Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

Pembangunan merupakan petunjuk kepada kemajuan dan kemakmuran sesebuah Negara.

Dalam proses pembangunan, Negara kita banyak mengorbankan warisa tradisi dan nilai
kemanusiaan.

DEBAT PELAJAR (I)


Pembangunan Bandar Menjejaskan Warisan Negara
Hujah Pencadang

Hujah Pembangkang

Hujah Pencadang Pertama : Muliati bt Jahadi P-RM0533

Untuk membincangkan tajuk "Pembangunan Bandar Menjejaskan Warisan Negara" adalah baik kita
memahami maksud ayat tersebut.
Huraian terhadap istilah menurut Kamus Dewan adalah:

Pembangunan
Perihal membangun, proses membangun (mencapai kemajuan, perkembangan)
Usaha atau kegiatan membangun ( memajukan dan mengembangkan).
Oleh itu dapat dikatakan bahawa pembangunan bandar sebagai perihal untuk membangun atau
proses membangun dalam konteks dari kawasan mundur kepada kawasan maju.

Warisan
Harta peninggalan, harta pusaka
Sesuatu yang diwarisi, sesuatu yang turun temurun ( Peninggalan )
Warisan negara boleh dilihat dalam pelbagai aspek seperti alam semulajadi, bangunan, monumen,
kesenian, adat resam dan tradisi yang diturunkan oleh generasi terdahulu kepada generasi akan
datang.

Menjejaskan
Melukakan, merosakkan.
Mendatangkan ( meninggalkan kesan tidak baik atau merosakkan )
Kesan yang ditinggalkan daripada pembangunan bandar adalah tidak baik dan membawa kepada
kelukaan dan kerosakan kepada warisan negara. Menurut The World Convention, warisan boleh
dikategorikan kepada dua kategori utama iaitu warisan kebudayaan dan warisan alam semulajadi.
Dengan merujuk kepada ketiga-tiga istilah ini, persoalannya, Mengapakah pembangunan bandar
untuk kemajuan ini dikatakan akan menjejaskan warisan negara?

Alam semulajadi adalah warisan negara dan izinkan saya mengupas sudut ini dengan lebih
mendalam untuk menunjukkan ianya telah dijejaskan akibat pembangunan bandar. Melalui kategori
warisan alam semulajadi yang dirujuk oleh General Conference Of UNESCO pada tahun 1972,
membawa maksud bahawa ciri-ciri fizikal,biologikal dan geografi yang unik, habitat baka tumbuhan
dan binatang yang hampir pupus dan kawasan yang mempunyai nilai saintifik atau estetik dari
pandangan pemuliharaan. Tiga unsur alam semulajadi yang penting ialah hutan, air dan udara.

Hutan penyimpan khazanah alam semulajadi semakin berkurangan dan terputus-putus


akibat pembangunan bandar
Hutan berfungsi sebagai pembekal oksigen, kawasan tadahan, menyederhanakan suhu, sumber
ekonomi, sumber makanan dan tempat perlindungan habitat flora dan fauna. Pembangunan bandar
hanya melihat hutan dari segi ekonomi untuk tuntutan pembangunan fizikal.
Berdasarkan fungsi inilah warisan hutan perlu dikekalkan, sebagai contohnya sedikit masa lalu
negara perindustrian barat mengencam hebat tindakan negara Asia dan Negara sedang membangun
kerana menjalankan kegiatan pembalakan secara besar-besaran. Ini merupakan satu petunjuk
bahawa mereka telah melalui pengalaman pahit membangunkan negara dengan memusnahkan
hutan sebagai warisan alam semulajadi negara mereka.
Pembukaan bandar baru Seperti Bandar Muadzam Shah dan bandar-bandar baru yang lain
menyaksikan pembersihan hutan dan pemotongan bukit. Ini memberi kesan kepada hakisan tanah
bertambah kerana air larian dipermukaan bumi tidak dapat dihalang dan sejumlah besar tanah yang
berstuktur lemah dibawah bersama masuk ke dalam sungai. Penambahan keladak akan
mencetekkan dasar sungai dan aliran akan tersekat serta menyebabkan kejadiaan banjir kilat
terutama di kawasan rendah seperti Lembah Kelang. Sejak tahun 1992, kerajaan persekutuan
membelanjakan RM 760 ribu untuk Mendalamkan sungai Kelang sepanjang 43 kilometer.
Contonhnya petambahan beban sungai Gombak telah dikesan sejak tahun 1968 lagi disebabkan
pembinaan Leburaya Kuala LumpurKarak. Di samping itu juga, pembinaan leburaya turut
memusnahkan habitat hidupan liar yang terancam dan dilindungi seperti Tapir dan Gajah. Fenomena
ini jelas apabila terdapat kes-kes haiwan ini dijumpai mati akibat dilanggar oleh kenderaan ketika
melintasi leburaya.

Kualiti air terjejas teruk akibat pembangunan pembangunan bandar


Air diperlukan dalam semua jenis aktiviti bandar seperti industri, pertanian, perumahan, perdagangan,
perkhidmatan dan rekreasi. Pembangunan bandar turut meningkatkan permintaan air bersih dari
semasa ke semasa, manakala sumber air bersih semakin berkurangan dan berada di lokasi yang
jauh. Ini memnyebabkan peruntukan kewangan yang banyak diperlukan untuk mencari bekalan dan
pengagihannya. Para hadirin sekalian mungkin masih ingat apa yang terjadi di Lembah Kelang barubaru ini yang merupakan kawasan bandar yang sesak mengalami masalah bekalan air yang tidak
mencukupi walaupun terdapat tiga empangan yang membekalkan air iaitu Empangan Kelang Gate,
Empangan Semenyih dan Empangan Hulu Langat.
Sumber air sedia ada dari sungai atau tasik turut tercemar apabila bahan buangan industri, domestik
dan pertanian tidak diolah dengan baik dan dialirkan terus ke sungai dan pantai. Di beberapa batang
sungai khasnya di bahagian muara seperti Sungai Juru, Sungai Sepang dan Sungai Kelang, menjadi
seperti sungai mati kerana bahan pepejal terampai telah tepu dan tidak dapat dialirkan.
Begitu juga halnya dengan kawasan perairan negara yang tercemar. Aktiviti perdangangan yang
pesat di bandar-bandar Pantai Barat Semenanjung Malaysia menyebabkan Selat Melaka menjadi
satu-satunya jalan air yang paling tercemar di dunia. Pencemaran ini datangnya dari aktiviti cari gali

minyak, pembuangan sisa minyak dan tumpuhan minyak dari pelanggaran kapal-kapal dagang yang
melaluinya. Dalam akhbar The News Strait Time 1972, melaporkan pelanggaran kapal tangki minyak
milik Filipina ( Diego Silang ) telah menumpahkan 6000 tan minyak di perairan Batu Pahat Johor dan
sebahagian tumpahan itu telah memasuki Sungai Muar dan terperangkap di kawasan paya bakau
yang tentunya menjejaskan ekologi perairan pantai.
Kemajuan yang di bawah oleh pembangunan bandar turut meningkatkan pembaziran air. Rekreasi
yang bertaraf mewah contohnya pembinaan padang golf 32 lubang mengunakan air sebanyak 1 juta
liter sehari hanya untuk menyiram pokok-pokok. Air ini pula akan mengalir terus ke saliran utama
seperti sungai yang membawa kandungan kimia beracun daripada penggunaan baja kimia dan racun
serangga.
Adakah kita perlu menunggu kejadian seumpama di Teluk Minamata Jepun Berlaku di negara ini baru
timbul kesedaran untuk memelihara warisan negara yang terjejas oleh pembangunan bandar.

Pencemaran udara dan peningkatan suhu akibat pembangunan bandar


Kita masih beruntung hadirin sekalian kerana masih boleh menyedut udara tanpa dikenakan bayaran.
Udara segar yang dihasilkan secara semulajadi oleh proses fotosintesis tumbuhan penting untuk
pernafasan yang menjamin kelangsungan hidup. Tetapi bagaimana sekiranya udara yang kita sedut
ini tidak segar lagi dan mengandungi bahan-bahan kimia yang tentunya tidak boleh di terima oleh
tubuh badan.
Bahan-bahan pencemaran seperti karbon monoksida, sulfur oksida, plumbum, nitrogen oksida dan
hidrokarbon terdapat dalam udara akibat aktiviti bandar seperti pengangkutan, asap dari industri,
pelupusan sisa domestik dan stesyen janakuasa.
Pembangunan bandar yang pesat menampung sejumlah besar penduduk yang mengamalkan cara
hidup moden dan perkhidmatan bandar seperti kereta dan peralatan rumah ( peti sejuk , penyaman
udara dsb memberi kesan rumah hijau ). Kesemua ini akan menyumbang kepada peningkatan bahan
cemar di udara seperti plumbum dan CFC ( cloro floro carbon ) yang secara langsung membantu
proses penipisan ozon. Kesan seterusnya menyebabkan peningkatan pelbagai penyakit barah kerana
pancaran sinar ultra unggu tidak dapat di biaskan oleh lapisan ozon.
Suhu bagi kawasan bandar kini tidak berada ditahap normal akibat kandungan pelbagai jenis karbon
di udara. Keadaan ini menyebabkan kejadian jerubu sering berlaku terutama di kawasan bandar.
Pada tahun 1997 jerubu paling teruk melanda oleh Malaysia dengan IPU ( Indeks Pencemaran Udara
) menunjukkan paras bacaan melebihi had bahaya iaitu 500ppm sebagaimana yang ditetapkan oleh
Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( PBB ). Darurat terpaksa diistiharkan di Kuching Sarawak dengan
menutup beberapa sekolah dan orang ramai terpaksa mematuhi perintah berkurung kerana jarak
penglihatan kurang 100 meter dan masalah kesihatan. Sektor ekonomi turut terjejas dengan
penutupan kedai, penurunan sektor pelancongan dan penangguhan penerbangan serta menjalankan
pembebihan awan yang menelan belanja kira-kira RM 50,000 untuk setiap kali pembenihan
dijalankan.
Berdasarkan kepada hujah-hujah di atas jelas dilihat bahawa pembangunan bandar akan
menjejaskan warisan negara dari segi warisan alam semulajadi.
BAHAN RUJUKAN
1. Sham Sani dan Abdul Samad Hadi, Jabatan Geografi UKM, Pembangunan dan Alam Sekitar
di Malaysia ; isu dan Pengurusannya. Dewan Bahasa dan Pustaka 1990.
2. Jamaluddin Jahi dan Sham Sani, Development Prosess, Soil Erosion and Flash in the Kelang
Valley Region, Peninsular Malaysia; A General Consideration. Kertas kerja dibentangkan di

Regional Workshop on Limnology and Water Resources Management in Developing


Countries of Asia and the Pasific, Kuala Lumpur 29 November 5 Disember 1982.
3. Berry, B.J.L, City size and Economic development; Ekconomic developmentand Cultural
Change. 1961.
4. Sham Sani, The Climate of Kuala Lumpur - Petaling Jaya Area, Malaysia ; A study of the
Impact of Urbanization on Local Climate within the Humid Tropics, Kuala Lumpur, UKM Press
1980.
5. Rahmid Kidam, Forest Hydrology Studies at Jengka and Bukit Berembun Hill Forests, dalam
Asean Workshop on Watershed Conservation and Management Research Program, Kuala
Lumpur 1976.
6. Ooi Jin Bee, Land, people and Economy in Malaya. Geographies for Advanced Study Series,
London 1963.
7. Kamus Dewan, Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1980
...........................................................................

Hujah Pencadang Kedua : Lai Koon Hon P-RM0529


Pembangunan bandar adalah perubahan yang berlaku kepada suatu lokasi geografi, daripada
kawasan mundur kepada kawasan maju atau kawasan tersebut menjadi lebih maju berbanding
dengan dahulu. Perubahan ini akan menjejaskan atau meninggalkan pengaruh yang buruk kepada
warisan negara. Warisan negara ditakrifkan sebagai suatu entiti kekal yang ditinggalkan turuntemurun dari generasi ke generasi.
Pembangunan bandar merupakan suatu arus perubahan yang akan membawa pengaruh buruk
kepada cara hidup manusia di kawasan tersebut. Ini jelas ditunjukkan dalam nilai-nilai kebudayaan
golongan hidup di bandar yang mengalami pembangunan.
Merujuk kepada Encik Kwok Kian Woon, seorang pensyarah sosiologi di National University of
Singapore,
There is no denying it. We are in a cultural predicament of some sort. As modern as we are- and like
to be- we dont feel quite at home in modern world, especially when being modern at the same time
seems to mean that we are somehow torn away tradition, from our heritage, and our roots.
Tradisi telah ditakrifkan sebagai "the past living on in the present" manakala pemodenan ditakrifkan
sebagai "historical discontinuity".
Ini jelas mengambarkan keadaan bahawa kita akan hilang nilai-nilai tradisi dan kebudayaan dalam
proses pemodenan arus pembangunan bandar. Dalam lain perkataan, cara hidup masa silam akan
berubah dan tidak diteruskan lagi.
Sebagai contohnya, pertalian antara ahli-ahli komuniti telah berubah menjadi jauh dan tidak lagi rapat
dalam arus pembangunan bandar. Pada masa dahulu, penduduk di Malaysia adalah rapat di antara
satu sama lain. Ini boleh dilihat dalam kehidupan penduduk yang suka melawat kepada jiran-jiran
yang sudah lama dikenali dengan mengetuk pintu rumah jiran dan bertegur-sapa sambil
menlaungkan pepatah "Assamualaikum". Manusia kini lebih mementingkan diri dan tidak mengenali
jiran-jiran secara amnya. Ini lebih ketara berlaku di bandar yang amat maju seperti Kuala Lumpur di
Malaysia.
Satu iklan televisyen telah menggambarkan keadaan dengan jelas dan benar sekali. Dalam iklan
tersebut, beberapa kawan berumur belasan hingga dua puluhan telah berkumpul di gerai dan

berbual. Salah seorang telah mengeluarkan gambar foto seorang pemuda dan memulakan
percakapan mengenai pemuda tersebut;
"Remember that Ahmad? He had left to town for almost 2 months."
"Ya, I am wondering how is he doing?"
"He should be fine, I guess!"
"Maybe he has adapted to the new life there."
"Maybe he had a girl friend there, ha..ha..haha!"
"Maybe he had got a new gang of friends!"
"Ya, maybe. Maybe he never remember about us anymore.."
"He never call."
Akhirnya, setiap orang telah diam dan memandang sesama diri apabila mengingati seorang kawan
yang nampaknya semakin kabur dalam hidupan mereka. Iklan telekomunikasi ini telah membawa
mesej: If you dont take up the phone to dial, nobody know that you still care about it.
Iklan ini telah jelas mengilustrasikan keadaan jurang perhubungan di antara manusia pada masa kini.
Sungguhpun kemudahan telekomunikasi telah merapatkan jarak antara manusia, manusia sendiri
telah semakin jauh dan tidak rapat kerana nilai-nilai tradisi yang amat mementingkan pertalian
persahabatan telah berubah.
Dalam model-model orang terpelajar, kita juga mendapati jelas bahawa perubahan nilai-nilai hidup ini
telah digambarkan dengan sempurna sekali sahaja. 2 model yang boleh dirujukkan adalah seperti
Model "Gemeinschaft and Gesellschaft" oleh Tonnies dan Model "Mechanical and Organic Social
Solidarity" oleh Durkheim.
Ferdinand Tonnies (1855-1936) telah mengambarkan perubahan dalam komuniti petani di Eropah
Barat dalam model "Gemeinschaft and Gesellschaft". Dalam komuniti Gemeinschaft, manusia diikat
oleh nilai-nilai umum sama, tradisi dan pertalian darah. Manusia juga berkongsi suatu wilayah fizikal,
pengalaman sama dan pemikiran sama. Lantaran itu, persahabatan, pertanian dan kejiranan adalah
nilai-nilai yang penting.
Dalam komuniti Gesellschaft pula, manusia dalam organisasi sosial yang berkait dengan kapitalisme
dan fahaman industri, kurang pertalian dan persahabatan. Perhubungan manusia adalah berdasarkan
perjanjian dan undang-undang. Ringkasnya, wang menjadi elemen yang penting.
Emile Durkheim (1858-1917) pula menceritakan bahawa komuniti akan berubah dari "Mechanical
solidarity" kepada "Organic Solidarity" dalam model "Mechanical and Organic Solidarity". Dalam
komuniti "Mechanical solidarity", komuniti adalah homogenius secara rohani dan moral serta ia tidak
dipecahkan (atomized). Dalam komuniti "Organic Solidarity" pula, kesamaan rohani dan moral
komuniti telah hilang dan pembahagian atau pengkhususan buruh telah menggalakkan
"individualism". Oleh itu, manusia telah berbeza berdasarkan fungsi dan tanggungjawabnya.
Secara ringkasnya, komuniti dalam model ini telah berubah dari bentuk organisasi sosial yang
berdasarkan kesatuan pemikiran, kepercayaan dan tingkah laku kepada yang berdasarkan kesatuan
individu heterogenius yang diikat oleh tanggungjawab atau kerja yang diintegrasi oleh fungsi masingmasing.

Kita jelas melihat perubahan komuniti masyarakat dalam pertaliannya dalam arus pembangunan yang
mengakibatkan komuniti telah meninggalkan nilai-nilai budaya mereka asal yang amat mementingkan
pertalian persahabatan, nilai-nilai umum dan tradisi.
Nilai-nilai budaya yang merupakan suatu entiti tetap yang telah diturunkan dari generasi ke generasi
telah berubah atau lesap akibat pembangunan bandar. Biarlah kita melihat pula kepada cara
pemakaian golongan manusia kini. Baju-baju yang dikatakan mengikut trend baru telah mendapat
sambutan baru. Baju-baju yang ketat badan, yang mempunyai warna menjolok, yang mempunyai
lengan yang jauh lebih panjang dan sebagainya menjadi impian muda-mudi. Selain itu, golongan
bekerja juga mengamalkan kemeja bersama tali leher sebagai pakaian formal. Adakah kemeja bertali
leher ini satu nilai budaya negara kita? Adakah ia sesuai untuk dipakai di Malaysia yang mempunyai
iklim Khatulistiwa yang mempunyai cahaya matahari teriak dan banyak hujan?
Jelas di situ bahawa nilai-nilai budaya kita telah berubah akibat proses pembangunan bandar.
Contoh-contoh lain adalah seperti kemunculan budaya hippies dan golongan sesat (dari segi
kepercayaan dan agama). Semua ini berasal daripada proses pembangunan bandar yang telah
mengabaikan segi rohani manusia.
Memang jelas sekali bahawa proses pembangunan bandar akan membawa kepada pengaruh atau
kesan buruk kepada warisan negara dari segi nilai-nilai budaya. Dalam lain perkataan, pembangunan
bandar akan menjejaskan warisan negara.
...........................................................................

Hujah Pencadang Ketiga : Ho Lip Wah P-RM0525


Warisan merupakan objek, adat-resam atau kualiti yang diturunkan secara berterusan sejak masa
lalu, selama berabad-abad atau berkurun-kurun di dalam satu keluarga, kumpulan masyarakat atau
bangsa dan dianggap sebagai kepunyaan kesemua ahli di dalam kumpulan tersebut.
The World Heritage Convention, yang dirujuk oleh "General Conference of Unesco" pada tahun 1972,
mengelaskan warisan dalam dua kategori:
a. Warisan Kebudayaan
Sesuatu monumen, kumpulan bangunan atau tapak yang mempunyai nilai sejarah, estetik,
kaji purba, saintifik, ethnologi atau anthropologi.
b. Warisan Alam Semulajadi
Ciri-ciri fizikal, biologi dan geografi yang unik, habitat baka tumbuhan dan binatang yang hampir
pupus dan kawasan yang mempunyai nilai saintifik atau estetik atau pandangan pemuliharaan.

Hujah saya merujuk kepada warisan kebudayaan berdasarkan penjelasan-penjelasan berikut:

nilai-nilai sejarah
identiti

Nilai-nilai sejarah hilang dalam arus pembangunan bandar


George Yeo(Menteri Dalam Negeri, Singapura) mengatakan bahawa untuk sesuatu bangsa menjadi
gagah, mereka mesti mempunyai pengetahuan terhadap hala tujunya. Apabila kita meninjau kembali
asal-usul kita menerusi artifak yang menerangkan kewujudan kita di sini, apabila kita mempelajari dan
mengubah nilai-nilai yang diwarisi, kita dapat membentuk wawasan yang lebih jelas terhadap masa
depan kita.
Maknanya artifak-artifak dalam bentuk monumen, kumpulan bangunan atau tapak mempunyai nilainilai sejarah yang penting. Pengekalan artifak tersebut tidak bermakna penjajahan semula tetapi
sebagai satu ingatan dan penjelasan terhadap sesuatu lokasi dan peristiwa yang pernah berlaku
serta benar. Kesemua ini akan memberi kesan terhadap psikologi bangsa. Namun apabila
terdapatnya kekaburan identiti bangsa(seperti yang berlaku kepada bangsa Singapura) hasil
pembangunan bandar, itu adalah bukti yang jelas bahawa nilai-nilai asal masyarakat telah hilang;
sepertimana hilangnya komuniti asal di sesuatu lokasi akibat pembangunan bandar yang
mencetuskan tekanan yang kuat terhadap mereka. Roboh atau runtuhnya sesebuah atau
sekumpulan bangunan atau monumen merupakan petunjuk yang jelas terhadap penjejasan warisan
bangsa/negara.

Pembangunan bandar mengaburkan identiti bangsa


Warren, 1986 mengatakan bahawa dengan wujudnya satu Singapura baru tanpa kesan-kesan masa
lalu, pengwujudan semula warisan yang hilang mula menjadi satu kepentingan. Tindakan ini mula
dicetuskan di kalangan golongan elit kerajaan akibat Pembaratan masyarakat Singapura.
Sebenarnya pernyataan Warren telahpun menunjukkan bahawa pembangunan bandar memang
menjejaskan warisan negara. Ini bukan hanya merujuk kepada monumen, kumpulan bangunan atau
tapak dan mana-mana objek fizikal sahaja tetapi keseluruhan aktiviti atau gerakan yang dibawa
bersamanya. Maknanya masyarakat dan jenis aktiviti yang wujud di dalam atau sekitar objek
bangunan. Bentuk(Form) cumalah suatu perantaraan yang membolehkan fungsi(Function) dijalankan
dan kedua-duanya saling berhubung kait.
Contohnya kewujudan kompleks membeli-belah berbanding dengan rumah kedai tradisional.
Masyarakat telah mengalami perubahan dari segi cara hidup, corak perbelanjaan, interaksi sosial,
cara berekreasi dan sebagainya. Contohnya Singapura yang mewujudkan pedestrian-mall dengan
kedai-kedai dua tingkat yang dibuat seolah-olah sama dengan rumah kedai tradisional tidak lari
daripada hakikat bahawa kedua-duanya memang benda yang berlainan. Wujudnya bangunan yang
seakan-akan sama dengan bangunan bersejarah tidak menjamin pengekalan warisan. Ini kerana
segala-gala gerakan, kehidupan dan komuniti yang wujud bersama-sama bangunan tersebut pada
zaman dulu telah hilang. Warisan negara telah terjejas!
Misalnya pedestrian-mall tersebut menggunakan penghawa dingin dan cerminan daripada itu adalah
penumpuan yang kurang terhadap pengudaraan semulajadi. Perkara yang dianggap remeh-temeh ini
jika diperincikan akan menampakkan bahawa masyarakat kini telah kehilangan keprihatinan terhadap
alam sekitarnya yang mana masyarakat dulu mempunyai pandangan yang agak berbeza. Selain
daripada ini, terdapat banyak lagi "remeh-temeh" yang dibawa sekali oleh pembangunan bandar.
Namun faktor yang lebih penting adalah aktiviti manusia di dalam kawasan tersebut. Komuniti asal
telah digantikan oleh pelancong dan pengunjung. Selepas waktu perniagaan, kawasan tersebut
menjadi kosong, berbeza dengan masa lalu di mana terdapatnya kehidupan malam yang
menghidupkan kawasan tersebut. Ini merupakan sesuatu yang tidak dapat dihasilkan menerusi
undang-undang atau sebarang dasar yang dibawa bersama dalam pembangunan bandar. Inilah yang
dikatakan sebagai penjejasan warisan.

Melihat daripada perspektif yang lain pula, peranan kerajaan, isirumah dan corak perdagangan wujud
sejajar dengan pembangunan bandar. Kehadiran pembangunan bandar juga menjemput konsepkonsep pemuliharaan, pembangunan semula bandar, penggiatan semula bandar, desentralisasi
bandar dan sebagainya. Misalnya pemuliharaan; yang diwujudkan kononnya atas kesedaran
masyarakat terhadap sesuatu kesedaran terhadap pemusnahan artifak berharga kesedaran
terhadap penjejasan/pemusnahan warisan negara. Itulah bukti yang paling nyata bahawa
pembangunan bandar menjejaskan warisan negara! Isunya di sini bukan berkenaan wujudnya
kesedaran, kawalan atau apa-apa pun yang boleh mengekalkan warisan(sekiranya ada), ia
berkenaan masyarakat sedar bahawa pembangunan bandar memang menjejaskan warisan negara.
Itulah rasional di sebalik wujudnya konsep pemuliharaan pada mulanya.
Walaupun adanya campurtangan kerajaan melalui dasar dan undang-undang atas usaha
pemuliharaan namun matlamat pemuliharaan yang kuat dilaungkan masih tidak menampakkan hasil
yang memuaskan. Sesuatu bangunan yang dicat semula dan diperbaiki tanpa nilai-nilai sejarah serta
keseluruhan kehidupan dan aktiviti yang wujud bersamanya langsung tidak bermakna. Ia akan
kehilangan fungsinya sebagai warisan, bukankah ini penjejasan warisan namanya?
Dalam kes yang lebih serius lagi, bangunan warisan langsung tidak dapat dikekalkan. Ia terpaksa
diruntuhkan atas desakan tekanan pembangunan dan kuasa membeli isirumah(ini tidak merujuk
kepada bangunan yang telah usang dan langsung tidak dapat diperbaiki). Apabila kuasa pasaran
meminta kompleks membeli-belah maka akan wujudlah ejen yang mengwujudkannya. Proses ini
dipercepatkan lagi oleh media massa. Kesemua ini mengubah warisan negara dalam bentuk kos
tanah, sewa yang tinggi, persaingan yang semakin hebat, pemindahan modal asing, pergantungan,
penjejasan nilai matawang, pengugatan kuasa ekonomi dan sebagainya. Sekiranya ini bukan
penjejasan warisan, apakah nama yang lebih sesuai?
Contoh-contoh pemusnahan bangunan warisan dan kesan pembangunan bandar terhadap bangunan
warisan.
1. Di antara tahun 1960-1970, strategi pembangunan semula bandar Singapura telah
memusnahkan rumah kedai untuk blok perumahan dan perdagangan moden. Penghalauan
penjaja jalan juga telah memusnahkan sebahagian daripada fabrik kawasan tersebut 7.
2. Chinatown (Singapura) : rumahkedai sebagai bentuk senibina yang membekalkan
kebanyakan ciri-ciri tempat tersebut selepas pemuliharaan telah kehilangan penduduk
asalnya. Komuniti asal yang dikait dengan interaksi sosial telah hilang. Akibatnya tiada
penduduk yang cukup untuk menampung pembangunan pusat perkhidmatan atau
menyumbang kepada kehidupan bandaraya7.
3. Eu Court, sebuah bangunan dengan kualiti mercu tanda di Singapura dirobohkan pada tahun
1993 untuk pelebaran jalan sebagai langkah mengurangkan kesesakan lalulintas di kawasan
tersebut7.(Roots, 1993)
4. No, 3 Jalan Coleman, bangunan Anglo-India abad ke-19 yang dibina oleh arkitek terkemuka
British J.D. Coleman, terserah kepada jentolak atas nama penghapusan kawasan setinggan 7.
(The Straits Times, 5-12-1965)
5. Rumah pangsa Cresent di jalan Meyer, dipercayai blok rumah pangsa tertua di Singapura,
tidak dapat dikekalkan akibat pembangunan kondominium.(Roots, 1992)
6. Perancang bandar Hong Kong gagal dalam pengekalan bangunan yang mempunyai nilai-nilai
sejarah, samada bangunan penjajah atau tradisional China. Kesemuanya dirobohkan untuk
pembinaan bangunan rumah/pejabat dengan senibina moden yang nampak sama dengan
mana-mana bangunan di mana-mana tempat.

###################################################

DEBAT PELAJAR
Pembangunan Bandar Menjejaskan Warisan Negara
Hujah Pembangkang

Hujah Pembangkang 1 Chong Chee Kit P-RM 0502

Pengenalan

Pembangunan bandar adalah proses perkembangan dan perubahan corak kehidupan dalam bandar
meliputi pertambahan penduduk, keluasan kawasan dan perubahan ini melibatkan proses luputnya
ciri-ciri kehidupan desa, melibatkan pertukaran pekerjaan daripada yang bercorak pertanian kepada
kegiatan yang berkaitan dengan perdagangan, perniagaan, perkhidmatan, perindustrian, serta
mengalami perubahan sosial penduduk bandar..
Perubahan demikian memberi implikasi kemakmuran, kemajuan, dan pemodenan; berbeza dengan
kehidupan desa yang dianggap sebagai miskin, mundur, ketinggalan, tradisional dan statis.
Warisan Negara boleh diintepretasikan sebagai "apa-apa yang diwariskan dari dahulu", atau
mengikut Lord Charteris (Chairman of National Heritage Memorial Fund) memberi definisi "Anything
you want", iaitu apa-apa maksud yang boleh diberikan bergantung kepada apa yang kita ingin pilih.
Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pula mendifinisikan warisan budaya dalam persidangan
1972 bahawa, warisan budaya adalah seperti yang berikut:
Monuments : architecture works, works of monumental, sculpture and painting, elements of structures
of an archaeological nature, inscriptions, cave dwellings and combination of features, which are
of outstanding universal valuefrom the point of view of history, art or science;
Groups of buildings : groups of separate or connected buildings which, because of their architecture,
their homogeneity or their place in the landscape, are of outstanding universal value from the point of
view of history, art of science;
Sites : works of man or the combined works of nature and man, and areas including archaeological
sites which are of outstanding universal value from the historical aesthetic, ethnological or
anthropological points of view.
Definisi warisan kedua pula merujuk kepada warisan alam semulajadi (Natural Heritage)
Dalam pendebatan yang diadakan, fokus warisan telah menumpu kepada sektor budaya dan cara
hidup, bangunan dan monumen, dan alam semula jadi.

Hujah 1
Seperti yang kita maklum, penghayatan warisan memerlukan minat terhadap sejarah dan zaman
lampau, kajian telah menunjukkan tiada kolerasi atau hubungan antara kejayaan ekonomi dan
kepesatan pembangunan bandar dengan kehilangan minat terhadap sejarah dan warisan negara.
Minat terhadap warisan lahir daripada terdapatnya pertambahan masa lapang penduduk dan

peningkatan kuasa beli. Sudah pasti bahawa pertambahan masa lapang penduduk dan peningkatan
kuasa beli datang daripada kejayaan ekonomi, yang memerlukan pembangunan bandar.
Bagaimana kita boleh menyalahkan pembangunan bandar akan menjejaskan warisan negara
sedangkan pembangunan bandar yang dapat meningkatkan ekonomi negara, yang dapat
membekalkan sokongan kewangan dan meninggikan minat penduduk untuk melindungi warisan
negara, kerana pemuliharaan warisan negara memerlukan sokongan kewangan, galakan kerajaan
dan minat penduduk tempatan terhadap warisan mereka.
Maka dengan ini dapat disimpulkan bahawa pembangunan bandar dapat memajukan ekonomi
negara, dan kemajuan ekonomi adalah penting untuk melindungi warisan negara.
Kita boleh lihat terdapat banyak contoh negara maju yang mempunyai warisan dan budaya yang kaya
seperti Jepun, Itali, Perancis, Amerika Syarikat, dan Australia.
Pada masa kini, Jepun bukan sahaja sebagai sebuah negara yang begitu maju dalam ekonomi dan
teknologi, juga tidak ketinggalan dari segi warisan dan budaya. Banyak bangunan, tokong, monumen
yang mempunyai nilai sejarah masih dilindungi dan dipelihara, dengan adanya usaha dan sokongan
kewangan dan dasar dari kerajaan. Budaya hidup Jepun yang berkenaan dengan makanan, pesta,
pemikiran, seni, kraf tangan dan sebagainya, masih unik dan mempunyai ciri-ciri tersendiri. Oleh itu,
kita tidak boleh mengatakan bahawa pembangunan bandar akan menjejaskan warisan negara. Jepun
berjaya membangunkan negara di samping dapat mengekalkan warisan dan budaya, apakata
dengan negara lain tidak boleh?
Negeri Thai misalnya, banyak tempat dan tapak bersejarah seperti monumen Ayuthaya dan
Kanchanaburi merupakan tempat pelancongan yang terkenal yang menerima banyak pelancong
setiap hari. Apakan pembangunan bandar iaitu pembangunan Bangkok khususnya dapat
menjejaskan tempat bersejarah ini, tentunya tidak kerana tempat-tempat ini terletak jauh dari
Bangkok. Pembangunan bandar sememangnya tidak akan menjejaskan tempat bersejarah dengan
membangunkan bandar di luar daripada tempat bersejarah.
Pelindungan dan pemeliharaan warisan yang fizikal memerlukan perhatian orang. Walaupun bandar
dibangunkan di kawasan bersejarah, contohnya Kota Melaka, Georgetown, pembangunan bandar
dapat memberi nyawa baru kepada tempat bersejarah ini dengan usaha pemuliharaan bangunan.
Usaha pemuliharan bangunan ini lebih bermakna berbanding dengan mengabaikan dan membiarkan
tempat bersejarah ini tanpa penjagaan. Pemuliharaan dapat melindungi bangunan lama daripada
rosak dan runtuh.
Kesimpulannya, pembangunan bandar adalah satu langkah membangunkan ekonomi negara, dapat
menjanakan kewangan untuk melindungi warisan fizikal negara, dan menigkatkan taraf hidup
penduduk seterusnya dapat memupuk minat dan kesedaran penduduk terhadap warisan, kerana
terdapat pertambahan masa lapang dan peningkatan kuasa beli.

Hujah 2
Pembangunan bandar sebenarnya tidak bermaksud akan merosakkan warisan negara. Kerosakan
warisan negara adalah disebabkan oleh kekurangan kesedaran di kalangan penduduk, kekurangan
undang-undang dan pelaksanaan untuk melindungi warisan negara.
Kesedaran penduduk adalah penting untuk memelihara warisan negara. Kesedaran penduduk lahir
daripada pengenalpastian masalah yang timbul seperti pencemaran udara, air dan bunyi; yang mana
kesedaran ini lebih senang dirasai iaitu apabila banjir berlaku, tanah runtuh, ataupun menghidap
penyakit akibat pencemaran, catuan air, kesan rumah hijau dan sebagainya.

Pembangunan bandar memerlukan sumber alam semulajadi seperti balak, pasir, tenaga; yang
memerlukan kayu balak dari hutan, sumber tenaga daripada galian petroleum atau pembinaan
empangan, yang mana akan merosakkan jutaan spesis flora dan fauna. Penggunaan sumber alam
semula jadi tidak dapat dielakkan, tetapi apa yang penting ialah langkah pemuliharaan seperti
penanaman semula, kawalan pembalakan, yang memerlukan kawalan kerajaan dari segi akta-akta
dan garis panduan.
Kesedaran rakyat dan kerajaan lebih dijumpai pada negara yang maju seperti Amerika Syarikat,
Kanada dan Jepun. Negara yang maju telah banyak merosakkan sumber hutan, dan kini mereka
berusaha untuk menyelamatkan warisan alam semula jadi mereka. Bagi negara yang mundur seperti
Indonesia, India, Negara-negara Afrika dan sebagainya, rakyat negara ini tidak ada kesedaran
tentang pemuliharaan, kerana bagi mereka, mencari rezeki lebih penting daripada alam semula jadi.
Mereka cenderung membalak pokok berlebihan untuk mendapat pulangan lebih, membakar hutan
untuk mendapatkan tanah pertanian, membuang sampah ke dalam sungai dan laut kerana tiada
sistem pembuang sampah yang sempurna. Contoh-contoh ini telah menunjukkan bahawa bukan
pembangunan bandar sahaja yang akan menjadikan warisan negara terjejas, faktor tiada kesedaran
atau kejahilan penduduk terhadap alam semula jadi boleh menjadi faktor perosak utama.

Hujah 3
Sebenarnya, pembangunan bandar pada zaman moden adalah terkawal dan dijalan dengan
sistematik serta mengambil kira aspek astetika bandar di samping aspek sosio budaya. Sejak tahun
60-an, pembangunan bandar di negara-negara Eropah telah dikawal oleh sistem perancang bandar
berkanun. Perancangan bandar bertujuan menyusun atur kegunaan tanah dan petempatan supaya
dapat mencapai darjah ekonomi, keselesaan dan keindahan alam bina. Dalam pembangunan bandar
moden terdapat elemen-elemen pemuliharaan dan pemeliharaan yang menjurus kepada pengekalan
warisan bukan sahaja dari segi alam semula jadi, monumen, tetapi juga mengekalkan ciri-ciri budaya
masyarakat yang ada.
Di negara-negara Eropah, usaha pembangunan bandar selepas Perang Dunia I banyak
menampakkan percubaan untuk memelihara warisan seperti bangunan dengan seni bina Greek dan
Rome yang didirikan di Zaman Renaissance. Di bandaraya yang sangat pesat pembangunan iaitu
kadar urbanisasi telah mencapai 100% seperti Paris, warisan yang mempunyai sejarah selama
beratus-ratus tahun masih dipelihara seperti LArc de Triomphe, La Tour Eiffel (1889), Notre-Dame de
Paris (1163), Le Palais de Chaillot (1937), La Bastille (1789). Ini jelas menunjukkan pembangunan
bandar tidak menjejaskan warisan negara.
Di Amerika Syarikat, sejak tahun 1949, taman negeri dan taman negara telah bertambah daripada 19
juta ekarkepada 116 juta ekar, dan kawasan hidupan liar bertambah daripada 9 juta ekar kepada 96
juta ekar. Di Malaysia, pembangunan bandar dari segi tanah dan bangunan adala dikawal oleh Akta
Perancang Bandar dan Desa (Akta 172) dan undang-udang yang berkaitan seperti Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974 (Akta127). Malaysia yang masih mentah dari segi sistem perancangan bandar telah
menampakkan keprihatinan untuk memulihara warisan negara dalam pembangunan bandar

Hujah 4
Bagi pencemaran budaya, susah untuk kita mendefinisikan pencemaran budaya dalam alaf dunia
yang mementingkan konsep teknologi maklumat, globalisasi, dan dunia tanpa sempadan. Apakah kita
mesti mewariskan segala-gala cara hidup yang diwariskan oleh nenek moyang kita, sedangkan kita
mendapat cara hidup moden yang lebih berkesan dan praktikal? Tidak dinafikan bahawa cara hidup
kita pada hari ini telah banyak berubah berbanding dengan zaman dulu. Kita tidak lagi memakai baju
tradisional, tidak makan makanan kampung, tidak bercakap bahasa ibunda, dan yang paling ketara
tidak berfikir seperti nenek moyang kita. Falsafah hidup kita kini lebih mirip kepada barat yang

mementingkan gaya, individulistik, budaya "fast food", budaya serba membuang (seperti yang ditulis
oleh Alvin Toffler dalam buku "Kejutan Masa Depan"). Dengan mengamal gaya hidup seperti inilah
yang menjadikan kita hilang akar. Kita telah lupa tentang falsafah hidup, seni, ajaran moral dan
pemikiran yang diwariskan oleh nenek moyang kita.
Bagi kaum Cina misalnya, banyak kelebihan dan falsafah hidup yang boleh kita rujuk, seperti ajaran
Confucious, ajaran Tao, yang mementingkan corak kehidupan berbentuk "spiritual" dan tidak
mementingkan corak kehidupan material. Pengamalan gaya hidup ini dapat mengurangkan keperluan
dan nafsu dari segi fizikal dan material, tetapi mengejar kepuasan dari segi mental. Banyak orang
lupa atau langsung tidak tahu dengan ajaran ini, kerana dalam masyarakat kini yang banyak
dipengaruhi oleh pemikiran barat, yang mementingkan kejayaan material.
Berbanding dengan negara barat pula, keadaan ini adalah sebaliknya. Negara barat yang telah
mencapai kemajuan yang pesat, telah menyebabkan mereka hilang akar mereka. Mereka kini pula
lebih cenderung mencari kehidupan "spiritual", dengan mengkaji ajaran zaman purba China seperti
Confucious, dan Tao. Buku yang paling diminati oleh mereka ialah "Tao Te Ching" yang ditulis oleh
Lao Tze, pengasas ajaran Tao. Fahaman orang barat tentang ajaran China kadang-kadang melebihi
orang timur. Orang barat kini ingin mencari kehidupan dan corak hidup yang leih harmoni dengan
alam semula jadi, dan fahaman Tao dapat memenuhi kehendak mereka. Orang timur atau penduduk
dari negara miskin belum mencapai tahap ini kerana asas kehidupan mereka belum kukuh, iaitu
masih mengejar rezeki hidup yang tidak menentu.
Mengikut teori keperluan segi tiga Maslow (Maslow triangle of needs), manusia hanya akan ingin
mencari kehidupan aman, merealisasikan diri apabila kehidupan asas dapat dipenuhi. Oleh itu,
manusia akan berusaha mengejar kemakmuran dan kejayaan ekonomi, membangunkan negara dan
membaiki taraf kehidupan, selepas itu barulah mereka sedar dan ada masa lapang untuk mencari
warisan negara terutamanya budaya hidup mereka.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Hujah Pembangkang 2 Izzamir Ismail


Sebelum saya sebagai pembangkang kedua memulakan hujah, izinkan saya menanyakan satu
soalan kepada saudara pencadang iaitu Tahukah saudara bahawa berapa banyak bandar di dunia
yang menjejaskan warisan negara? Seterusnya, saya berbalik kepada hujah-hujah saya iaitu
pembangunan bandar tidak menjejaskan warisan negara. Hujah saya yang pertama, walaupun
pembangunan bandar giat dijalankan terutamanya di Malaysia namun cara hidup dan budaya
masyarakat Malaysia yang majmuk tidak terjejas. Hal sedemikian dapat dilihat dari segi sambutan
perayaan, contohnya Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina dan Hari Deepavali. Apabila menjelang
perayaan yang tertentu masyarakat Malaysia masih memakai pakaian tradisional masing-masing
seperti baju Melayu, chongsam dan sari, ia jelas menunjukkan bahawa warisan negara masih
dikekalkan. Selain itu, dari segi sosial terutamanya pada musim perayaan juga masyarakat Malaysia
yang menetap di bandar saling kunjung-mengunjungi di antara satu sama lain yang dapat
mengeratkan hubungan siratul rahim dan telah diwarisi sejak dahulu lagi. Ia juga jelas menunjukkan
bahawa budaya masyarakat Malaysia pada era menuju alaf baru masih mengamalkan budaya dan
warisan keturunan bangsa masing-masing bak kata pepatah Melayu; Budaya Terletak Pada Nilai
Bangsa dan Agama. Seiringan itu, cara hidup masyarakat Malaysia masih menggunakan tangan
untuk makan iaitu warisan sejak dahulu lagi dan salah satu restoran yang terkenal di peringkat
antarabangsa pula, iaitu Kentucky Fried Chicken yang menggunakan tema Finger Likin Good
mengukuhkan lagi kenyataan saya kerana restoran itu terletak di kawasan bandar namun ia masih
berbalik kepada budaya tradisi masyarakat Malaysia.
Hujah saya yang kedua, dari segi alam sekitar bahawa pembangunan bandar tidak menjejaskan
warisan negara sebaliknya ia merangsang dan membantu pertumbuhan ekonomi di negara yang
membangun seperti Malaysia. Di samping itu, dalam melaksanakan sesuatu cadangan projek
pembangunan, penilaian kesan-kesan alam sekitar akan dilakukan. Selaras itu, terdapat prosedur
penilaian yang disepadukan ke dalam proses perancangan dan kelulusan projek yang dikenali
sebagai prosedur yang implicit manakala prosedur yang tidak disepadukan sebagai prosedur

explicit. Ia bermakna sebelum pembangunan bandar dijalankan, penilaian kesan-kesan alam sekitar
akan diambilkira agar ia tidak menjejaskan warisan negara seperti Perancis yang mengamalkan
prosedur formal dan implicit bermakna prosedur yang mempunyai kuasa undang-undang dan
disepadukan ke dalam proses perancangan.
Hujah saya yang akhir sekali ialah dalam mengharungi era pembangunan bandar, warisan negara
tetap dikekalkan contohnya, Bandar Georgetown yang menjadi tulang belakang pembangunan
ekonomi kepada Negeri Pulau Pinang yang mempunyai warisannya yang tersendiri seperti Kota
Cornwallis yang sering dikunjungi pelancong dan terletak di Esplanade. Di samping itu, terdapat juga
garispanduan rekabentuk untuk kawasan pemeliharaan dalam kawasan dalaman Bandaraya
Georgetown seperti barisan rumah teres halaman Seh Tan dan Masjid Melayu (Jamek) Lebuh Acheh
yang mengekalkan dan membaik pulih bangunan sama ada dari segi mengecat atau membaiki
kerosakan bangunan itu. Justeru itu, sebelum saya mengakhiri hujah saya, ingin saya sekali lagi
menegaskan bahawa Pembangunan Bandar Tidak Menjejaskan Warisan Negara.
Sekian, terima kasih.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Hujah Pembangkang 3 Lim Yee Wei


Faktor lain yang menjejaskan warisan negara
Tiga faktor lain yang mungkin menjejaskan warisan negara adalah faktor media massa, faktor
peperangan dan faktor pihak pemerintah.

Faktor 1
Media massa melalui televisyen, radio, video dan sebagainya membawa masuk pengaruh barat dari
segi seni muzik, gaya berpakaian, budaya hidup; dan faktor inilah yang menjejaskan warisan budaya
kita. Pengaruh barat ini dikukuhkan lagi oleh pelancong asing yang melawat negara kita. Kemajuan
teknologi maklumat menyediakan jaringan global atau internet yang membolehkan perhubungan
secara langsung dengan dunia luar. Perubahan ini menjadikan kuasa media massa meresap ke
seluruh negara termasuk desa yang tidak diharungi arus pembangunan. Ini membuktikan bahawa
warisan negara tidak dijejaskan oleh pembangunan bandar tetapi faktor media massa.

Faktor 2
Faktor peperangan dan kemusnahan yang dibawakan akan menjejaskan warisan negara. Contohnya
dala Perang Dunia I, banyak bangunan yang mempunyai kepentingan sejarah seperti seni bina
Greek, Rome, Baroque telah musnah. Bukan warisan Eropah sahaja termusnah dalam peperangan
tetapi banyak harta benda budaya Jepun yang hilang atau termusnah oleh serangan udara dalam
Perang Pasifik. Di akhir Perang Pasfik, hampir semua bandaraya di Jepun telah musnah dibom.
Banyak harta benda budaya yang tidak boleh dipindah seperti castle, temple, rumah berhala (shrines)
dan bangunan bersejarah telah termusnah oleh serangan udara.

Faktor 3

Telah dibuktikan bahawa pembangunan bandar zaman moden dikawal sistem perancangan bandar
berkanun yang mengambil kira warisan negara yang bernilai. Soalannya bagaimana pembangunan
bandar yang dikawal oleh set undang-undang boleh menjejaskan warisan negara jika bukan
disebabkan oleh keputusan pihak pemerintah yang boleh mempengaruhi keputusan pembangunan?
DiMalaysia mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling di bawah seksyen 34A, satu perintah kualiti Alam
Sekeliling (akta yang ditetapkan) telah menyenaraikan 19 aktiviti yang dikehendaki menjalani kajian
EIA, salah satu aktiviti ini adalah penjana an pemancaran kuasa. Menurut akta, EIA perlu
dikemukakan kepada JAS dan diluluskan sebelum projek pembangunan boleh dilaksanakan.
Malangnya projek Empangan Bakun tetap dilaksanakan walaupun EIA belum diluluskan. Projek ini
telah mengorbankan warisan negara yang tidak ternilai dengan pembersihan hutan rimba primer
seluas 80,000 hektar (saiz Singapura) di samping peralihan keluar keluarga orang asli sebanyak 5000
buah yang terdiri daripada etnik Kenyah, Kayan, Lahanan, Ukit, Penan. Kesimpulannya, keputusan
pemerintah menjejaskan warisan negara dan bukan sistem pembangunan bandar.

You might also like