Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

PENGENALAN

Pengacaraan majlis merupakan kelaziman dan tradisi yang biasa


dijalankan di mana-mana sahaja sama ada di kampung, bandar, sekolah,
institusi dan di merata tempat. Terdapat berbagai jenis majlis yang diadakan,
sama ada majlis rasmi mahupun tidak rasmi. Majlis-majlis tersebut sudah pasti
disusun dengan teliti sebelum pelaksanaannya. Dalam majlis ini, pengacara
majlis atau pengerusi majlis merupakan individu yang memainkan peranan
utama dalam menghidupkan sesuatu majlis. Menurut R.Terry Ellimore (1991)
dalam buku siri pendidikan perguruan (aktiviti lisan) karya Siti Hajar Bt Hj. Abdul
Aziz mengatakan bahawa pengacara majlis sebagai master of ceremonies (MC0
is an individual who acts as a host an a radio or television program.Often spelled
emcee. Pengacaraan majlis tidak hanya terhad dalam media elektronik seperti
radio dan televisyen tetapi juga banyak digunakan dalam majlis rasmi atau tidak
rasmi.
Seorang pengerusi majlis boleh berperanan terus sebagai pengacara
majlis, tetapi seorang pengacara majlis itu tidak boleh mengambil alih tugas
sebagai pengerusi majlis. Peranan pengacara majlis boleh dimainkan oleh lebih
daripada seorang, misalnya seorang pengacara majlis lelaki digandingkan
dengan seorang wanita. Merekalah orang yang pertama yang tampil ke hadapan
dalam setiap apa jua majlis kerana merekalah yang akan membuka tirai awal
memperkenalkan satu-satu majlis kepada para tetamu.

Ciri-Ciri Pengacara Majlis


Realitinya, menjadi pengacara majlis ini bukanlah sesuatu yang mudah.
Ada beberapa kriteria ataupun ciri-ciri yang patut dipertimbangkan sebelum
memilih seseorang individu untuk menjadi pengacara majlis. Antara kriteria
tersebut ialah;
(i)

Pengacara majlis hendaklah daripada mereka yang berkebolehan,


mampu berkomunikasi dengan yakin dan jitu.

(ii)

Mempunyai suara yang baik, lunak didengar, sebutnya tidak pelat dan
kelajuan percakapan sederhana.

(iii)

Perwatakan yang menarik.

(iv)

Gaya bahasa yang baik, lancar dan tidak tersekat-sekat.

(v)

Tidak ada darah gemuruh kerana ini akan menimbulkan ketakutan.

(vi)

Tidak cacat anggotanya supaya mudah menjalankan tugasannya


dengan baik.

(vii)

Cergas dan cepat dalam pergerakannya kerana adakalanya ia perlu


bergerak.

(viii)

Seorang yang kreatif dan mampu melahiirkan kalimat-kalimat spotan


sekiranya terdesak.

(ix)

Tahu menyusun pengucapan yang bertatasusila mengikut prosedur


dan etika sosial.

(x)

Mempunyai pengetahuan dan peka dengan situasi majlis yang


dikendalikan

iaitu pengacara majlis akan memaklumkan kepada

tetamu apa yang akan berlaku mengikut urutan majlis.


(xi)

Berwajah ceria dan dapat menghidupkan suasana majlis.

(xii)

Ttidak kaku dan tidak panik iaitu berbicara dengan tidak melakukan
aksi-aksi yang keterlaluan jika berhadapan dengan pelbagai situasi.

(xiii)

Berketerampilan dan pandai menbezakan kelainan-kelainan sesuatu


majlis contoh majlis rasmi, majlis tidak rasmi, majlis formal dan majlis
tidak formal,

PERANAN PENGACARA MAJLIS


Pengacara majlis mempunyai tiga peranan utama
(i)

Mengawal Majlis
Majlis tidak boleh dimulakan selagi juruacara tidak memulakannya.
Majlis tidak akan tamat selagi tidak diumumkan olehnya.

(ii)

Membuat Pengumuman
Juruacara akan membuat pengumuman mengikut susunatur acara
majlis.

(iii)

Memberi Panduan
Juruacara memberi panduan kepada mereka yang mengambil
bahagian seperti bila hendak mula bercakap, bila perlu bacaan doa
dan sebagainya

JENIS-JENIS PENGACARA MAJLIS

Pengacara majlis penuh istiadat


Di dalam majlis penuh istiadat seperti majlis istiadat pertabalan, majlis istiadat
penganugerahan darjah kebesaran, majlis istiadat menerima surat tauliah, majlis
istiadat menyampaikan surat tauliah dan majlis istiadat mengangkat sumpah oleh
menteri kabinet, pengacara majlis perlu mematuhi beberapa peraturan yang
telah ditetapkan oleh pihak protokol antaranya.
(i)

Pengacara majlis tidak perlu buat apa-apa kata aluan semasa


memulakan majlis tersebut.

(ii)

Pengacara majlis tidak perlu menyebut nama tetamu kenamaan yang


hadir.

(iii)

Pengacara majlis terus membuat pengumunam kepada tetamu


perkara yang akan dijalankan seterusnya.

(iv)

Pengacara majlis tidak dibenar berjenaka atau menyelitkan unsurunsur lucu semasa mengadalikan majlis tersebut.

(v)

Pengacara majlis tidak perlu membuat ulasan berkaitan dengan acara


yang sedang berjalan didalam sesuatau majlis.

(vi)

Tidak perlu mengucapakan terima kasih kepada tetamu atau mereka


yang menerima anugerah dan sebagainya.

(vii)

Pengacara majlis penuh istiadat juga tidak menonjolkan diri dan


mengelekkan daripada menjadi perhatian orang ramai.

(viii)

Pengacara majlis penuh istiadat tidak kelihatan, sebaliknya tempat


pengacara terletak di suatu tempat terlindung daripada khalayak.
Hanya suaranya sahaja yang dapat didengar oleh tetamu yang hadir.

PENGACARA MAJLIS RASMI


Majlis rasmi biasanya dianjurkan oleh pihak kerajaan dan keseluruhan
perbelanjaan ditanggung oleh pihak kerajaan.Mengikut kamus sinonim (1984:
558) menjelaskan bahawa majlis rasmi bermaksud upacara iaitu seluruh
perbuatan yang dilakukan menurut peraturan dan istiadat tertentu ( untuk
merasmikan, memperingati, merayakan, melantik dan lain-lain). Terdapat dua
jenis majlis rasmi iaitu
(i)

Majlis rasmi dan formal antaranya ialah majlis jamuan makan oleh
Perdana Menteri bagi meraikan ketua kerajaan yang membuat lawatan
ke Malaysia, majlis perasmian pemeran, majlis pembukaan bangunan,
majlis perasmian seminar dan lain-lain.

(ii)

Majlis rasmi dan tidak formal merupakan majlis anjuran kerajaan yang
tidak banyak mematuhi protokol Antaranya majlis rasmi dan tidak
formal ialah jamuan teh kanak-kanak yang diraikan oleh oleh Perdana
Menteri, majlis jamuan teh sempena memyambut Hari Kemerdekaan.

Sebagai pengacara

yang mengendalikan majlis rasmi, beberapa kriteria

tertentu perlu dipatuhi antaranya:

(i)

Perlu memastikan audien yang hadir dalam majlis tersebut sebagai


persediaan dari segi sistem panggilan dan protokol.

(ii)

Menggunakan bahasa melayu baku sepanjang mengendalikan majlis.

(iii)

Menggunakan tatabahasa yang betul dan disesuaikan dengan


suasana dan peringkat dan juga orang yang disapa dalam suasana
majlis tersebut.

(iv)

Gaya bahasa semasa mengacara majlis perlu dikawal, gaya yang


dimaksudkan adalah dari segi suara dan aksi.

(v)

Menggunakan bahasa halus semasa mengendalikan majlis.

(vi)

Perlu mematuhi aturcara yang ditetapkan, setiap aturcara dipastikan


dalam terkawal.

PENGACARA MAJLIS TIDAK RASMI


Kebiasanya majlis tidak rasmi dianjurkan oleh pihak swasta atau orang
perseorangan. Keseluruhan perbelanjaan adalah ditanggung oleh pihak yang
menganjurkannya. Majlis tidak rasmi boleh dibahagikan kepada dua kategori
iaitui
(i)

Majlis tidak rasmi dan formal kebiasanya dianjurkan oleh pihak swasta
yang memerlukan protokol. Walaupun majlis ini tidak rasmi tetapi
perjalanan majlis ini dilakukan mengikut peraturan yang telah oleh
pihak protokol

kerana majlis adalah bersifat formal yang mana

tetamunya terdiri daripada

menteri dan orang kenamaan . Antara

majlis tidak rasmi dan formal ialah majlis perasmian kilang oleh
Perdana Menteri,Menteri Kabinet, Menteri Besar.
(ii)

Majlis tidak rasmi dan tidak formal ialah majlis yang dianjurkan oleh
pegawai dan kakitangan sesebuah organisasi kerajaan atau bukan
kerajaan. Antara majlis

tidak rasmi dan tidak formal ialah majlis

perkahwinan, kenduri arwah dan sebagainya.

Majlis tidak rasmi juga mempunyai pengacara majlis yang menjadi


juracara sepanjang berlangsungnya majlis tersebut. Walau bagaimanapun
peranan yang perlu dimainkan oleh juruacara majlis ini dalam suasana yang
agak longgar sama ada dari segi ucapan, pakaian dan sistem panggilan
berbanding dengan pengacara majlis penuh istiadat dan majlis rasmi. Berikut
adalah kriteria yang diamalkan semasa oleh pengacara mengendalikan majlis
tidak rasmi
(i)

Tidak perlu membuat latihan bagi mengandalikan majlis, percakapan


adalah secara spontan.

(ii)

Pengunaan bahasa atau dialek daerah atau tempatan bagi sesuatu


masyarakat yang menjadi pendengar boleh dilakukan.

(iii)

Pengacara yang dilantik kebiasannya adalah dikalangan individu yang


telah sedia mempunyai hubungan yang rapat dengan badan,
pertubuhan atau masyarakat tersebut.

(iv)

Pengacaraan adalah tidak mementingkan status sosial pendengar, jadi


penggunaan bahasanya adalah berdasarkan kemesraan yang telah
sedia wujud dan ini juga meliputi panggilan.

(v)

Pengacara tidak menggunakan skrip tetapi berdasarkan pada suasana


yang ingin diwujudkan dan matlamat sesuatu majlis itu.

PENYEDIAAN TEKS PENGACARA MAJLIS

PENYEDIAAN KANDUNGAN TEKS


Kelancaran perjalanan sesuatu majlis bukan sahaja terletak kepada kebolehan
pengacara majlis tetapi juga kepada aturcara yang menjadi garis panduan
kepadanya. Justeru, sesuatu majlis yang akan diadakan haruslah disusun
dengan teliti dan dicernakan dalam bentuk aturaca ataupun buku cenderamata
yang sempurna. Berikut adalah perkara yang perlu ada bagi menyediakan
aturcara atau teks pengacara majlis:
(i)

Nama majlis yang akan dikendaliakan oleh pengacara

(ii)

Setiap teks yang disediakan mestilah mengandungi muka surat.

(iii)

Bilangan pengumuman

(iv)

Mesti catat Masa untuk suatu aturcara contoh

(v)

Panduan (CUE)

(vi)

Pengumuman (ANN)

Penutup

Ringkasnya sebagai seorang pengacara majlis mestilah memiliki dan


mematuhi beberapa ciri-ciri sebagai pengacara yang menarik dari setiap segi.
Pengacara majlis haruslah berpengetahuan tentang latar belakang majlis
yang diadakan, orang-orang yang terlibat, khalayak yang akan dihadapi,
tujuan majlis, tokoh-tokoh yang berucap dan acara-acara yang dirancang.
Dalam membuat sebarang ulasan atau pandangan, pastikan segalanya
menjurus kepada nilai-nilai positif yang tidak keterlaluan.

You might also like