Sejarah Statistik

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEJARAH STATISTIK

Statistik adalah kaedah saintifik dalam mengumpul, menyusun, menghurai, menganalisis


data bernombor dan juga membuat kesimpulan daripada hasil penganalisisian data tersebut.
Mengikut sejarah, statistik ini asalnya datang daripada perkataan state yang memberi makna
sebuah negara atau pemerintah. Statistik digunakan pada mulanya oleh pemerintah untuk
mengetahui dan mendapat maklumat tentang penduduk di bawah pemerintahnya. Maklumat
seperti bilangan penduduk, jumalah anak dalam sesebuah keluarga, bilangan orang dewasa,
jumlah padi yang dihasilkan dan sebagainya. Matlamat utama adalah supaya pemerintah
dapat mengguanakan maklumat yang terkumpul ini untuk mengawal dan menguruskan
pemerintahan negara. Bidang statistik boleh dibahagikan kepada dua bidang iaitu statistik
perihalan dan statistik pentadbiran. Statistik perihalan merangkumi aspek mengumpul,
membentang (dalam bentuk jadual, carta dan graf) serta meringkaskan data. Contohnya
keputusan peperiksaan pelajar mengikut pencapaiannya. Maklumat ini seterusnya boleh
disajikan dalam bentuk jadual, cerita atau graf supaya mudah difahami umum. Seterusnya
nilai purata, sisihan piawai serta ukuran kedudukan boleh dihitung untuk menjelaskan lagi
perihalan data. Statistik pentadbiran menggunakan data untuk membuat anggaran, keputusan,
ramalan, ujian hipotesis dan sebagainya. Bahagian statistik ini memerlukan pengetahuan
matematik yang agak kukuh. Contoh pencapaian pelajar boleh dikumpul untuk beberapa
tahun dan analisis dilikukan dengan menggunakan pelbagai kaedah statistik yang sesuai bagi
mendapatkan hasil bagi membuat keputusan atau ramalan tentang pencapaian pelajar.
Keputusan yang diperoleh mungkin boleh digunakan untuk membuat polisi bagi menentukan
atau mengubah syarat kemasukan pelajar ke universiti. Dua ahli statistik yang banyak
menyumbang dalam perkembangan awal bidang ini ialah Karl Pearson (1857-1936) dan
Ronald Fisher (1890-1962).

KEPENTINGAN STATISTIK DALAM KEHIDUPAN HARIAN


Perkataan statistik mempunyai berbagai makna di dalam budaya kita.Websters
Third New International Dictionary memberikan definasi statistik yang komprehensif
sebagai sains yang berurusan dengan pungutan, analisis, tafsiran dan persembahan data
numerik.Statistik juga merupakan satu cabang matematik, dan banyak daripada sains statistik
berdasarkan kepada pemikiran matematik, dan terbitannya. Kepada ahli-ahli statistik, statistik merupakan satu
bidang matematik yang menghasilkan teori dankaedah untuk menganalisis data. Kesimpulannya, statistik bererti
satu set teori dankaedah yang boleh digunakan untuk memahami data. Banyak daripada bidang-bidangakademik,
termasuk perniagaan, menawarkan kursus statistik di dalam disiplinnya.Walau bagaimanapun, statistik telah
menjadi satu bidang pengajian. Kepada orang ramai, statistik bermaksud angka yang direkodkan
mengikut kategori tertentu. Contohnya, statistik kemalangan jalan raya memberikan kita maklumat
tentangkemalangan jalan raya, yang pecahkan kepada beberapa kategori, seperti maut, cederaparah, cedera ringan
dan sebagainya. Jabatan KajiCuaca, misalnya, memberikanstatistik hujan/ ramalan hujan setiap bulan. Pihak
sekolah pula memberikan statistikpencapaian pelajar, misalnya, bilangan pelajar yang mendapat gred tertentu
dalampeperiksaan SPM. Kepada mereka yang menjalankan kajian pula, statistic merupakankaedah yang boleh
digunakan untuk menganalisis data kajian.Dalam bidang pendidikan, statistik boleh diguna untuk menyampaikan
maklumatdalam pelbagai situasi seperti contoh yang diberikan, statistik boleh diguna untukmenunjukkan taburan
pelajar mengikut pencapaian. Maklumat ini boleh dibentangkandengan menggunakan jadual atau grafik seperti
histogram/carta pai. Seterusnya, jikaseseorang penyelidik ingin melihat hubungan antara dua
pembolehubah.Seterusnya, penyelidik memerlukan pengetahuan statistik untuk merekabentuk(design) sesuatu
penyelidikan, seperti merekabentuk eksperimen, dan menentukankaedah analisis data yang sesuai untuk sesuatu
rekabentuk. Pengetahuan statistik jugadapat digunakan oleh guru untuk memahami kajian-kajian yang ditulis
dalam bentuk empirikal. Dalam bidang pengukuran pula, kaedah statistik digunakan untuk mengiraindeks
kebolehpercayaan, indeks keesahan atau indeks keesahan ramalan. Terdapatdua jenis statistik yang digunakan
dalam bidang pendidikan, iaitu statistik deskriptifyang digunakan untuk menjelaskan sesuatu ukuran (seperti min
dan bidang sisihanpiawai); dan statistik inferensi yang digunakan untuk menguji hipotesis. Pernyataanstatistik
adalah digunakan sekurang-kurangnya di dalam dua cara yangpenting.Pertama, statistik boleh merupakan
pengukuran inferensi yang dikira daripadasampel dan digunakan untuk membuat penerangan terhadap populasi.

You might also like