepada murid sekolah yang dipilih di
bawah anjuran syarikat susu yang menyertai Kementerian Pelajaran Malaysia dan atau
pertubuhan masyarakat yang lain sama ada berbentuk persendirian atau sukarela.

Objektif Program:
Meningkatkan tabiat meminum susu di kalangan murid sekolah rendah dalam Skim Susu

Bayaran
Membekalkan susu kepada murid terpilih daripada golongan taraf sosio ekonomi yang

rendah dan mengalami kekurangan zat melalui Skim Susu Percuma


Meningkatkan perancangan, perlaksanaan dan penilaian program melalui penglibatan

bersama agensi kerajaan di bawah konsep pensyarikatan Malaysia.


Mengurangkan perbelanjaan sector awam melalui penglibatan agensi sector swasta.

Mengembangkan pengetahuan, sikap dan amalan yang diingini khususnya berhubung

dengan makanan, pemakanan dan kesihatan serta aspek pelajaran.


Meningkatkan usaha pembangunan masyarakat dan perindustrian yang melibatkan
pengeluaran, pemprosesan dan bekalan susu.
******************************************************************************************
Susu 1 Malaysia

Susu mempunyai kalsium yang sangat tinggi untuk membantu memulihkan kekuatan tulang.

Program Susu 1Malaysia yang akan dinikmati lebih tiga juta pelajar sekolah rendah di 7,685
sekolah rendah kerajaan seluruh negara adalah sebahagian hasrat kerajaan untuk membina
generasi baru yang lebih cerdas. Pelaksanaan program di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran
itu, bukan setakat memperkenalkan program Susu 1Malaysia malah bermatlamat untuk
mewujudkan generasi muda Malaysia yang kuat, sihat dan secara mentalnya lebih dinamik pada
masa depan. Ia juga memberi kesan dan manfaat besar sekiranya setiap pelajar sekolah rendah
dapat dididik untuk membiasakan diri meminum susu setiap hari.
Dengan menggunakan peruntukan sebanyak RM4 juta, bekalan susu 1Malaysia diperoleh
daripada penternak susu di Sabah. Ini kerana Sabah menjadi pusat pengeluaran susu yang tinggi.
Justeru, pada masa yang sama kerajaan telah membantu pengusaha dan penternak di Sabah
memperoleh pendapatan lebih tinggi di samping dapat menentukan bahawa anak-anak kita
dapat protien dan kalsium yang mencukupi.

Program Guru Penyayang


Tujuan Guru Penyayang

Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap
kasih sayang di sekolah.

Konsep Guru Penyayang


Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat
belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang
memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya
(every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil
berat,

berbudi

bahasa,

saling

menghormati,

sentiasa

ceria,

prihatin

dan

sabar.

Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi
perhatian,

dijaga,

dibimbing,

dihargai

kewujudannya

dan

disayangi

setiap

masa.

Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya


dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.

Objektif Guru Penyayang


Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.

Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.

Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.

Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.

Aktiviti Guru Penyayang


Pelaksanaan Guru Penyayang hendaklah berterusan serta merupakan budaya guru. Ia akan
dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek dan jangka panjang secara berfasa. Bagi fasa
pertama pelaksanaannya, guru-guru hendaklah melaksanakan tiga aktiviti berikut:

Mengalu-alukan kehadiran murid

Pelaksanaan Program Mentor Mentee

Memberi penghargaan kepada murid

Program 3K (Keselamatan, Kesihatan Dan Keceriaan)


Program 3K (Keselamatan, Kesihatan Dan Keceriaan)

Program 3K dimulakan pada tahun 1991, bertujuan memastikan semula sekolah mempunyai
sistem yang mantap bagi menangani sebarang isi berkaitan dengan keselamatan, kesihatan
serta keceriaan sekolah. Selepas 13 tahun perlaksanaannya, mulai tahun 2004, program ini
tampil dengan konsep baru yang menggabungkan tiga program berasingan menjadi satu
program sahaja yang dikenali sebagai Insiatif Meningkatkan Keselamatan, Kesihatan dan
Kecerian Sekolah atau Insiatif 3K meliputi Program Sekolah Selamat, Program Kesihatan dan
Kebersihan serta Program Keceriaan dan Keindahan Sekolah. Penyusunan semula program 3K
dilakukan untuk mengelakkan pertindihan objektif bagi dua program yang dilaksanakan
sebelumnya iaitu Program 3K dan Program Peningkatan Keselamatan Sekolah. Pada tahun itu
didapati sebanyak 90 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara menyertainya
berbanding

30

sekolah

pada

tahun

sebelumnya.

Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah (3K)
member peluang kepada mana-mana sekolah yang terpilih merasai hakikat bahawa keceriaan itu
sememangnya ada dalam pendidikan. Tanpa mengira dalaman mahu pun luaran, program 3K
dilihat mampu menyerlahkan keceriaan sesebuah sekolah yang menyertainya menerusi
penekanan kepada meningkatkan tiga aspek utama program tersebut. Sesebuah sekolah yang
ceria dari pelbagai segi bukan sahaja sedap di pandang mata atau dibanggakan oleh warga
masyarakat sekitarnya, malah yang lebih penting ia juga mampu melahirkan pelajar yang
cemerlang

dalam

bidang

akademik.

Program 3K yang dilaksanakan di sekolah bukan sahaja telah berjaya menambahkan keindahan
dan keceriaan sekolahnya, malah turut merapatkan hubungan sesama pihak sekolah dan juga
dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta masyarakat setempat. Program inisiatif 3K ini
diletakkan di bawah tanggungjawab Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kebersihan Gigi
Kebersihan Gigi

You might also like