Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT INDAH

68000, AMPANG SELANGOR


KERTAS KERJA
PROJEK
MENJALANKAN PROJEK MEMBUAT SALIRAN PAIP AIR UNTUK
KEGUNAAN MURID-MURID BERWUDHUK DI HADAPAN BILIK j-QAF
TEMPAT:
BERHADAPAN DENGAN BILIK j-QAF
TARIKH:
4 - 6 APRIL 2014 (SABTU)

DISEDIAKAN OLEH:
NOOR SYAHIR BIN AHMAD BAKRI
(GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH PERAK)

PROJEK MEMBUAT SALIRAN PAIP AIR UNTUK KEGUNAAN MURID-MURID


BERWUDHUK DI HADAPAN BILIK j-QAF

1.0

Program :
Membuat saliran paip air untuk kegunaan murid-murid dan guru
khususnya kegunaan untuk berwudhuk.

2.0

Rasional :
2.1

Berwudhuk merupakan satu perkara penting sebelum mendirikan


solat. Selain itu berwudhuk juga dapat menghapuskan dosa-dosa
yang kecil.

2.2

Projek membuat saliran paip air untuk kegunaan murid-murid dan


guru khususnya kegunaan untuk berwudhuk dapat memudahkan

pergerakan murid-murid yang mana sebelum ini murid-murid


mengambil wudhuk di surau sekolah.
2.3

Projek membuat saliran paip air di hadapan bilik j-QAF bertujuan


untuk memudahkan murid-murid apabila sesi Pembelajaran dan
Pengajaran diadakan di bilik J-QAF.

2.4

Jarak antara surau dan bilik j-QAF sejauh lebih kurang 400 meter
menyebabkan suasana dan keadaan agak tidak terkawal apabila
murid-murid perlu berwudhuk di surau dan sesi Pembelajaran dan
Pengajaran berlangsung di bilik j-QAF.

2.5

Suasana yang kurang terkawal kerana murid-murid akan berlari-lari


dari surau ke bilik j-QAF.

3.0

Matlamat dan Objektif :


3.1

Mewujudkan iklim yang kondusif serta tenang di sekolah sebagai


institusi yang bersih, indah, selamat, ceria dan terkawal.

3.2

Melaksanakan

amalan bersuci dan berwudhuk terhadap murid-

murid.
3.3

Mewujudkan dan meningkatkan semangat sentiasa berkeadaan


suci dan bersih di kalangan murid-murid.

3.4

Meningkatkan keprihatinan dan komitmen guru pelatih terhadap


kebersihan,

keindahan

dan

keceriaan

serta

menghargai

kemudahan yang telah disediakan.


3.5

Menyumbang

tenaga

dan

idea

merealisasikan keberkesanan aktiviti.

yang

bersepadu

dalam

3.6

Memberi

pengalaman

sebenar

kepada

guru

pelatih

dalam

menceriakan suasana sekolah.


3.7

Mewujudkan semangat kerjasama dalam kalangan guru-guru


sekolah.

3.8

Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan


mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.

3.9

Memberi pengetahuan dan kesedaran kepada guru pelatih tentang


kepentingan bersuci dan berwudhuk ketika di sekolah.

4.0

Tarikh Aktiviti :
5-6 April 2014

5.0

Masa :
Hari sabtu dan ahad bermula jam 10 pagi

6.0

Tempat :
Di hadapan bilik j-QAF

7.0

Senarai Ahli Jawatankuasa Dan Pengelola Projek:

AHLI JAWATANKUASA PROJEK MEMBUAT SALIRAN PAIP AIR UNTUK


KEGUNAAN MURID-MURID BERWUDHUK DI HADAPAN BILIK j-QAF
AHLI JAWATANKUASA INDUK
Penaung

: PUAN JAMILAH BINTI ABDUL RAHMAN

Guru Penasihat

: MOHAMMAD BIN SHAARI

AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA

8.0

NOOR SYAHIR BIN AHMAD BAKRI

MOHD HAMDAN BIN SIDEK

MOHAMMAD BIN SHAARI

MEOR HAFIZ BIN MEOR SHARZAMAN

MOHD FAKHRUDIN BIN HASHIM

Anggaran perbelanjaan :

Bil

Peralatan

Harga

Jumlah
(RM)

1.

Paip ABS 1/2

3 unit x RM 18.00

RM 54.00

2.

Kepala Paip

8 unit x RM 10.00

RM 80.00

3.

Simen

3 unit X RM 18.00

RM 54.00

4.

Pasir

4 unit x RM 8.00

RM 32.00

5.

Gam Paip

1 unit x RM 23.00

RM 23.00

6.

Paip 4

8 unit x RM 7.50

RM 60.00

7.

Aksesori Paip

unit x RM

RM 17.00

8.

Lain-Lain

unit x RM

RM 30.00
JUMLAH

Jumlah harga bagi peralatan yang diperlukan = RM 350

RM 350.00

9.0 Penutup :
Diharapkan projek membuat saliran paip air untuk kegunaan murid-murid
dan guru khususnya kegunaan untuk berwudhuk dapat dilaksanakan
dengan jayanya disamping menjadikan persekitaran yang lebih kondusif,
selamat dan terkawal. Melalui projek ini, guru pelatih seperti saya dapat
menimba pengalaman dan ilmu pengetahuan untuk menceriakan suasana
di sekolah disamping dapat memberi sedikit sumbangan kecil kepada
sekolah. Projek ini adalah penting kerana ia memberi peluang kepada
guru pelatih untuk berkhidmat kepada sekolah disamping dapat
meninggalkan kenangan indah bersama.

Disediakan Oleh :

..
(NOOR SYAHIR BIN AHMAD BAKRI)
Guru Pelatih IPG KAMPUS IPOH PERAK
DPLI j-QAF ambilan JAN 2013

Dibimbing Oleh:

...............................................
(MUHAMMAD BIN SHAARI)
Guru Pembimbing Major,
SK Taman Bukit Indah,
68000 Ampang Selangor

Disemak Oleh:

.................................................
(MOHD HAMDAN BIN SIDEK)
Ketua Panitia Pendidikan Islam,
SK Taman Bukit Indah,
68000 Ampang Selangor

Diluluskan oleh:

................................................
(PUAN JAMILAH BINTI ABDUL RAHMAN)
Guru Besar,
SK Taman Bukit Indah,
68000 Ampang Selangor

You might also like