Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KATA GANTI NAMA DIRI (KGND)

digunakan untuk menggantikan kata nama orang.


kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga jenis seperti yang berikut:
(a) Kata Ganti Nama Diri Pertama
(b) Kata Ganti Nama Diri Kedua
(c) Kata Ganti Nama Diri Ketiga
(a) Kata Ganti Nama Diri Pertama
digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang bercakap atau merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan
orang lain.
kata ganti nama diri pertama terbahagi kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak.
KGND
Pertama

aku

saya

beta

patik

daku

hamba

kami

kita

Bentuk

Penggunaan

tunggal

Merujuk kepada diri sendiri apabila


berhubung dengan orang yang rapat dan
sama taraf, dan ketika berdoa kepada Tuhan.

tunggal

tunggal

Merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap


dengan orang yang baru dikenali atau
sesiapa sahaja dalam keadaan rasmi.

Digunakan oleh raja, permaisuri, sultan dan


kaum kerabat diraja apabila bertitah kepada
rakyat.

tunggal

Digunakan oleh rakyat apabila bercakap


dengan sultan, permaisuri, raja dan kerabat
diraja.

tunggal

Merujuk kepada diri sendiri dan hanya


digunakan jika perkataan sebelumnya
berakhir dengan huruf "n".

tunggal

Merujuk kepada diri sendiri pada zaman


dahulu.

jamak

jamak

Merujuk kepada si penutur dan temannya


apabila bercakap dengan pihak kedua.

Merujuk kepada si penutur dan orang yang


mendengarnya.

Ayat contoh

"Kedatangan aku ke mari membawa hajat yang besar, Manisah,"


kata Ziana kepada rakan karibnya itu.
Ya Allah, aku memohon petunjuk-Mu," lafaz Pak Man dalam
doanya.
"Rumah saya tidak jauh dari sini," kata Rahim kepada orang tua
yang bertanya kepadanya itu.
Saya berasa bertuah menjadi rakyat Malaysia.
"Berani awak mengingkari perintahbeta," titah baginda sultan
dengan murkanya.
"Beta izinkan mamanda menteri berangkat sekarang juga," titah
Sultan Ali.
Kata Bendahara Melaka, "Patikmenjunjung perintah, tuanku."
"Patik datang ke mari membawa hajat yang besar, tuanku,"
sembah Hang Kasturi kepada Sultan Mahmud.
Adakah engkau masih ingat akan daku?
Oleh sebab tidak sependapat dengandaku, akhirnya kami berpisah
juga.
"Hamba telah banyak melihat corak hidup manusia," kata
pengembara itu kepada Engku Azlina.
"Jangan hamba dihina begini," rayu saudagar itu kepada Malim
Kundang.
"Kami akan menyertai kem motivasi di sekolah," kata Ali dan Siti
kepada ibu mereka.
Ami dan John memberitahu cikgu mereka,"Kami tidak tahu
membuat projek itu."
Bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
negarakita.

"Jika kita bersatu, kita akan menjadi kuat," kata Eda kepada rakanrakannya.

Kembali ke atas...

(b) Kata Ganti Nama Diri Kedua


digunakan untuk menggantikan nama diri orang kedua atau orang yang diajak bercakap.
kata ganti nama diri kedua juga terbahagi kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak.
KGND
Kedua

awak

Bentuk

tunggal

Penggunaan

Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat, panggilan orang atasan kepada
orang bawahan dan digunakan oleh suami dan isteri apabila bercakap.

Ayat contoh

"Awak tidak boleh merokok di


dalam pejabat," kata pengurus
itu kepada keraninya.
"Bila awak mahu datang ke
rumah saya?" tanya Salmah
kepada sahabat karibnya.
"Kamu masih belum sihat lagi,
Man?" Kudus bertanya.

kamu

engkau

tunggal

tunggal

Digunakan oleh orang yang lebih tua atau dewasa dan ditujukan kepada anak, para
pelajar dan sebagainya

Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat dan dengan Tuhan apabila berdoa.

"Mengapakah
mata kamu merah, Amin?" Halim
bertanya kepada adiknya.
"Apakah yang engkau lakukan
ini?" Zuren bertanya kepada Ku
Li.
Ya Allah, Engkaulah yang maha
mengetahui.

dikau

tunggal

Digunakan dalam tulisan sebagai objek kepada kata sendi dan kata kerja transitif
yang ejaannya berakhir dengan huruf "n".

Aku akan
memperkenalkan dikaudengan
kawan-kawanku yang lain.
"Saya amat rindu akan dikau,"
kata Hasan kepada teman
wanitanya.
"Segala titah tuanku akan patik
patuhi," kata Hang Tuah.

tuanku

anda

tunggal

tunggal /
jamak

Digunakan apabila bercakap dengan sultan, raja dan kerabat diraja; bermaksud
"tuan yang mulia".

Merujuk kepada diri orang yang kedua/ orang yang dilawan bercakap apabila tiada
berhadapan dengan kita. Contohnya dalam siaran radio, televisyen atau dengan
orang yang sebaya.

"Patik ke mari bersama-sama


dengan anak dan isteri, tuanku"
sembah Tun Pepatih.
Anda dikehendaki membaca
arahan dengan teliti sebelum
menjawab soalan.
Jika anda berminat untuk
menyertai syarikat kami, sila
hubungi kami dengan segera.

kalian

jamak

Merujuk kepada diri orang kedua atau orang yang dilawan bercakap yang
bilangannya melebihi seorang/bilangan banyak.

Kalian diharap bertenang kerana


para hakim sedang mengira
markah.
"Apakah yang kalian buat di
sini?" Husin bertanya kepada
rakan-rakannya.

Kembali ke atas...

(c) Kata Ganti Nama Diri Ketiga


kata ganti nama diri ketiga ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang dicakapkan atau yang
diperkatakan.
KGND
Ketiga

Bentuk

dia / ia tunggal

nya

Penggunaan

Untuk menggantikan nama diri orang yang diceritakan/dicakapkan sama


ada rakan sebaya atau orang yang lebih muda.

Digunakan untuk menggantikan kata ganti dia/ia, nama binatang dan nama
tunggal benda. Tidak boleh berdiri sendiri dan ditulis serangkai dengan perkataan
yang mendahuluinya.

baginda tunggal

Untuk menggantikan nama sultan, raja, kerabat diraja yang diperkatakan.

Ayat contoh

Dia berjanji akan berubah, tidak lagi bersikap


malas seperti dahulu.
Ahmad terjatuh kerana ia ditolak oleh
kawannya.
Munirah memanggil Masni sambil melambai
padanya.
Burung itu tidak boleh terbang kerana
sayapnya patah.
Sultan Samad menitahkan Perdana Menteri
pergi mendapatkan anakandabaginda di
Temasik.
Bagina Sultan jarang-jarang melawat ke sini.
Semua anak beliau belajar di luar negara.

beliau

tunggal

Digunakan untuk orang ketiga yang dihormati seperti ibu bapa, pemimpin
dan guru.

jamak

Untuk menggantikan nama diri orang ketiga yang dicakapkan yang


bilangannya melebihi seorang.

Menteri Pelajaran tidak dapat hadir


kerana beliau berada di luar negara.
Rumah mereka ranap ditiup angin ribut.

mereka

Kembali ke atas...

Mereka bergotong-royong membersihkan


kampung.

You might also like