Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

[LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KELAS

May 14, 2014 KRK]


1.0 PENDAHULUAN
Panitia Sains telah merancang program lawatan sambil belajar sempena sambutan bulan
Sains dan Matematik. Program ini bertujuan mendedahkan pelajar secara langsung mengenai
kemahiran proses sains dalam sesi pembelajaran di luar bilik darjah dan mengaitkannya
dengan topik yang dipelajari . Program ini merupakan salah satu teknik pengajaran dan
pembelajaran yang menggunakan kaedah pembelajaran kontekstual. Peserta lawatan terdiri
daripada pelajar tingkatan 2 KRK.
2.0 RASIONAL
Murid dapat menggabungkan isi kandungan dalam mata pelajaran sains dengan pengalaman
harian individu semasa melakukan lawatan. Di samping itu juga, murid akan merasa
keseronokan sesi pembelajaran di luar bilik darjah dan dapat menghubung kaitkan kemahiran
proses sains yang dipelajari di kelas. Dalam masa yang sama, murid-murid dapat mengaitkan
pengalaman yang dipelajari dengan konsep-konsep sains yang telah ditekankan oleh guru
mata pelajaran sains dan membina suatu kefahaman yang baru untuk memperkukuhkan
pengetahuan sains.
3.0 OBJEKTIF DAN MATLAMAT
Beberapa objektif yang diharapkan dari lawatan sambil belajar ini ialah pelajar dapat :

Membina peta i think berdasarkan program


Membina slaid power point ( VLE Frog) berdasarkan topik pilihan yang diikuti
Mengikuti program yang telah dirangka oleh fasilitator

4.0 KUMPULAN SASARAN


Keutamaan pelajar yang terlibat adalah daripada Tingkatan 2 KRK seramai 32 orang
manakala 2 orang daripada Tingkatan 2C1. Penarikan diri 2 orang pelajar KRK adalah
disebabkan ibu bapa tidak memberikan kebenaran mengikuti aktiviti.
5.0. PELAKSANA PROGRAM
Seramai dua orang guru telah sama-sama terlibat dalam menjayakan program ini. Mereka
ialah:
i)
Pn. Zarah Ahmad
ii)
Cik Nor Hasmah Mohamud
6.0. MODUL PROGRAM
Pelajar mengikuti modul program yang telah rekabentuk oleh pihak petrosains. Program ini
dinamakan Creative Science for School (CSS) yang meliputi 1 aktiviti hands on, lawatan

[LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KELAS


May 14, 2014 KRK]
ke tapak pameran dan set makanan tengahari. Program dimulakan melalui lawatan ke tapak
pameran yang mengambil masa 3 jam. Lawatan tapak meliputi 10 segmen yang mengandungi
tema yang berlainan iaitu pengembaraan lohong hitam, petrojaya, geotime diodrama, ruang
eksplorasi,sparkz, platform minyak, ruang had laju, dunia molekul nano, ruang lukisan dan
muzik sains dan teater Ungku Omar. Pelajar juga melibatkan diri dalam pengembaraan roller
coaster dan pameran ruang sains di sepanjang tapak pameran. Kemudian, pelajar di dedahkan
dengan modul CSS berunsurkan kimia yang menyerupai silibus tingkatan 2 iaitu asid dan
alkali. Pendedahan pembelajaran adalah selama 1 jam dan aktiviti yang dijalankan adalah
secara berkumpulan. Setelah aktiviti tamat, pelajar dibenarkan menikmati makanan tengahari.
7.0 TEMPAT
Program ini telah dijalankan seperti di bawah;
Tarikh
Tempat
Masa

: 14.5.2014
: Petrosains, The Discovery Centre, Level 4, Suria KLCC, PETROSAINS
Twin Towers
: 9.30 pagi 5.30 petang

8.0 PROSES PELAKSANAAN


Program ini telah dirancang seawalnya mulai bulan Mac dengan pelaksanaan kertas
kerja lawatan. Kertas kerja lawatan perlu dibuat dan dihantar ke bahagian PPD sebulan
sebelum tarikh aktiviti dijalankan. Selain itu, kertas kerja juga perlu bagi memohon
peruntukan tambahan daripada pihak PIBG. Susulan itu, pemilihan peserta dilakukan dengan
memohon kebenaran pihak penjaga serta salinan kad pengenalan perlu bagi memastikan
prosedur lawatan dipatuhi. Guru yang terlibat perlu menghubungi pihak petrosains di bawah
kendalian pegawai bertugas iaitu Siti Nursakinah Bt A. Kader untuk mengetahui program
kelolaan pihak berkenaan dan disesuaikan dengan silibus tingkatan 2. Setelah itu, makluman
program dinyatakan kepada Ketua Bidang Sains dan Matematik, Pn. Roziana Aminorlah dan
Penolong Kanan Kurikulum iaitu Pn Habshah Mohamad bagi memastikan program yang
dibuat mencapai objektif yang telah dirancang. Sehari sebelum program, satu taklimat
ringkas mengenai keselamatan, waktu program, menu makanan, etika pakaian dan
pembentukan AJK lawatan sambil belajar di kalangan pelajar diadakan oleh guru terlibat.
Program berjalan dengan jayanya seperti dalam jadual. Setelah program, guru merefleksi sesi
pembelajaran pelajar dengan berbincang dengan rakan setugas. Pemenang pertandingan
lawatan sambil belajar akan di pantau dan dinilai oleh guru mata pelajaran sains iaitu Cik Nor
Hasmah.
10. PEMENANG AKTIVITI
Aktiviti yang dirangka memastikan pelajar mendapat manfaat dan mempunyai daya saing
dalam kalangan pelajar. Namun begitu, laporan secara verbal mengenai penglibatan pelajar
dalam menyertai aktiviti daripada guru mata pelajaran sains amat kurang memuaskan. Pelajar

[LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KELAS


May 14, 2014 KRK]
yang mengikuti aktiviti lawatan tidak melibatkan diri secara proaktif dengan pertandingan
yang telah diwar-warkan dalam aktiviti lawatan sambil belajar iaitu pembinaan peta i- think
dan pembinaan power point lawatan sambil belajar. Pemenang hanya daripada aktiviti power
point iaitu kumpulan 4. Senarai pemenang seperti berikut:
a.
b.
c.
d.
e.
f.

Amelia Izzati Bt Ithzani


Muhammad Kamal Aizam
Anis Athirah Bt Saiful Khairi
Thilagan A/L Goby Krishnan
Nur Izzureen Bt Mohd Said
Khairul Fatinah

11. PERBELANJAAN
Semua perbelanjaan telah ditanggung oleh peserta lawatan dan peruntukan daripada PIBG.
Laporan kewangan lawatan seperti lampiran (sila rujuk fail).
12. REFLEKSI
Kekuatan

1. Program berjalan lancar seperti yang dirancang.


2. Kreativiti pelajar dalam menghasilkan power point amat baik
3. Program telah disokong oleh pihak PIBG
4. Kaedah pembelajaran kontekstual dapat dilaksanakan dengan jayanya.
5. Pelbagai informasi mengenai segmen berkaitan sains dan teknologi yang terkini
dan zaman dahulu dapat dilihat secara langsung.
6. Pelajar dapat mengawal disiplin dan menepati masa.
7.Pembentukan AJK di kalangan pelajar boleh diteruskan.
8. Menu makanan memuaskan.
Kelemahan

1. Penglibatan pelajar tidak aktif dalam menyiapkan tugasan selepas mengikuti


program
2. Hadiah yang ditawarkan tidak menarik
3. Segelintir pelajar tidak dapat mengikuti aktiviti lawatan kerana tiada sokongan
daripada ibu bapa
Penambahbaikan :
1. Pelaksanaan program CSS perlu ditambah masa melibatkan aktiviti berkaitan
matematik.
2. Pelajar yang berminat tetapi tidak berkemampuan ditanggung sepenuhnya oleh
pihak PIBG atau badan kebajikan pelajar.

[LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KELAS


May 14, 2014 KRK]
3. Pengiktirafan perlu dilaksanakan dengan memastikan pelajar mendapat sijil
penyertaan.

Disediakan Oleh;

...........................................................
( ZARAH BT AHMAD )
PENYELARAS KRK

[LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KELAS


May 14, 2014 KRK]

FOTO-FOTO BERKAITAN PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Pelajar bergambar setelah sesi CSS

[LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KELAS


May 14, 2014 KRK]

Pelajar dan guru bergambar dalam sesi fotografi pameran

You might also like