Soalan Interaksi 1

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SCE3111 Soalan interaksi 1

1. Manakah antara yang berikut merujuk kepada alat atau prosedur di mana tingkah laku individu
diperolehi, disemak dan diberi markah menggunakan prosedur yang piawai?
A. Pengujian
B. Penilaian
C. Pentaksiran
D. Pengukuran
2. Yang manakah antara pernyataan berikut merujuk kepada maksud penilaian?
A. Proses bagaimana pakar-pakar peperiksaan menyedia, mentadbir dan menganalisa ujian
B. Prosedur sistematik untuk memerhati serta mentafsirkan tingkah laku seseorang individu
C. Proses bagaimana seseorang guru menggunakan maklumat untuk membuat sesuatu
tafsiran mengenai prestasi murid
D. Proses menentu, mendapat dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat
pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya
3. Manakah antara yang berikut merupakan tujuan pentaksiran sebelum pengajaran
dilaksanakan?
A. Menentukan kesediaan pelajar untuk belajar
B. Meninjau keberkesanan sesebuah kurikulum
C. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar
D. Mendapatkan maklum balas pencapaian akademik
4. Daripada kenyataan-kenyataan berikut yang manakah mengandungi ciri penting ujian bulanan
yang dilaksanakan di sekolah rendah?
A. Mementingkan bidang keupayaan yang lebih luas dan menyeluruh serta mengandungi
kesemua aras kemahiran
B. Mengandungi ciri-ciri perbandingan di antara murid-murid dan bertujuan untuk membuat
pemilihan bagi sesuatu kursus
C. Diadakan pada akhir sesuatu kursus atau unit pembelajaran dan keputusan ujian itu
digunakan untuk menentukan pangkat
D. Diadakan pada masa kursus berjalan, tugasan pembelajaran yang diberi terhad dan hasil
penilaian jarang digunakan untuk menggred maklumat
5. Murid Z diberi satu sample air tulen untuk ditentukan suhu didihnya. Diketahui bahawa suhu
didih air tulen adalah 1000C. Dalam eksperimen tersebut, termometer yang digunakan
menunjukkan suhu didih sampel air itu sebagai 102oC.
Apakah sikap saintifik dan nilai murni yang boleh dinilai pada murid Z?
A. sistematik dan yakin
B. minat dan sifat ingin tahu
C. fleksibel dan berfikiran terbuka
D. jujur dan tepat dalam merekod data
6. Cikgu Zah menggunakan ujian kertas dan pensil setelah selesai membincangkan satu tajuk
sains.
Antara berikut bidang manakah sesuai ditaksir oleh cikgu Zah?
A. Pengetahuan sains
B. Kemahiran manipulatif
C. Kemahiran proses sains
D. Sikap saintifik dan nilai murni

7. Manakah antara penyataan yang berikut merupakan kelebihan alat pentaksiran portfolio?
A. Memberikan markah berbeza antara pemeriksa
B. Menggalakkan penilaian kendiri dan pemikiran kritikal murid
C. Mengumpul maklumat yang perlu dimasukkan ke dalam portfolio
D. Memerlukan masa yang panjang untuk melaksanakan pentaksiran
8. Portfolio bertujuan untuk
A. mengawal tingkah laku murid
B. merekod sikap dan nilai murni murid
C. menganalisis kebolehan akademik murid
D. menilai perkembangan pembelajaran murid
9. *Memerhati dengan cepat dan cekap tingkah laku yang berlaku
*Meliputi aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap saintifik
*Mencatat keputusan yang menjawab soalan Ya Tidak
Yang manakah antara berikut dapat dikaitkan dengan penggunaan alat pentaksiran yang
dinyatakan di atas?
A. Portfolio
B. Temu bual
C. Senarai Semak
D. Rekod anekdot
10. Apakah alat pengukuran yang digunakan untuk mengukur tingkah laku murid?
A. Temu bual
B. Soal selidik
C. Rekod anekdot
D. Lembaran kerja
11. Setiap alat pentaksiran boleh mengukur bidang tertentu.
Manakah antara pasangan yang berikut betul?
A. Aktiviti makmal
kemahiran saintifik
B. Laporan bertulis
kefahaman konsep
C. Buku nota
kemahiran komunikasi
D. One minute paper
Keberkesanan strategi
12. Murid tahun 5 Anggerik telah menjalankan satu penyiasatan untuk mengkaji hubungan antara
masa pemanasan air dan suhu air. Jadual di bawah menunjukkan keputusan penyiasatan
tersebut.
Masa pemanasan
air (minit)
Suhu air(oC)

10 15 20 25

27 31 34 51 67 87

Yang manakah antara alat pentaksiran berikut sesuai digunakan untuk menilai kemahiran
proses sains murid?
A. Peta konsep
B. Laporan bertulis
C. Lembaran kerja makmal
D. Lukisan dan gambar rajah yang berlabel

Struktur
1. Portfolio merupakan alat pentaksiran untuk mengumpul maklumat tentang perkembangan diri
seseorang pelajar.
i) Nyatakan 3 tujuan pentaksiran portfolio. (3 markah)

ii) Nyatakan satu komponen yang ada dalam


a) Portfolio berorentasikan proses (process oriented) (1 markah)

b) Portfolio berorentasikan produk (product oriented) (1 markah)

iii) Pemerhatian merupakan satu lagi kaedah untuk mentaksir pelajar.


a) Apakah yang boleh diukur melalui kaedah pemerhatian?(1 markah)

b) Berikan 2 alat pentaksiran bagi mencatat pemerhatian. (2markah)

c) Terangkan rekod anekdot. (2 markah)

2. Portfolio merupakan satu koleksi bahan yang mengandungi bukti pengetahuan dan kemahiran
murid.
i) Bagaimanakah guru sains boleh menilai projek dengan menggunakan portfolio?(4 markah)

ii) Lengkapkan aspek yang boleh dinilai dalam rubrik pemarkahan pada Jadual di bawah bagi
projek bertajuk kepentingan air. (6 markah)
Bil.
1

Aspek dinilai

Markah 8-10

Markah 5-7

Markah 0-4

2
3
4
5
6

iii) Nyatakan satu perbezaan antara senarai semak dan rekod anekdot dalam penggunaannya
untuk merekod pemerhatian perkembangan murid.(2 markah)

You might also like