Kajian Kuantitatif Adalah Kajian Yang Menggunakan Maklumat

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Kajian kuantitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat / data yang bersifat

kuantitatif. Data kuantitatif boleh diukur, melalui proses pengukuran dan memerlukan alat-alat
pengukuran seperti soal selidik dan ujian. Saiz sampel bagi kajian ini lebih besar berbanding
kajian kualitatif.Jenis-jenis kajian kuantitatif ialah Kajian Deskriptif (Tinjauan ), Kajian Korelasi,
Causal Comparatif ( sebab akibat ), dan kajian Eksperimental,
Kajian kualitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat / data yang bersifat
kualitatif. Data kualitatif diperoleh dengan cara pemerhatian, temubual, analisis dokumen atau
apa-apa cara untuk mendapatkan data yang lengkap. Saiz sampel bagi kajian ini lebih
kecilberbanding kajian kualitatif. Jenis jenis kajian kualitatif ialah etnografi, kajian tindakan,
kajian kes, sejarah, dan Naratif
Kajian kuantitatif berbentuk data manakala kajian kualitatif berbentuk data yang boleh
diukur. Data boleh terbentuk melalui perkataan atau ayat yang dikumpul melalui temubual atau
yang direkod dalam gambar atau video.

Dari segi instrument kajian, kajian kuantitatif menggunakan instrument seperti soal
selidik dan ujian pencapaian bagi memungut data. Instrumen berfungsi sebagai alat pengukur
dan menjadi alat perantaraan antara penyelidik dan peserta kajian. Dalam kajian kualitatif,
Penyelidik adalah instrumen utama
memungut data. Penyelidik perlu berada dalam situasi
yang dikaji, mendengar dan memerhati sendiri fenomena yang ingin dikaji.

Dari segi Reka bentuk Kajian kuantitatif, reka bentuk kajian ditetapkan sebelum data
dipungut manakala dalam kajian kualitatif, rekabentuk kajian adalah bersifat lentur atau fleksibel
iaitu uang boleh diubahsuai mengikut keadaan dan keperluan situasi.

Peserta Kajian kuantitatif ialah sampel yang dipilih dengan menggunakan teknik
persampelan tertentu. Manakala kajian kualitatif penyelidik sendiri adalah sebahagian daripada
peserta kajian. Maklumat boleh diperolehi secara langsung daripada peserta lain.

Metodologi Kajian kuantitatif ialah mengkaji populasi atau sampel yang mewakili
populasi. Saiz sampel besar dan dipilih berasaskan keberangkalian. Metodologi sampel bagi
kajian kualitatif adalah bersaiz kecil dan dipilih secara bertujuan dan tidak berasaskan
kebarangkalian.

You might also like