Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Carta Pai Bertingkat

Dengan berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini dan dengan
menggunakan cara persembahan carta pai yang sesuai, tunjukkan komponen eksport
barangan Malaysia dan komponen negara pengimport barangan Malaysia bagi tahun 1983.
Walaupun pertumbuhan ekonomi di negara-negara perindustrian utama lembap dan
persaingan dalam pasaran antarabangsa semakin hebat, eksport Malaysia meningkat dengan
pesat untuk mencatat pertumbuhan dua angka, iaitu sebanyak 16.9 peratus kepada RM121.2
bilion pada tahun 1993. Pertumbuhan yang pesat ini disebabkan terutamanya oleh
pertambahan jumlah eksport dan tingkat harga yang lebih tinggi.
Singapura, Amerika Syarikat, dan Jepun kekal sebagai tiga pasaran utama bagi eksport
Malaysia pada tahun 1993, yang merupakan 55.0 peratus daripada jumlah eksport negara.
Amerika Syarikat mengekalkan kedudukannya sebagai pengimport barangan Malaysia kedua
terbesar dengan jumlah pembelian meningkat dengan kukuh sebanyak 27.8 peratus kepada
RM24.6 bilion, iaitu sebanyak 20.3 peratus daripada jumlah eksport Malaysia. Sementara itu,
Singapura kekal sebagai pengimport terbesar barangan Malaysia dengan jumlah pembelian
meningkat sebanyak 10.3 peratus kepada RM26.3 bilion pada tahun 1993. Eksport ke Jepun
pulih semula untuk meningkat kepada 13.0 peratus pada tahun 1993, walaupun ekonomi
Jepun berada dalam keadaan kemelestan disebabkan oleh kesan pemindahan aktiviti
pengeluaran syarikat pelbagai negara ke Malaysia.
Eksport ke negara-negara Kesatuan Eropah (EC) sebagai satu kumpulan meningkat
kepada RM17.6 bilion pada tahun 1993. United Kingdom merupakan pembeli utama di
kalangan negara-negara EC, iaitu sebanyak 4.2 peratus. Prestasi eksport Malaysia yang lebih
baik ke EC disebabkan oleh pemulihan ekonomi yang sederhana di United Kingdom dan
Belanda. Kebanyakan eksport Malaysia ke EC terdiri daripada barangan perkilangan, seperti
jentera, perkakas elektrik, komponen elektronik, dan tekstil. Eksport Malaysia yang
selebihnya adalah ke negara-negara yang lain.
Sepanjang tahun 1993, pendapatan eksport yang lebih tinggi telah dicatat bagi hampir
kesemua kategori barang perkilangan, terutamanya keluaran kayu, keluaran petroleum,
jentera, perkakas elektronik, dan barang komponen elektronik. Ini menyebabkan barang
perkilangan kekal sebagai barangan utama pendapatan eksport Malaysia. Sumbangannya
terus meningkat sebanyak 26.0 peratus kepada RM90.0 bilion.
Dalam sektor pertanian, pertumbuhan pendapatan eksport menjadi lebih sederhana, iaitu
sebanyak 1.6 peratus kepada RM18.6 bilion. Ini mencerminkan penerimaan eksport yang
lebih tinggi daripada kayu siap begergaji dan minyak sawit. Pendapatan yang lebih tinggi ini
disebabkan oleh permintaan luar negara yang kukuh, terutamanya dari Asia, seperti Korea
Selatan dan Taiwan.
Prestasi eksport bagi sektor galian seperti timah, petroleum, dan gas asli terus merosot
sebanyak 11.4 peratus kepada RM11.4 bilion. Kejatuhan pendapatan eksport ini disebabkan
oleh perolehan daripada petroleum mentah dan timah adalah lebih rendah.
Pendapatan daripada eksport petroleum mentah merosot selama tiga tahun berturut-turut. Ini
selaras dengan arah aliran yang menurun bagi harga minyak mentah dunia. Harga minyak

mentah antarabangsa yang lebih rendah ini disebabkan oleh pengeluaran yang berlebihan
oleh OPEC. Pendapatan eksport selebihnya diperoleh daripada barangan lain.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Laporan Tahunan Bank Negara, 1993)

You might also like