Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

1.

0 PENGENALAN
Sejak akhir-akhir ini, kegiatan vandalisme dalam kalangan remaja sekarang
semakin serius. Apakah maksud vandalisme? Vandalisme ialah perbuatan
merosakkan atau memusnahkan kemudahan awam atau harta persendirian
tanpa sebab yang salah disisi undang-undang dan dilakukan sewenangwenangnya.
Vandalisme mengakibatkan pihak awam dan swasta mengalami
kerugian kerana teraksa mengeluarkan kos untuk membaiki dan
menggantikan barang-barang yang telah dirosakkan. Perbuatan vendalisme
ini boleh dilakkan secara bersendirian dan atau berkumpilan. Berlakunya
vendalisme ini adalah disebabkan untuk mendapatkan sesuatu, contohnya
duit dari telefon awam. Selain itu,pelajar atau remaja cuba untuk memasuki
ke sesuatu tempat seperti memecah masuk ke dalam rumah dengan niat
yang tiadak baik seperti mencuri, dan mengambil barang orang lain. Ada
diantara mereka yang melakukan vendalisme ini, ialah menyahut cabaran
daripada rakan-rakan semata-mata untuk diterima sebagai kawan atau ahli
kumpulan atau untuk membalas dendam.
Tahukah anda bahawa kegiatan vandalisme sering dilaporkan di
media massa? Siapakah yang harus ditunding jari, ibu bapa atau pihak
sekolah? Apakah faktor-faktor yang berlakunya vandalisme? Apakah kesan
berlaku? Persoalannya, bagaimana cara-cara untuk mengatasi masalah ini
daripada terus berleluasa?

2.0 FAKTOR-FAKTOR VANDALISME


2.1 Pengaruh Rakan Sebaya
Pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan vandalisme. Golongan
remaja biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya.
Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku
remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah
keluarga. Kebiasaannya, golongan remaja yang melakukan vandalisme
merupakan remaja dalam kumpulan, Mereka tidak mempunyai tujuan dan
apabila berkumpul timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta
benda awam dan merosakkannya.

2.2 Ibu Bapa dan Keluarga


Ibu bapa ialah pendorong kepada sifat vandalisme di kalangan remaja.
Contohnya, ketika memandu ibu bapa membuang sampah atau kulit buahbuahan seperti rambutan dan limau di samping tidak menghiraukan papan tanda
had kelajuan. Sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme berasal
daripada keluarga bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup
negatif. Menurut kajian yang dijalankan vandalisme dendam dilakukan oleh
remaja yang ingin bebas dan berlatarkan keluarga yang bermasalah. Selain itu
kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga
antara faktor utama mendorong remaja terjebak dalam gejala negatif ini.
2.3 Pengaruh Media Massa

Media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan
sukar sekali dielakkan dewasa ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filemfilem atau rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke
arah vandalisme boleh mempengaruhi remaja melakukan vandalisme.
Golongan remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di
sekeliling termasuk media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk
ajar sewajarnya.
2.4 Sikap Apati ( tidak peduli), Individualistik dan Materialistik Masyarakat
Remaja adalah produk sistem sesebuah masyarakat. Masyarakat yang
pincang akhirnya akan melahirkan produk yang pincang.Sikap sesetengah
masyarakat kini yang mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil peduli
terhadap isu-isu sosial sememangnya merumitkan masalah yang sedia
wujud. Menurut kajian masalah vandalisme banyak berlaku di bandar.
Golongan remaja menconteng dan merosakkan harta benda awam bukannya
tidak terpelajar tetapi generasi yang dilahirkan di bandar sukar dikawal. Di
kawasan bandar sesetengah penduduknya tidak ambil peduli terhadap apa
yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu golongan remaja merasakan diri
mereka bebas untuk meneruskan gejala negatif ini tanpa menghiraukan rasa
tanggungjawab terhadap harta benda awam.

3.0 KESAN VANDALISME

Terdapat banyak kesan yang dapat dilihat oleh fizikal dan juga emosi.
Kesan vandalisme bukan dirasai oleh individu sahaja malah masyarakat
sekeliling dan negara juga memberi impak yang teruk akibat perbuatan yang
tidak bermoral dan menyusahkan semua pihak. Vandalisme boleh memberi
kesan kepada individu, masyarakat, dan negara.
Kebanyakan individu yang melakukan vandalisme hanya untuk
melepaskan geram dan sesetengahnya untuk memenuhi kepuasan hati. Hal
demikian memberikan kesan kepada individu untuk melakukan perbuatan
yang sama itu lagi jika masalah ini masih berterusan . Hal ini secara tidak
lansung akan menyebabkan perkara yang lebih teruk akan berlaku seperti
merompak atau membunuh.
Vandalisme sering dipandang remeh oleh masyarakat setempat.
Mereka hanya berdiam diri sedangkan vandalisme berlaku di depan mata
mereka. Akhirnya masyarakat juga yang merana akibat aktiviti yang terkutuk
itu. Masyarakat susah untuk membuat perhubungan semasa dalam keadaan
kecemasan. Contohnya telefon awam rosak semasa rumah sedang terbakar.
Selain itu, masyarakat tidak selesa ketika menggunakan harta benda awam
yang lain. Contohnya basah ketika menunggu bas kerana atap di perhentian
bas rosak sebab tidak dapat menghalang hujan yang turun. Contengan pada
dinding tandas awam memburukkan dan mendorong kepada generasi muda
untuk meniru gejala tidak sihat ini.
Banyak fenomena vandalisme yang boleh menjejaskan mata
memandang dan ini sudah tentu menjejaskan imej negara .Jumlah kerugian
akibat perbuatan vandalisme ini amatlah besar. Peruntukan kewangan yang
digunakan untuk mengganti baru dan membaik pulih kemudahan-kemudahan
yang dirosakkan itu lebih baik sekiranya digunakan untuk melaksanakan
projek lain yang lebih berfaedah. Hal ini sudah tentu dapat memberi manfaat
kepada rakyat keseluruhannya.
Kepada mereka, mungkin melukis graviti pada dinding sejuk dipandang
mata, tetapi tahukah mereka bahawa perkara sebegini hanya mengotorkan
dinding. Perbuatan seperti ini hanya merugikan wang kerajaan kerana
mereka terpaksa berbelanja ribuan wang untuk memperbaikinya. Sebaliknya,
kita hanya menggoyang kaki, menggunakan kemudahan awam yang
disediakan dengan mudah.

Inilah perbuatan manusia yang mengamalkan sikap alpa. Mereka


langsung tidak mempedulikan akan perasaan orang lain. Masyarakat hanya
mementingkan diri sendiri. Apabila diperlukan, mereka menggunakan
kemudahan awam, apabila tidak diperlukan, mereka merosakkannya. Sikap
seperti ini hanya seperti pepatah Melayu, 'selepas isi dimakan, kepah
dibuang'. Perbuatan seperti ini boleh menjejaskan imej pemimpin negara. Hal
ini secara tidak langsung mempengaruhi imej negara.
Peranan agensi yang bertanggungjawab dalam menangani gejala
vandalisme. Badan kerajaan juga turut memainkan peranan dalam
menangani gejala vandalism. Di ibu negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
sentiasa berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan kesedaran rakyat
tentang pentingnya sikap memelihara harta benda awam ini dengan
membentuk Jawatankuasa Anti vandalisme yang turut dianggotai oleh jabatan
lain dan agensi kerajaan. Menyedari hakikat bahawa remaja merupakan aset
yang penting dan pemimpin generasi wawasan yang akan menerajui negara
pada masa hadapan, maka Jawatankuasa Anti Vandalisme ini telah
mengambil langkah pertama dengan melibatkan sekolah dan para remaja
untuk turut sama menjayakan kempen ini. Jabatan Pendidikan sendiri telah
menganjurkan Harta Benda Awam Milikku-Milikmu. Pertandingan seperti ini
penting untuk menanamkan sifat bertanggungjawab dan menyemaikan
perasaan sayang terhadap harta benda awam. .
Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis-majlis
perbandaran serta Bandaraya juga turut memberi peranan penting bagi
menangani malah vandalisme yang semakin berleluasa pada akhir-akhir ini.
Pertubuhan Persatuan Pencegah Jenayah telah ditubuhkan di setiap sekolah
bagi mengurangkan kadar masalah sosial dalam kalangan remaja.

Selain itu, badan bukan kerajaan juga perlu memainkan peranan


dalam menangani gejala vandalism. Penubuhan Rukun Tetangga merupakan
salah satu badan bukan kerajaan yang bertanggungjawab mengelakkan
gejala vandalisme berlaku terutamanya berdekatan dengan kawasan
perumahan mereka. Jawatankuasa Perumahan yang berkenaan perlu
bergabung tenaga untuk membuat kawal selia di kawasan masing-masing.
Setiap persatuan yang bukan badan kerajaan dan juga Rukun Tetangga telah
diberi satu kawasan untuk dijaga dan di selenggara. Maka berharap agar
jenayah ini berkurangan dari semasa ke semasa.

4.0 CARA-CARA MENGATASI MASALAH VANDALISME


Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk membendung
masalah vandalisme. Salah satu caranya ialah peranan ibu bapa harus
menyalurkan lebih kasih sayang kepada anak-anak. Anak yang baru
dilahirkan ibarat sehelai kertas putih, ibu bapalah yang berperanan
membentuk sahsiah diri mereka. Sebagai contoh, ibu bapa boleh memberi
lebih tumpuan dan memberi nasihat atau dorongan yang membina apabila
anak-anak mereka menghadapi masalah tertentu.Didikan yang sempurna
haruslah ditanam dalam jiwa anak-anak supaya mereka menghargai harta
benda awam yang terdapat di sekeliling mereka. Selain itu, ibu bapa juga
harus memantau aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak serta mengetahui
latar belakang rakan-rakan bagi anak-anak mereka. Sekiranya anak-anak
mereka terlibat dengan gejala salah laku ini, tindakan sewajarnya perlu
diambil oleh ibu bapa, Bak kata pepatah, Sayang anak,tangan-tangankan.
Seterusnya, guru sekolah juga bertanggungjawab menyemaikan
didikan moral dan agama dalam sanubari pelajar. Begitu juga dengan ibu
bapa, perkara ini harus dilakukan sejak mereka kecil lagi,bak kata pepatah
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Misalnya, guru Pendidikan Moral
boleh selalu menggalakkan pelajar-pelajar bertingkah mulia dengan
menjalankan sistem merit. Cara ini pasti sedikit banyak dapat membentuk
pelajar yang berakhlak mulia.
Di samping itu, pihak sekolah harus menggalakkan para remaja
menyertai kegiatan kokurikulum demi mengisi masa lapang. Ingat, masa itu
emas. Kita tidak harus membazir masa dengan melakukan perkara yang tidak
berfaedah. Sebagai contoh, persatuan atau kelab sekolah perlu selalu
mengadakan aktiviti yang menarik dan memenuhi kehendak pelajar. Dengan
ini, pelajar-pelajar lebih sanggup menyertai kokurikulum dengan aktif.
Cara lain ialah pihak sekolah harus mewajibkan pelajar yang
bermasalah untuk berjumpa dengan guru kauseling. Guru kaunseling akan
memberi nasihat dan cadangan yang setimpal dengan keperluan dan
kehendak mareka. Guru kaunseling boleh menjadikan teman sejati atau
pembimbing kepada pelajar. Guru kaunseling boleh diibaratkan sebagai
penyuluh pelajar untuk memimpin mereka melangkah keluar dari kegelapan.

Selain daripada peranan sekolah, langkah lain yang boleh diambil


adalah melalui kerjasama masyarakat juga perlu bagi menangani gejala
vandalisme ini. Masyarakat tidak harus berpeluk tubuh apabila gejala
vandalisme berlaku secara berleluasa di kawasan perumahan mereka.
Perbuatan seperti menconteng dinding bangunan dan merosakkan telefon
awam perlu diambil perhatian. Masyarakat di sesebuah kawasan perlu
mengadakan mesyuarat dengan penduduk di kawasan tersebut. Semua
anggota masyarakat perlu bekerjasama bagi membendung masalah yang
semakin berlarutan sehingga hari ini. Pihak masyarakat kawasan tertentu
juga perlu bersepakat bagi menangani vandalisme seperti mengenakan
denda kepada pelaku yang melakukan perkara tersebut. Denda yang
sewajarnya perlu dilaksanakan bagi memberi pengajaran serta pedoman
kepada pesalah tersebut agar tidak terus melakukan perkara yang salah ini.
Di samping itu, kerjasama oleh pihak kerajaan juga amat penting bagi
membanteras kegiatan vandalisme ini. Penguatkasaan dan pelaksanaan
undang-undang perlu dijalankan secara berkesan oleh pihak berkenaan. Di
bawah (Akta Kerajaan Tempatan 9 undang-undang kecil vandalisme), sesiapa
yang didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda yang
membabitkan RM2,000 atau penjara tidak melebihi setahun jika sabit
kesalahan. Pelaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalah-pesalah
vandalisme menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga
akan menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme. Tindakan yang
lebih tegas perlu dikenakan kepada pesalah agar menjadi teladan kepada
masyarakat lain.
Peranan media massa juga amat penting bagi membendung masalah
vandalisme pada masa kini.Selain berfungsi sebagai media hiburan dan
sumber maklumat terkini, media massa juga seharusnya ada tanggungjawab
sosial kepada masyarakat. Media massa memainkan peranan dan
mempunyai pengaruh kuat dalam memberi kesedaran, memperoleh
kerjasama dan menyampai maklumat tentang vandalisme dalam pelbagai
bentuk rancangan yang tersiar atau yang terdapat dalam media massa.
Media massa juga berperanan membantu pihak kerajaan dari segi
mengadakan kempen agar masyarakat memahami dan menghayati kempen
Harta Awam Milik Bersama, kerana dengan adanya iltizam dan komitmen
daripada media massa maka kempen ini dapat merealisasikan
keberkesanannya.

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, para remaja harus berupaya untuk membezakan


perkara yang baik daripada perkara yang buruk. Dalam hal ini, pihak sekolah,
pihak guru dan ibu bapa haruslah berganding bahu untuk membasmi masalah
vandalisme yang kian berleluasa dalam kalangan remaja. Semua pihak perlu
berganding bahu dan mengerah keringat untuk bersama-sama memerangi
gejala vandalisme ini. Walaupun isu ini dilihat sebagai perkara biasa, namun
ingatlah bahawa ia dapat memberi impak yang besar kepada negara pada
masa akan datang. Sekiranya semua kemudahan awam telah dimusnahkan
dan tidak dapat digunakan,maka kesulitan akan berlaku terhadap masyarakat
di negara ini juga. Imej negara juga akan dipandang rendah akibat daripada
perbuatan salah laku ini. Semua pihak khususnya masyarakat di negara ini
perlu bekerjasama dan bertindak segera dalam menangani gejala ini dan
jangan sampai kita menyesal dikemudian hari, bak kata pepatah Jangan
sudah terhantuk barulah nak terngadah.
Pautan

untuk

isu

vandalisme:

https://sukaweb.penang.gov.my/pkn/Akhbar.nsf/ff4f9fa0a2840a8b482575e600
2c4ea0/05cab595163c7144482576fe000
http://www.utusan-malaysia-online.com/telefon-awam-rosak
http://berita-harian-online.com/92-kes-lif-rosak-angkara-vandalisme/
http://aplikasi.kpkt.gov.my/akhbar.nsf/0/135c2f0b3a4a1d8248256abe000e008
3?OpenDocument

KUALA LUMPUR, Rabu - Kementerian Perumahan dan


Kerajaan
Tempatan
disaran
mengkaji semula undang-undang berkaitan vandalisme
dengan
memperkenalkan
hukuman sebat berikutan peningkatan kes yang semakin
serius.
Laporan Perangkaan Kes Vandalisme Dewan Bandaraya
Kuala
Lumpur(DBKL)
menunjukkan setakat empat bulan tahun ini sehingga April
lalu
saja,
agensi
kerajaan dan swasta membelanjakan RM1,298,196 bagi
mengganti
dan
membaiki

kemudahan akibat vandalisme membabitkan 6,814 kes.


Sepanjang
tahun
lalu,
pihaknya
membelanjakan
RM2,022,900
membabitkan
5,290
kes.
Laporan itu dibuat berdasarkan perbelanjaan 10 agensi
seperti
jabatan
dalam DBKL, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Polis
Diraja
Malaysia,
Telekom Malaysia, Star-LRT, Putra-LRT serta Jabatan Bomba
dan
Penyelamat.
Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Anti-Vandalisme
DBKL,
Datuk
Lee
Lam Thye, berkata akta khusus yang selaras serta
dikuatkuasakan
semua
pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negara perlu
memandangkan
peruntukan
undang-undang sedia ada tidak berupaya menangani
masalah
berkenaan.
"Undang-undang kecil berkaitan vandalisme sedia ada kini
hanya
memperuntukkan pesalah yang disabit kesalahan di
mahkamah
dikenakan
denda
tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun
atau
kedua-duanya
sekali.
"Kita perlu memperuntukkan hukuman lebih berat dan
digeruni
seperti
sebat selain denda dan penjara sebagai pilihan hukuman
bagi
kesalahan
itu
terutama terhadap segelintir ahli masyarakat yang tidak
bertanggungjawab
dan masih degil merosakkan harta benda walaupun sudah
diberi
amaran,"
katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Skuad Anti
Vandalisme
pertama di peringkat sekolah rendah membabitkan 71
pelajar
darjah
dua
hingga enam oleh Sekolah Kebangsaan Jalan Peel (SKJP), di
sini,
hari
ini.
Lee berkata, hukuman lebih digeruni perlu memandangkan
PBT
membelanjakan

berjuta-juta ringgit untuk membaiki dan menggantikan


kemudahan
serta
peralatan yang menjadi mangsa perbuatan vandalisme
setiap
tahun.
"Ini memerlukan tindakan dari Kerajaan Persekutuan dan
kemudahan
serta
peralatan diconteng, dirosakkan dan dicuri serta dalam kes
serius,
dibakar, yang mana menimbulkan kesulitan kepada orang
ramai.
"Kita boleh mencontohi negara jiran, Singapura yang
mengenakan
hukuman
sebat kepada pesalah bagi kes serius menyebabkan
masyarakat
memandang
serius masalah itu dan vandalism berjaya diatasi," katanya

GAMBAR-GAMBAR VANDALISME

You might also like